Segmen Jom Berkenalan

Salam..  Sebagai salah seorang blogger baru, MJ nak join Segmen Jom Berkenalan nie dari Bro Loqman Hakim




Jadi, kena la jawab 7 soalan dulu dari Bro..


a) Apakah Status anda?
  - Seorang anak, kakak, isteri dan juga pelajar


b) Ceritakan tentang diri anda?
  - Saya Maira merupakan anak perempuan sulung merangkap kakak kepada 4 orang adik beradik. Sudah berkahwin dan tinggal bersama keluarga, insyaAllah dalam perancangan akan tinggal sendiri wif my luvely hubby. Sekarang sedang melanjutkan pelajaran secara jarak jauh di USM Pulau Pinang. Tinggal 2thn++ untuk tamatkan pengajian, insyaAllah.


c) Ceritakan tentang blog anda?
  - Blog ini ~ Celoteh MJ banyak berkisar tentang diari hidupku seharian yang mana rasa perlu dikongsikan dengan alam maya selain tempat untuk meluahkan apa yg dialami, dibaca dan apa saja yg dilihat.


d) Nasihat anda kepada rakan2 yang baru nak wat blog?
  - Saya nie takdela pandai bab2 nak memberi nasihat, maklumla masih baru, tp dunia blog nie memang best, dapat berkenalan dengan ramai orang dari seluruh pelosok negara. Memang berbaloi...


e) Nyatakan keunikan yang terdapat pada blog anda?
  - Uniknya blog MJ nie ye?? hmm apa ye... Mungkin sebab saya nie suka berceloteh kot.. hehee


f) Sampai bilakah anda akan menulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
  - InsyaAllah akan terus kekal dengan blog selagi terdaya, sebabnya dah sebati dalam diri, rasa tak lengkap hidup kalau tak buka @ baca @ tulis dalam blog.. Dan Impian ingin trus berjaya dalam arena blog seperti otai2 blog sekarang.. Aamiinnn...




1 comment:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)