Siapa sini suka tudung bawal AJ kita geng..hehehe
Dulu MJ pernah terjebak dah dengan tudung bawal aJ ni, kalau tak silap tahun 2012-2013 macam tu kot lepas tu stop, beli pun cuma setahun sekali tak pun order dari kawan.
Tapi baru-baru ni, masa Family Trip ke Pantai Timur cuti hari Buruh tempohari, secara tak sengaja tersinggah Concept Store (CS) aJ kat Kuala Terengganu dan terbeli. Masa tu memang tak tau pun corak terbaru apa yang keluar, kira nak main terjah je kalau berkenan baru beli.
Masa singgah tu orang tak berapa ramai, jadi dah tak banyak yang tinggal sebab masa tu dah lewat petang, MJ cuma beli 1 BL hijau, 1 PL Orange Turqoise, 4 WL (2 Cat Paris dan 2 Stoberi)
Lepas letak kat FB ada plak kawan yang pesan nak Cat Paris, jadi memandangkan kami bermalam di Kuala Terengganu tu, memang bercadang nak singgah lagi la esoknya.
Hari kedua terjah tengok2 ramai orang berkerumun untuk ambik Paris Satin ni, kena ambik pun kat kaunter je tau, jadi MJ, Mak dengan adik2 pun pakat ambik sorang satu, masa tanya kat kaunter nak ambik lebih diorang tak bagi, cuma terhad sorang 1 sahaja. Makanya cuma dapat 4helai sahaja, tapi kalau kami p ambik 2-3kali pun tentu diorang tak perasan kan.. hohooho kami kan jujur ikut peraturan, dia cakap tak boleh kami ikut jela..
Tapi memang tak sangka sangat bila MJ update kat FB, ramai kawan2 yang hunting Paris Satin ni, alahai nyesal giler tak borong bebanyak, pastu leh jual..hehehe.. Sebab kawan MJ bagitau Satin Paris ni cuma release kat belah Pantai Timur je tau. sesungguhnya cheq memang tak tau sebabnya cheq kan dah lama tak terjebak dengan bawal aJ ni. Kalau tau, memang konpem akan ku hangkut...
Ha kalau korang nak tau selepas seminggu pelancaran Paris Satin ni harganya telah mencecah ratusan ringgit okeyh.. Seb baik kami beli murah je..hihiii
Dan inilah hasil borongan, tu belum termasuk ada 2 lagi tudung Paris Blue Label (Pink & Blue) MJ beli Online sebab dah Out of Stock kat CS. Tengah giler ngumpul koleksi tudung Paris plak.. Adoiii haqu..
Dan tak pasal-pasal dah terjoin Grup aJ kat FB, setiap hari dok ngadap tu lah.. mau tak terkopak poket.. huhuuu
Tudung ni MJ order online kat grup FB, sama jugak sebab OoS kat CS tambahan MJ dah berkenan ada kaler Pepel..hehee
Bila hitung balik, dalam masa seminggu sahaja MJ dah membelanjakan sebanyak RM300 untuk tudung bawal aJ ni saja tau.. Nampak gaya nak kena insaf cepat2 kalau tak boleh terlajak perahu ni... huhuu
Yang ni pulak koleksi MJ (Old Season), ada sikit je sebab sebelum ni tak terjebak sangat, sekali beli cuma sehelai ke 2 helai gitu je. Semua White Label sebab murah..hehee sehelai RM10 dan korang jangan tak percaya tudung asal berharga RM10 boleh cecah sampai beratus bergantung pada permintaan.
Istimewanya bawal AIDIJUMA ni kerana setiap kali keluaran baru, pihak aJ tidak akan re-stok, kerana itulah harganya boleh melambung sebab ada permintaan kan dan kalau nak kenalah beli dari kawan2 yang ada beli lebih. Prelove pun boleh tahan jugak harga tau tengok pada design dia.
Pendek kata tak rugi beli tudung aJ ni tau, sebab ada value, lagi lama ada yang lagi mahal. Lagi pandai jaga lagi boleh mark-up harga jual.
MJ ada nak letgo tudung aJ prelove dan NEW, boleh terjah LetGo Tudung aJ ye..
Yang ni paling murah, BL plain, kalau beli direct dari CS cuma harga dalam RM7 sehelai, tapi kalau beli dari buyer lain harga dalam RM10-RM13 sehelai. MJ pun dok rasa macam nak tambah BL Plain ni.. Eh!! lupa dah insaf kan tadi..hahahaa
Bagi yang baru mengenali tudung aJ, ada beberapa label pada setiap tudungnya seperti :-
1. Black Label (BL) : Plain - RM7-9
2. White Label (WL) - RM10 (corak penuh dan cantik)
3. Black Label (BL) - RM33 (dulu harga BL mahal, RM45-59) Bahagian tengah plain, cuma bawahnya bercorak. Jadi boleh digayakan dengan macam2 baju, kainnya lembut dan sedap pakai.
4. Green Label (GL) - RM15-1 (keluar biasanya pada majlis konvokesyen di Universiti terpilih)
5. Blue Label (BL) - RM20
6. Pink Label (PL) - RM14
7. Red Label (RL) - RM35 (jarang keluar sekarang ni)
8. Gold Label (GL) - Akan diberi percuma sempena Birthday Datin Juma (hanya
200 orang terawal yang membeli di website pada hari jadi Datin atau yang
'walk-in' di CS.
Sekarang ni MJ hunting tudung yang ni untuk tambah koleksi Parisku.. Red Label Paris, White Label Paris dan Black Label Paris design tahun 2014. Ketar jari tau bilamana setiap helai tu dah cecah ratusan ringgit,, Tapi ada juga yang nak swap dengan Paris Satin MJ, tapi buat masa la dok rasa sayang lagi belum tergerak nak SWAP.. Dan GOLD Label tu MJ tak pernah ada lagi, sama gak mahal bebenor harga nya..huhuu
Dan kalau korang nak berjual beli dengan aidiJuma ni, terjah
FB Tudung Aidijuma Club
FB Aidijuma cetusan Datin Juma
Website Aidijuma
Selamat bershopping..lalallaala.