Berkuatkuasa 1 Julai 2013 Kerajaan akan melaksanakan pemberian pemindahan gaji dengan amaun bersamaan satu (1) Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM). Gaji pegawai di bawah SSM akan dipindahkan ke struktur gaji baru dengan diberikan faedah pemindahan gaji dengan amaun bersamaan satu (1) KGT.
Pegawai yang Layak ialah:
Pegawai Perkhidmatan Awam di bawah SSM bertaraf tetap, sementara dan kontrak (Contract of Service) yang telah dilantik sebelum 1 Julai 2013 dan sedang berkhidmat pada 1 Julai 2013, termasuk pegawai yang berada dalam keadaan seperti berikut:
i) Pegawai yang dipinjam atau ditukar sementara ke agensi Kerajaan.
ii) Pegawai yang dipinjamkan ke pertubuhan antarabangsa atau sektor swasta.
iii) Pegawai yang cuti bergaji penuh, cuti separuh gaji dan cuti tanpa gaji.
iv) Pegawai yang meninggal dunia pada 1 Julai 2013.
Pegawai yang Tidak Layak ialah:
Pegawai yang masih berkhidmat di bawah saraan Laporan Gaji Jawatankuasa Kabinet (JKK) 1976 atau Sistem Saraan Baru (SSB).
i) Pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib dengan hukuman buang kerja yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2013.
ii) Pegawai yang dilantik mulai 1 Julai 2013.
iii) Pegawai yang bersara pada atau sebelum 1 Julai 2013.
iv) Pegawai yang meninggal dunia pada atau sebelum 30 Jun 2013.
Pegawai yang layak akan diberi pemindahan gaji dengan amaun bersamaan satu (1) KGT mengikut gred jawatan/ gred gaji masing-masing pada 1 Julai 2013 berdasarkan gaji hakiki pegawai pada 30 Jun 2013. Manakala bagi pegawai yang dinaikkan pangkat atau ditukar lantik atau dilantik secara Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) berkuat kuasa 1 Julai 2013, gaji pegawai hendaklah diberi pemindahan gaji dengan amaun bersamaan satu (1) KGT di gred baru selepas urusan penetapan gaji pemulaan di gred kenaikan pangkat atau tukar lantik atau KPSL dilaksanakan.
Sumber : Pekeliling Bil 5 2013

Contoh Kenaikan gaji bagi pegawai gred N17 ;)