[Ini adalah melalui pengalaman MJ yang pertama kali nak berurusniaga dengan pelanggan dari luar Malaysia ye].
Pada yang dah biasa mungkin akan rasa eh okla selamat la, tapi ada ramai juga yang kata urusniaga melalui Western Union (WU) ni tak selamat sebab banyak berlaku kes penipuan. Tambahan my asben kerapkali berjumpa dengan mereka yang tertipu/ditipu melalui WU ni.
Rupanya urusniga ni sangat senang, pihak sana memasukkan melalui WU dan hantar No resit dan butiran pada kita, automatik kita di sini boleh ke mana2 cawangan WU untuk mengambil duit. Cepat, mudah dan senang.
MJ pada mulanya agak was2 dan meminta pihak sana melakukan transaksi melalui bank rasa lagi selamat, tapi memandangkan caj melalui bank 'mahal' kerana ke2-2 pihak akan dikenakan caj, dan atas dasar kepercayaan termasuklah keyakinan, MJ menggunakan WU.

Siap untuk dihantar ke Singapura dengan menggunakan perkhidmatan PosLaju National Courier, caj yang dikenakan untuk berat lingkungan 7.32kg ialah RM137.50 (termasuk RM4.60 untuk Track n Trace)
Melalui darat RM132 (seminggu)
Udara RM75 (2 minggu)
Laut RM23 (sebulan)
Bagaimana dia mempercayai kami (barang tak siap lagi tapi duit dah dibayar) maka urusan berjalan lancar, bila dia menghantar transaksi pembayaran, MJ terus ke cawangan WU yang berdekatan, isi borang dengan butiran peribadi kita termasuklah butiran penghantar, tak sampai 5minit duit dah boleh diambil.
Yang penting, pihak sana kena hantar MTCN No dan barulah kita boleh meng 'cash' kan duit di sini. Bila duit selamat diterima, pihak sana akan menerima mesej pengesahan dari WU bahawa duit sudah dipindahkan.
InsyaAllah urusniaga ini akan berterusan lagi dalam tempoh 2 minggu nanti, dan semoga mereka berpuas hati dengan servis yang kami berikan.
Jadi pada anda yang nak gunakan perkhidmatan Western Union, ingat!! minta mereka menghantar MTCN No ye. Korang ada yang pernah gunakan WU? Macam mana, ok tak? Kongsikan pengalaman bersama ye. Terima kasih