Jika berminat boleh email normj1001@hotmail.com (lowercase)

Pembelian barangan dari luar negara, apakah peraturan dan undang undangnya?





Di zaman serba canggih penuh dengan teknologi, permintaan dan  keperluan tentang barangan harian menjadi semakin mudah. kita boleh melakukan pembelian dengan hanya perlu menaip papan kekunci di komputer samada untuk mencari barang yang diingini mahupun membeli terus di internet. Diantara laman web yang mengiklankan produk dalam negara yang popular ialah mudah.my, lelong dan sebagainya. Manakala bagi laman web luar negara yang popular seperti ebay, amazon dan Aliexpress serta berbagai bagai lagi



Pembelian dari dalam negara selalunya tidak melibatkan urusan dengan jabatan kerajaan namun apabila kita ingin membeli barangan dari luar negara,kadangkala kita terpaksa berurusan dengan jabatan kerajaan seperti Jabatan Kastam, Jabatan kesihatan, Farmasi, SIRIM dan banyak lagi jabatan bergantung kepada jenis barang yang dibeli. Saya cuba mengaitkan isu ini kerana kebanyakan orang ramai(pengguna) tidak sedar akan adanya peraturan peraturan seperti cukai kastam, permit dan barang – barang larangan. 
Saya bagi anda beberapa situasi untuk diperhatikan.


Situasi Pertama
Ahmad Idham membeli sebuah beg berjenama Prada di laman web Ebay dengan harga RM1500. Barangan tersebut dihantar oleh penjual menggunakan USPS ke Malaysia. Sampai di KLIA, barangan tersebut ditahan oleh Jabatan Kastam kerana berkemungkinan barang bercukai (barang yang boleh diambil cukai) setelah dikira cukai yang terlibat, Encik Ahmad terpaksa membayar rmXXX kepada kerajaan Malaysia.


Situasi Kedua
Farid Kamil membeli Iphone 5 untuk tunangnya dari London. Dia pun menghantarnya melalui UK Post ke Malaysia. Sesampainya barang tersebut ke Malaysia, barang tersebut ditahan di Jabatan Kastam kerana memerlukan permit dari SIRIM.


Banyak lagi jabatan dan prosedur yang perlu dilalui jika anda ingin membeli barangan dari luar negara dalam talian ni. Antaranya ubat ubatan memerlukan kelulusan Farmasi, permit Topi Keledar daripada MITI, permit import haiwan dan tumbuhan daripada MAQIS, penerbitan dan senjata daripada KDN dan banyak lagi jabatan kerajaan yang terlibat bergantung kepada jenis barangan yang diimport. 

Seringkali kedengaran rungutan  dari pihak orang ramai ialah mereka tidak tahu terutama pasal undang undang di negara kita. Saya tidaklah menyalahkan orang ramai kerana pihak Kerajaan juga patut menghebahkan perkara ini melalui media massa agar natijahnya kerajaan tidak dilabel pelbagai gelaran yang kurang elok didengar.  


Melihatkan keadaan kekurangan informasi ini, saya merasakan adalah lebih bermanfaat bagi orang ramai mendapat sedikit pencerahan tentang akta dan undang undang serta hak hak mereka.




Sekiranya perkara ini terjadi kepada anda apa yang patut anda lakukan ialah:

 1. Jika barang  anda telah ditahan, sila rujuk dengan jabatan jabatan yang berkaitan yang menahan barangan anda. Anda boleh menghubungi terus jabatan tersebut bagi mendapatkan maklumat serta sebab barangan anda ditahan    
  
 2. Rujuk mengenai barang yang dibeli mengenai status barangan tersebut samada boleh dikenakan cukai, berapa peratus cukai dan bahan bahan larangan import. Maklumat ini boleh diperolehi jika anda menghubungi Jabatan Kastam Diraja Malaysia atau melalui laman web JKDM HS Explorer.  

Rujuk kepada pihak berkuasa SEBELUM anda membeli barang tersebut kerana jika anda membeli barang dahulu sebelum merujuk jabatan tertentu seandainya barangan tersebut harus memiliki permit tetapi anda gagal untuk mendapat permit maka barangan anda boleh dirampas.

3.  Bawa invoice atau maklumat bayaran apabila pergi ke Jabatan yang anda ingin berurusan. Ini akan memudahkan anda dalam melakukan urusan dengan kakitangan tersebut.

4.   Sila ikut prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Kerajaan. Pergilah pada waktu urusan seperti yang ditetapkan, jangan terlewat. Pakai pakaian kemas dan dengan senyuman. Insyaallah, jika anda murah dengan senyuman saya pasti kakitangan tersebut akan ramah dan mungkin akan membantu anda.

 
Akhir sekali apa yang saya ingin katakan anda harus mengikuti arahan yang diberikan  oleh pihak kakitangan kerajaan. Apa yang saya tuliskan disini adalah sekadar panduan bukannya bahan perundangan bermakna anda harus mengikuti apa yang pihak kerajaan tetapkan.



Mr Jay: Jika anda ada sebarang masalah berkenaan prosidur dan undang undang membeli barangan dari luar negara, anda bolehlah bertanyakan saya jika saya mampu membantu. Jika saya tak tahu saya akan cakap tak tahu.jangan pula minta tolong saya lepaskan barang kerana bukan bidang kuasa saya. lebih elok tanya nasihat dari mereka yang lebih arif.

Untuk jawapan beberapa pertanyaan boleh refer SINI


Untuk jawapan mengenai beberapa persoalan dibawah, boleh refer entry ini
http://normj1001.blogspot.com/2013/02/re-prosedur-dan-cara-yang-perlu-dibuat.html

p/s : Nama yang digunakan untuk ke dua situasi di atas adalah sebagai pemanis cerita.. :)


91 Yang suka berceloteh:

Cik Nurul Siezuka said...

Ilmu berguna untuk Nurul...

Kakzakie said...

Etika membeli pun nak kena tahu sebab ada hubung-kait dgn akta dan undang-undang dalam negara kita..

Melastik Bintang said...

MJ..yang nama dalam situasi tu betul ke.hehehe.. ahmad idham dan farid kamil tu....

izzah said...

Byknye prosidur yek...thanks 4 da info...

izan mama mia said...

tak pernah beli,...tapi elok jadikan panduan...

Mieya Atiera said...

Susah juga kan? Lebih baik beli barangan tempatan je kalau macam nie.

♥ Cmª shIemª ♥ said...

Tq for sharing :)
Gud info

Mummy Akmar said...

Baru tahu hal ni, Thanks sebab bagi info ni. Sekarang ni tengah nak cuba beli barang guna US Address dari service provider mcm HopshopGo atau Vpost. Nak beli tu teruja sangat sebab baju budak2 baru baper dollar je. Cuma risaukan kos penghantaran..tapi risau jugak tax lain yang mendatang. Tapi kita beli pon mungkin dalam RM300..Nak cuba tapi mcm tak confident. Bila baca camni lagi ler tak berani. Hahaha...

Camner ni...

nuyui a.k.a miss YUI said...

oh,cmtu ea...

Kancil 8349 said...

tak pernah beli barang luar negara lagi...apapun terima kerana sudi berkongsi

SyaNa said...

tak pernah beli sdiri
selalu kirim kt org je senang dorg da letak dlm rm siap2
tp mahal la sket kot dr beli sdiri kt website tu..

Nad @ MamaZN said...

Tq myra..
Boleh dijdikan rujuan dan panduan
Walaupun tk penah beli dr oversea =)

syiela said...

Elok di jadikan panduan buat kita.. sekali kena jenuh meraba juga la

Zie said...

belum pernah beli, moga jadi panduan jugak ni

Fazrol said...

info terbaik dari jay! bagus2..

♥cikmOt♥ said...

info yang berguna ...mekasih myra...

eT said...

pernah terfikir nk beli..tp nk kene study dulu pasal ni...

Ijah EmoTemo said...

nice info...berguna bila nk membeli nnt2 kan hehe

Denaihati said...

bagus maklumat ni cuma senarai tu susah nak faham, kurang mesra pengguna kot. kalau dapat spesifik terus pada product lebih mudah.

Falsya said...

kalau gini la kan, baik la beli kat malaysia kan..hehehe

:: Mrs.Eady :: said...

takp ernah beli dari luar..

Nafira usof said...

setakat nih belom pernah shopping barang dari luar negara lagi.. hehehe

ayut said...

mmg pon..mmg kdg2x tgk harga lg murah tp sbnr ye bile smpi ke kastam ad lg prosedur yg tak pasal2x kite kna byar sbnr yer..tu kna berhati2x...

Ibu Mifzal Arsyad said...

thanks..maklumat yg sgt berguna..

akubiomed said...

Belum pernah beli barangan online dari luar negara selain didalam negara.

Rasanya kalau hendak rasa selamat boleh beli dengaan Ebay.

Myra Jay said...

@Melastik Bintang nama diatas sekadar kebetulan. tiada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun yg telah pergi ke rahmatullah. hi hi

Myra Jay said...

@Mieya Atiera itu le, lebih baik membeli barangan tempatan

Myra Jay said...

@Mummy Akmar untuk pngetahuan mummy akmar, barangan yang dibawah nilai RM500(termasuk kos penghantaran) dikecualikan daripada cukai kastam. untuk maklumat lebih lanjut bolehlah bertanyakan sendiri kepada jabatan kastam

Myra Jay said...

@Denaihati terima kasih atas cadangan tu. akan saya usahakan. cumanya kalau nak masukkan list takut terlalu panjang senarai barang barangan yang perlukan permit ataupun bercukai:)

Myra Jay said...

@ayut ramai yang tersalah sangka dengan beranggapan bahawa beli dari luar lebih murah tanpa mengambil kira barang tersebut mungkin boleh dikenakan cukai. ini menyebabkan barang tersebut menjadi sama atau lebih mahal harganya berbanding dibeli didalam negara. sebenarnya barang yang dijual didalam negara menjadi mahalkerana penjual telah membayar cukai bagi barangan tersebut

Afasz said...

tak penah lg beli brg luar negara. online dlm melaysia pernah tp tk suka la kalau beli bj online, nk try gak dulu.

QasehnyaRania said...

tak penah beli online..

takut juga;)

Tihara said...

as salam
ingatkan betui2 farid kamil beli ipon utk diana tadi..btw bagus entry ni tq :)

zan said...

x tahu tu,trmksh info yg berguna.

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

boleh jd panduan ni....sekali terkena makan xhabis la

Si Matatajam said...

Fuhh byknya prosedur...

IntaNBerliaN said...

dapat tambah ilmu ni... thanks :-)

wan nurul hezrina said...

wahhh tak pernah tahunie..good info

Che Rosliza Che mat said...

tak pernah beli...nasib baik mj share..

fieda said...

tambah ilmu di entry ni..

puteraTARTtelo said...

kalau beli perfume harga dlm rm200++ termasuk shipping kena tax x?

Myra Jay said...

@puteraTARTtelo
Setakat yang saya tahu memang tak kena tax, tapi untuk lebih konpem boleh telefon dan check dengan JKDM.

cik nana said...

salam... saya skarang berada di france.. ada kawan2 yang minta tolong belikan handbag dan minta direct poskan ke alamat rumah mereka (bisnes kecil kecilan ;)).. ada tak possibility kawan2 saya tu dikenakan cukai kastam? kalau saya poskan dan declare yang handbag tu sebagai hadiah ok tak? mohon pandangan.. terima kasih :)

Asrab said...

Ini la situasi yg saya tgh hadapi sekarang...
Beli audio mixer dari us utk kegunaan sekolah saya. Takde pglaman beli brg elektrik ni rupanya kena tahan pula.. Dah la sekolah saya ni jauh dari ibu pejabat kastam Kota Kinabalu tu, malang saya... Paksa tanggung kerugian gara2 nak dapatkan barangan yg murah dan berkualiti utk sekolah..

Asrab said...

Beli audio mixer dari u.s. harga murah banding d malaysia.
Lepas dari klia tapi ditahan d kota kinabalu.
Jarak alamat saya dari kota kinabalu lebih kurg 500KM.
Nak berurusan ke sana? Mustahil. Kos dan memerlukn masa.
Malang bagi saya, ingin buat baik demi sekolah tapi merugikn diri sdri.
Tidak tahu undang2 beli brg elektrik dr luar negara.
Menurut pgawai kastam KK, brg yg tidak dluluskn sirim akan dtahan d kastam dan dlupuskan.
Takut boleh mybbkn kbakaran sbb tak mach dgn voltage negara.

Barangbtersebut ialah :
Audio Mixer jenama Behringer dijual dipasaran U.S dengan voltage 240V sesuai dgn Malaysia.
Terfikir, berapa banyak produk China yg masuk malaysia saban hari? Siapa tak kenal produk murah China? Murah dan low quality. Ini barang dari negara Maju, jenama Behringer memenuhi standard barangan digital kelas B dari German dan Canada. Boleh menanding barangan dari China yg litar brg elektriknya pun tak tersusun.. Tapi tetap mhormati profesion org lain terutama kastam. Itu tugas mereka!

Anonymous said...

Assalamualaikum.. nk tny.. sy nk blk ke malaysia, dlm waktu terdekat ni, tp,sy nk bawa beauty mask, 500 keping.. kena cukai ka? tp, mask ni, xda kelulusan dr jabaatan dr malaysia...

USA2MY said...

Alhamdulillah setakat ni semua barang x pernah kena tahan.. Dah berpuluh kali import brg dari US, China, Hong Kong, Singapore, UK semuanya ok. Cuma perlu byr cukai je. Cukai untuk pakaian 10% total dari invoice (kalau lebih RM500). Ada barang walaupun lebih RM2k x kena cukai. Nak selamat guna courier macam DHL/Fedex. Urusan kastam, mereka yang uruskan. Kita just byr cukai je. X payah pergi pejabat kastam =)

Infoproduk said...

Assalam..nak tanya kat sini kalau kita beli kasut yang berjenama contohnya kasut bola nike atau adidas dari negara luar seperti china, ada risiko kena tahan tak? atau just bayar cukai untuk lepaskan barang tu? terima kasih.

shafiqsazalli said...

salam saudari.saya ingin bertanya.saya ade mengorder e cigarette dari china.barangan akn dihantar melalui DHL. sperti yg saudari tulis, saya memang tidak mengetahui mengenai undang2 cukai dan kastam.saya ingin tanya,adakah baragang saya ini akan ditahan di kastam.dan apakah prosedur utk penghantaran barang ke negara ini.harap saudari dpt membantu secepat mgkin.trima kasih

Myra Jay said...

@shafiqsazalli
Assalam En Shafiq, maaf lambat reply. e-cigarete kena cukai apabila sampai ke Malaysia, tp pihak DHL yg akan uruskan, dan mungkin mereka akan menghubungi en untuk urusan cukai ni.. Untuk maklumat lanjut boleh refer entry ini
http://normj1001.blogspot.com/2013/02/re-prosedur-dan-cara-yang-perlu-dibuat.html

Myra Jay said...

@Anonymous
Untuk jawapan balas, boleh refer entry ini
http://normj1001.blogspot.com/2013/02/re-prosedur-dan-cara-yang-perlu-dibuat.html

Myra Jay said...

@Asrab
Assalam en Asrab, saya telah menjawab pertanyaan en di entry ini
http://normj1001.blogspot.com/2013/02/re-prosedur-dan-cara-yang-perlu-dibuat.html

Shahid Mortaza said...

As salam, sekarang ni apa parcel pun yg datang dari luar negara even telah dideclare sebagai 'gift' di ruangan rujukan luar parcel, pihak kastam tetap akan membuka kerana untuk mengelakkan kemasukan bahan2 larangang seperti dadah dan sebagainya.(tujuan utama) yg kedua sekiranya brg tersebut tidak termasuk dalam kes2 bahan2 larangan, kastam akan memeriksa sekiranya barang tersebut 'high value goods' or tidak. sekiranya barangan tersebut bernilai rm500 ke atas, pihak kastam berhak utk mengenakan cukai sebanyak 10% dari harga barangan. pihak kastam akan menghantar satu surat kepada anda untuk menuntut barang tersebut dan juga anda dikehendaki untuk membawa satu resit bukti mengenai pembelian tersebut. ada sesetengah kes pihak kastam akan bertanya secara rambang sahaja mengenai harga barang2 tersebut jika resit gagal dibuktikan dan cukai tetap akan dikenakan. sbg contoh, kalau barang rm1000, kita kena cukai rm100.

Anonymous said...

salam..nk tnye..kalau sy nk bli bioenergy slimming earring, ad kena pape x?

Myra Jay said...

Ia bergantung pd jenis brg, kegunaan dia untuk apa sbb brg bkn mudah untuk mmbuat tksiran.
Sy cdgkan better pegi check dgn jbtn kastam yg trdekat.

Anonymous said...

@Myra Jay owh..esk sy try kol kastam la cmtu..ble brg tu spai msia, cmne dye akn pos ke umah kte ye? kne g amek sndri or kte kne mtak courier pick up kn? maaf la..xbiasa bli brg overseas nie..lau dlm ngra xde mslh

Anonymous said...

hi.. nak tanye skit..
saya google punye google last2 jumpe kat sini hehe...
yang bercadang nak beli rokok elektronik dalam kuantiti xde la byk sgt, dalam 10 camtu je.. nak buat permulaan untuk jual2 nie..
nak tanye, kat dalam Malaysia ni benda ni di kategory kan haram ke tak? maksud nye bleh masuk ke, kene tahan dgn kastam? kalau kene tahan, kite kene tahan lokap ke erkk.. :(

tq ye.

SKYBOX MURAH!!!! said...

Salam.. nk tnyer kalo sy courier fedex n suplier di sane dclre harga murah kurang dr rm500. Kebrgkaalian ade kne tax x??

Anonymous said...

Salam..nk tnye.. kalo kite courier fedex n suplier declare murah harga kurang dr rm500.. kmungkinan besar kne cukai x???

Myra Jay said...

@SKYBOX MURAH!!!!

Salam, better declare yg betul je sebab kebiasaannya pegawai yg memeriksa barangan tersebut, dah tahu nilai barangan tersebut secara anggaran-dan tetap akan dikenakan cukai

Mazelina Zaini said...

Salam , sy ade beli barang di ebay , tapi sekarang dah hampir sebulan still xsampai lagi . Saya beli beg sekolah Panda je , Harga RM39.00 . Barang dari China . Agak2 , kene tahan jugak ke ek ? :)

Myra Jay said...

@Mazelina Zaini
Check dulu dengan seller pasal status brg tu, klau diberi tracking No cuba check status tracking tsbt.

Mohd Alhafiz Abdullah said...

Salam, Saya Berhajat nak Beli Kasut Boot dari US yang harga kalau campur shipping RM650..agak2 kena tax tak?

Anonymous said...

salam kak..nak tye..sy dah order barang (pretzel cookies cutter 1 pcs), agak2 kena byaran apa2 x ea..?and let say sy nak beli mixer (andrew james mixer 1000watt)apa2 prosedur yg ptt sy buat...?

Anonymous said...

@USA2MY

As salam sis..saya ada beli product Dr. Oz yg tgh hot di tv skrg ni Garnicia Cambodia..its a supplement. Amount around rm 760
Saya terlupa nk tgk,rupanya shipping cost x termasuk handling & custom tax...

Aduhaiii...jem juga otak memikirkan berapa la custom nk caj...

Any help?

Saya ada baca if kita choose courier DHL/FEDEX, dea orang yg akan settle all procedure,kita cuma pegi bayar tax terus, x payah nk ke pej kastam betul ke?

Huuuu...very takut :-) hihuhi

suli said...

Saya pun sama..baru beli ptoduct tu..nga tgu dyowg pos..takut x lepas =(

jee said...

Nak tnya.kwn saya dr uk ada kirim gift.ttp dlm gift tu dia ada masukkan duit usd50 000. Dia x declare.bila tiba di m'sia pihak curier tel saya bungksn dh smpi dn krna caj penghntrn sbnyk rm1500.ttp bila dia buka bungkusan itu dia dpt tahu di dlmnya ada duit.so dia nk pengirim mbyr tax sbnyk rm4800.nk tanya betul ke mcm tu.knpa pihak curier yg ckp kena byr tax bkn pihak kastam.adakah itu satu penipuan?dn betulkh itu jumlahnya.klu x byr mcmana?

Anonymous said...

tu tipu la.. da bnyak yg kene...

helmi hassan said...

Saya tringin nak beli housing ntuk fon xperia z saya..kt ebay jual 60usd..agak-2 barang tu dikenakan cukai tak?? sebab kat malaysia harga housing tu aje dah rm1370...huhu

Anonymous said...

Salam sejahtera,

Anda boleh rujuk laman web Kastam di http://tariff.customs.gov.my/

Di laman tersebut anda boleh search guna keyword atau HS-CODE(kod yg digunapakai untuk menentukan jenis barang, kod ini adalah standard serta digunapakai d peringkat antarabangsa).

Anonymous said...

@Shahid Mortaza bro die kira satu barang ke ..atau keseluruhan ? kalau barang lebih dari satu ,,

Anonymous said...

Salam.. Saya nak tanya, klu barangan berupa ubat mcm B17 dan biji apricot camne? barang dihantar menggunakan USPS. klu kastam tahan tak bagi masuk, adakah dipulangkan semula ke pengirim/penjual..banyak gak rugi klu kastam terus lupuskan je.

Anonymous said...

Biasanya barang yg kita beli dari luar negara dikenakan cukai 10%. Kalau nilai barang itu RM300, maka cukainya RM30 shj. Sya sendiri dah kena interview dgn kastam, lps tu pula kena buka bungkusan kita kat depan org kastam.

Adam Kenndy said...

Sya beli hp made in china dpt lepas..cuma bayar cukai rm20 sj. Harga hp rm200 lebih. Cukai 10%

Adam Kenndy said...

Sya beli hp dri china dpt lepas.. cukai kastam 10% harga hp itu rm200 lebih..sya cuma bayar cukai rm20 sj..

Anonymous said...

Ana selalu order barangan elektronik daripada China...akan kena tax..tapi kalau nak murah, mintak supplier declare barnag tu murah skit dari harga asal....sebab kastam akan charge 10% dari harga invoice supplier. Kalau nak senang sila guna forwarder yang establish seperti Fedex/DHL. Pakai EMS mungkin leceh sikit kalau sangkut di KLIA.

Anonymous said...

Nak tanya kwn saya dr uk kirim gift..dalam gift tu dia ada sertakn duit sebanyak gbp 15000..pihak kurier call suru byr local charge rm3000 then pastu suru byr rm 7000 utk wang laundry pelepasan kastam then ni kali suru byr tax rm 10000 lg..so mcmana tu?ada sesiapa boleh tolong ke?confuse da ni samada nak pecaya atau tdk?apa yg perlu sy buat?di mana harus sy berurusan sebenarnya?

azie azman said...

assalam..saya nak tanya,saya ada kawan,dia tggl di U.S.A , dia ada hantar barang kat saya spt iphone,hand bag,perfume dan gold jewelries,barang2 tersebut memang akan dikenakan cukai tak biar pun bukan saya yg beli?

MiSS Chantek said...

hai,

saya pembeli tegar di ebay dan aliexpress. so far takde masalah. maybe sebab purchase below rm300. if dari ebay biasa 2-3 weeks dah sampai. aliexpress 3-4 weeks. depends.
try la. berbaloi sebab few item murah. kalau takut try dengan item yang murah. saya even order ubat kurus(tapi tak kurus :p) elok je sampai :)

Anonymous said...

saya nak beli IPhone5s & kamera dslr daripada China kerana harga yang lebih murah..adakah barangan ini akan dikenakan cukai kastam atau lain2 ? adakah ianya akan ditahan oleh pihak kastam?

kalau boleh reply ke email saya nori3an@yahoo.com..

terima kasih

Mia Amanda Sofea said...

Salam, saya nak tanya,, mcmni sy jual kamera nikon sy, so lpastu de customer dr usa bminat gn sy nye kamera, n kami deal, so die make payment la kt akaun sy dr bank of america, tp sy xdpt
Gi duit tu,, dlm email dickp, sh kena pos parcel n attach shipment drtail tu kat reply bank of america then mkney will be credted as soon as i shipping,, btul ke mcmtu?

Mia Amanda Sofea said...

Salam, saya de jual kamera sy kst mudah.my,then ade customer from usa bminat, so, kami deal.,then die transfer duit gne deposit cash, sb i xde paypal, i xlrnah bt transaksi ke oversea macm ni,, so,bank of america email me, bg detailsmua, n lm tu die ckp duit xreverse lgi,, sb i xbt shippg brg i tu lg, so, dlm tuckp after shipping receipt attached, money wil be credited within 4hours,, so, mcm tu ke proses kite nk deal?mksud sy ,xde pnipuankn kt situ?

Myra Jay said...

Salam mia. Pada pandangan saya adalah lebih baik dan selamat untuk pihak puan pastikan bahawa duit telah berada dipihak puan dahulu sebelum membuat sebarang proses penghantaran. Tidak pernah lagi yang saya tahu penjual harus menghantar barangan dahulu sebelum bayaran dibuat ataupun mengikut kata2 puan bayaran telah dibuat tetapi tidak dapat dimasukkan lagi selagi puan tidak membuat penghantaran. Setahu saya pihak bank tiada kena mengena dengan penghantaran barang. Mereka hanya bertindak sebagai medium transaksi kewangan. Apapun ini adalah pandangan saya sahaja. Terpulanglah kepada keputusan pihak puan

Anonymous said...

@Anonymous ingin nak tanya kawan saya ada menghantar gift kepada saya dari uk. Didalam bungkusan tersebut disertakan set cincin emas dan putih, 3 pasang jaket serta seluar pendek, laptop, handphone dan ipad & wang jumlahnya saya tak pasti. Masalahnya sekarang kenapa pihak curier asyik meminta kami untuk membayar kepada mereka sejumlah wang yang besar dengan alasan pihak kastam meminta daripada kami. Selepas satu bayaran datang lagi bayaran lain sampaikan kawan saya terpaksa datang ke Malaysia untuk berurusan dengan mereka untuk membuat pembayaran lagi. Tapi malangnya jumlah wang yang mereka minta terlalu banyak sampaikan tak mampu hendak membayar mereka. Sekarang ni kawan saya terpaksa ditahan dan dikurung didalam sebuah bilik yang gelap. Hari ni adalah hari yang ke 7 nya dia berada di sana kerana kami gagal membayar mereka baki sebanyak 10 ribu. Kepada siapa harus saya mengadu atau laporkan untuk lepaskan kawan saya keluar dari bilik berkunci di KLIA.

Myra Jay said...

@Anonymous
Maaf cakap tapi setahu saya pihak kastam atau sesiapa sahaja termasuk pihak polis tidak akan menahan seseorang sampai banyak hari. melainkan kawan tu bawa dadah atau barang terlarang mungkin. saya takut encik berkemungkinan ditipu oleh pihak yg menjalankan penipuan secara talian. Kebanyakan kes seperti ini selalunya meminta mangsa mendepositkan sejumlah wang untuk melepaskan barangan. Cara terbaik laporkan pada pihak polis

Anonymous said...

Salam...saya ada order product muka adha...barang tersebut ditahan dibawah jabatan perkhidmatan farmasi...saya dah call...n prosedur dia suruh saya buat rayuan untuk melepaskan barang tersebut...ini baru pertama kali saya beli barangan dari luar negara...n tak tau apa prosedur yg betul...mmg macam tu ke prosedur dia?

Mia ♥ said...

Salam, saya baru saja beli beberapa cd lagu dari korea yg harga almost RM 900. Agak2 kena tak bayar cukai ke kastam ke apa2? or barang mungkin kena tahan? mohon penjelasan, terima kasih.

Cik Lala! said...

tq, good sharing, mmg sy tertanye tnye jgk tntng beli online brg oversea nih..
anyway thanks.. :)
jemputlah ke blog sy ..
http://littlepinkbakawali.blogspot.com/

anna alfathunissa said...

Salam..sye 1st time nk pi thai..kalau shopping bli barang tp bwak msok malaysia dgn bagasi..cntoh barang tembaga akan dikenakan cukai x??

anna alfathunissa said...

Salam..kalau bwak msok barangan malalui bagasi..ngn barangan spt tembaga akn dikenakan cukai x??

Anonymous said...

Assalam.. sy nk tnye.. Sy ade order patung mainan knk2 dri us.. adakah sy perlu byr cukai? barang tu di shipping.. dan harga dalam 50 dolar plus shipping..

Labels

Adat Perkahwinan India (1) adik kemalangan (5) Agar-agar Milo (1) Ais Kacang Maklom (1) Ais Kacang sedap di Penang (2) Aiskrim Goreng sedap (1) aiskrim kek (14) Akademi Fantasia (3) aksi terlampau (12) Alamat Jalil Coconut Shake (1) Alamat Nasi Arab di Bandar Perda (1) Almari MJ (1) Ana Rafali dan Suami (1) Anak anugerah Allah (1) Anak Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina (1) Angin dalam Badan (1) angry bird (2) anime (2) Anne Ngasri (2) Anniversary (9) Apom Polkadot (2) Asam Gelugor aka Asam Keping (1) ASB (1) Ashraf Muslim (1) Assignment (1) astro (2) Asyraf Muslin dan Wan Sakinah (1) Avon (10) Ayam Dendeng (2) ayam goreng rempah (2) Ayam Percik (1) Azza Elite (2) Bahaya Cyst (1) Bahtera Nabi NUH (1) BAJET 2012 (5) Baju Pengantin Diana Amir (1) baju tunang (1) balotelli (1) Banjir Kilat di Cameron Highland (1) Batik Pants (1) Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) (3) Bayaran Balik Pinjaman (1) BE nuffnang (42) beauty Umaira (1) Bedak Arab KokuRyu (2) Bedak Miyami (2) Beef Lasagna Cheese (1) Bekam adalah Sunnah (2) Belajar secara Sidang Video (1) Ben Ashaari (3) Bencana Alam (1) Bercuti di Melaka (1) Berita Sensasi (3) berita terkini (2) Birthday Suami (8) Blogger Kelantan (1) blogger Kuala Lumpur (11) Blogger Perak (1) Blogger Utara (8) bolasepak (1) bomoh VIP penipu (1) bonus (1) Bonus Raya 2013 (1) Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (1) Borang BR1M online (1) borong.com.my (3) buku denaihati (1) Bunga Pandan (1) Burger Bakar (1) Burger Besar (1) Burger King (5) Burger King Penang (2) Burger KOMTAR (1) Butik Fareeda Permatang Pauh (1) Butter Prawn sedap (2) Cable Car Langkawi (1) Cameron Highland (17) Candy Crush Saga (1) cantik (82) car loan (1) Car Loan Calculator (1) Cara Berbekam Angin (1) cara membawa masuk barang ke malaysia (2) Cara Membuat Burger (1) Cara Mengingati Allah SWT (1) cara mengira cukai (2) Cara menguji Personaliti (1) Cara Menunaikan Solat Qasar dan Jamak (1) Cara Merawat Kaki Bengkak (1) Cara mudah nak lipat baju (1) Cara Solat (1) Cara ubati Denggi (1) Cashout Nuffnang (2) Celebrate Birthday (13) Celoteh MJ (129) Cendol Maklom (1) Cendol sedap (1) ceramah (2) Char Koaw Teow Sungai Dua (1) Cheezy Magik (1) Cheque Exabytes (2) Cheque HOT FM (1) Cheque Nuffnang (4) Chicken Chop (1) China (1) churpchurp (15) Ciptaan Allah SWT (2) Coconut Shake (2) coklat (2) Coklat Crepe (1) contest (32) CoQ Health Plus Shaklee (1) Cover Samsung USAMS (1) CPUV Earning (11) CPUV Nuffnang (11) Cryptography Code (1) Cucur Jagung sedap (1) cukai kastam (2) Cuti-Cuti Malaysia (8) CY 2000 (1) Dakwat Kekal PRU13 (1) dalam negara (8) De Pauh Garden (1) Dejavu di Kinabalu (2) Demam Denggi (1) Denaihati (27) Diana Amir dan Suami (1) Diskaun PTPTN 10% (1) Dividen ASB (1) Doa Dhuha (1) Doa di bulan Ramadhan (1) Double Stemcell (1) Download Movie (1) drama (2) drama Melayu (2) duit malaysia (1) dunia artis (59) duti import (2) Eagles Feeding Langkawi (1) Emperial Horse Wallet (1) endorscope (6) Ephyra membantu untuk Hamil (1) Ephyra meningkatkan kesuburan (1) EURO 2012 (1) Exabytes (1) Exam USM (15) External Hard Disk (1) Eyriqazz vs Denaihati (1) Facebook Fanpage (2) Fadilat Bulan Rejab (1) Family Day (1) Fareeda Aisya 3 Layer (1) Fasha Sandha dan Jejai (3) Fesyen (23) Filem Ombak Rindu (1) Firas (28) Fizo Mawar bersanding (1) Followers (15) free sample (1) Fridge Magnet (15) Fridge Magnet Oversea (1) Frozen Food (1) Gaji Minimum Swasta (1) Gambar Faizal Ismail (1) Gambar Fara Fauzana (1) Gambar Pelik (1) games (3) Gaviscon Advance (1) Gempa bumi (1) Genggam Fatimah (1) GiveAway (94) GUESS (4) hadiah (65) Hadiah Anniversary (5) Hadiah Birthday (5) Hadiah Contest 2013 (13) Hadiah Contest 2014 (1) Hadiah untuk SIRIM (1) Hadiah Wang Tunai (10) Haiwan Pelik (1) Handmade Frame (1) happy (43) Happy Anniversary (5) Hari Kemerdekaan (1) Hari Raya Aidil Adha (1) Hari Raya Puasa (37) Header Baru (4) Header Raya (1) heartbeat (10) Henna Mehendi (1) hobi masa lapang (1) HomeMade Aiskrim (2) HomeMade Burger (2) Homemade Burger Bakar (3) HomeMade Nasi Arab (1) Homestay Murah di Melaka (1) Homoseksual (2) Hospital Seberang Jaya (1) Hotel Bajet (2) Hotel Bajet/Hotel Murah (2) Hotel Murah di Kuala Lumpur (2) Hotel Murah di Melaka (1) Hotel Singgahsana Petaling Jaya (1) Hotel/Homestay di Melaka/Johor (2) Hukum memakai Inai Lukis (2) Hukum Menyebut OMG (1) Ibadah Korban (1) ibadah puasa (5) Ikan Bawal Panas (1) Ikan Siakap 3 Rasa (1) Ikan Siakap Percik (1) Ikan Siakap Sweet Sour (1) Ikan Terubuk Masin (2) Ikan Terubuk Percik (1) Ilhan (9) ilusi optik (2) Inai Henna (3) Inai lukis (3) Indonesia (1) Info (3) iniesta (1) iPhone 5 Contest (2) iPhone 5 Gadget Impian (7) IQ (5) Irma Hasmie (3) Irma Hasmie Mengandung (2) islam (17) Islam Agamaku (19) isu agama (1) Izyanty Collection (1) Jadual Konsert Mania (1) Jadual Puasa 2012 (1) Jadual waktu Imsak dan Berbuka Puasa tahun 2013 (1) JAKIM (1) Jalan Masjid India (1) jalan-jalan (18) Jalil Coconut Shake (1) Jalil Coconut Shake Bandar Perda (1) jamuan raya (5) Jangkaan Kiamat (1) Jemputan ke Rumah Terbuka (3) Jenis Cyst (1) Jenis-jenis Hadis (1) Jeruk Buah Penang (2) Join Contest (73) juadah berbuka (6) Jualan Penghabisan Stok (2) Juara bola sepak EURO (1) Jumpa Blogger (6) Kad Kahwin Fasha Sandha (2) kad raya (8) Kaedah Rawatan Bekam Angin (2) kamera (9) Kami di Lumut (1) kapal karam (1) Karnival Kerjaya (1) kartun (2) Kasut Baru (2) Kasut Le Sandae Zalora (1) Katil MJ (1) KBC Rantau Panjang (1) Kebaikan CoQ Health Plus (1) Kebaikan Lecithin (1) Kebaikan Omega Guard Shaklee (3) Kedah Darul Aman (3) Kedai Kacang Bagan (1) Kegunaan Basic H Shaklee (1) Kegunaan Duit Nuffnang (1) Kehilangan Pesawat MH370 (3) Keistimewaan ESP (2) Keistimewaan Vitalea Shaklee (1) Kejora dan Bintang (1) Kek Biskut Marie (1) Kek Coklat Sedap (1) Kek Lapis Sarawak (2) kekabu (1) kelakar (17) Kelantan (8) Kelebihan Al Quran (2) Kelebihan Alfalfa (1) Kelebihan Bulan Rejab (1) Kelebihan dan Khasiat ESP (1) Kelebihan Ephyra (2) Kelebihan menjadi ahli Shaklee (1) Kelebihan Vitamin C Shaklee (2) Kelebihan/Khasiat ESP (1) Kementerian Kesihatan (2) Kenaikan Gaji 1KGT (1) Kenaikan Gaji Kerajaan 2013 (1) kenangan (8) Kenangan di tahun 2013 (1) kencing tikus (1) Kenduri (9) Kenduri Doa Selamat (2) kenduri kawen (24) Kenduri Kesyukuran (2) keputusan GA (26) keputusan Peperiksaan (3) Keputusan PRU13 (1) keputusan SPM (2) Kerabu Sotong (1) keracunan (1) Kerepek Ngaku Arrowhead (1) Kereta yang Diubahsuai (1) kes bunuh (3) KeyChain (1) khalifah ganti superman (1) Khasiat Air Dayang Bunting (1) Khasiat Nenas Batu (2) Khasiat Nestle Bliss (1) Khasiat Susu Kambing Segar (1) Khasiat Telur Angsa (1) Khory Steamboat di Sg Petani (1) khulafa ar rasyidin (3) Kisah Abu Bakar as Siddiq (1) kisah tauladan (10) Koaw Teow Th'ng (1) Kobis Tiruan (1) Kolagen Powder Shaklee (1) Koleksi Carlo RINO (3) Konsert Mania (1) kontroversi (1) Konvo USM (4) Konvo USM ke 48 (2) kotak sembang (2) Kuah Rojak Mak Bee sedap (1) Kuala Lumpur (1) kuih raya (6) kupon (10) kupon KFC (6) Kursus Intensif USM (3) Ladang Teh Boh Sg Palas (1) Laksa Janggus (1) layan (126) Lecithin Shaklee (3) Lemon Cheese Cake (1) Lens Nikon 50mm (1) Lirik Lagu (2) Lisa Surihani (1) Lokasi dan Tarikh Ujibakat Bintang Mencari Bintang (1) Lost World of Tambun (4) luar negara (5) lucu (15) lukisan termahal didunia (1) Lumut (5) M'c Donalds (5) Macarons (1) Machu Pichu (1) Majlis Persandingan Fizo Mawar (1) Makan Sedap (53) Makaroni Baked Cheese (1) Maksud PJJ (2) Mandi Wap (1) Masakan Pasta (1) mascara (1) masjid (1) masker wajah (2) Masterchef Penyingkiran (1) Masterchef Selebriti Malaysia 2 (1) Mayang Mengurai (1) Maybank ATM Card (1) ME Nuffnang (15) Meatball Abg Burn Bandar Perda (1) Meatball IKEA (3) Mee Sotong sedap (2) Mee Udang Paksu Juru (1) Mee Udang Pulau Sayak (1) Mee Udang Special (1) Mega Giveaway Celoteh MJ (2) Melaka (1) melaleuca (1) Menang GA (63) Menu Barbeque BBQ (1) Menu Berbuka Puasa (1) Menu di Victoria Station (1) Menu Hari Raya (6) Menu Rumah Terbuka (2) Menu Sarapan (1) mesir (1) MH370 MAS Hilang (3) Mineral Coffee Hai-O (1) Misteri Villa Nabila (1) movie (1) Muat Turun Borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0 (1) mukjizat (3) mutiara kata (3) My Best Moment (2) my birthday (9) My Graduation (1) My Mum (1) Nabi Adam a.s (1) Nan Cheese Meleleh (1) Nasi Arab Al-Bayt (1) Nasi Arab Bandar Perda (2) nasihat (19) Nasihat Suami Isteri (2) negara yang bertanding dalam EURO (1) Neotel Hotel Kuala Lumpur (1) Niat Solat Qasar dan Jamak (1) Nikah Kawen (19) Nikon D90 (12) nuffnang (53) Olimpik 2012 (1) Ombak Ganas (1) Omega Guard Shaklee (3) Omega Gurad Shaklee (3) on9 visitor (27) online (9) Oreo Cheese Cake Gebu (1) Oreo Cheese Cake Strawberry tanpa gelatin (1) Oreo CheeseCake (3) Ostematrix Shaklee (3) ovarian cysts (7) Panasonic Viera (1) Panggilan Palsu (2) Panorama TV1 (1) Pantai Bagan Ajam (2) Pasar Besar Siti Khadijah (1) Pasar Bisik Kota Kuala Muda (1) Pasar Ramadhan (1) Pasembor Sedap (1) Pathlab Penang (1) Pati Ikan Haruan (1) Pegangan (17) Pekeliling 2012 (1) Pekeliling 2013 (1) Pelikat Pants (1) Peluang Kerjaya (1) pemenang (49) Pemenang Top komen (2) Pencapaian Terbaik Celoteh MJ (2) Penetapan Gaji Minimum (1) pengalaman (13) Pengalaman belajar secara PJJ (5) Pengalaman HSG Test (2) Pengalaman On Air di Radio (1) Pengkalan Hulu (1) Pengumuman (37) penipuan (1) Penyampai Hot FM (1) Perak (4) peraturan dan undang undang kerajaan (2) Percutian Kami (1) Perfume (3) Perfume Burberry (1) Perfume Calvin Klein (1) Perfume Kim Kardashian (1) Perfume Paris Hilton (1) Perkahwinan Artis (4) permit import (2) Pernikahan Anne Ngasri (1) Pernikahan Artis Malaysia (1) Perodua Alza (3) pertunanganku (2) pesakit (19) Petaling Jaya (1) petua (12) Petua ubati batuk (1) Petua ubati Patah/Retak (1) Phoebe Ribbon Chiffon (1) Photo Konvokesyen USM (1) Photo with BFF (1) photography (1) picaso (1) PilihanRaya (1) Pisau Magik (2) Pisau Zebra (3) Pizza Hut Big Box (3) Pizza Hut Promotion (8) Pizza Hut Vs Domino's Pizza (2) PJJ di USM Penang (14) Popia Milo (3) Popia Nestum (3) Portable Power Bank (12) Potluck (3) Power Bank 12000mAh (1) Power Bank 13800mAh (2) Power Bank 2800mAh (1) Power Bank 8000mAh (2) PRADA (1) Pretzel Almond (1) Pretzel Oreo (1) Primavera Shoes (1) Produk Shaklee (19) Program Affiliate AssignJobs (1) Program Realiti TV3 (1) promosi hebat (26) Prosedur membuat Rawatan Kehamilan (2) Proton Preve (2) Proton Terbaru (1) PTPTN Info (2) Puasa Ramadhan (3) Pulau Beras Basah (1) Pulau Langkawi (9) Pulau Pinang (20) Punca Gastrik (1) Punca Sesak Nafas (1) Puncak Gunung Brinchang (1) Pusat Pelancongan (31) Pusat Peranginan di Malaysia (1) Qi Razali dan Nelydia Senrose (1) Quran (2) Ramalan Kiamat (1) Rantai Tangan Hilang (1) Rawang Burger Bakar (2) Rawatan Kesuburan MJ (6) Rebat Bil Elektrik (1) Rekod Baru (3) Rempah Nasi Arab (1) rempah sauna (1) Renungan Bersama (1) Resepi (21) Resepi Aiskrim (2) Resepi Aiskrim Goreng (3) Resepi Ayam Dendeng (2) Resepi Ayam Goreng KFC (1) Resepi Ayam Goreng Rangup (1) Resepi Ayam Mudah (1) Resepi Ayam Sedap (2) Resepi Burger sedap (1) Resepi Daging Dendeng (1) Resepi Durian Crepe (3) Resepi Ikan Siakap Sedap (1) Resepi Juadah Berbuka (4) Resepi Kek Batik (1) Resepi Kek Biskut Marie (1) Resepi Koaw Teow Th'ng (1) Resepi Kuah Percik (1) Resepi Oreo Cheese Cake (1) Resepi Popia Goreng (1) Resepi Puding Jagung (1) Resepi Puding Laici (2) Resepi Puding Oreo Coklat (1) Resepi Puding Roti (1) Resepi Puding sedap dan mudah (2) Resepi Puding Triffle (4) Resepi Roti (2) Resepi Samosa (1) Resepi Sotong Kangkung (1) Resepi Spagethi mudah (2) Resepi Sup Tulang (1) Resepi Udang (1) Resipi (8) Restoran Cina Muslim di Kajang (1) Restoran Fais (1) Restoran Mohd Chan Abdullah (2) Restoran Qasar Hadramawt Bandar Perda (1) review blog (6) Review Ephyra (1) Risiko kekurangan Protein (1) RnZ Cosmetic (1) Roti Gulung Sosej (1) Roti Nan Cheese Sedap di RSMY (1) Roti Paung Terengganu (1) RSMY House of Real Beriani (1) RSS feed (1) rumah tangga (20) rusuhan (1) Sabun 3 layer (1) Sabun BERAS (1) Sabun Collagen (1) Sabun Gluta Kojic (1) Sah puasa selepas berjunub (1) Salad Ayam (1) Salak Denai Chalet (2) sale (9) Saloma Bistro Kuala Lumpur (1) Saman Hadlaju (1) santai (2) Sarawak (1) SBPA (4) Scha dan Awal (1) Sebarkan Semangat Ramadhan bersama Coca Cola (4) Sebarkan Semangat Ramadhan bersama Hot FM dan Coca Cola (4) sedap (22) sedih (21) Segmen Eyriqazz (1) Sejarah Komputer (1) seksi (1) Semanis Kurma TV9 (1) Seminar Buat Duit dengan Blog (1) Seminar Wordpress (3) Senarai Calon Parlimen PRU13 (2) senarai peserta (20) Sepanyol vs Itali (1) Sepetang Bersama Blogger (5) Set Berpantang Shaklee (1) Set BUASIR (1) Set Ibu Hamil Shaklee (1) Set Menyusu Shaklee (2) Setem Koleksi Terbaru (1) Shawl Handmade yang cantik (1) Shopping Online (1) Siapa perlukan ESP (2) Side Income (2) sihat (15) Sihir dan Santau (1) Sijil HALAL (1) Simply Siti (1) simulator (1) Singapura (1) Sinopsis Bukan Bidadari (2) sinopsis KHILAF (1) Siput Kepah (1) Siti Nurhaliza (1) Skin Laptop (1) Skrin Netbook Pecah (1) Sling Bag CARLO RINO (1) Slot Lestary TV3 (2) Smockey Bear Chicken (1) Smockey Bear Lamb (1) Somtam Campur (1) Sooft Book Washable for children (1) sosilawati (1) Sotong Kangkung (1) SPA (3) Spagethi Meatball sedap (2) Steamboat dan Yong Taufu murah (1) Strawberry Cheese Cake (2) Strawberry Park Resort (6) suami isteri (30) Sumbangan Rumah Anak Yatim (1) Sundae Ice Cream (1) sunnah wal jamaah (1) Sunset (1) Susu Kambing sedap (1) SX150 IS (2) Syarat Pinjaman Kereta Ketat (1) Syarat Sah Puasa (1) syiah (2) Taj Mahal (1) tan sri ali hashim (1) Tanda menghidapai Cyst (1) Tandoori Chicken Naan Cheese (1) Tapak Pesta (1) Tarikh mengundi PRU13 (3) Tasik Dayang Bunting (1) teka-teki (15) teknik- teknik fotografi (1) Telefilem KHILAF TV1 (1) temuduga (2) Tepung Magik (1) terima kasih (116) Testimoni Basic H Shaklee (1) Testimoni Ephyra (1) Testimoni ESP (2) Testimoni kecewa SalamFone (1) Testimoni Mineral Coffee (1) Testimoni Ostematrix Shaklee (1) Testimoni produk Double Stemcell (1) Testimoni Set Kurus Shaklee (3) Testimoni Set Menyusu Shaklee (3) Testimoni Set Subur Shaklee (1) Testimoni Shaklee (1) Testimoni Vivix (2) Testimoni Zalora (1) ThePopLook (5) Tiket Wayang Free (3) Timbalan Ketua Pengarah Kastam ditembak (1) tips (14) Tips buat suami isteri (1) Tips Menyimpan Susu (1) Tips pemilihan Tudung (1) Tips Rumah Tangga (1) Tiram Goreng Tepung (1) titanic 2 (1) Tonsil Bengkak (1) top komen (10) Triple Stemcell (1) Trying To Conceive (6) Tudung Chiffon 3 Layer (4) Tudung Layer Kanak-Kanak (1) tutorial (10) Tutti Frutti (2) Twitter (1) Ujian Darah untuk Kesuburan (1) Ujian Pap Smear dan HSG Test (2) Update Bloglist (1) USM Penang (22) Ustaz Ahar Idrus (4) Ustaz Don Daniyal (1) Ustaz Zaharuddin (1) Vibrance Kegel Device (1) Victoria Station Seberang Jaya (1) video (9) Wallet (5) Wang Kelian (1) wang kertas siri baharu (1) Watie Elite (1) Wordless Wednesday (35) Yacht Langkawi (1) Yee Mee Sizzling (1) Yong Tau Fu sedap di Bagan (1) Yusry KRU (1) Zalora Malaysia (1) Zinc Complex Shaklee (1) zuriat (2)