Masa nak check in ni ada sikit masalah, yela masa booking MJ thru email cik Nadia yang cuma bagi booking No, tapi bila nak 'check in' staf kaunter minta surat booking, dah tercengang la MJ, bila bagi booking No pun dia tak dapat nak cari. At last maybe staf ni call cik Nadia kemudian baru kami diberi bilik.. fuhh!! lega..
Kami dapat bilik di tingkat 4, best sebab biliknya 'besar' dan sangat selesa. Kami dapat harga promosi RM90 rasanya normal price RM150++ kalau tak silap. Kami pilih bilik yang ada jendela sebab rasa 'rimas' kalau tak ada jendela ni ha ;)
Hotel kami menyediakan 7 jenis bilik untuk pelanggan kami, iaitu:
Standard Single (tiada jendela)- untuk seorang termasuk sarapan pagi seorang dan percuma Wi-fi
Standard Double (tiada jendela) untuk 2 org termasuk sarapan pagi 2 org dan percuma Wi-fi
Standard Double (tiada jendela) untuk 2 org termasuk sarapan pagi 2 org dan percuma Wi-fi
Standard Double - untuk 2 org termasuk sarapan pagi 2 org dan percuma Wi-fi
Superior Twin - untuk 2 org termasuk sarapan pagi 2 org dan percuma Wi-fi
Superior Triple - untuk 3 org termasuk sarapan pagi 3 org dan percuma Wi-fi
Deluxe Quad & Family Deluxe- untuk 4 org termasuk sarapan pagi 4 org dan percuma Wi-fi
Tilam yang empuk, bantal yang gebu, memang selesa sampaikan rasa sayang je nak bangun dari katil tu..hahaa
Tilam yang empuk, bantal yang gebu, memang selesa sampaikan rasa sayang je nak bangun dari katil tu..hahaa
Tandas pun selesa dan bersih
Jadi hotel ni sangat sesuai buat semua samada bujang, kelamin mahupun keluarga sebab di tengah kotaraya dengan harga yang berbaloi dan bajet, cuma part parking tu yang susah sikit yang lain2 ok.
Nak tengok hotel bajet lain sekitar Jalan TAR/Masjid India boleh terjah SINI ye.




