Surprise Gift for Hari Raya


Jumaat baru-baru nie kami menerima 2 bungkusan hadiah raya tau, 1 dibawa balik oleh en suami dan 1 lagi dari My Dad, Jom tengok :-)



Paper bag pun khas untuk Hari Raya,
cantik kan lukisannya :-)




Kami dapat aiskrim potong, wahhh bestnyer, sedap, sedap :-)
Tak makan lagi aiskrim nie, tunggu raya baru bukak..
Kalau ikutkan nafsu memang dah tak sabar nak makan eskrem nie,
Sebab eskrem potong sedap especially part kacangnya tu..
Tapi  masih boleh bersabar lagi..heheeee




Dan bungkusan bawah nie pulak dari My Dad..


Kotak bungkusan cantik, dihiasi reben yang menyerikan kotak tersebut


Cuba teka benda pe dalam kotak nie, ada 4 bungkusan di dalamnya..




Ok tak yah penat-penat meneka lagi, jawapannya ialah...


Biskut Raya...


Terima kasih pada penaja yang sudi memberi kami hadiah sempena hari raya nie ye
(Wahhh ada penaja gitu..hehee)

Korang lak camna?? Ada gak dapat hadiah raya???


p/s: Tak sabarnyaaaaa nak raya esok... Apapun Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua...


Saya Anak Merdeka Versi Firas :-)


Menjelang Hari Kemerdekaan nie kita mesti menanamkan semangat cintakan negara dan semangat patriotik dalam diri, bukan hanya diri sendiri tetapi jugak perlu diterapkan dalam jiwa anak kecil supaya mereka juga mengenal erti kemerdekaan. Bak kata pepatah, 'melentur buluh biarlah dimakan rebungnya' :~)




Bendera ni kami gantung kat luar rumah, tapi sebab adik bongsu MJ nak bawak p sekolah kami ambil dulu then belum sempat nak gantung semula.. Firas nampak je bendera Malaysia terus semangat cakap 'nchaaa' (Merdeka) sambil bersusah payah pegang dan kibar-kibarkan bendera.




Tengoklah, baru 1 tahun 6 bulan tapi dah macam orang besaq gayanya, bagus sayang, pasni leh ar berbakti pada negara ye sayang :-)



Nchaaaa, nchaaaaa, nchaaaaaa..


Masa nie Firas cuba nak betulkan kedudukan bendera tu..
Mana nak cover kayu yang berat, ngan bendera lagi.. :-)
Ooopppss abaikan background yang agak berselerak tu ye :-)



Masa nie adik MJ pegang ler bendera tu, tengoklah dengan muka masamnya Firas nak ngadu kat Nenek yang paksu dia sentuh bendera dia..
Firas Firas... :-)



MJ nak ucapkan buat semua warga blogger 
"Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan'


Mood Ke Laut sudah...


Harini merupakan hari terakhir bekerja di bulan Ramadhan pada tahun nie..Yeehhooo happy sesangat, tak sabar nak cuti nieh, memang ler takdak balik kampung yang memakan perjalanan yang panjang sebab kami nie anak jati Pulau Pinang kan, tapi tetap nakkk jugak meriahkan Hari Raya nie.. (Konpom2 balik kerja petang ni jem giler, huhuuu)

Mood nak buat kerja lak memang ntah kemana-mana je, malas sokmo :-) Tapi terpaksa buat kerja jugak sebab harini ada Internal Audit untuk ISO 14001. Bila nak audit nie mula la kalut nak kena buat itu ini sampai tak cukup tangan nak handle (tapi blog boleh plak handle walau dalam sibuk-sibuk cenggini..hehee)




Syahdu tul saat mendengar lagu-lagu raya berkumandang di radio, terasa macam alahai lambat benau jam nie nak gerak ha, cepat la sikit kul 5.30 ptg nie, dah tak sabar nak balik rumah..

Kuih Raya Baju Raya semua dah ready, kasut raya dan kek Raya je blom ready lagi ha, en suami dah request nak makan Cheese Cake, tahun lepas MJ buat kurang menjadi tapi rasa kek tu tetap A, heheee... tahun nie harap2 menjadi la :-)

Dan 1 lagi kek wajib kena buat ialah Kek Coklat, fuhh kalau dapat buat yang kukus punya memang mari lah kesedapan rasanya..heheee, terbayang-bayang ke'moist' nya kek tu.. :-)



Oh ya, apapun jom kita bergembira bermain bunga api (mercun dilarang ye) bersama-sama Upin dan Ipin dengan kawan-kawannya...


Yeayyy dapat kad raya lagi

Semalam MJ ada terima kejutan lagi tau, dapat kad raya lagi dari blogger, best nieh.. Tak sangka ingat jugak kat MJ nie ye, heheee.. Apapun terima kasih diucapkan kepada QUEENPINK sebab sudi kirimkan kad raya buat MJ yang jauh nuuun di utara nieh..



Kad Raya pertama dari blogger MJ terima dari Bro Eyriqazz, dan nie kad raya kedua.. Terharu maklong dapat kad raya dari sahabat maya nie tau :-) Semoga tradisi nie akan kekal selalu sehinggalah ke generasi kini..






Terima kasih sekali lagi kepada Queenpink sebab sudi bagi kad raya kat MJ ye :-) semoga persahabatan kita akan terus mekar selamanya..Aamiinnn


p/s : MJ masih lagi menghantar POSKAD Raya buat sahabat blogger, dan POSKAD tersebut akan sampai selepas raya nanti, Harap Maklum ye.


Jangan lupa klik Heartbeat nie ye :)

Menang GA MZ Tiny

SALAM 26 RAMADHAN

Alhamdulillah ada rezeki di penghujung Ramadhan nie, MJ last menang GA masa awal puasa ritu dan nie MJ baru perasan result nie masa blogwalking ke blog Cute Mum petang semalam. Terima kasih pada Cute Mum dan terima kasih jugak buat puan penganjur Sis MZ (Mama Zharfan)




Di copy dari blog penganjur :-)
p/s : Kemenangan kedua di bulan Ramadhan :-)



Eye Mask dah sampai

MJ baru-baru nie ada order barang online dengan Yong (Pemilik Alinac Shoppe tu), dan dalam masa 3 hari terus barang tu sampai ke rumah, cargas dan pantas betul Yong nie.. Thanks ye Yong, barang selamat sampai ke tangan MJ :-)


 
Bila tengok ada sampul nie dah leh agak dari siapa,
sebab kebelakangan ni MJ kurang bertuah dalam GA nieh :-)
So takdak la hadiah GA yang akan sampai ke rumah kan.. huhuuuu :(


Tadaaaaa.... Inilah barang yang MJ oder dari Yong,
masa bukak tu eh nape ada banyak lak nie,
MJ oder 2 pcs Eye Mask je dan Yong bermurah hati bagi free gift..
Nak tau hadiah pe, jap kat bawah ni kita skodeng ye :-)




Eh ada kad dari Dni jugak lah.. :-)
Selain tu dapat Voucher dari RasaMas, andailah MJ nie tak kena berpantang ayam segala pasti diterjah untuk berbuka posa..huhuhhuu..
Harap-harap masa Raya ni dapatlah MJ makan dan buang pantang tu sat..
Mudah-mudahan...


Ok inilah barang-barang yang diterima
2pcs Eye Mask, Face Mask dan jugak 1pc untuk treatment..
Barang-barang nie belum sempat dipakai lagi,
harap dapat pakai sebelum raya, baru nampak cantik dan ceria kan :-)


Korang nak order jugak???
Terjahlah blog




Kad Raya Pertama diterima


Whoaaaa memang teruja tau bila dapat kad raya tahun nie dari abang posmen, dah lama takdak orang pos ke rumah... sob sob :( tapi tahun nie raya pasti meriah lah dengan kad raya...(Over teruja pulak padahal baru dapat sekeping) heheeee




Kad Raya nie diterima dari blogger pemes, Bro Eyriqazz, terima kasih bebanyak Bro sudi hantar kad kat MJ :-0
Ada sedikit teguran dari Bro, takpe Bro MJ tak berkecil hati pun malah sangat berbesar hati.. Korang nak tau apa yang Bro tegur blog kecik MJ nie?? Meh skodeng, siap ada pantun lagi.




Normaira nama diberi
Nama cantik tuannya pun comel sekali
Sedikit teguran semoga x berkecil hati
Nama blog susah dieja dan juga disebuti

Sebenarnya masa mula-mula buat blog nie tujuan nak catat memori kami suami isteri supaya jadi kenangan nanti, dan tak pernah tau pun rupanya dari blog nie boleh kenal ramai kawan, selain tu dapat jana $$$ malah rasa seronok giler lak menulis di blog nie (walau kekadang ada syok sendiri..hehee)

Pernah terdetik nak tukaq nama blog supaya nampak lebih mesra dan mudah tapi takut terjejas pulak isi kandungan blog nie, @ memang boleh tukar ke?? Ada sesapa tau tak?? If Bro ada jalan penyelesaian, MJ sudi menerima..



Apapun buat  Bro Eyriqazz, terima kasih sekali lagi atas kad raya ni dan jugak teguran dari Bro..
SeLaMaT BerPuAsA dan SeLaMaT HaRi RaYa AidiLFitRi..




Jangan lupa klik Heartbeat nie ye :)

Memborong Kacang


Salam 24 Ramadhan

Selain dari Makan Kuih Raya di Hari Raya, paling meriah dan MJ suka layan ialah Makan Kacang.. Kalau pergi beraya mana-mana lah, ada je kacang mesti yang tu dimakan terlebih dahulu, pastu diikuti kuih, kena lak ada coklat-coklat ke kuih tu, hmmm tak lepas peluang la nak ngap :-)

Tapi kacang ni bukan terhad masa raya je, hari biasa pun layan especially kalau layan depan TV, mau habis sebalang :-) pastu komen apesal badan asyik naik je..hahaaa, dah makan tak hengat mau badan tak naik kan.. :-)



Orang Penang mesti tau pasal kilang kacang kat Mak Mandin ni kan?? Kilang ni bila Hari Raya je memang penuh la orang, bersesak-sesak ha, macam-macam kacang boleh dipilih, ada 2 jenis peket, 300 gram dengan 700 gram.. Harga pun murah je..

Jangan risau, depan kedai nie ada cop Halal dari Jakim, so boleh membeli belah dengan suka hatinya :-)


Masa ni dah petang, dah nak dekat tutup kilang nie, itu yang orang tak berapa nak penuh, kalau tak hmmm nak selisih pun jenuh tau, memang berhimpit je.. Nak memilih kacang pun jadi tak selesa.




Ok dah siap memilih, actually kacang2 yang MJ beli ni kebanyakannya yang Mak Sedara oder, so beli untuk dia dulu la, untuk MJ dan Family mungkin Hari Sabtu nie kami terjah untuk beli lagi :-)




 Sekejap je kami memilih tak sampai 15 minit pun dah penuh 1 beg plastik, kalau lama lagi mau 2-3 beg plastik kena usung..heheee :-)



Dan nie lah hasil yang diborong tadi, semua nie dalam RM30 lebih je.. Pada MJ ok la kan, kalau nak dibandingkan beli kat Supermarket rasanya mau RM 50++ kan??




Coklat-coklat ni MJ ngan en suami punya tau..heheee, sebenarnya teringat kat anak sedara si kecik Firas tu, nanti dia balik kampung beraya boleh bagi coklat nie sebagai pengganti duit raya...wahahhaa, kede tul maklong Firas ni kan...heheee (Sebenarnya duit Raya tetap bagi jugak, anak menakan sorang tu je setakat nie, insyaAllah tahun depan ada tambahan sorang lagi..hehee)






Jangan lupa klik Heartbeat nie ye :)

Telur Angsa


Korang pernah makan telur angsa tak??? MJ 1st time beli dan makan, mula tu cuak jugak nak makan, dok fikir sedap ke, rasa apa, hanyir tak?? Telur nie susah nak dicari rupanya, mujur di kampung en suami ada, itu pun kami kena booking, kalau tak hmmm tak merasa la..



Telur angsa nie besar, 2-3 kali ganda dari Telur ayam, harga sebijik RM 2.00. Banyak khasiat telur angsa nie tau sampaikan tokey kedai pun tau kenapa orang nak cari dan makan telur angsa nieh.



Alhamdulillah sedap jugak telur nie, tak payah bubuh garam segala, memang dah cukup rasa..
Kiranya pasni bolehlah nak makan lagi :-0



POSKAD Raya dah pos


Alhamdulillah Poskad Raya telah selamat di pos pada hari ini (23/8/2011), harap-harap akan sampai pada penerima sebelum Hari Raya nie :-) Pada penerima-penerima tersebut harap sudi menerima pemberian ikhlas dari MJ ye :-) Hanya POSKAD sebagai pengganti diri, memang simple tapi ianya istimewa pada MJ tau :-)




Setakat nie MJ ada 8 alamat dari Top Komen, kalau ada yang nak bolehlah drop Nama dan alamat di ruangan komen SINI, tapi MUNGKIN Poskad Raya ni akan sampai selepas Raya nanti. En suami ada tanya pekerja Pejabat Pos pasal dateline tu, diorang cakap itu cuma anggaran masa, dan mereka akan berusaha untuk pos semua kad sebelum Hari Raya ni.




Semua nie bertulis tangan tau, wahhh teringat giler masa zaman sekolah dulu kalut-kalut dok tulis kad raya pastu cepat2 nak pos dengan harapan 'Pecah Kaca Pecah Gelas tu berbalas', pastu gantung kat rumah kad-kad raya yang dapat. Walau yang antaq kad raya tu classmate sebelah kerusi je tapi dah tersenyum lebar masa terima :-)

Setiap hari bila abang posmen pon pon je kalut keluaq nak tengok kad raya berbalas ke tidak, pastu melompat bila ada nama tertera, lawan dengan adik sapa dapat kad raya paling banyak..heheee.. Tapi semua tu macam dah kurang kan sekarang nie, generasi kini lebih kepada IT @ Internet, semuanya serba canggih klik di hujung jari je.

MJ nak amalkan pemberian kad raya la untuk setiap tahun, insyaAllah, supaya tradisi kad raya tak lapuk dek masa.. Oh ya pada penerima POSKAD tersebut, jangan risau, tiada istilah 'Pecah Kaca Pecah Gelas' ye..heheee





Baju Raya 2011

SALAM 23 RAMADHAN

Heheee, entry nie saja nak menayang jugak baju raya MJ dan en Suami untuk tahun nie.. Tahun lepas tahun pertama kitorang beraya sebagai suami isteri, kami pakai baju Nikah je, sayang kan dari dok terperap je dalam almari tu :-0 Mujuq masih leh pakai walau masa tu dah 8 bulan kami bernikah :-)

Sekarang nie kalau nak suruh pakai, wohohoooo bukan apa, baju tu makin mengecil la dok dalam lemari tu..wahahaaa tak nak ngaku.. :-P



 
Eh, model cilik nie pun nak nayang baju raya jugak ke???
Layannnzzzz sekeping je :-)



Untuk raya tahun nie, tema kami di pagi raya pertama ialah
PURPLE 
Baju en suami dijahit oleh My Mum, baju MJ beli siap je...

Berkenan tang manik tu, pehtu murah pulak, dari harga ratus2 tinggal  tak sampai seratus,
apa lagi terus ar rembat..
Yang best bila MJ pakai nampak tinggi plak..lalalalaaa :-)


Asalnya ni lah kain nak pakai sedondon ngan en suami,
My Mum baru jahit baju, kain tak siap lagi, takpe lah sebab dah ada back up baju lain kan :-)



Dan nie untuk Raya Kedua, asal tema kaler Oren,
puas kami ronda supermarket nak cari T-Shirt kaler Oren kat en suami,
tapi tak mau lah yang 'ang ang' kan, agak2 yang sedang je kaler orennya,
tapi tak jumpa.. huhuuuu
So MJ amik kaler maroon nie, brand Snails.
Bantai jela, kira matching gak kan..heheee

Oh ya, manik baju Oren nie dijahit sepenuhnya oleh My Mum,
contoh ambik dari baju purple MJ tu.. :-P
Tapi MJ puas hati, sebabnya baru nampak kan baju nie ada manik..heheee


Korang lak camne?? Baju Raya dah siap??
Ada tema jugak ke??