7 Pemenang Saguhati Vote - BONIA


Sebelum tu MJ nak minta maaf sesangat sebab lambat untuk umumkan pemenang seterusnya bagi Like BONIA tempoh hari, 3 pemenang UTAMA dah pun diketahui dan ketiga-tiga pemenang pun dah bagi feedback :)


Kebelakangan ni MJ agak sibuk sampaikan nak update blog pun terabai apatah lagi nak blogwalking. Tapi bukan sebab M.A.L.A.S ye, lepas tamat CONTEST GADGET IMPIAN hari tu, komputer ofis diserang virus termasuklah laptop MJ. Jadi di ofis tergendala aktiviti berblog dan MJ pulak balik ke rumah My Parents, sana takdak WIRELESS mahupun BROADBAND tau..huhuu


Ok berbalik pada keputusan pemenang saguhati ni, 7 pemenang bertuah akan menerima TOPUP sebanyak RM5 setiap seorang, dan pemenangnya ialah :)

Untuk SENARAI PESERTA, klik SINI




Norazlini Yusoff (Azelyusoff)


Fathiah Hamim











Sila tinggalkan no telepon beserta jenis prabayar yang digunakan 
contoh : 012435**** (celcom)




Review buku khalifah ganti superman




Assalamualaikum. Pertama sekali ingin saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Denai Hati kerana sudi menaja buku khalifah ganti superman oleh Tan sri Ali Hashim sebagai saguhati kerana menyertai peraduan gadget impian yang telah melabuhkan tirainya beberapa hari yang lalu.
Saya juga ingin menyatakan bahawa sebarang komen mahupun kritikan yang saya nyatakan dalam entri ini adalah bersifat pribadi dan tidak bertujuan menjatuh atau menyerang pihak – pihak tertentu.
Buku khalifah ganti superman ini adalah dikarang oleh Tan Sri Ali hashim dan diterbit serta diedarkan Oleh Utusan Publication & distribution pada 2011. Buku ini setebal 410 mukasurat dan dijual dipasaran dengan harga RM46 bagi semenanjung Malaysia, RM49 bagi sabah dan Sarawak.

Buku ini mengisarkan serba sedikit tentang profil peribadi Ali Hashim. Peringkat awal kerjaya dan pembabitan dalam dunia GLC iaitu Johor corporation(Jcorp) serta anak syarikatnya seperti KFC holding, Kulim, QSR dan Tiram Travel yang sangat terkenal dan Berjaya baik di Malaysia mahupun di mata dunia. Turut diselitkan sedikit kisah kontroversi disebalik ‘perlepasan’ beliau daripada jawatan pengurusi Jcorp. Namun beliau tidalah banyak menceritakan kisah itu sebaliknya memfokuskan kejayaan yang dikecapi oleh Jcorp dan anak syarikat milik GLC itu.

Antara isi kandungan didalam buku ini ialah ideologi beliau yang cuba ditonjolkan.Diantaranya ialah ideologi khalifah dan jihad bisnes yang dikatakan berteraskan ciri ciri Islam . Didalam buku ini seringkali beliau tekankan tentang jihad bisnes yang menjadi pemangkin kepada kejayaan umat islam melayu khususnya yang telah amat ketinggalan dalam bidang ekonomi berbanding bangsa lain di Malaysia.
Beliau juga menerangkan ciri –ciri dan strategi untuk menjayakan jihad bisnes ini. Diantara kaedah yang banyak diperkatakan oleh beliau adalah kaedah wakaf koperat dan intraprenuer (bukan entrepreneur). Wakaf koperat bolehlah dikatakan sebagai kaedah mewakafkan sebahagian syer atau keuntungan syarikat untuk diserahkan kepada pihak pengurusan tertentu dalam mentadbir kewangan tersebut untuk tujuan memperkasakan ekonomi umat islam. Manakala intrapreneur adalah pegawai dalaman sesebuah syarikat diberi peluang untuk memulakan bisnes daripada terus memakan gaji. Ini akan menarik minatnya kedalam dunia bisnes dan seterusnya menjadi usahawan. Untuk maklumat lanjut tentang kaedah ini anda bolehlah membaca sendiri buku Khalifah ganti superman ini.
Buku ini juga memberi perbandingan diantara sistem khalifah yang berkonsepkan memperkasakan ummah dan konsep superman yang ditonjolkan oleh Barat yang dihantui oleh perasaan tamak,memonopoli dan menjajah minda dan jiwa masyarakat dunia. Ia juga memberi gambaran bahawa kuasa ekonomi yang terus dipacu oleh dasar liberal barat hanya mengundang padah kepada golongan yang hanya mengikut membabi buta polisi perniagaan dan market control yang dilaksanakan oleh pihak barat.

Pandangan saya tentang buku ini
Saya sebenarnya amat bersetuju dengan kebanyakan ideologi dan sistem yang diutarakan serta diguna pakai oleh Jcorp dan Wancorp. Konsep jihad bisnes ini seharusnya disematkan dalam setiap minda umat islam agar tidak mengenepikan duniawi akan tetapi tidak pula tamak dan haloba dalam mengejar kekayaan. Sebaliknya lebih menumpukan kepada kebaikan ummah. Bagi saya, jihad bisnes ini seharusnya tidak tertumpu kepada syarikat koperat seperti GLC sahaja akan tetapi diguna pakai oleh syarikat – syarikat dan industri kecil kecilan agar terus maju tidak hanya memikirkan lepas makan sahaja. Dan paling penting sekali bagi saya ialah pengguna (consumer) seharusnya turut serta dalam jihad bisnes ini dengan membantu syarikat- syarikat dan kedai keluaran umat islam. Seringkali kita lihat pengguna dikalangan umat islam mengambil enteng tentang isu ini. Sama ada kita terlepas pandang atau tidak, banyak barangan harian yang kita gunakan adalah keluaran orang bukan islam. Dari saat kelahiran, perkahwinan bahkan sehingga ke saat ajal kita masih menggunakan keluaran bukan islam. Majlis kenduri kahwin bahkan saat hari raya, berapa banyakkah barangan yang dibeli bukan dari kedai mahupun keluaran syarikat muslim. Cuba anda bayangkan jika anda membuka sebuah kedai, tetapi tiada pun saudara seagama anda sudi membeli barang dari kedai anda. Apakah yang anda rasakan? Bagi saya, tiada gunanya kita menuding jari mencari salah orang lain. Sebaiknya kita mulakanlah dengan diri kita dahulu. Jadikan ianya sebagai jihad.insyaallah, allah akan menghitungnya kelak.

Wakaf koperat juga merupakan salah satu kaedah yang terbaik dalam menjana ekonomi umat islam.Dengan adanya pengurusan yang cekap dan tersusun, segala jenis bantuan dan ajaran dapat disampaikan kepada yang hak dengan lebih efisyen. Wakaf ini sepatutnya diambil contoh dan digunapakai oleh syarikat GLC seperti petronas dan yang lain.

Kritikan saya
Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kepada semua pihak andai kritikan saya ini membuatkan tidak selesa dan ada tidak suka kepada apa yang saya katakan. Segala apa kesalahan dan kelemahan berpunca dari pihak saya yang masih kekurangan ilmu.

Pertamanya, penggunaan fakta dan kenyataan oleh Tan Sri yang berulang – ulang hingga membuatkan terasa sedikit jemu apabila membaca kenyataan yang berulang. Sebagai contoh wakaf korperat dan jihad bisnes diulang terlalu banyak kali dalm buku ini. Begitu juga tentang fakta syarikat KPJ, KFC holding, Wancorp walhal sudah diketahui pada pembacaan kenyataan yang pertama dan kedua tentan g syarikat itu.

Keduanya, GLC menurut Tan Sri merupakan satu syarikat yang harus diberi lebih amanah dan dipertanggungjawabkan dalam membimbing serta memacu ekonomi Negara untuk mengembalikan
Kekuatan ekonomi umat islam. Akan tetapi pada pandangan saya, GLC itu sendiri seharusnya diperkasakan dahulu sebelum diberi lebih tanggungjawab agar akhirnya ia tidak membebankan rakyat. Sebagai contoh, syarikat GLC yang berkaitan ultiliti seperti elektrik dan air. Syarikat GLC ini pada dasarnya diwujudkan untuk memberi kesenangan kepada rakyat. Akan tetapi kerana sering dilanda kerugian, mereka terpaksa menaikkan caj kepada pengguna. Seterusnya membebankan rakyat. Disamping itu, apabila mereka mengisytiharkan kerugian, maka tiada lagi cukai yang dapat dikutip dan ini merugikan hasil Negara.

Contoh Yang lain ialah syarikat kereta nasional. Walaupun ia memberikan kebaikan yang banyak kepada Negara seperti menjana industri dalam negara, akan tetapi oleh kerana ingin menjaga industri nasional daripada persaingan syarikat gergasi kereta luar negara, kerajaan terpaksa melaksanakan cukai yang tinggi keatas kereta import termasuk AP kenderaan yang menyebabkan harga kenderaan di Malaysia agak tinggi berbanding Negara jiran. Begitu juga halnya yang berlaku berkaitan GLC yang berperanan menguruskan konsesi tol dan lebuhraya di Malaysia.
Saya tidak mengatakan syarikat - syarikat ini harus di’pancung’, tetapi syarikat ini haruslah berdaya saing, tidak terlalu bergantung pada bantuan kerajaan samada dari segi dana ataupun kelebihan yang lain kerana dalam jangka masa yang panjang ianya hanya merugikan rakyat. Sebaliknya syarikat – syarikat GLC ini harus mencontohi GLC seperti Jcorp ataupun petronas dalam memperkasakan diri sebelum memperkasakan ummah. Wallahualam.

Satu lagi ialah kecenderungan Tan Sri Ali dalam menyatakan bahawa pergantungan kepada syarikat swasta lebih cenderung membawa keburukan daripada kebaikan. Mungkin ini berdasarkan pengamatan beliau yang berpengalaman luas. Akan tetapi ia juga mungkin berpunca daripada sudut pandangan beliau yang banyak memimpin syarikat GLC. Jika ditanya oleh pemimpin syarikat swasta, mungkin jawapan yang dikeluarkan berlainan. Saya secara peribadinya bersetuju juga dalam pendapat beliau tentang syarikat besar swasta yang boleh mengundang keburukan. Contohnya syarikat media hiburan terkemuka Negara yang mendominasi saluran media Negara sehinggakan jika anda ingin melihat aktiviti sukan dalam Negara, anda terpaksa menonton dalam saluran yang disediakan olehnya sahaja. Ini menyebabkan kita terpaksa mengikut kehendak syarikat ini yang dilihat agak rakus membolot keuntungan diri sendiri.

Akhir sekali saranan saya ialah supaya kepada sesiapa yang masih belum membaca buku khalifah ganti superman ini agar mendapatkannya samada di kedai- kedai buku ataupun membeli secara online kerana buku ini mampu membuka minda kita tentang selok belok dunia perniagaan dari pandangan seorang yang pakar dan konsep jihad bisnes ini boleh dipelajari dan diadaptasi dalam kehidupan harian. wassalam.........


Di review oleh:
Mr Jay






MJ nak menang Nikon D90 dari Denaihati - Harap Rakan2 sudi membantu

Entry Melekat sehingga 24 Feb 2012


Memang sengit pertandingan bagi merebut Gadget Impian anjuran blogger hebat~Denaihati ni tau, 5 pemenang bertuah akan dapat memiliki Gadget impian masing-masing.

MJ pada mulanya ingat dah tak layak tapi alhamdulillah tak sangka ada rezeki ke peringkat akhir jadi MJ harap sangat agar kawan-kawan dapat membantu MJ bagi mendapatkan Gadget Impian.

Cara-caranya ialah :-
1. Pergi ke link penganjur Denaihati >>>> http://denaihati.com/nikon-d90-gadget-impian-mj <<<<

2. Sama macam contest anjuran MJ sebelum ni iaitu kawan-kawan kena komen banyak-banyak, Like, G+, Tweet dan Link In, korang kena tinggalkan komen di blog penganjur dan bukan di blog MJ ni ye.

3. Komen yang ditinggalkan haruslah sekurang-kurangnya 7patah perkataan, contoh >>> Good Luck MJ, moga Nikon D90 berjaya dimiliki <<< sebab kalau kurang dari 7 p.p, komen tersebut akan di delete oleh penganjur.

4. Tempoh berlangsung hanya 7 HARI SAHAJA iaitu sehingga 24/2/2012 (11.59pm)



5. MJ ada sediakan hadiah WANG TUNAI/TOPUP kepada 10 pengomen terbanyak merangkap LIKE terbanyak (kalau sudi tolong syer sekali), dan jugak TWEET terbanyak. Pada yang ada G+ dan LINK EDIN sangat-sangatlah dialukan. (Hadiah akan diupdate kemudian ye)


Dan bawah ni entry original dari MJ yang dihantar kepada penganjur


Dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat kini, pelbagai gadget-gadget terbaru muncul di pasaran. Ini membuatkan kita sebagai pengguna menjadi rambang mata dalam memilih gadget mengikut kemampuan dan kehendak hati, tidak terkecuali dengan saya. Terima kasih buat team denaihati dan semua penaja yang sudi untuk memenuhi impian saya dalam memiliki gadget impian.

Gadget yang menjadi impian saya ialah kamera NIKON D90.





 

Antara sebab mengapa saya ingin memiliki Nikon D90 ialah kerana sebagai seorang blogger ‘tegar’ adalah menjadi satu kemestian (kewajiban) untuk saya mengambil gambar diri sendiri, yang tersayang ataupun peristiwa yang berlaku disekeliling saya untuk diabadikan dalam blog saya. Saya memang suka bergambar dari kecil lagi, kemana-mana sahaja mesti hendak bergambar, dan apabila sudah berkahwin tak sangka Suami saya pun turut terjebak dengan minat saya, dia merupakan tulang belakang buat saya dalam mengambil dan menghasilkan shot-shot yang menarik, makanya makin seronoklah saya untuk bergambar.

 Jadi jika diberi peluang dan dimurahkan rezaki kami untuk memperolehi Nikon D90, kami amatlah bersyukur.




Mengapa saya memilih Nikon D90 daripada kamera  digital yang lain?

Pertamanya kerana ia merupakan kamera DSLR, kami belum pernah memiliki kamera DSLR lagi. Yang ada hanyalah kamera kompak digital, tetapi itu tidak membataskan pergerakan kami dalam bergambar.

Kamera kompak agak ketinggalan dari segi kualiti penghasilan imej gambar daripada kamera DSLR yang membuatkan kamera DSLR  ini menjadi pilihan ramai. Jadi besarlah harapan andainya dapat memiliki sebuah kamera DSLR sendiri. 

Keduanya kerana Nikon merupakan pengeluar kamera digital yang tersohor seiring nama nama besar yang lain seperti Canon, Sony dan lain–lain. Semestinya kamera dan lensa yang dihasilkan olehnya akan memenuhi selera dan kehendak peminat fotografi .



Ketiganya, kerana NIKON D90 merupakan antara kamera yang menjadi pilihan penggemar DSLR masa kini. Ia merupakan antara produk ‘bestseller’ Nikon. Merupakan upgrade daripada kamera Nikon D80, memperolehi beberapa penambahbaikan dalam pelbagai kategori . antaranya ialah 


Sensor: 12.3 Megapixel CMOS sensor, 23.6 x 15.8 mm; total pixels: 12.9 million; Nikon DX format

Imej saiz:  4,288 x 2,848 [L], 3,216 x 2,136 [M], 2,144 x 1,424 [S]

Sensitivity: ISO 200 to 3200 in steps of 1/3 EV, can also be set to approx. 0.3, 0.7 or 1 EV (ISO 100 equivalent) below ISO 200, or to approx. 0.3, 0.7 or 1 EV (ISO 6400 equivalent) over ISO 3200, ISO sensitivity auto control available

Monitor: 3-in., approx. 920k-dot (VGA), low-temperature polysilicon TFT LCD with 170° viewing angle, approx. 100% frame coverage, and brightness adjustment

Exposure metering: 3D Color Matrix Metering II, Center-Weighted and Spot Metering

Exposure modes: Auto modes (auto, auto [flash off]), Advanced Scene Modes (Portrait, Landscape, Sports, Close-up, Night Portrait), programmed auto with flexible program (P), shutter-priority auto (S), aperture-priority auto (A), manual (M)

Dimensi: (W x H x D)

132 x 103 x 77 mm (5.2 x 4.1 x 3.0 in.)

Berat: 

 620 g (1 lb. 6 oz.)



Itu sahajalah CELOTEH saya mengenai Gadget Impian, harap team Denaihati dan penaja sudi memilih kami antara yang terpilih, Aminnn.



Pergi ke kedai bersama suami

Untuk membeli milo dan kopi

Kalau ada rezeki buat kami

Pastinya kami sangatlah happi



Bunga Mawar indah berseri

Untuk diberi kepada puteri

Terima kasih daun keladi

Moga bertambah rezeki Denaihati.



“Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.comAnarm.neteQurban.comSilver Asia Sdn BhdKedai Kak Siti, Jaws.my dan Serverfreak


p/s : Kawan-kawan tolong MJ ye bagi merebut Gadget Impian yang ditawarkan, TERIMA KASIH banyak-banyak :)

Pemenang bagi Contest Vote - BONIA


Tanpa membuang masa setelah tiada sesiapa lagi yang memberitahu MJ mengenai ketiadaan nama dalam senarai peserta, maka dengan ini MJ ingin mengumumkan keputusannya. SENARAI PESERTA sila rujuk link tersebut

3 pemenang bertuah akan mendapat RM 10.00 (WANG TUNAI @ TOPUP) setiap seorang, dan MJ telah memilih di antara 4 peserta yang sudi membuat entry secara random iaitu..








Tahniah diucapkan pada pemenang bertuah, ini sebagai penghargaan MJ sebab korang buat entry khas ye, pada Ayesha Ramlee harap tak kecil hati, mana tau ada rezeki untuk tempat saguhati yang akan diumumkan nanti:)



Pada 3 pemenang di atas sila emelkan Nama dan No Akaun Bank (Maybank) bagi yang memilih WANG TUNAI manakala kalau nak TOPUP sila beri Nama dan No Telefon (mxs, clcm, DG) ke alamat

Tahniah diucapkan pada anda bertiga, keputusan SAGUHATI akan diumumkan selepas ini ye... 



Korang ada akaun FB, TWEET, G+ dan inSHARE tak? Kalau ada mai SINI


MJ ada join contest terbesar anjuran blogger hebat DENAIHATI (Hidupkan untuk memberi) pada penghujung tahun lepas, dengan pelbagai dugaan dan cabaran telah dilalui alhamdulillah MJ layak ke peringkat akhir.

Pada peringkat akhir ni, 5 orang peserta yang berjaya mengumpul mata tertinggi (70%) dan JURI (30%) akan layak mendapatkan hadiah impian masing-masing.

Mata dikira berdasarkan KOMEN (lebih 7p.p), FB LIKE, TWEET, inSHARE dan GOOGLE+1 terkumpul sepanjang tempoh contest berlangsung. Masa yang diberi cuma 7hari pada setiap peserta :)




MJ cuma tinggal masa kurang dari 5hari je lagi untuk mempromosikan entry ini kepada kawan-kawan semua, harap kawan-kawan sudi tolong MJ ye untuk klik button tu semua. Button FB LIKE lak ada kat atas sebelah kanan.

Kalau nak komen kena lebih 7p.p sebab kalau kurang penganjur akan delete komen tersebut, maka dah kurang mata untuk MJ. Kalau korang nak bersembang dengan MJ dalam komen tu pun boleh, akan segera MJ balas punya :)



Semua yang kat atas tu kena dibuat di blog penganjur >> http://denaihati.com/nikon-d90-gadget-impian-mj <<


MJ juga ada sediakan WANG TUNAI/TOPUP (tak seberapa) buat rakan-rakan yang sudi membantu, nak tengok jom klik >> http://normj1001.blogspot.com/2012/02/mj-nak-menang-nikon-d90-dari-denaihati.html <<


Hadiah Tempat Pertama:   RM30
Tempat Kedua hingga Kelima: RM10


Terima kasih pada semua rakan blogger mahupun rakan FB yang sudi membantu MJ, contest ni memang sengit sebab kena bersaing dengan blogger2 hebat yang turut sama bertanding. MJ percaya andai itu rezeki MJ, pasti akan berjaya :)

Sejarah Komputer

Tahukah anda bahawa perkataan komputer sebenarnya bukanlah merujuk kepada mesin komputer tetapi istilah komputer merujuk kepada kumpulan ahli matematik yang melakukan perkiraan logaritma and fungsi trigonometric selama berhari menggunakan peralatan pengiraan yang primitif. kumpulan matematik ini melakukan 'computation' dan digelar computer. jadi bagaimana istilah ini bertukar kepada mesin yang kita guna pakai seharian. insyaallah kita akan mengetahuinya selepas ini.






Merujuk kepada sejarah, peralatan mesin perkiraan mula dicipta pada tahun 1880 lagi apabila orang perancis iaitu joseph marie jacquard dengan ciptaannya iaitu punchcard. mesin ciptaannya berfungsi secara automatik untuk mengawal benang. selepas melalui perubahan zaman, punchcardnya juga boleh digunakan dalam pelbagai jenis kegunaan seperti mengawal piano secara automatik dan menyimpan program untuk komputer. akan tetapi ciptaannya masih belum layak digelarkan sebagai komputer kerana kekurangan banyak ciri2 komputer









Alatan pertama yang layak digelarkan sebagai komputer ialah ciptaan charles Babbage iaitu deference engine. Charles Babbage amat tidak menyukai pengiraan menggunakan tangan. oleh itu beliau menciptakan mesin difference engine tersebut. akan tetapi beliau tidak sempat menghabiskannya kerana terus mencipta mesin pengiraan yang lain menggunakan engine steam.

Selepas 150 tahun babbage mereka konsepnya, mesin awal Babbage akhirnya siap dibina daripada pelan asal oleh pasukan di Muzium Sains London.   Mesin akhiryang dibina daripada besi campurangangsa,dan keluliterdiri daripada 4000 komponen, dengan berat 3 tandan 10 kaki lebar dan 6 kaki ½ tinggiIa melakukan  pengiraan pada awal tahun 1990-an dan mendapat keputusan  31 digit ketepatan. ianya jauh lebih tepat daripada kalkulator poket.










Konrad Zuse dan Z1
Selepas berakhirnya perang dunia ke2, telah dijumpai sebuah mesin mechanical yg komplek yg digelarkan Z1. ia dicipta  oleh konrad zeus iaitu seorang arkitek german didalam rumah ibu bapanya. lebih menarik tentang zuse ialah sebenarnya tidak tahu menahu tentang pengiraan algebra dan tidak tahu menahu tentang percubaan mencipta komputer pada zamannya. mesin yang diciptanya adalah bertujuan untuk melakukan pengiraan untuknya. lebih menarik lagi kiraannya yang diterjemahkan adalah dalam bentuk decimal. akan tetapi pengiraan dalaman adalah dalam bentuk binari digit. jadi, ia merupakan mesin komputer yg pertama menggunakan kaedah binari, yg digunapakai oleh komputer pada zaman sekarang. banyak pakar komputer mengatakan bahawa ciptaan Zuse adalah sebuah komputer yg selayaknya digelarkan sebuah komputer pertama yang dihasilkan. 




Harvard Mark I computer
Semua rekaan komputer sebelum ini masih tidak menampakkan ciri sebuah komputer kerana ia tidak mempunyai bentuk dan rupa seakan komputer. bahkan tidak menggunakan elektronik untuk menjalankan operasi pengiraannya. akan tetapi selepas penciptaan ABC komputer, ia boleh dikatakan menampakkan ciri komputer yg sebenar. akan tetapi ABC komputer tidak sempat disiapkan menyebabkan ia tidak boleh diiktiraf.  akhirnya muncul sebuah ciptaan yang layak digelarkan ciptaan komputer pada zaman moden iaitu Harvard Mark I computer.
Automatic Sequence Controlled Calculator(ASCC) ataupun gelarannya Harvard Mark I merupakan komputer pertama yang berjaya melakukan pengiraan yang panjang secara automatik.  Projek ini dijalankan oleh proffesor harvard Dr howard Aiken.ia dicipta oleh enginer IBM di endicott, New York. saiznya yang besar  iaitu sepanjang
51 kaki (16 mdan lapan kaki tinggi ASCC menggunakan 800 km wayar dengan tiga juta sambungan. Ia adalah kalkulator elektromekanikal yang terbesar dalam industri.


Mr Jay:  masih terdapat banyak lagi sejarah komputer untuk diceritakan. untuk menceritakan tentang penghhasilan kapasitor, chip,penciptaan window OS, laptop dan sebagainya. akan tetapi ianya memakan banyak masa dan ruang. insyaallah jika ada masa kita boleh ceritakannya. kesimpulannya, komputer masih terus menjadi alatan @ gadget yang penting dalam kehidupan harian. dan ianya terus ber'evolusi' menjadi semakin canggih dan hebat.

Senarai Peserta Vote - Contest BONIA


Maaf dipinta sebab lambat untuk MJ update senarai peserta yang sudah tolong vote, lepas contest BONIA ni tamat, MJ pulak menghadapi Mid Year Exam kat USM.

Ok tanpa membuang masa, kepada semua yang menyokong ayuh tengok nama-nama anda ada tak dalam senarai ni? Lepas tu cepat-cepat inform MJ sebelum MJ umumkan keputusannya.

1.  Sue Sopian
2.  Cikpuanhady
3.  Norazlini Yusoff (Azelyusoff)
4.  Lin Azlina
5.  Nur Hawa Mohd Zin
     Siti Nur Syuhada Salleh      Ada entry
6.  Cahaya Yahaya
7.  Ayesha Ramlee                   Ada entry 
8.  Ohbudu
9.  Hidayatul Putra
    Cherosliza Chemat              Ada entry
10. Ezzyra
11. Ezza Malik
12. PuanBee
    . ♥♥azatiesayang ♥♥             Ada entry
13. Aslinda Linda
14. Nur Anisah
15. Fathiah Hamim
16. Fiezahkecik
17. Nisa Azman
18. Mama Tisya


Ok kesemuanya 18 peserta, MJ tau ada yang mengundi tapi tak tinggalkan nama disini, dah syaratnya MJ mahukan yang undi untuk tinggalkan nama diruangan komen supaya memudahkan MJ menyenaraikan nama anda :)  Kepada semua peserta MJ bagi tempoh sehingga Isnin ini untuk cheq senarai nama sebelum MJ umumkan keputusannya ye :)



p/s : MJ nak minta tolong korang lagi ni, nak tengok syarat-syaratnya klik http://normj1001.blogspot.com/2012/02/mj-nak-menang-nikon-d90-dari-denaihati.html

Kebizian Melanda -Terima kasih atas TIP yang dikongsi


Alhamdulillah MJ dah selamat di 'interview' semalam, cuma tunggu keputusan jela samada berjaya atau tidak. Berakhir sudah debaran yang berhari-hari dirasakan untuk temuduga yang berlangsung cuma 5minit sahaja :-)

Terima kasih banyak-banyak kepada rakan blogger yang sudi berkongsi tips dan pengalaman terutama kepada YANN  kerana siap bagi link, memang sangat berguna sekali segala maklumat yang diberikan (memudahkan MJ dalam mendapatkan maklumat), juga kepada Lierose~Qiemi yang berkongsi tip dan tak lupa kepada semua lah yang berkongsi dalam ruangan komen tu ye.. Tak terbalas MJ dengan komen-komen dan pandangan dari semua.



Maaf dipohon sebab hari ni agak terbatas untuk ke blog kawan-kawan, keje yang menimbun akibat dari cuti EXAM 2 minggu + cuti interview semalam, harap kawan-kawan janganlah berkecil hati ye, MJ akan jenguk juga dan mungkin lambat sikit la ye..

 





~Interview Mode~ Korang ada tip??


Salam 1 Malaysia kepada semua..
Kalau korang nak tahu hari ni MJ berdebar-debar la,
serba tak kena jadinya sementara nak menanti hari esok.
Berharap agar masa cepat berlalu, betul cakap orang yang
"Penantian itu satu Penyeksaan"





Esok, Khamis (16/2/2012) MJ akan menghadapi temuduga SPA
Walaupun ini bukan kali pertama, malah dah berkali kali tapi debarannya tetap terasa.
My Dad pulak berharap sangat MJ dapat job ni, berkali-kali SMS dan telepon suruh bersedia macam tu macam ni, pastu siap bagi 3 buku suruh baca especially Gov Sector.
MJ really admire My Dad because he work from the lower level and move up slowly and now in comfortable level.
(Wahhh speaking London beb, wahahaa, practise make perfect right?)


Korang ada tip tak bagaimana nak menghadapi temuduga kerajaan ni.
Harap sudi syer tips dengan MJ ye.. :)
Thank you so much in advance.



~Enjoy in Campus~



Ada blogger yang bertanya, MJ tinggal dalam asrama ke?? Dan jawapannya >> YUP, kami kena tinggal di asrama sepanjang tempoh intensif (Mid-Term Exam) bilamana pelajar sepenuh masa bercuti, maka kami pelajar pendidikan jarak jauh pulak yang masuk. Masa ni la peluang diambil oleh semua pelajar PJJ untuk berjumpa bertentang mata dengan pensyarah dan bertanya serta berbincang mengenai hal-hal pelajaran terutama kepada pelajar yang tinggal di luar Pulau Pinang.



USM ada 6 blok asrama di luar kawasan USM (3blok lelaki dan 3 blok perempuan), dan dah 2 tahun berturut-turut kos MJ kena duduk di luar, tahun lepas ok lagi sebab walaupun luar tapi masih dekat, tapi tahun ni kena menapak jauh giler nun di atas bukit.

Nak menapak tu 1 hal, yang tak tahan tu kena panjat bukit + panjat tangga, memang tenaga terus flet bila sampai dalam bilik, terbayang macam mana la student full time harunginya kemudian terpikir yang student full time ni dah biasa dengan kehidupan seharian macam ni.. Exercise is no hal to them, sama macam MJ gak dulu masa zaman belajar, jauh berjalan macam mana pun tak kisah demi menuntut ilmu :)


Walau letih tapi tetap ceria :)

Tapi sekarang zaman dah berubah, bila dah lama bekerja (hampir 5tahun) meninggalkan zaman belajar, suasana dan keadaan dah lain, sekarang dah ada pengangkutan sendiri, kemana-mana nak bergerak senang dan mudah, kiranya no exercise la maka terkumpullah segala lemak-lemak tepu dalam badan.



Kat belakang MJ tu la tangga yang perlu kami daki selepas memanjat bukit

Dan bila sesekali terkena kejutan budaya macam ni, mau pengsan..huhuuu, seyes cakap baru 2 hari kami mendaki bukit hampir 1KM dan panjat tangga yang tinggi, habis seluruh kaki tangan kekejangan, nak berjalan dah rupa apa dah, terseksa beb.

Nasib anak jati Penang, sekali sekala pulang juga ke rumah dan kalau ada kelas @ exam baru stay asrama, tapi tu pun menumpang di bilik member yang dok kat dalam USM..huhuu




Belakang MJ ni asrama student lelaki, kami kena panjat tangga diorang lak turun tangga...




Bila naik tangga ni 2x kena berenti rehat..
Punya la teruk kan, nampak sangat dah lama tak exercise..hehehee



Dah sampai kat tengah, so kita posing jap ambik kenangan :)




Tempat ni memang cantik, nyaman dan sejuk..
Siap ada 'open gym' tapi kami tak menerai pun, almaklumlah dah penat exercise..hehee


Apapun situasinya, kami tetap happy, tinggal setahun lebih je kami akan berjuang demi mendapatkan segulung Ijazah.. Doakan kami berjaya ye kawan-kawan..

STUDENT PJJ pun dapat Baucer Buku jugak tau


Sebelum ni masa kerajaan umum pemberian BAUCER BUKU 1 Malaysia kepada semua pelajar Sekolah dan IPT, MJ memang tak terpikir akan menerima Baucer Buku ni jugak tau. Almaklumlah kami ni cuma Pelajar PJJ dan bukannya pelajar sepenuh masa, masing-masing sudah punya GAJI bulanan kan.

Tetapi semasa sesi pendaftaran hujung bulan lepas, kami turut menerima Baucer Buku ni, Syukur dan terharu sangat, terima kasih kepada Kerajaan Malaysia yang prihatin dengan kami sebagai pelajar PJJ :-) Bangga makngah dapat gak merasa, hehee :)



Muka vanggas dapat miliki Baucer free :)
Abaikan mamat kat belakang tu yang ushar semacam, nak kata jeles dia pun dapat jugak, hehee:)


Dalam kepala buat masa sekarang ni tak terpikir lagi nak beli buku apa (Modul yang diterima pun tak terbaca, hehe) Due bulan 3 ni, maybe kena pergi dulu mana-mana Bookstore baru tau apa nak buat kan :)

Oh ya, MJ dah pun guna Baucer RM50 untuk membeli beberapa kelengkapan, kebetulan Pensyarah nak kami buat sesuatu, dah alang-alang tu terus la pilih memilih apa yang patut kan :)



Hasil dengan menggunakan Baucer Free :-)
 
 
Dan ni masa iklan jap lepas study hard.. huhuu hard le sangat :-)




p/s : Harini merupakan hari pertama MJ kerja lepas 2minggu cuti demi ngadap buku dan exam :)  Aduhhh lemau je rasa...

Rindu dengan BLOG, rindu dengan KORANG.. rindu seSANGAT!!!


Tak tau macam mana nak mula, sebab macam-macam nak cakap dan nak cerita nieh..heheee, 
Ok apa-apaun sebelum tu Assalamualauikum dan Selamat Sejahtera
kepada semua rakan blogger yang tersayang,
korang rindu dengan cheq dak??? Sapa rindu habaq maih lekaih.. :)


Cheq RINDU sesangat ni, rindu dengan blog, rindu dengan kawan-kawan,
rindu nak berblogwalking dan rindu segala-galanya rindu :)
(Ada gak 5-6 blog yang MJ terjah, ada yang drop komen dan ada tu jes baca je)
Terasa lama bebenar tak menulis, last entry adalah pada 26hb Jan 2012,
iaitu entry APOM POLKA dan ENTRY selepas itu telah diUPDATE sepenuhnya 
oleh en SUAMI tersayang, MJ memang tak campur langsung k, 
terima kasih buat en suami yang taknak blog ini langsung tak berhupdate.


View dari dalam bilik asrama, bayangkan kitorang duduk atas bukit,
dah le kereta kekadang boleh bawa masuk kekadang tak boleh bawak masuk dalam, 
menapak le selalu bukit yang tinggi dan juga tangga.. huhuuu


Hari ni dah 10hb Feb 2012 (maksudnya dah dekat 2minggu kan)
'Blog tak berupdate tetapi FB on of on of cenggitu je'

Exam last hari Sabtu ni (esok-11 Feb) dan lepas tu MJ akan bekerja semula seperti biasa pada hari Isnin,
mesti lemau segala macam rasa masa masuk hari pertama kerja selepas 2minggu cuti kan :)

Dan selepas tu MJ akan membalas kembali jejak-jejak yang ditinggalkan oleh kawan-kawan semua,
Bukan seorang dua, tetapi menghampiri 100, perghhhh layanzzz..

Kalau sehari blog kawan-kawan update 2-3 entry, maksudnya
14hari x 3 entry x 50blog = ???? (Itu update lebih dari 1 entry)
Memang kena marathon sepenuh jiwa la macam ni..hehehee



p/s: Disebabkan cuma tinggal 1 paper je untuk dijawab, jadi ada masa la untuk update MJ update blog, dah tak tertahan oleh kerinduan :)





Pemuda dan kapal yang karam



Seorang pemuda adalah satu - satunya yang terselamat dalam kejadian sebuah kapal karam dihanyutkan di sebuah pulau kecil yang tidak berpenghuni ....

saban hari dia berdoa kepada  Allah  S.W.T untuk menyelamatkan beliau, dan setiap hari dia melihat ke lautan untuk datangnya bantuan, tetapi tidak ada bantuan seolah-olah akan datang.

Oleh kerana pemuda tersebut letih untuk menunggu beliau mengambil keputusan untuk membina tempat kediaman. akhirnya, beliau berjaya membina sebuah pondok kecil daripada serpihan kapal untuk melindungi beliau daripada cuaca hujan dan panas serta tempat dia menyimpan harta benda.

akan tetapi pada satu hari, semasa pemuda itu mencari makanan, beliau tiba di pondoknya dan alangkah terperanjatnya dia apabila mendapati pondok kecilnya dijilat api. asap dari pondoknya yang terbakar menggulung ke langit. Yang paling buruk ialah segala-galanya telah musnah. Beliau terpegun dengan kesedihan dan kemarahan.

"Ya Allah, kenapa Kau lakukan ini kepada ku?" dia merintih.

(Komen; Banyak orang menggunakan pernyataan itu, fikirkan sekali lagi. anda tidak harus mempersoalkan Allah dan tidak (pula) membantah ketentuan Allah) Keesokan harinya, beliau telah dikejutkan oleh bunyi kapal yang sedang menuju kepulau itu. Ia telah datang untuk menyelamatkan beliau.
"Bagaimana anda tahu saya adalah di sini?"
tanya lelaki jitu kepada kepada pasukan penyelamat.
"Kami ternampak isyarat asap kamu," mereka menjawab. pemuda tersubut terdiam. tersedarlah dia bahawa dia telah bersalah dengan mempersoalkan ketentuan Allah padahal kerana kejadian pondoknya yang terbakar menyebabkan penyelamat dapat menolongnya.

Kesimpulan: Adalah mudah untuk berkecil hati apabila kita berdepan dengan perkara yang buruk.

Tetapi kita tidak seharusnya berputus asa, kerana Allah sentiasa berada dalam kehidupan kita,walaupun di tengah-tengah kesakitan dan penderitaan. percayalah sesungguhnya dalam kesusahan terselit rahmat Allah dan tersembunyi hikmah yang mungkin tak kita sedari. wallahualam