Bahagian II: Pertelingakahan diantara sahabat dan
ahlul bayt benarkah ia terjadi?
Kita
sering mendengar dari pihak syiah yang sahabat membuat aniaya kepada ahlul
bayt. Mereka merampas hak khalifah dari saidina Ali. Bahkan umar dituduh
membuat kasar kepada fatimah hingga menyebabkan dia meninggal. Benarkah ahlul
bayt dianiaya oleh para sahabat? Apakah pengikut syiah benar mengikuti sifat
dan akhlak ahlul bayt iaitu mencemuh sahabat dan isteri baginda rasulullah SAW?
Abu Ja'far berkata:
"Semua
manusia (kaum muslimin Ahli Sunnah wal-Jamaah) menjadi Ahli Jahiliyah
(kafir/murtad setelah kewafatan Rasulullah) kecuali empat orang, Ali, Miqdad,
Salman dan Abu Dzar"
Al-Majlisi seorang ulama besar Syiah menegaskan:
“Bahawa mereka (Abu
Bakar, 'Umar dan 'Uthman) adalah pencuri yang khianat dan murtad, keluar dari
agama, semoga Allah melaknat mereka dan semua orang yang mengikut mereka dalam
kejahatan mereka, sama ada orang dahulu atau orang-orang kemudian"
Saya suka membuat perbandingan sebegini. Di sebuah kampung di england ada dua orang pemuda John dan peter. Mereka tinggal dikampung yang sama. Datang seorang orang baru tinggal dikampung itu. Dia menanyakan kepada orang kampung itu tentang hubungan diantara john dan peter. Ada yang menyatakan john dan peter itu sahabat yang cukup akrab. Macam saudara kandung. Tetapi ada pula yang mengatakan bahawa mereka adalah seteru. Mereka sering bergaduh. Jadi yang mana satu betul?
Jika dapat
ditanya kepada john dan peter sendiri soalan itu tentu tiada masalah. Kita
dapat mengetahui tentang kebenarannya namun jika tidak dapat ditanya sendiri
jadi bagaimana?
Jawapannya lihat kelakuan mereka. Disitulah merupakan petunjuk samada mereka bergaduh atau berbaik. Jika mereka makan semeja. Pergi kerja sekali, ataupun sering meminta nasihat dan pandangan antara mereka adakah itu menunjukkan ciri ciri permusuhan atau persahabatan? Sudah tentu jika kita gunakan akal kita mampu melihat perkara ini. Orang boleh memberitahu kita 1001 cerita. Dizaman sekarang cerita cerita baik palsu mahupun yang benar tersebar dengan luas di media cetak dan elektronik. Maka kita harus bijak menilai yang mana betul(fakta) ataupun tidak(auta)
Jawapannya lihat kelakuan mereka. Disitulah merupakan petunjuk samada mereka bergaduh atau berbaik. Jika mereka makan semeja. Pergi kerja sekali, ataupun sering meminta nasihat dan pandangan antara mereka adakah itu menunjukkan ciri ciri permusuhan atau persahabatan? Sudah tentu jika kita gunakan akal kita mampu melihat perkara ini. Orang boleh memberitahu kita 1001 cerita. Dizaman sekarang cerita cerita baik palsu mahupun yang benar tersebar dengan luas di media cetak dan elektronik. Maka kita harus bijak menilai yang mana betul(fakta) ataupun tidak(auta)
Sekarang kita gunakan kaedah yang sama untuk
menentukan samada sahabat iaitu Abu bakar, Umar dan Uthman benar benar
bermusuhan dengan saidina Ali. Adakah ahlul bayt membenci sahabat.
Fakta #1:
saidina Ali merupakan penasihat kepada saidina Abu bakar. Ini dapat dibuktikan
dengan beberapa kali saidina abu bakar meminta pandangan saidina Ali dalam
masalah berkaitan pentadbiran mahupun agama. Adakah seorang yang bermusuhan
mahu bekerjasama dan menerima serta memberi nasihat?
Fakta #2: Saidina Ali merupakan guru kepada anak
saidina Abu bakar. Ini kerana abu bakar tahu saidina Ali merupakan seorang imam
yang sangat memahami ilmu agama. Soalannya, adakah orang yang bermusuhan mahu
menghantar anaknya kepada musuhnya. Adakah anda sanggup menghantar anak anda
belajar kepada musuh anda?
Fakta #3: saidina Ali mengahwinkan anak
perempuannya kepada Umar Ra. Adakah anda sanggup mengahwinkan anak anda kepada
seorang musuh anda. Tidak ada orang yang sihat akalnya sanggup memberikan
anaknya kepada musuhnya. Ada orang mengatakan saidina Ali dipaksa menyerahkan
anaknya. Kalau begitu anda mengatakan saidina Ali itu orang yang dayus. Dia tak
mampu nak berbuat apa untuk menyelamatkan keluarganyakah? Sedangkan saidina Ali
yang kita ketahui seorang yang berani. Sanggup mati untuk tidur diatas katil
Rasulullah ketika orang kafir ingin membunuh rasulullah. Keberaniannya dimedan
perang tidak dapat disangkal. Tiba tiba dia tidak berani untuk menghalang orang
merampas ahli keluarganya?
Fakta #4: Saidina Ali menamakan anaknya abu bakar,
umar dan uthman. Adakah orang yang waras akan menamakan anaknya nama seakan
musuhnya? Sanggupkah kita menamakan nama anak kita orang yang kita musuhi.
Sanggupkah kita namakan anak kita george bush atau ariel sharon? Sudah tentu
tidak. Kita akan pastikan kita menamakan anak kitaa nama orang yang kita
sanjung kita sayang atau kita kasihi. Jadi apakah perbuatan menamakan nama anak
saidina Ali ra dengan nama sahabat adalah perbuatan mencintai sahabat atau
memusuhinya??
Fakta #6:
Imam imam syiah berketurunan sahabat.
Imam Jaafar as sadiq RA merupakan keturunan abu bakar. Saya pernah mendengar orang syiah mengatakan abu bakar merupakan berhala, kafir, keturunan luar nikah. Walaupun geram dengan kata mereka tapi sedikit lucu bila memikirkan bahawa adakah mereka tidak mengetahui imam mereka pun keturunan yang sama dari keturunan Abu Bakr. Mereka seolah olah mencerca imam mereka. Imam jaafar pernah mengatakan "abu bakr dua kali melahirkan aku".
Imam Jaafar as sadiq RA merupakan keturunan abu bakar. Saya pernah mendengar orang syiah mengatakan abu bakar merupakan berhala, kafir, keturunan luar nikah. Walaupun geram dengan kata mereka tapi sedikit lucu bila memikirkan bahawa adakah mereka tidak mengetahui imam mereka pun keturunan yang sama dari keturunan Abu Bakr. Mereka seolah olah mencerca imam mereka. Imam jaafar pernah mengatakan "abu bakr dua kali melahirkan aku".
Dalam kitab ‘Umdatu tholib, karya Ibnu ‘Anbah, hal 195.
وأمه أم فروة بنت القاسم الفقيه ابن
محمد بن أبي بكر. وأمها أسماء بنت عبد الرحمان بن أبي بكر، ولهذا كان
الصادق ” ع ” يقول: ولدني أبو بكر مرتين
Ibunya (Imam ja’far) adalah Ummu farwah bintu Al
qosim Al faqih bin Muhammad bin Abu bakar. Dan ibu (dari ibu Imam
Ja’far) adalah Asma’ bintu Abdurahman bin Abu bakar, karena inilah Imam
Ja’fa As sodiq berkata : Abu Bakar telah melahirkan aku dua kali.
Berkata Amr bin Qais Al-Mula-i: Aku mendengar Ja’far bin Muhammad
berkata: “Allah berlepas diri dari setiap orang yang berlepas diri dari
Abu Bakar dan Umar" Ini menunjukkan imam Jaafar menghargai abu Bakar RA
Daripada
fakta yang kita dapati diatas adakah kita masih mahu mengatakan yang Saidina
Ali memusuhi sahabat yang lain.Orang boleh menceritakan apa sahaja cerita.
Pelbagai hadith dan kitab ditampilkan untuk menyokong dakwaan yang Saidina Ali
bermusuhan dengan sahabat. Akan tetapi perbuatan merekalah yang menjadi
petunjuk bahawa mereka itu bersahabat atau bermusuhan. Fikir fikirkanlah..
Wallahualam
gambar: kredit ensklopediamuslim.blogspot.com
Tamat bahagian II
Tamat bahagian II
Oleh: Mr Jay
9 Yang suka berceloteh:
Fakta dah jelas.. Jakim pun dah keluarkan fatwa akan kesesatan syiah.. mcm mna la ramai orng melayu boleh ikut lagi syiah ni.. sedihhh betul..
ini myra ke yang tulis? mr jay tu siapa? husband ke? bagus juga penjelasan2 ni. logik dan masuk akal. masalahnya, org2 syiah ni tak pernah nak pertimbangkan perkara ni. sedeh.
bagus artikel nie... semoga dapat menyedarkan umat islam ttg bahayanya syiah. Sebab kalau dah terjebak, mmg susah nak dinasihati lagi.
salam MrJ..
tenkiu for the information..
dunia makin penghujung kita ada sahaja buat hal wahualam
artikel menarik tentang bahayanya syiah...thanks Myra
hgga ke hari ini, sy masih mencari jawapan SEBAB UTAMA mengapa mereka memusuhi ahl bait.. mengapa bukan org lain
akak hanya mengikut fatwa.. kita bukanlah cerdik pandaikan... memohon hanya keredhaan dari yang Esa..
Dah jelas syiah tuh ajaran yg salah tp msih lg ramai pengikut.
Post a Comment