Sekarang drama ni sedang bersiaran di TV3 jam 7pm, baru bermula dengan 2 episod MJ dah tergoda dan tertarik dengan drama ni ;) Bagi MJ kalau permulaan cerita ni best, sampai pengakhiran drama ni tetap BEST.. Tahniah pada Erma Fatima atas naskhah hebat ni ;)
Drama bersiri 28 episod ini diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd dibintangi oleh Aqasha (Ammar Zulkarnain), Tiz Zaqyah (Dalilah Nadira), Nazim Othman (Bazli Aiman), Aishah Ilias (Inara), Meor Ariff (Zahir), Sharifah Nadia Yusnita (Yusra), Rebecca Nur Islam (Dalilah Uzma),dan lain-lain lagi.
Drama bersiri 28 episod ini diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd dibintangi oleh Aqasha (Ammar Zulkarnain), Tiz Zaqyah (Dalilah Nadira), Nazim Othman (Bazli Aiman), Aishah Ilias (Inara), Meor Ariff (Zahir), Sharifah Nadia Yusnita (Yusra), Rebecca Nur Islam (Dalilah Uzma),dan lain-lain lagi.
Sumber : SINI
Sinopsis : Sumber SINI
Mengisahkan kehidupan Nadira selepas pemindahan jantung, tanpa disedari
dia juga menerima sebahagian sifat-sifat penderma tersebut. Takdir
menemukan Nadira dengan Ammar, teman lelaki kepada penderma jantung
tersebut.
Yang pasti pertemuan antara Ammar dan Nadira membawa satu perasaan
dejavu yang luar biasa. Ammar tidak pernah mahu mencintai sesiapa
walaupun Inara sudah meninggal dunia pada 3 tahun lalu. Bagi Ammar,
cinta buat Inara adalah pertama dan terakhir.
Ammar dan Nadira cepat mesra kerana mempunyai banyak persamaan dalam
perbincangan untuk projek bersama. Ammar gagal mengawal perasaan dan
telah meluahkan isi hatinya kepada Nadira. Kakak Nadira, Uzra yang
sangat menyukai Ammar telah mengetahui kaitan arwah tunang Ammar dengan
adiknya tetapi dia memilih untuk tidak memberitahu sesiapa.
Benarkah cinta Ammar untuk Nadira atau sebenarnya hanya untuk Inara? Apakah kesudahan bagi cinta tiga segi antara Ammar, Nadira dan Bazli (Tunang Nadira).
Sesiapa yang ketinggalan menonton drama ni boleh layari di TONTON ye. Episod 2 (semalam) best sangat, so sweet especially part Bazli menyambut Anniversary dengan Nadirah.. Hmmm alahai en suami nak jugak macam tu boleh??hahhaaa.
MJ dapat merasai getaran hati Nadirah tatkala dia berhadapan dengan Ammar... Adoihhh jiwang pulak.. :)
Berbanding dengan Drama Bukan Bidadari - Cerita Dejavu ni lagi BEST... :)
Sekarang berperang hashtag antara #teamammar dengan #teambazli - Siapa pilihan korang?
p/s : Tahniah buat semua penerima insentif tunai bulan April ;)
