Kepada semua rakan yang sudi berkunjung di blog ini, adalah dimaklumkan bahawa MJ akan berhenti sementara dari berblog (bukan pergi bercuti di luar negara apatah lagi dalam negara tau) tapi demi menumpukan perhatian pada peperiksaan yang bakal berlangsung pada 30 Jan 2012 ~ 10 Feb 2012.
Blog merupakan nadi buat MJ, sehari kalau tak ngadap blog rasa macam tak lengkap je, tak taulah berjaya ke tak nak berhenti buat sementara ni. Tapi demi masa depan MJ, pengorbanan diperlukan, lagipun sekarang sudah di Tahun 3 pengajian, insyaAllah lagi setahun akan tamatlah pengajian secara PJJ nie. Alhamdulillah berjaya harungi dalam 2 tahun pengajian sebelum ni.
MJ rasa PERLU untuk sementara mengurangkan aktiviti dengan berblog ni, Nak tau SEBAB pe?? Sebabnya untuk exam akan datang ni MJ BELUM bersedia sepenuhnya, Kalau 2 tahun sebelum ni MJ leka TAPI untuk 2 tahun terakhir pengajian MJ perlu fokus. Sebelum ni semua nota disuap oleh pensyarah, tapi kali ni semua kena usaha sendiri. Rasanya sempat kot seminggu lebih ni untuk MJ memberi fokus sepenuhnya pada pelajaran sebelum peperiksaan menghampiri.
Sebenarnya, kekadang tu rasa letih sangat dalam mengharungi tanggungjawab sebagai pelajar PJJ ni tau, mana dengan komitmen dengan kerja di opis, komitmen terhadap assignment lagi, pada family, dan macam-macam lagi tapi hanya kekuatan mental dapat mengharunginya dengan sempurna, harap tidak terkandas di tengah jalan, InsyaAllah..
Dalam tempoh cuti dari berblog, hanya sesekali akan ada entry dan mungkin tak ada entry bergantung pada keadaan. Dalam tempoh tersebut juga MJ akan mengurangkan aktiviti 'blogwalking', mungkin hanya 2-3 blog sahaja akan masuk dan mungkin tiada, itu semua bergantung dengan keadaan jugak ye.
Kalau ada kengkawan yang sudi singgah dan memberi komen, segala komen hanya akan dibalas selepas 10 FEB 2012, hampir SEBULAN jugaklah blog ini akan kesunyian..huuhuhhuuu.. Jangan ada yang rindu tau, hikhikhik, tapi yang pastinya MJ akan merindui blog dan juga kawan-kawan semua..
Dan korang jangan lupa untuk VOTE MJ tau :)
Ada hadiah Wang Tunai/TOPUP
Doakan kejayaan MJ dalam mengharungi peperiksaan nanti ye kawan-kawan dan jangan lupa untuk LIKE CONTEST MJ sama ye.. :) Kalau ada rakan-rakan yang join CONTEST ni jugak boleh drop kat FB MJ link tersebut dan MJ akan bantu menyumbangkan 1 klik :)
TERIMA KASIH ye..
Salam sayang,
MJ ^_*
30 Yang suka berceloteh:
good luck
gd luck maira...semoga leh jawap ngan mudah dan lulus cemerlang..amin
Gud luck Myra..;)
Salam
Memang terbaik la..
BTW Happy Menduduki Exam hehehe..
lama tu kan..xpe2..sbr menanti ^__^
good luck MJ.. moga berjaya dalam peperiksaan k~
ingatkan g honeymoon kali ke2 ke hehhehe...
ok gd luck yerr mj, moga success
Semoga berjaya MJ.. belajar dan contest.. :D
myra nak exam ye...ok fokus betul2 tau...kfieza doa kan agar myra sukses dlm exam tu nnti....
good luck for u MJ...jangan lupa jengah kita bila ada masa nanti ye..
ooo xpa... dulukan apa yg lbh penting... good luck mj :-)
good luck MJ..
gd luck @ tc dear :)
akak doakan MJ berjaya dik
insyaallah u can doo it ;)
Semoga Berjaya MJ
Lambatnya exam Kak MJ. All the best tau sayam. Shag tak boleh undi akak lah. Kenapa eh ? Shag dah allow, tapi nak LIKE gambar tu tak boleh boleh ;'(
gud luck MJ.. semoga berjaya harungi peperiksaan
wah lamany nk tinggalkn blog...papepun, all d best for ur exam k..
ooo...tingat masa akak nora study dulu..masa nak exam..org sibuk tak tido malam...akak nora kata tido tetap tido..haha..
apapun..gud luck ya
huhu.. gud luck MJ.. apa2 pon utamakan pelajaran dulu.. tu utk masa depan kt kan.. bla lps exam nnti blh bblog puas2...
nnti lya vote yer.. sbb kt ofis Fb kna block.. blik rmh blh la..
oklah Myra.... good luck untuk exam ye...
gud luck kak...ezzy dah hbis exam dah...dah cuti dah pon...good luck ea... :)
Myra..good luck tau...pas exam bru jumpa naaa..ritu kalut xdan nk jmpa..
Focus tau focus!!!
dahulukan mana yang penting ... moga berjaya hendaknya... jumpa lagi nanti tau...
mj thanks tau.. dtg jenguk jugak blog sy walaupun mj sibuk... :-)
good luck mj!! :-)
good luck kak MJ..you can do it !!
saya baru tahu yg myra amek PJJ. ke myra pernah gtaw tapi saya lupa ea?
good luck myra!
wah, akak study scare PJJ eh? br tau.. sy nie pun rs tough, ape ntah akak lak kn?
xpe2, akak study & abiskn exam dlu ye... moge success dlm exam nnti.. ^_^
Ganbatte ne, MJ-senpai~!! >_<
haa...since exam dh nk dekat ni...amatlah harus MJ fokuskan dgn buat revision. all the best zie doakan yE :)
good luck mj..
Post a Comment