Cerita Lucu 2

Pesakit Mental
Seorang doktor pakar psikologi sedang melakukan rondaan pagi seperti biasa dan kemudian dia masuk ke bilik pesakit.

Dia menjumpai pesakit #1 sedang duduk di lantai sambil berpura – pura menggergaji kayu

Pesakit #2 pula sedang bergantung di siling menggunakan kakinya

doktor bertanya kepada pesakit #1 apa yang dilakukannya
Pesakit 1 menjawab “takkan x nampak, saya tengah menggergaji kayu ni”

Lalu doktor terebut bertanyakan kepada pesakit #1 tentang apa yang pesakit #2 lakukan.
“Oh, dia tu kawan saya tapi dia gila sikit.  Dia menyangka dirinya mentol lampu” jawab pesakit 1.

Doktor memandang ke atas dan memerhatikan muka pesakit 2 sudah kemerah merahan. doktor pun berkata kepada pesakit 1 “jika dia tu kawan awak, lebih baik awak turunkan dia dari situ sebelum dia mencederakan dirinya.
Pesakit #1 menjawab “apa?  Kalau saya turunkannya saya terpaksa la bekerja dalam gelap”








9 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)