gambar sekadar hiasan
IPOH: Keazaman tinggi berubah ditunjukkan lebih 10 mak nyah yang terbuka hati ke Tanah Suci Makkah menunaikan umrah.
Rombongan berkenaan diketuai Pengerusi Pertubuhan Sahabat Insan dan Iman Malaysia, Ustaz Hanafi Abdul Malek sebagai mutawif dan individu yang menguruskan perjalanan umrah berkenaan.
Difahamkan, semua mak nyah berkenaan mendapat sinar hidayah selepas tertarik dengan pendekatan ceramah motivasi disampaikan Ustaz Hanafi yang sering dilantik sebagai fasilitator Program Mukhayyam anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sepanjang tahun lalu.
Hanafi berkata, dia cukup berbesar hati dan berbangga dapat membawa semua mak nyah berkenaan mengerjakan umrah di Tanah Suci menerusi khidmat syarikat Rabbani Travel and Tour Sdn Bhd yang turut memberikan kursus persediaan.
“Mereka teruja menunaikan umrah dan sanggup mengeluarkan kos RM5,000 setiap seorang.
“Saya memastikan mereka menjalani ibadat umrah ini dengan sempurna selain membuat persediaan awal sebelum berangkat ke Makkah tidak lama lagi,” katanya.
Hanafi berkata, keinginan menunaikan umrah ditunjukkan mak nyah itu harus dipuji dan wajar dijadikan contoh setiap manusia berhak berubah dan mendekati Allah.
Program berkenaan dibantu penolong khas, Ustaz Hanafidan Zubir Asadi Mohamad yang teruja bagi membawa golongan mak nyah itu mendekatkan diri ke rumah Allah.
“Kami masih membuka penyertaan sebelum akhir bulan Februari ini. Besar kemungkinan program umrah berkenaan dijalankan pertengahan Mac depan,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Mr Jay: Hmm, baguslah ada keinginan untuk berubah. kita doakan smoga ramai lagi yang masih dalam 'kegelapan' agar insaf dan berubah. amin
19 Yang suka berceloteh:
Alhamdulillah!!!
Allah swt sentiasa memberi hidayah pd sesiapa saja yg dikehendakiNYA.. ;)
Happy weekend dear & TC!! ;)
Alhamdulillah.. ada jugak niat mereka nak g umrah n seterusnya berubah..
betul tu Mj..harap mereka ada niat nak berubah ke arah kebaikan....tahniah kat ustaz Hanafi
syukur..bgus la diorg nk brubah, kn? ^_^
Kak MJ~~~~~~.. sy dh dpt dh apam comel tue..semlm dpt, hehe.. thanks tau~!!! ^_^ sgt comel + sdap!!
kat ipoh?bagus lah.smpai bila nk cm tu kan.
Aminn, mudah2an dimudahkan segala urusan utk berubah menjadi lelaki sejati..
Alhamdulillah
alhamdulillah. semua dorg balik dari umrah aka menjadi lelaki sejati. aminnn :)
Alhamdulillah.. ^_^
Alhamdulillah, bagus kan mcm tu :)
Alhamdulillah.terbuka juga hati mereka
alhamdulillah..smoga dibukan pintu hatinya utk ke pangkal jalan..amin
moga mereka akan berubah menjadi insan yg terbaik disisiNYA..
syukur alhamdulillah bg mereka yg ada keiinginan utk berubah..
Alhamdulillah :)
semoga Allah memberi hidayah untuk mereka berubah..
alhamdulillah...semoga cepat2 berubah sblm ke liang lahad..huhu..mcm knai jerk 2 nyah kt atas nuh..hikhik..
Harap2 maknyah2 tu terbuka hati ntuk kembali ke pangkal jalan
alhamdulillah.. moga mereka terus diberikan hidayah olehNYA
Post a Comment