Bayi 7 bulan terperangkap dalam kereta | Buletin Utama


Masa dengar berita ni MJ dengan en Suami ada di kedai makan, memang terkejut lah, apa lah perasaan si Ibu kan bila anak tersayang terperangkap dalam kereta yang berkunci tu kan.. Cerita ni MJ copy dari portal Stesyen TV3



Seorang bayi terperangkap dalam sebuah kereta selepas ibunya tergesa-gesa meninggalkan kereta untuk mengambil seorang lagi anaknya yang belajar di tahun dua Sekolah Rendah Pendidikan Islam Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.

Ibu muda yang hanya mahu dikenali sebagai Zurina, datang ke sekolah ini bersama bayinya, Fawdah.

Sebaik masuk ke kawasan sekolah,  tanpa disedari kenderaan ini terkunci secara automatik.

Akibatnya bayi terperangkap dalam kenderaan berhawa dingin dan enjinnya masih hidup .

Menyedari kejadian itu pelbagai pihak termasuk guru dan orang ramai cuba membantu membuka pintu kenderaan tapi gagal.

Berikutan itu, seorang pekerja syarikat milik suami wanita ini bergegas ke Pelabuhan Kuantan untuk mengambil kunci pendua.

Bayi berjaya diselamatkan selepas hampir dua jam terperangkap.






Nota MJ : Kenapa tingkap kereta tak dipecahkan je ye sebab baby hanya berjaya dikeluarkan setelah 2 jam terperangkap dalam kereta (tapi mujuq enjin dan ekon kereta terpasang).. Maybe ada faktor lain yang perlu dipertimbangkan. Apapun bersyukur sebab bayi tersebut terselamat.. :-)



17 comments:

  1. tgk gak berita ni tadi.. risau kan.. kalu jd gini kat ank sndiri mahunya nangis risaukan ank..

    ReplyDelete
  2. Ermmmm!!! Inilah dia kecuaian yg tak dapat dielakkan.. Erk!! Bleh x kalau cakap mcm tu?! Tp memang bahaya, boleh bawa maut kalau silap haribulan.. Sebab gas oksigen dari enjin kereta tu x elok.. Aduh!!! Mintak dijauhkan lah jd mcm ni pd kita.. Kan dear..

    ReplyDelete
  3. Syiannya la kat kanak2 kecil tu..bahaya gak camtu tinggalkn anak ngan enjin kete trpasang..kot2 ada org jahat...dilarikn kete ngan kanak2 tu..lain kes lak jadinya.
    Alhamdllh,kanak2 trsebut selamat

    ReplyDelete
  4. kesian anak tu..lepas ni semua kena lebih peka n berhati2 kalau melibatkan anak ke diri sendiri..

    ReplyDelete
  5. kesiannya..alhamdulillah tak lemas dalam tu

    ReplyDelete
  6. malang x berbau... tp kami kami pecah cermin kete kot

    ReplyDelete
  7. sanggup dia tunggu 2 jam ek
    kalau kita xfikir apa dah kot
    pecah je tingkap tu lantak la
    bole ganti
    nyawa mcm mana nak ganti?

    ReplyDelete
  8. kalo cik mai harus pecah cermin keta tue..da la cik mai nie jenis panik..tgk lak anak nages....

    p/s- cermin keta kan ada insurans..claim je..hehe

    ReplyDelete
  9. Pernah jadi gak kat zie masa tu kat langkawi, taklah sampai 2 jam hanya 15 minit kerana orang yg tolong tengokan Dina tu bukak dengan kunci kereta dia, sib baik sama dan dia baik hati betul.

    ReplyDelete
  10. mj ni dalam berita..ari tu emy tgk live lagi tau...masa tu nk beli nasi kukus... pastu tgk org ramai tgh kelam kabut..rupanya kete sebelah jadi ginila...anak dia lebih kurang umur setahun.. terperangkap kt dlm..masalahnye... enjin mati..aircond takde... ibu dia dh nak nagis n cuak muka... ayah dia tgk memang dh gelabah habis..suma dok ajar budak tu budak pintu maksudnye tarik butang kunci tu ..tapi budak setahun mana reti apa2.... smpai mekanik datang..

    tak leh pecah cermin kot takut anak tu terkena kaca kt dlm..tak taula... kta pun suh org tu pecah cermin sbb takut takde udara..nasib la aada mekanik tu..

    ReplyDelete
  11. haa..tu la kan. kenapa tak di pecahkan aje. tak pun umpil pintu keta. takyah take 2 hours

    ReplyDelete
  12. Kalau saya dah lama pecahkan cermin kereta tu..x sanggup nak tengok anak menagis dlm kereta yg terkunci sampai 2 jam

    ReplyDelete
  13. kan dah banyak jadi dah sebelum ni..kenapa lah tak ambil jadi pengajaran..nasib baik tak jadi pape...

    ReplyDelete
  14. xblh pecah cermin tu kak..bahaya..
    nsb baik bdk tu xda pa2 kan..huhu

    ReplyDelete
  15. blh lak dia tinggal anak dlm kereta...kak sya mmg takut nk tinggalkan budak2 dalam kereta..even nk isi minyak...dua2 org bawak pergi sekali utk bayar minyak kt kaunter...

    sebab tu kalau bwk anak2 suka cari stesen minyak yg bukan layan diri...susah...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)