Bahagian I: Mencari cahaya dalam kegelapan
Syiah merupakan sebuah serpihan mazhab (jika boleh
dikatakan sebagai mazhab) didalam agama islam yang berlatarbelakangkan sejarah
politik silam. Peredaran sejarah serta konflik diantara pemuka islam dan
seterunya telah menyebabkan mazhab ini yang kononnya berpihak kepada ahlul bayt
akhirnya menjadi sebuah manhaj aqidah yang sendiri. Dengan membentuk
kepercayaan bahawa hanya keturunan rasulullah SAW sahaja yang berhak mentadbir
dimuka bumi ini. Khalifah yang dilantik selain dari keturunan ahlul bayt tidak
sah dan dimurkai Allah. Perlantikan khalifah Khulafa ar Rasyidin iaitu Abu
Bakar as siddiq R.A, Umar al Khattab R.A, Uthman bin Affan R.A oleh para
sahabat dikatakan tidak sah dan merampas hak mutlak saidina Ali RA menyebabkan
mereka dikecam, di caci dan dihina. Benarkah ini terjadi dalam sejarah Islam.
Insyaallah kita akan cuba bincangkannya nanti.
Ada
beberapa kenalan di facebook saya kenali telah pun terpengaruh dengan pemikiran
begini dan memilih syiah sebagai gaya hidupnya yang dikatakan betul dan lebih
mulia di sisi Allah SWT. Saya percaya kebanyakan yang memilih syiah sebagai
pilihan mereka percaya mereka dijalan yang betul. Adalah agak mustahil mereka
memilih syiah jika mereka tahu ia mendatangkan kemurkaan Allah. Mereka juga
mahukan keredhaan Allah SWT. Perkara perkara lain seperti mutaah dan jamak
solat mungkin faktor 'pendorong' untuk menarik mereka ke jemaah tersebut.
Pertama
sekali sebelum saya cuba membincangkan topik ini dengan lebih lanjut adalah
saya cuba nasihatkan diri saya terutamanya agar janganlah kita ahlul sunnah
cepat melabel mencerca atau memaki golongan syiah ini dengan gelaran kafir,
rafidah, takfiri dan macam macam lagi. Jika kita lakukan seperti ini saya
bimbang ia akan menjauhkan lagi mereka dari kita dan akhirnya menyukarkan usaha
dawah untuk mengajak mereka kembali. Saya tertarik dengan kata kata Dr Asri
iaitu jika kita ingin menarik mereka semula tidak cukup dengan hanya menyekat
penyebaran syiah. Masyarakat sekarang lebih terbuka dan berpengetahuan. Hujah
harus dipatahkan dengan hujah.
Ingin saya
katakan disini, jika kita ikhlas mahu mencari kebenaran maka kita haruslah
berfikiran terbuka menerima apa yang dikatakan kebenaran. Jika seseorang
memberitahu kita tentang fakta maka janganlah kita tidak mengendahkan fakta
tersebut jika kita benar benar ingin mencari kebenaran seperti yang dikata.
Begitu pula jika kita berbicara tentang seseorang maka adalah wajib kita
mengetahui latar belakang orang yang kita bicara dahulu sebelum kita bercakap
mengenainya kerana bimbang kita mungkin tersilap. Sebagai contoh, jika kita
bercakap tentang keperibadian imam syafie, adalah wajib kita mengetahui serba
sedikit latar belakangnya agar kita tidak tercakap benda yang memfitnah beliau.
Begitu
jugalah para sahabat RA dan juga ahlul bayt. Adakah kita sudah membaca sirah
para sahabat. Benarkah kita sudah mengetahui sifat atau akhlak para sahabat
seperti abu bakar, umar dan lain lain. Jika itu tidak dilakukan, bagaimana
mungkin kita boleh mempercayai kata kata orang tentang baik atau buruknya
perangai sahabat. Bukankah didalam al quran Allah memerintahkan kita agar
menyiasat berita yang dibawakan oleh orang yang fasiq.
Allah berfirman
dalam Al quran, ayat 6, Surah Hujuraat, firman Allah,
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika
datang kepada kamu seorang fasik membawa berita maka selidikilah (untuk
menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpa sesuatu kaum dengan perkara
yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga
menjadikan kamu menyesali apa yang telah kamu lakukan.”
Jadi pergilah dapatkan kitab atau buku buku yang
mengandungi sejarah para sahabat, baca dan lihatlah sendiri samada ia sama
seperti yang sesetengah orang dakwakan itu.
Wallahualam
Wallahualam
Oleh: Mr Jay
Tamat bahagian I
Next:
Bahagian II : Pertelingkahan diantara ahlul bayt dan sahabat, benarkah ia terjadi?
5 Yang suka berceloteh:
mesti lah ada pendapat penyokong syiah yg tersendiri kenapa mereka memegang bahawa syiah itu benar. agak bahaya sbb kat malaysia dah menular fahaman syiah ni.
Sama konsepnya spt yahudi yg tidak dapat menerima nabi selain dari bangsa yahudi.
salam MrJ
tenkiu for shairng..
sy kasihan kpd mereka yg terlibat dgn dakyah2 syiah ni
Syiah semakin berleluasa dan menakutkan skrg nih
Post a Comment