Peguam yang pemurah.
Sebuah jabatan kebajikan masyarakat di kuala lumpur menyedari bahawa mereka tidak pernah menerima derma dari peguam terkemuka di kota tersebut. Pengarahnya mengarahkan orang yang bertugas sebagai pemungut derma pergi ke pejabat peguam tersebut untuk memujuknya mengeluarkan derma.
“Daripada kajian yang kami jalankan mendapati, daripada pendapatan tahunan awak yang berjumlah RM500,000, tiada satu ringgit pun yang awak dermakan” kata pemungut derma tersebut.
Peguam tersebut terdiam seketika dan menjawab “pertama sekali adakah kajian awak ada menyatakan yang ibu saya meninggal dunia selepas lama diserang penyakit dan mempunyai bil perubatan yang berkali – kali ganda daripada pendapatan tahunannya?”
Pemungut derma termalu dan berkata “umm...tidak”
Peguam tersebut berkata lagi “ataupun abang saya seorang bekas perajurit, buta dan terpaksa menggunakan kerusi roda”
Pemungut derma mula ingin meminta maaf tetapi peguam tersebut meneruskan kata – katanya “ataupun adik perempuan saya yang kehilangan suaminya yang terlibat dalam kemalangan dan meninggalkannya tanpa sesen pun beserta 3 orang anak untuk disara”
Malu dan tertewas, pemungut derma pun berkata “ saya minta maaf, saya tidak tahu”
dan akhirnya peguam tersebut berkata lagi “jadi jika mereka pun saya tak bagi duit, kenapa saya patut bagi kepada awak?”
nama pon peguam..
ReplyDeletehahaha~
omg!!hahha..xleh blah nie..
ReplyDeletehehe, tul tu miss senget...
ReplyDeleteIefa~ saja berkongsi crita lucu nieh.
haha...klakarnya...
ReplyDelete