Baru berkesempatan nak cerita dengan lanjut pasal
kemenangan MJ dalam contest FB baru-baru ni.
Voucher telah selamat diterima pada hari Jumaat lepas, terima kasih yang tak terhingga buat
Strawberry Park Resort kerana sudi pos voucher ni ke Penang.
Pada mulanya MJ kena p ambil kat Ofis di Key Ell, dan memandangkan MJ tinggal di Penang, maka pihak mereka berbesar hati nak pos kan pada MJ :) Terharu giler tau..
Bila tengok voucher ni hati berbunga riang, memang tak sabar nak
menginap di sana, dengar kata bilik yang kami dapat 'TIOGA DELUXE SUITE"
ni adalah scene drama 'NORA ELENA' hari tu. Boleh la berangan ala-ala Nora dengan Seth, hahahaa :)
'This Voucher entitles you to a 3D 2N stay in TIOGA DELUXE SUITE inclusive of breakfast for 2 persons + A choice of Smokey Bear Dinner (Chicken/Fish/Lamb) & Gunung Brinchang Tour"
Nilai penginapan kami berharga RM 1700++, terjojol biji mata cheq tengok ha, kalau nak menginap sendiri rasanya entah bila la nak dapat, dan alhamdulillah syukur dengan rezeki dari Mu ;-)
Voucher valid till 31 Jan 2013 except Friday, Saturday & Malaysia School Holidays and 15Dec-31Dec, MJ masih memikirkan tarikh yang sesuai, sebab rasa macam schedulu pax (hahahaa bajet macam sibuk sangat).
Kalau nak p bulan ni berkemungkinan MJ akan ke Langkawi sebelum Raya Haji insyaAllah, dan bulan depan kemungkinan pula akan ke Kuala Lumpur (kalau kata tak jadi mungkin boleh la adjust untuk ke Cameron), dan bulan 12 pulak akan ke Kelantan..
..Manakala bulan 1 (sesuai la dengan bulan Anniversary ke-3 kami) pulak MJ akan masuk USM untuk Mid-Exam Final Year. Aduhh setiap bulan ada aktiviti, takkan 1 bulan nak p 2 tempat kan, mau rabak poket, memang penginapan ditaja tapi duit poket untuk jalan-jalan + soping kena la ada jugak kan :)
So masih konpius nak p bila hingga saat entry ini ditulis... Hati dah tak sabar giler nak ke sana, boleh makan stoberi, jagung manis, brokoli, teh dan macam-macam la..