Hadiah Besday from my Hubby... :)

Masih lagi dalam mood happy sebab my besday kan harini, dan memang sewajarnya untuk rasa gembira saat nie..heheee.. 


MJ bertambah-tambah happy sebab dapat hadiah yang diidamkan dari my love - en asben.. Sebenarnya bukan hadiah yang diinginkan, cukuplah sekadar kasih sayang dan sepenuh perhatian dari semua yang ada disekelilingku, tapi kalau dah dapat hadiah,sapa yang tak suka betul tak?? :)




Ingat lagi tak entry MJ baru-baru nie pasal Henset dah lekang?? dan en suami yang sangat-sangat memahami telah menghadiahkan MJ dengan sesuatu... Nak tau pe adiahnya...??????









Samsung Galaxy 5...

Sebelum nie setia dengan Nokia, sekarang nak curang, try guna Samsung plak.. ;)






Teruja weyh.. sapa yang tak syokkan... :)
Leh main game angry bird..hahaaa :)






Inilah set yang disertakan..







Terus tinggal yang lama guna yang baru...(tapi nie blom masuk simcard lagi)
Cuma kena belajaq banyak la, maklumla touch screen kan, sebelum nie ada keypad senang ar nak mesej2 segala..






Apapun, nak ucapkan pada en suami.
Luv U so much abang.... :) 
mmmuuuaaahhhh..:)
mmmuuuaaahhhh..:) 
 mmmuuuaaahhhh..:)

p/s : ada lagi tau hadiah dari en suami yang tersayang, nantikan seterusnya... :)
 


Nak buat GA la sempena birthday MJ.. jom join..:)

GA dah TAMAT!! 

Assalamualaikum dan salam Sejahtera buat semua yang sudi singgah blog MJ... Sini ada 1 pengumuman khas..hehee
MJ dengan ini berbesar hati ingin menganjurkan Simple GiveAway yang ke-4 (Fuhh dah banyak kali rupanya cheq buat GA) buat korang semua sempena bakal menyambut Ulangtahun kelahiranku pada






31.05.2011







Jom layan syarat-syaratnya :)
a) Terbuka kepada semua follower blog MJ

b) Buat entry ringkas mengenai GA nie, copy banner simple atas nie ke dalam entry anda.. Wajib menggunakan tajuk  'MJ Birthday GiveAway' serta di link terus ke entry ini. Banner nak letak di sidebar sangat-sangatlah di alu-alukan (^~*)

c) Buatlah ucapan sempena besday MJ, ringkas-ringkas pun takpe, saja je nak korang wish..
hahahaa :)

d) Dah siap, tinggalkan link entry korang di ruangan komen ini SAHAJA.. Tempat lain tidak akan diterima :)

e) Hadiah disediakan kepada 3 peserta bertuah yang akan dipilih oleh en random (Akan diupload kemudian - maybe Fridge Magnet)  Updated!!!

f) Tarikh tutup adalah pada tarikh ulangtahun kelahiran MJ iaitu 31.05.2011 11:59pm (GA nie hanya berlangsung selama seminggu sahaja)
 


Mudahkan syarat-syaratnya..
Apa lagi cepat join ramai-ramai.. ;)




Untuk tengok hadiah GA, klik SINI

Tolong Like anak sedara MJ ye seperti di entry SINI




Menang GA dari Ma Belle Shop

Selamat Hari Isnin buat korang semua, setelah hampir 3hari tanpa sebarang entry baru, petang nie baru nak dapat idea untuk update...huhuuu


Itu pun bila dapat tau dari kak LelaFarouk (seperti biasa Kak Lela yang baik hati telah inform thru shoutmix) MJ menang GA dari kak Has Ma Belle Shop... wowww!! memang tak sangka tau hasil tekaan mengena jugak walau kurang tepat, cuma beza dalam CHF 8-9 camtu je..:) kira okla kan tak banyak sangat beza.. :)








Tahniah jugak buat pemenang lain iaitu Tiefazatie dan Kak Izan ;)


MJ tak sabar nak pilih hadiah, sebab kak Has bagi keutamaan kepada MJ untuk buat pilihan hadiah, dan malam nie baru tau hadiah pe yang bakal dimenangi, bestnya..  (*~^)





Pelakon baru - Kilafairy yang semakin menggoda

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon baru yang semakin meningkat naik nie, anak kepada penyanyi Rohana Jalil iaitu Kilafairy @ Syakila Nisha Jahangir Khan. Dia juga menerima jolokan 'Angelina Jolie Malaysia' sebab memiliki bibir yang seksi.. Rasanya bukan setakat bibir je yang seksi kan, sebab Kilafairy pun dah berani tampil seksi di khalayak umum.. 









Lihat saja lakonannya dalam filem terbaru yang tengah hot di panggung - Filem KaraK, ada adegannya berkemban sebagai satu cara menghayati watak yang diberikan kepadanya..




“Apabila Yusry menawarkan Kila berlakon dalam filem ini, Kila tak tahu pun bakal melakonkan babak berkemban itu, tetapi selepas membaca skrip, baru Kila menyedarinya. Babak itu Kila kena lakukan kerana ia adalah pengalaman sebenar yang diceritan orang kepada Yusry dan sebagai pelakon baru, Kila cuba yang terbaik untuk merealisasikan realiti seram itu ke dalam bentuk filem.”


“Tapi, Kila cuba untuk cari inisiatif lain untuk tidak terlalu terdedah, sebab itu lah Kila ‘request’ tuala. Kila tak mahu nampak seksi. Kila jamin, ini adalah ‘the first and the last’. Jika selepas ini Kila ditawarkan untuk melakonkan babak ‘panas’ seperti itu, Kila akan tolak. Kila ingin dikenali kerana bakat bukan kerana nampak murah,” ujar Kila lagi.


Nie Kilafairy semasa kecil... Comel kan dengan bibir mungil cenggitu
Gambar kredit to Beautiful Nara

Rupanya Liyana Jasmay hanya bergurau pasal isu mesej 'love' nya

Korang ingat lagi tak gosip MJ di entry sebelum nie yang Liyana Jasmay dan Fizz Fairuz bercinta?? Kalau ada yang dah terlupa klik je link tu ye :)















Dalam tweet mereka berdua nampak betapa bahagianya dilamun cinta, siap ngaku nak gitau public gitu.. Rupa-rupanya Liyana cakap mereka hanya bergurau.. aduhh!! gurau ke gitau wahai cik adik manis.. Gurau ler cara lain.. dan nie MJ copy dari GUA







“Kami cuma ‘tweeting’, bersembang macam kawan-kawan. Pelik la, sebab ia hanya untuk seronok saja, tak ada apa yang serius. Semua orang percaya bulat-bulat dan ambil serius apa yang tertulis di Twitter. Saya hanya ketawa kerana dia dah macam abang saya. Saya dah kenal dia sejak umur saya 16 tahun lagi.”


Ekoran isu Twitter ini, Liyana juga turut terheret sama apabila dituduh cuba merosakkan hubungan cinta Fizz dengan Almy Nadia. Sebelum ini, pelakon drama bersiri Juvana, Izreen Azminda juga dikatakan menganggu hubungan Fizz dan Almy.



“Saya jarang baca suratkhabar, jadi saya tidak tahu mengenai status hubungan Fizz dengan Almy sekarang. Bila saya dapat tahu perkara ini, saya ada juga bertanyakan kepada Fizz sendiri adakah kak Almy akan marah. Saya harap orang faham kerana saya masih 23 tahun dan kami hanya berseronok saja, tak ada apa-apa hubungan.”




Sedarkah Liyana Jasmay yang setiap yang tertulis di laman sosial miliknya itu dibaca oleh orang ramai di seluruh dunia? Menggunakan laman sosial untuk sekadar suka-suka dan berseronok adalah sangat tidak wajar lebih-lebih lagi bagi seseorang selebriti yang memiliki pengikut yang ramai. Oleh itu alasan untuk hanya berseronok-seronok adalah satu alasan yang tidak berfikir panjang. Sebagai seorang selebriti, mereka seharusnya menggunakan laman sosial itu untuk tujuan yang lebih positif dan memberi faedah kepada semua orang yang membacanya.



MJ :- entahler... lain orang lain cara gurau, tapi cara gurau cenggini macam tak sesuai je kan..

Kesiannya dengan Handphone MJ nie tau.. :(

Inilah handphone yang telah sekian lama berkhidmat dan berbakti buat tuannya selama 3 tahun lebih :>) Dan handphone nie paling lama MJ guna, sebelum nie tak sampai setahun dah bertukaq ganti.. (*~^).. 


Sebab pe tau boleh bertahan, sebabnya handphone nie tahan lasak macam Nokia 3310 tu..






Nokia 6210.. Masih cantik dipandang kan...???
















Tetapi!!!huhuuuuu... :(











Dah lekang kulitnya..
Padan la, mau tak lekang, berpuluh kali jatuh berderai tapi masih elok digunakan..
Tambahan bila dapat kat anak menakan MJ-Firas,
Henset nie jadi mainan dia punggai..heheee











Walau lekang begini, fungsi lain masih elok..
Rasa cam nak lekat gam je bagi elok semula..
Henset nie cover tak leh tukaq, so selama 3 tahun,
inilah set original..
Berbaloi-baloi kan??]







Kepada en suami tersayang (konpom dia akan baca blog MJ nanti), sayang nak henset baru tau.. hehee.. Sudi-sudilah memberi hadiah henset baru sebagai hadiah ulangtahun kelahiran isterimu yang tersayang nieh tau..:)
Sayang nak henset keluaran terbaru, tak dapat iPad @ iPhone, henset Ndroid pun takpe, leh update blog + main game Angry Bird..wahahaa (demand bukan main, tapi tak salahkan..heheee)







Mencari hadiah untuk yang tersayang dan sebagainya 




Jangan lupa klik Heartbeat nie ye :)

Dapat BE - Perodua Lagi Best


Selamat pagi semua, hari nie dah Jumaat, sekejap je kan masa berlalu.. Tak sabarnya cheq dok menunggu dan menghitung hari... (^~*)

Oklah sebenarnya pagi nie sesaja la chek akaun Nuffnang, tak sangka ada tambahan BE lagi :>) Dah lama MJ tak dapat BE lebih dari satu, rasanya dah berbulan-bulan, dan bila abis je 1 BE tu, berjinggut la nak tunggu BE baru muncul semula..


BE yang terbaru nie duduknya adalah di kerusi panas blog nie iaitu di bahagian LR.. Taktau nape bahagian lain (SS & LB) takde yang menyengat..huuhhuu




 



Thanks Perodua sudi meletak iklan  di blog MJ nieh... MJ memang pengguna setia kereta Perodua dari dulu lagi.. 
Luv U lah :)

Buat korang nak terjah FB Perodua, klik je iklan Perodua Lagi Best yang dok menari-nari di bahagian LR MJ nie ye.. :)
Terima kasih semua.. :)



Nak mintak tolong korang vote


Nak join GA MJ klik








Jangan lupa klik Heartbeat nie ye :)

Hadiah untuk MJ Birthday GiveAway!!

MJ birthday GiveAway masih lagi berlangsung saat nie..:) Sesiapa yang berminat nak join boleh klik je banner di bawah nie ye.. :>)
Tarikh tutup ialah pada 31.05.2011 iaitu bersempena my besday (^~*)








Korang nak tengok tak FM yang bakal korang - korang menangi andainya bertuah di blog MJ nie??






FM nie biasa-biasa saja, maaf andai korang tak berkenan dihati tapi MJ berkenan sebab tu MJ beli, betul tak??heheee






Ada 3 FM mewakili 3 negeri untuk 3 peserta yang bertuah iaitu.. :>)
















~tadaaaaa~








FM Cameron Highlang, FM Pangkor Dan FM Penang Hill..





Siapa nak cepat angkat tangan??? Takpe takde sapa pun nampak kalau korang angkat tangan pun kan..??hehee



So tunggu apa lagi, pada yang belum join, cepat cepat sebab tarikh tutupnya dah dekat..:)



Jom menari, menyanyi dan beraksi, maklumat lanjut klik sini

  

Kereta Kesayanganku remuk sebelah - Eksiden

Adoila, tersentap cheq tau tak bila tengok keadaan kereta kesayangan yang telah sekian lama berbakti denganku akhirnya jadi cenggini.. Huwaaaa..:(  Apapun tiada kecedaraan jiwa cuma kecedaraan pada kereta kesayangan nie je :) 



Sebenarnya kereta nie MJ baru je serahkan kepada adik lelaki MJ untuk sambung bayaq, dia baru dapat lesen kereta, dah planning nak beli kereta baru, bila MJ pong pang pong pang cerita camtu camni pakai kereta baru (Maklumla dia kan lesen baru) So dia bersetuju nak amik kereta MJ buat sementara..








  

Bukan pe, kami nie laki bini 2 2 ada kereta, 2 2 kereta kena bayaq, jadi memang MJ plan nak tolak salah satu, takler teruk nak bayaq sebulan  2 kereta tapi gunanya cuma sebijik je.. 











Nak dijadikan cerita, pagi tu dalam kul 1am, dia nak pergi ambik abang ipaq dia di station bus, so nak bawak kereta la kononnya, yela pagi2 buta camtu kan bahaya bawak motor.










Masuk gear reverse nak keluaq dari garaj, tiba-tiba




















Panggggggggg...... 
terlanggaq tiang garaj belakang punya, padahal jarak tu jauh..
Entahler, nak wat camne kan benda dah nak jadi..
Bulan pun dia belum start bayaq lagi tapi dah kena bayaq untuk repair kereta.. Memang kesian kan, tapi nak wat camne 
'Malang tak berbau'





Tiang pun dah qhebeyh sebelah :)





Lepas ni konpom dia akan beringat ler, jangan sampai fobia sudah.




p/s : Betul kan orang cakap, lesen baru nie kot mana pun mesti akan langgaq @ terlanggaq sesuatu baru dia akan cekap selepasnya.. MJ pun dulu masa mula-mula dapat lesen terlanggaq gak-tercium bontot kereta depan..hahahaa... Pehtu terus pandai bawak kereta :)
Korang plak mesti ada pengalaman camni gak kan,?? Jom kongsi :)





Jangan lupa klik Heartbeat nie ye :)

Rezeki Rabu | Menang FM :)

Hari Rabu yang indah buat MJ..heheee :) Sebenarnya dah lama tak menang dalam CGL nie, mungkin sebab kurang bertuah @ MJ yang kurang meng'join'kan diri wallahualam.. :) Apapun memang seronok lah :)


Thanks to Nanakimie sebab inform akak dalam komen entry GA, kalau Nana tak inform maybe akak terlepas keputusan nie :)




Nie keputusan dari Mrs Fieza GiveAway 








'no pemenang mengikut giliran cabutan.. dan hadiahnya pon dah tentulah mengikut turutan FM dalam gambar dari kiri ke kanan!'


Dan MJ akan menang FM yang sebelah kiri sekali tu, yang ada ikan 2 ekoq tengah berenang tu.. (^~*)

Tima kasih kepada penganjur - Kak Fieza sebab anjurkan GA nie dan mencabut nama MJ sebagai salah seorang pemenang bertuah.. Hadiah nie MJ anggap sebagai hadiah hari lahir yang akan tiba tak berapa hari je lagi nieh ;)






p/s : Hadiah pertama untuk my birthday di alam maya (walau nie hasil menang GA) tapi MJ nak anggap ia sebagai hadiah hari lahir :) So ada sesapa lagi nak bagi hadiah besday kat MJ tak??hahaa (muka tak malu kan)-  saja je main2 :)










Jangan lupa klik Heartbeat nie ye :)

Hadiah untuk Top Komen dah siap..



Alhamdulillah walau agak sedikit terlewat tapi akhirnya berjaya juga menyelesaikannya..:) Harap 3 penerima tersebut sudi memaafkan MJ atas kelewatan yang tak disengajakan ini.. (^~*)
 
 
Bagi yang dah terlupa (Maklumlah dah lama berlalu kan..hehee) MJ ingin memberi hadiah kepada 2 orang Pengomen Tegar di blog MJ pada bulan April lalu, dan seorang lagi atas kesudiannya memberitahu kemenangan MJ di dalam mana2 GA yang telah MJ join :)







2 hadiah telah berjaya di poskan pada hari ini (24.05.2011),
baki seorang lagi insyaAllah esok akan diposkan..
Maaf sesangat atas kelewatan yang tak disengajakan,
macam2 hal yang berlaku kan :)






Ketiga-tiga penerima tersebut ialah








Jangan lupa klik Heartbeat nie ye :)

Alhamdulillah lega rasa Lulus Exam :)

Tiada kata mampu diluahkan hanya rasa bersyukur atas kurniaanMu Ya Allah :) Setelah bertungkus lumus (last minit study) dalam menghadapi exam di Tahun Ke-2 sebagai pelajar Jarak Jauh USM, akhirnya result yang dinanti-nantikan telahpun diumumkan..:)

Memang berdebar sesangat masa nak buka portal untuk tengok result, serba tak kena jadinya, risau + berdebar semua ada..


Dan alhamdulillah MJ LULUS kesemua subjek yang diambil, jadi pasni tak risau dah, konpom dah leh naik tahun 3 plak..hehee.. Cuma sekarang belum tau lagi sama ada MJ dapat gred A @ B @ C untuk subjek2 tersebut :)



Result nie diambil dari Web Portal USM



Ini adalah berkat doa dan dorongan dari en suami tersayang, my family, rakan seangkatan MJ dan jugak semua rakan-rakan maya MJ yang turut mendoakan kejayaan MJ tika menghadapi exam baru-baru nie..

Terima kasih yang tak terhingga buat anda semua... Semoga Allah dapat membalas jasa kalian.. Aaamiinnn




p/s : Jangan lupa join GA besday MJ yang tengah berlangsung sekarang nie ye..







Jangan lupa klik Heartbeat nie ye :)

Liyana Jasmay dan Fizz Fairuzz bercinta..

Kalau lah benar apa yang dibaca, tahniah diucapkan buat mereka berdua :) Memang terkejut dan rasa macam tak percaya je.. Korang ada dengaq tak @ MJ yang ketinggalan??hikhikhik..:) Saja ler gosip2 sikit kan, baru meriah :)




MJ sebelum nie ingat Liyana Jasmay bercinta dengan Aizat Hamdan (Nampak serasi dan sesuai gitu kalau mereka berdua ada hubungan kan) manakala Fizz Fairuzz pulak seperti yang semua orang tahu dia bercinta dengan pelakon Almy Nadia dan hubungan mereka katanya dah serius.. Wallahualam..












Info gosip nie MJ dapat dari MyGosip, korang leh terjah web tu untuk membaca pengakuan Liyana dan Fizz mengenai hubungan mereka dengan lebih lanjut.. Woww!! memang straight forward lah mereka berdua, siap mengaku gitu dan lov U luv I lagi :)





Gambaq Fizz Fairuz  kredit to BeutifulNara







Gambaq Liyana Jasmay kredit to abg Budiey







 p/s : Apapun, moga diorang bahagia, mereka pun pasangan yang sepadan kan :)


Tahniah adikku | Mendapat Tawaran Kemasukan ke Politeknik


Alhamdulillah dan tahniah buat adik perempuan MJ kerana mendapat tawaran ke Politeknik untuk jurusan 



DIPLOMA KEJURUTERAAN (MEKANIKAL)



Terima kasih jugak buat Cikgu Dahlia bagi info nieh..:)


Tapi!!!! MJ perlukan pendapat korang semua.... Sesuai ke Jurusan nie dengan adik perempuan MJ??? Kalau lelaki oklah jurusan nie memang sesuai sesangatlah..

Pelik jugak MJ bila tengok tawaran nie sedangkan adik MJ masa sekolah dulu ambil jurusan perakaunan, dan dia tak mintak pun jurusan nie, apapun dia kena terima la kan..:)


MJ takut dia tak sesuai @ takleh bawak je ngan subjek2 ni nanti.. apapun MJ doakan yang terbaik buat dia.. Aaamiiinnn (^~*) 




Hanya masukkan IC no.
Korang pun boleh semak melalui link bawah nie..





Jangan lupa klik Heartbeat nie ye :)