Peminat tegar inai lukis (macam MJ) sekitar Pulau Pinang terutamanya nai nak rekemenkan orang yang memang terer bab2 melukis tak lain tak bukan kawan baik MJ sendiri. Kenal dari kami bersekolah sehinggalah sekarang, kategori kamceng jugaklah.
Memang sangat2 berpuas hati dengan hasilnya, korang request la nak corak lagumana pun, (ada pelbagai corak dalam album khas) insyaaAllah boleh dibuatnya.. Fuhhhh!! Kreatif dan berseni tangan.
Memang sangat2 berpuas hati dengan hasilnya, korang request la nak corak lagumana pun, (ada pelbagai corak dalam album khas) insyaaAllah boleh dibuatnya.. Fuhhhh!! Kreatif dan berseni tangan.
Alahai jari tangan sapa la yang montok dan katik tu..hahahahaa
Sat je pakai, dalam 15minit macam tu dah boleh cuci, terang merah cantik je kan..
Ni antara corak2 yang telah dibuat..
MJ memang dah tak cari orang lain kalau bab nak melukis ni, memang cari kawan ni je, masa MJ kahwin tempohari pun memang dia jugak la yang lukis tau, sampai ke kaki. Dan korang boleh je klik SINI untuk tengok hasil 'lukisan inai' di tangan MJ.
Jadi pada bakal Raja Sehari sekitar Utara yang berminat samada Inai jari mahupun Lukis boleh Wasap member MJ ni Linda 012-*** atau PM di Facebook.
Updated : Member MJ dah pencen lukis inai ni ye uollsss 👩






