Kebelakangan nie kita kerap mendengar anak-anak muda malahan budak kecik pun selalu mengungkapkan perkataan OMG, even dalam facebook pun MJ perasan ramai menggunakannya.. OMG @ Oh My God adalah seerti dengan Oh Tuhanku @ Oh Ya Allah.. Tetapi sedarkah kita apa hukumnya??
MJ nak kongsi dengan korang maklumat nie.. Jom kita dengar apa kata Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Klik untuk kejelasan optimum..
Takpun meh MJ syer kat sini petikan atas tu ye :)
Seorang Muslim dituntut supaya sentiasa mengingati Allah. Dalam sepotong ayat Allah s.w.t, berfirman "Tidakkah dengan mengingati Tuhan hati menjadi tenang." Justeru, untuk hidup tenang basahkanlah lidah dengan selalu menyebut kalimah Allah. Kalimah God sama sekali tidak boleh diterjemah sebagai Allah. Dari segi bahasa God hanyalah Tuhan. Dalam bahasa Arab Tuhan ialah Rab. Perkataan Tuhan boleh dikata jamakkan dan ada jantina seperti Gods dan Goddess. Berbeza dengan kalimah Allah, ia mengandungi makna tauhid di dalamnya. Tiada dua atau tiga hanyalah Esa dan Satu. Jika kita orang Islam sebutlah ya Allah kerana maksudnya berbeza dengan oh my god.
Renung-renungkanlah dan selamat beramal...
Updated!!!
- p/s : Kalau sesiapa nak syer maklumat nie sangatlah dialukan, cuma kalau boleh jangan lupa link back ye.. Give and take kan..hehee :>) Thanks in advance
- Komen dari Merah_S

