Hadiah untuk SIRIM Auditor


Alhamdulillah penyeksaan sebelum ni telah berakhir, department MJ telah selamat diaudit, tunggu report keluar je petang nie, harap-harap takdak issue la.. Tapi dok nampak-nampak semuanya ok dan berjalan lancar, setiap dokumen yang diminta semuanya dapat kami penuhi, lega betul, dah boleh tidur lena dah pasni, no nighmare...wahahaha :-)





Dan seperti biasa sebagai tanda penghargaan untuk pihak SIRIM yang sudi datang meng'audit' kami, pihak kami berbesar hati memberi sesuatu sebagai tanda ingatan. Ini bukan istilah bodek atau apa ye, memang kitorang akan bagi sesuatu pada pihak yang datang samada untuk Audit, memberi taklimat dan sebagainya..





Memula MJ ingat nak balut kotak ni bagi nampak cantik, tapi my Bos cakap tak payah, just beli paper bag je, bag pun last minit p cari dan itulah satu-satunya stok yang ada.. Seb baik :-0



Walaupun di luar hanyalah sebuah kotak tapi di dalam ada beg tau... Nak tengok tak isi dalam beg tu??







Thermoplast dengan cawan, senang untuk dibawa jalan, maklumlah tugas seorang Auditor kan adalah merantau jadi sangat sesuailah hadiah nie kan... Pandai kan cheq pilih hadiah... wakakakaka, puji diri lak. :)


Tempat korang lak macam mana?? Mesti ada bagi sesuatu gak kan.. :-0 




8 comments:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)