Anniversary ke 7 tahun

10.01.10 ~ 10.01.17

Alhamdulillah syukur Allah masih memanjangkan jodoh kami, tak sangka dah 7 tahun kami melayari hidup bersama sebagai suami isteri, dari umur MJ 25 tahun dan kini dah pun berusia 32 tahun 😍😎 Semoga Allah panjangkan lagi jodoh sehingga hujung usia kami berdua, aminn..

7 tahun bukanlah 1 tempoh yang panjang dan tak juga pendek, tapi kata orang dah lepasi Fasa 1 dan kini dalam Fasa ke 2.. Dan boleh jugak diumpamakan seperti budak yang berumur 7 tahun dah masuk Sekolah Rendah boleh Menulis Membaca dan juga Mengira 👦👧 Kiranya masih banyak yang perlu kami pelajari lagi, kena banyak bersabar dalam mengharungi kemanisan berumahtangga.



Jika Anniversary ke 6 tahun lepas kami celebrate di Cameron Highland  beserta Candle Light Dinner, tapi tahun ni memandangkan MJ sibuk sikit jadi mungkin ditangguhkan percutian kami atau cukup sekadar kek yang dah lama teringin nak rasa ni..hihii



1st time makan kek camni, soooo touching.. Sebelum ni nak beli bekira2 sebab mahal kan, berapa kali dah just ushar2 je nengok pastu pusing cari kek lain. Rasa macam alahai tak mampu la nak beli.. huhuhuu..

Tapi alhamdulillah akhirnya dapat jugak merasa. Patutlah mahal bebenor, sedap sangat ha.. Puas hati dapat makan.

My  asben pilih eskrem kookies, walaupun luar nampak simple, yang penting isi dalam mabeles.. Sayang je nak makan, takut abes..hahah




p/s : Oh ya pic kek sengaja nak bagi exercise kepala, kena teliang sket bila nak tengok..huhuuu dah try rotate tapi tak mau jugak elok.. 😌

Diari Umrah : Ziarah Wada' Makam Rasulullah dan ke Mekah untuk berumrah (Part 4)

Lama betul baru dapat nak update, tapi tetap kena tulis jugak supaya ada kenangan suatu hari nanti, kalau tak, kang hilang je kenangan dan gambar dalam fon ni ha..huhuu. So entry ni agak panjang lah ye :)

Setelah 3 hari berada di bumi barakah Madinah, tibalah masa untuk kami meninggalkan bumi indah tersebut 😢😢
Masa ni Ya Allah sedih sangat, rasa seperti masa sangat mencemburui kami untuk terus berada di bumi Madinah tapi apakan daya kita hanyalah merancang. Apapun kami tetap bersyukur kerana diberi kesempatan untuk berada di situ, semoga diberi peluang sekali lagi atau berkali2 peluang untuk ke situ semula, aminn..






Jadi kami menghabiskan masa malam dengan menikmati keindahan di Masjid Nabawi. Seronok tengok famili2 Arab berkumpul bersama keluarga berkelah di dataran Masjid, ada yang mengaji, ada yang memberi tazkirah dan bercerita pada anak2, ada yang bermain, dan bermacam2 ragam lah. Baguslah sebab ni salah 1 cara mereka mengeratkan hubungan kekeluargaan.


Ziarah Wada'



Seawal 7.30 pagi kami berkumpul di Lobby bersama jemaah2 lain termasuklah jemaah Tabung Haji yang baru tiba semalam. Tak silap Pakej Aqiq dengan Nilam. Mereka akan dibawa Ziarah dalam ke Raudhah dan Makam Nabi manakala grup kami buat Ziarah Wada' ataupun Wida' (Ziarah selamat tinggal).






Nabi pernah bersabda, sesiapa dalam kalangan umatku yang datang menziarahiku sesudahku meninggal, maka dia akan beroleh syafaatku di akhirat kelak. Syafaat bererti pertolongan dengan izin Allah SWT. InsyaAllah mudah-mudahan aminn..



Dalam taklimat selepas ziarah Wada' Ustaz berpesan untuk kami menunaikan solat Zohor di Masjid buat kali terakhir sebelum kami bertolak ke Mekah pada pukul 2.00 petang untuk menunaikan Umrah. Solat Zohor dibuat dengan mengikuti Imam dan selepas itu kami terus buat Solat Jamak Asar 4 rakaat (sendirian) memandangkan kami di jangka sampai ke Mekah malam dan hanya berhenti di RnR untuk Jamak Maghrib dan Isyak.

Solat Jamak Asar kena buat 4 rakaat dan bukan 2 rakaat sebab kami buat Zohor dengan Imam 4 rakaat, jadi kena sama tak boleh Zohor 4 Asar 2 melainkan kalau buat Zohor 2 rakaat maka bolehlah buat Asar 2 rakaat. Ilmu baru kami pelajari alhamdulillah.
 


Miqat di Masjid Bir Ali
Kami bertolak dari Madinah pada pukul 2.00 petang, lebih kurang 10 minit perjalanan kami sampai di Masjid Bir Ali. Masjid ni cantik sangat, besar, luas dan selesa.

 


Miqat - tempat untuk jatuhkan niat
Bir Ali - Nama sebenarnya ialah Zulhulaifah tapi akhirnya lekat dengan nama Bir Ali sampai sekarang.
Miqat ni Rasulullah saw yang pertama pernah berniat di sini bersama2 para sahabat.

Bila?
Selepas nabi berhijrah ke Madinah dan tinggal disana selama lebih kurang 6 tahun dan kemudian nabi brmimpi, selepas pada tu barulah umrah dilaksanakan.
Semasa nabi masih berada di Mekah umrah belum dilaksanakan lagi.


Rasulullah mengambil niat di situ sebelum ke Mekah untuk menunaikan umrah.

Mimpi Rasulullah 
Baginda bersama sahabat2 tawaf di Kaabah. Lalu Rasulullah memceritakan kepada sahabat2 mengenai mimpinya lalu mereka semua berpakaian putih & menuju ke Mekah dengan berjalan kaki. Tak tergambar betapa jauhnya perjalanan baginda bersama sahabat masa itu sedangkan kita dengan menaiki bas pun mengambil masa hampir 7-8 jam.
 

Sampai di Bir Ali, di sanalah mereka berniat utk melaksanakan umrah.
Jadi apabila kita berniat di Bir Ali kita akan dapat pahala sebab mengikuti sunnah Rasulullah..

Alhamdulillah kami dapat peluang untuk solat tahiyatul masjid di situ, kemudian berniat umrah dan seterunya bertalbiah. Untuk wanita ada niat bersyarat ye, almaklumlah kita takleh jangka kan mana tahu tetiba period ke jadi bila berniat syarat maka halallah kita dari ihram.

Selepas berniat maka bermulalah 13 pantang larang ihram untuk dipatuhi sepanjang 8 jam perjalanan dari Madinah ke Mekah sehinggalah selesai Umrah pertama (Umrah Wajib) kami dengan bertahallul.

Perjalanan ke Mekah
Dalam perjalanan tu kami sampai di 1 hentian lebih kurang pukul 5 petang macam tu kalau tak silap (sebab masa kami sampai baru nak masuk waktu Maghrib), tak ingat nama hentian tu apa tapi banyak la bas singgah situ. Hentian tu nak kata RnR tak macam RnR tapi ada lah gerai2 makan, tandas dan juga Masjid. Jadi kami singgah disitu untuk bersolat Jamak Qasar Magrib dan isyak.

Masa singgah di toilet, masyaAllah sangat2 lah Daif dengan yang terapung pun ada 😞 tapi masing2 semua mulut kunci, yelah masih dalam ihram kan kenalah jaga 😅 lepas dah membuang hajat kecil masa nak ambik wudhu' masa ni memang kena hati2 risau takut ada rambut gugur ke apa ke kang tak pasal2 kena Dam pulak tapi alhamdulillah berjalan lancar. 
Tapi yang lawak masa berwudhu tu time nak berkumur, Ya Allah masin giler kot air paip dia siap dok lawan pandang sesama kami tapi mulut tak cakap pape.. 😗  hahaha lawak bila dikenang kembali.

Lepas selesai solat Jamak ingat nak makan dulu, sebab ada baca diorang cakap Nasi Arab kat RnR ni sedap tapi memandangkan Mutawwif bagi masa cuma 1 jam so tak jadi lah, takut orang lain tertunggu2 kami plak.. Masa tu perut pun dah mula bagi signal, maklumlah last makan pukul 11 sebelum kami bertolak dari Madinah ha. Tapi dok fikir takpelah sampai Hotel lah makan, takut makan kat RnR tu nak terkucir lak kat jalan lagi haqu negara orang ni bukan sesuka je kita nak singgah mana2 RnR.. Entah2 situ ja 1 tempat ha mana nak tau kan.
  
Sepanjang perjalanan masing2 buat hal sendiri dalam bas, yang pasti lepas pada tu semua tertidur, sedar2 dah sampai Mekah, alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkan.. Masa ni Ya Allah macam2 perasaan ada, nak nangis nak gembira semua bercampur, hati berdebar giler tak sabar nak tengok Kaabah buat pertama kali dan tak sabar juga nak berumrah.



Kami sampai di Hotel Safwah Orchid pada pukul 8.40malam setelah 7 jam perjalanan dari Madinah - Mekah. Mutawwif bagi masa kat kami 1 jam untuk check in dan selesaikan lain2 urusan dan kena berkumpul semula di lobby pada pukul 9.40 malam. Sengaja Mutawwif taknak bagi masa lama sebab lagi lama masa diambil lagi lama pantang larang ihram kami kena jaga. So dalam sejam tu sempat la my Dad pergi beli makan dan kami makan dulu untuk alas perut, risau tak cukup tenaga untuk buat Umrah plak 😎


Umrah Wajib
Kami berkumpul di Lobby pada pukul 9.40 malam tapi kami bertiga (MJ, Mak dan Abah) terlewat 2 minit..huhuu masa ni jemaah lain dah berkumpul dok menunggu kami.. kami pun terus memohon maaf atas kelewatan kami.. 😓 Mau tak lambat, kami bertiga siap dengan makan, jemaah lain semua belum makan lagi. depa terkejut sebab kami sempat makan ha.. hihiii

Lepas tu Mutawwif/ Ustaz pun bagi taklimat ringkas cara nak mengerjakan Umrah, memandangkan kami semua baru pertama kali nak berumrah jadi tumpuan lebih diberikan masa taklimat tu. Ustaz cakap buku yang ada cuma sebagai panduan, dan lebih galakkan kami untuk berzikir dan baca doa sendiri sepanjang pusingan tawaf tu. Takut bila ngadap buku, tumpuan dan fokus kita lari. Jadi ni cadangan Ustaz pada kami

Pusingan 1 - Istighfar 
Pusingan 2 - SubhanaAllah
Pusingan 3 - Alhamdulillah
Pusingan 4 - Allahuakbar
Pusingan 5 - Selawat atas nabi
Pusingan 6 - Laa haulawala quwwatailla billaah
Pusingan 7 - La ila ha illaAllah


Lebih kurang gitu la cuma tang susunan MJ tak berapa nak ingat.

Masa pertama kali kami nak masuk ke Masjidil Haram, hati berdebar2 sangat, mata ni dah tak sabar nak pandang Kaabah dan sebaik saja terpandang Kaabah Ya Allah macam tak percaya Kiblat yang selama ini kita solat, kita tengok di tikar2 sejadah, kita tengok di frame2 kini ada betul2 depan mata. Mata ni seolah2 terpukau melihat keindahan Kaabah, speechless.. 💘

Dan Ustaz terus membimbing kami dan membawa kami ke tempat permulaan niat untuk tawaf iaitu di sudut Hajarul Aswad, kita akan nampak lampu hijau jadi bermulalah niat

'Sahaja aku mengerjakan tawaf umrah mengelilingi Kaabah 7 pusingan kerana Allah Taala' 

Maka perjalanan tawaf pun bermula, dan MJ pun mengamalkan zikir seperti yang Ustaz cadangkan, bila zikir macam ni memang kita akan lebih fokus dan mata ni tak henti2 mengadap Kaabah, subhanaAllah Maha Suci Allah macam tak percaya sebab dah berada dalam rumah Allah.. Bersyukur sesangat, airmata ni mudah je mengalir, macam tak percaya Kaabah ada di sebelah, berada dekat sangat sampaikan tulisan Allah di Kiswah Kaabah pun jelas nampak.




7 pusingan tak terasa, sedar2 dah habis tapi kena yakin tau dah cukup, andai was2 kena pusing lagi. Lepas tu Ustaz pun bawa kami untuk solat sunat di belakang Maqam Ibrahim.. Dulu2 masa kecik2 dok ingat Maqam Ibrahim ni kubur, tapi sebenarnya tapak kaki Nabi Ibrahim masa nak membina Kaabah. Tapak kaki tu sampai sekarang boleh dilihat, dan kat situ boleh je nampak pelbagai bangsa ada yang meratap menangis berdoa macam2 la kat situ, tapi tengok je ye jangan kata apa2 na..hehhee
 
 
Selesai Tawaf pertama kali dalam hidup, alhamdulillah.

Lepas solat kami terus ke tempat air zamzam untuk minum air buat pertama kali selepas selesai tawaf umrah, mudah2an keberkatan air zamzam yang melalui tubuhku akan memberi manfaat padaku di akhirat kelak, aminn.. Disunatkan minum air zamzam secara berdiri sambil mengadap Kaabah dan berdoa.

Sai'e

Kemudian kami ke Bukit Safa untuk melakukan Sai'e. Sai'e bermula dari Bukit Safa ke Bukit Marwah 7 pusingan, perjalanan lebih kurang 3.5km pergi dan balik, tapi lebih selesa sebab ada ekon dan juga air zamzam jadi boleh terus berhenti minum dan kemudian sambung balik. Sama jugak masa pusingan sai'e boleh samada nak refer buku ataupun zikir sendiri.

Tapi masa sai'e grup kami takde sapa pun yang berhenti minum air zamzam, pakat2 membontoti ustaz, maklumlah pertama kali kan, risau pun ada..hihii 
Respek jugak dalam grup kami ada jemaah makcik dan pakcik yang dah berusia, makcik tu kanser darah dekat Johor dah banyak kali buat Kimo, kalau kat rumah buat kerja sikit pun penat tapi bila buat Umrah Alhamdulillah mampu follow kami. Dan ada juga jemaah kami pakcik dan makcik tu sakit lutut, alhamdulillah semua follow tanpa bantuan kerusi roda mahupun orang lain. Bila kita renung orang lain yang berusia dan tak sihat pun mampu apatah lagi kita ni yang masih muda  dan sihat, jadi otomatik semangat tu akan mai.


Selesai bersai'e kami bertahallul, asalnya MJ dengan Mak nak bertahallul di Hotel lebih selesa kan, lagipun kami nak genggam rambut masa bertahallul tu tapi Ustaz tak galakkan, takut dalam perjalanan balik ke Hotel ada perkara yang membatalkan ihram kita. So bertahallullah kami di bukit Marwah.. Alhamdulillah selesai sudah ibadah Umrah kami yang pertama, mudah2an diterima disisi Allah.

Tujuan entry ni bukan untuk riak, sekadar berkongsi cerita perjalanan Umrah kami, mudah2an dapat jadi panduan pada orang lain mahupun pada MJ pada masa hadapan. 
 

Ni selepas selesai bertahallul, dalam perjalanan pulang ke Hotel.

MJ dan Mak

Masa ni Abah dengan Ustaz belum bertahalul, depa nak p Barber Shop kasi licin 😉


My kesayangan dunia dan akhirat

11.45 malam selesailah ibadah umrah kami yang pertama, macam tak percaya kami dapat selesaikan Umrah kami dalam masa sejam lebih, alhamdulillah terasa Allah mudahkan setiap urusan kami.

Selepas selesai semua kami kembali ke Hotel untuk beristirehat.. Elok jejak je atas tilam dan2 lah kaki rasa lenguh la sakit la macam2 tapi amazingly bangun Subuh pukul 4 pagi cergas je, hilang lenguh2 semua. Untuk pengetahuan MJ tak terus mandi lepas umrah, walaupun penat dan peluh tapi serius baju dan badan langsung tak berbau, nak tidur pun tak rasa melekit. MJ mandi masa bangun nak solat Subuh.

Sebelum tidur memang kitorang ambik Suplemen alhamdulillah sangat2 membantu. 


Oklah, entry akan bersambung lagi untuk Ziarah Mekah dan Umrah Sunat kami, insyaAllah.