Sambungan dari entry WW semalam, entry ni nak cerita pasal Inai lukis/corak yang bukan kategori tampal sticker tu tau. Ok sebelum tu MJ teringat dulu kecoh pasal Inai lukis ni haram la berdosa la macam-macam versi kita dengar kan? MJ pun dulu dah mula rasa curiga mengenai hukum yang diletakkan jadi MJ google dan hasilnya ini yang dijumpai.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah
membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah
telah memutuskan bahawa:
-
Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
-
Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan
Boleh baca cerita penuh di SINI
MJ dah lama sebenarnya tak buat inai lukis ni, last masa nak kawen tu pun 4 tahun yang lalu, my best friend yang lukiskan masa tu, penuh kaki tangan dengan corak inai ni but I luv it!. Tetiba baru-baru ni rasa rindu pulak nak berlukis inai bagai, dah dekat 3 minggu tertangguh sebab bila MJ free kawan ada kerja, dia free MJ pulak sibuk.
Jadi Sabtu lepas bila dapat tahu kawan MJ buka booth kat UiTM Permatang Pauh, jadi apa lagi zass di awal pagi dah terjah, risau kang lambat ramai yang serbu melepas lagi MJ.
Tengok la betapa khusyuk kawan MJ melukis inai, memang respek dengan minat / kebolehan dia tak perlu tampal 'sticker' segala, lukis hanya dengan melihat contoh yang kita nak je, tak sampai 5 minit siap sebelah tangan.
Selesai dalam masa kurang dari 10 minit, kemas, cantik, berseni dan MJ sangat berpuas hati, memang tak sedar sebab kitorang dok 'asyik' bersembang.
Inilah hasilnya selepas inai di basuh, terang dan nyata coraknya di tanganku.. Memang best sesangat..hehee
Di hari kedua cubaan berselfie, wahahaha... MJ suka la tangan ada inai, dalam perancangan nak letak inai dijari macam orang kawen tu..hehee jumpa kawan dia tanya baru kawen ke? heheee vangga sekejap :)
Di hari ketiga pun masih lagi terang dan sampai ke harini dah hampir seminggu pun masih lagi ada inai ni tau. Rasanya sampai Sabtu (8/3/14) masa #SBB2014 nanti pun inai ni masih ada..hehee
Ok pada kawan-kawan sekitar Penang, Kulim mahupun Sg Petani yang mana nak kawen tu nak lukis inai / nak pakai inai di jari (homemade) boleh hubungi kawan MJ di FB, highly recommended dan korang pasti akan sangat berpuas hati dengan sentuhannya tau :)
Dan ni review dari kawan kami masa nak kawen 2 tahun lepas, boleh baca di SINI ye.
18 Yang suka berceloteh:
mmg cntik =)
patut la...buat kt kawan rupanya..
akak tk penah buat inai henna ni..tk brpa minat kot...
neway..kreatif kwn myra tu,
seni tgn dia...
cantik la...sue tak penah buat corak2 inai tu..kikikiki...time kawen tak sempat pulok
Cantikkk...teringin nak buat... Lukisan nampak sangat kemas tak comot.
cantek sgt hasilnyeee..
kemas.. pandai kawan Myra melukis.
lama gak tak berinai... last pakai inai masa kawen tahun 2005... lama tu...
Zaman dulu sekadar inai dijari sahaja. Berbeza sekarang.
salam MJ..
cantik ukirannya,...kemas.. :)
Tingin nak pakai time nikah dulu..tppppppppp...;(
Cantik inai..;)
MJ...cantik sangat ukiran tu...terus SA rasa nak kawen la.....
teringin nak buat. hehee
Uihh pasang inai :D
Pandai melukis tu.. eh melakar.. hahahaaa.. :P
kalo buat lukisan ni nnt tetibe org tanya saya plak baru kawen ke, segan jugek nak jawab. hhehe.
kalau buat kat muka lagi cantik tu.. heee
wah.. mmg cantik
hebat la kwn miera
akak tak lerh ler kot malu rasanya pakai cam gitu.. nanti orang kata orang tuatu kawenker.. ha.. ha...
Tahan lama kan inai die
inai.. teringat kat kg dulu ada pokok inai.. huhu
Post a Comment