MJ setelah berkira-kira, walaupun pendapatan kerja hakiki alhamdulillah masih ada dan tidak terjejas, tapi tetap taknak lepaskan peluang untuk keluarkan duit dari KWSP. Masa tu berfikir, bila lagi nak merasa duit simpanan KWSP sendiri kan.. 😂 Tambahan kita tak tau ke depan nasib macam mana dengan MJ kerja swasta macam-macam boleh jadi.
Tetapi selepas 3-4 bulan pemotongan melalui e-pengeluaran, mula timbul rasa sayang bilamana tengok amaun dalam akaun 2 semakin luak. Yela yang masuk sebulan (melalui potongan gaji bulanan) tak sampai RM500 tapi yang keluar setiap bulan tetap RM500, makanya MJ mula berkira-kira untuk stopkan tapi kadang rasa macam biarlah.. At least dapat extra RM500 sebulan tu boleh la buat tambahan beli emas.. 💗 Dasar... Kemahennn.. 😓
Tapi alhamdulillah, dengan duit KWSP tu lah MJ terjebak dengan berjinak-jinak beli Gelang emas pandora 916, dapat lah beli seutas dengan charm sebiji. (Ada sponsor sikit dari en suami). 😖 Nampak la kemana duit KWSP tu pergi kan..
Jadi target setiap bulan dapat je duit nak beli charm seketoi atau setiap kali ada duit 'extra' nak beli la seketoi by seketoi.. Kemahen punya cita-cita kan..hahaha
***************
Ok berbalik pada persoalan MJ yang nak cancel e-pengeluaran iLestari tu, saja la godek2 website KWSP dan cari, rupa-rupanya ada tab untuk cancel 😇 Adui mak, hanya klik di hujung jari sahaja rupanya.. So dengan ini, pada saat entry ini ditulis, dan setelah 6x bayaran KWSP MJ terima, maka MJ tamatkan dahulu pengeluaran akaun KWSP untuk 6 bulan berikutnya. Mana lah tahu tahun ke depan nanti MJ ada memerlukan dana KWSP ni untuk tujuan lain pulak, siapa tahu kan? Buat masa ni selagi gaji hakiki masih berjalan seperti biasa dan takut terguna untuk tujuan lain better simpan untuk kegunaan masa hadapan, insyaAllah.
Log in iAkaun seperti biasa dan klik tab Withdrawal
Akan appear list yang kita pernah withdraw dari akaun 2 KWSP, macam MJ guna untuk bayar ptptn 😚
Dia akan keluar senarai penuh macam ni, jangan lupa tick kat box tu ye dan request TAC
Dengan ini, anda yang membaca entry ni menjadi saksi MJ telah stop keluarkan iLestari KWSP untuk 5 bulan ke depan. Sepatutnya 6 tetapi mungkin dah masuk rekod keluar kot, tinggal nak masuk bank MJ je lagi..
So boleh la p cari Charm pandora seketoi.. eh! tiberrrrr.... hahah
Sekian lah entry MJ untuk kali ini, apapun MJ nak doakan pada mereka yang terjejas akibat Covid-19 ni Allah luaskan rezeki anda dan kita semua. Semoga diangkat kuman yang telah merebak di seluruh dunia untuk tahun 2020 ni... Aminnn..
Assalam Cik Myra, mungkin cik dah lupa pasal sy. Sy banyak kali jugak masuk ke blog ni. Dan Cik Myra pernah komen di blog sy. Hari ni sy datang lagi ke blog ni saja jalan2.
ReplyDeleteIni sekadar pendapat, sy tengok blog Cik Myra ok untuk Google Search Engine. Kenapa x apply Google Adsense? Try la, mana tahu rezeki. Sekurang-kurangnya sambil menulis, dapat jana pendapatan. Sy syorkan Cik Myra try apply sebab blog ni ada dalam Google, ada beberapa posst kat first page. Rugi rasanya kalau x ambil peluang ni. Nuffnang rasanya dah tak berbaloi. Apa pun sekadar pendapat. Kalau Cik Myra x tahu cara nak apply, Cik Myra bleh Google cara apply Adsense.
Kalau Cik Myra nak tahu cara dia, sy boleh share tanpa sebarang bayaran. Sekadar tolong bagitahu cara dan step, tu saja. TQ
@Mr Bukit Besi
ReplyDeleteWaalaikumsalm... 1st of all terima kasih masih sudi jengah blog yang dah suam2 kuku ni..hehehe
Maaf lah tak sempat sangat nak jejak balas kunjung berkunjung.. Rindu zaman aktif dedulu..
Lagi sekali nak ucap terima kasih atas pendapat yang sangat sangat bagus, appreciate it. Tapi serius saya ni tak reti sangat pasal Adsense, yang dok tau viewers kena kencang baru boleh apply. Macam blog ni viewers sendu, seram pulak nak apply..hahaha.
Nanti nak google la nak bagi faham, tapi kalau nak beri tunjuk ajar pun dah bersyukur sangat.