Dah lama MJ mencari resepi biskut ni, makan masa pegi beraya di rumah in-law adik tahun lepas. Sedap sangat sebab bila makan terus cair di mulut. Memang tak sedar tengok-tengok dah habis sebalang. Bila tanya resepi tuannya taknak bagi, ok takpe faham, biasalah adat la tu kan..hehehe
Paling mencabar bila nak bentukkan, MJ takdak piping bag, cuma masukkan dalam plastik dan gunting sedikit hujungnya, lepas tu pipe ikut sesuka hati. Itu yang jadi macam-macam rupa tu, tapi tak kisahlah sebab untuk makan sendiri2 kan..
MJ letakkan Coklat Cip sebab nak bagi 'rasa' bila makan, takdak lah rasa kosong / rasa telur je kan.
Selamat mencuba, dan terima kasih pada empunya resepi sudi syer resepi sedap ni.
MJ letakkan Coklat Cip sebab nak bagi 'rasa' bila makan, takdak lah rasa kosong / rasa telur je kan.
Ni selepas di bakar, alahai sedapnya tau dengan gebu gebas makan panas2 memang jadi ralit sangat. Bukan sebab sendiri buat nak puji diri sendiri, takkk!!
Tapi sebab dah cuba dan rasa puas, resepinya pun senang je cuma memerlukan kesabaran masa nak piping je.
Anak sedara MJ Ilhan ni paling suka makan, memula mintak 1 lepas tu kiri kanan pun pegang, baru jalan sikit dia patah balik mintak lagi, katanya 'Aawon' (takdakpun), rupanya dah habis semua.. Kan meringue ni cair di mulut so kejap jela habis..
Lepas tu letak dalam pinggan konon senang la Ilhan nak bawak pegi makan di ruang tamu sambil layan kartun, tapi sama jugak baru sampai pintu dapur dia patah balik mintak lagi sebab dalam pinggan pun habis jugak.. Amboi punya cepat makan ha..Seronok tengok, itu maksudnya CikLong dia pandai buat la kan..hahaha
So nah MJ syer resepi biskut ni dengan korang, tak payah tunggu Raya, sebab boleh makan bila2 je ha..
MJ tak guna pewarna sebabnya gel tu takda.. sebab tu biskut meringue MJ kaler original..hehee
Selamat mencuba, dan terima kasih pada empunya resepi sudi syer resepi sedap ni.
