komuniti bantah seksyen 114A





Pada baru baru ini sewaktu membuka facebook dan blog saya terperasan banyak yang memakai logo ini dan menggunakannya sebagai facebook profile. setelah saya membaca post dari Denai Hati, saya menjadi tertarik untuk mengetahui lebih mendalam tentang bantah akta 114A.

Jadi sebelum saya memilih untuk menyertai komuniti ini, saya perlulah mengetahui apakah sebab, tujuan, kebaikan dan keburukan bantahan yang dibuat ini. setelah melakukan serba sedikit penyelidikan tentang akta yang mencetuskan kontroversi ini, saya juga ingin turut serta dalam komuniti ini. Walaupun agak terlewat tetapi lebih baik melakukan sesuatu dari berdiam tanpa melakukan apa apa

Bagi mereka yang masih belum tahu apakah akta yang dimaksudkan, disini saya cuba jelaskan serba sedikti yang saya tahu hasil dari informasi yang didapati

S: Apa itu 114A? 

J: 114A adalah Seksyen 114A, Akta Keterangan 1950 yang dikuatkasakan sejak Jun lepas

 S: apakah pindaan dalam akta baru?

J:Seksyen baru 114A 3. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 114 seksyen yang berikut:
“Presumption of fact in publication
114A. (1) A person whose name, photograph or pseudonym appears on any publication depicting himself as the owner, host, administrator, editor or sub-editor, or who in any manner facilitates to publish or re-publish the publication is presumed to have published or re-published the contents of the publication unless the contrary is proved.
(2) A person who is registered with a network service provider as a subscriber of a network service on which any publication originates from is presumed to be the person who published or re-published the publication unless the contrary is proved.
(3) Any person who has in his custody or control any computer on which any publication originates from is presumed to have published or re-published the content of the publication unless the contrary is proved.
(4) For the purpose of this section -
(a) “network service” and “network service provider” have the meaning assigned to them in section 6 of the Communications and Multimedia Act 1998 [Act 588]; and
(b) “publication” means a statement or a representation, whether in written, printed, pictorial, film, graphical,
acoustic or other form displayed on the screen of a computer.”.
Huraian
Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Akta Keterangan 1950 (“Akta 56”).
2. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan kuasa Menteri untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa Akta yang dicadangkan.
3. Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 3 Akta 56 untuk menyelaraskan takrif “komputer” dengan takrif “komputer” dalam Akta Jenayah Komputer 1997.
4. Fasal 3 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 114A ke dalam Akta 56 untuk mengadakan peruntukan bagi anggapan fakta dalam penyiaran untuk memudahkan pengenalan dan pembuktian identiti seseorang yang namanya tidak diketahui yang terlibat dalam penyiaran melalui internet.

S: apakah tujuan akta ini dipinda?
J: Tujuan asal pindaan ini adalah untuk mengenal pasti individu yang bertanggungjawab ke atas penyiaran dan penyebaran bahan berunsur hasutan di internet.
Bagi pihak berkuasa, proses menjejaki dan mengenal pasti individu yang terlibat dalam penyiaran atau penyebaran bahan berunsur hasutan di internet merupakan sesuatu yang sukar. Individu tersebut dengan mudah mengambil kesempatan menyembunyikan identiti mereka di internet kerana kesukaran pihak berkuasa mengawal internet yang luas dan terbuka. Penyembunyian identiti juga menggalakkan rakyat menyatakan pendapat tanpa rasa takut kepada mana-mana pihak. Selain itu, oleh sebab maklumat mudah berpindah dari satu pihak ke pihak yang lain, pihak berkuasa mengalami kesukaran untuk mengesan individu asal yang bertanggungjawab menyebarkan maklumat tersebut.





S:Apakah kekurangan yang ada pada Seksyen 114A?
J: Pindaan ini jelas mengandaikan kesalahan terletak pada individu yang identitinya diguna pakai dalam penyiaran atau penyebaran maklumat berbentuk hasutan tanpa mengambil kira faktor seperti kecurian identiti dan penggodaman komputer. Kesalahan juga terletak pada pihak yang menyediakan ruangan komen pada blog, forum dan pengendali laman web walaupun maklumat tersebut disiarkan oleh pihak lain.
Pelaksanaan pindaan baru ini boleh mengakibatkan pihak yang tidak terlibat menjadi mangsa. Pindaan ini juga bercanggah dengan prinsip asas keadilan yang menyatakan seseorang tidak bersalah selagi kesalahannya tidak dibuktikan.
Selain itu, undang-undang yang diperkenalkan ini tidak akan dapat memerangi jenayah siber dengan berkesan kerana pindaan ini secara tidak langsung melindungi penjenayah siber dengan meletakkan kesalahan ke atas mangsa mereka yang komputer atau akaun Facebook dan Twitternya digodam.




S:Apakah implikasi pindaan ini terhadap individu?
J: Pelaksanaan Seksyen 114 A mempunyai kesan yang luas terhadap setiap pengguna internet yang meliputi pelbagai platform seperti emel dan media sosial. Pindaan ini awal-awal lagi telah meletakkan kesalahan ke atas individu yang memiliki laman web atau peralatan yang mana kenyataan atau isi kandungan berunsur hasutan tersiar. Di bawah Seksyen 114 A, individu atau organisasi yang mengendali, menyelia atau menyediakan ruang untuk forum, blog atau perkhidmatan pengehosan web adalah bertanggungjawab terhadap segala kandungan yang terdapat dalam perkhidmatan terbabit. Mereka juga bertanggungjawab terhadap kandungan yang diterbitkan oleh pihak lain yang menyamar menggunakan identiti mereka di internet. Hasilnya, Seksyen ini mengancam kebebasan bersuara di internet, serta mengancam prinsip asas keadilan, demokrasi dan hak asasi manusia.




Kesimpulan dan pendapat Mr Jay:
Jika diperhatikan tujuan seksyen ini dipinda adalah untuk memudahkan pendakwaan bukanlah untuk penghakiman. maksudnya pihak berkuasa mudah untuk mengheret pihak pihak yg melakukan fitnah kemuka pengadilan. Namun pada pendapat peribadi saya, undang undang ini harus dipinda semula bagi mengelakkan pihak2 tertentu yang tidak bersalah dan dianaiya pihak tertentu  menyebabkan mereka dihadapkan kemuka keadilan untuk kesalahan yang tidak mereka lakukan. Saya juga berharap tidak ada pihak salah faham dari tindakan ini. saya tidak bermaksud untuk membangkang pihak kerajan dalam semua bidang perlaksanaan dan menyokong pihak pembangkang akan tetapi hanya menyokong isu tertentu yang saya rasakan merugikan dan menyebabkan berlaku ketidakadilan kepada rakyat Malaysia. biarlah kita bertindak diatas kebenaran dan tidak melampaui batas

13 comments:

  1. oh hasutan di internet..haha berkerut kerut muke membacenye.btw,ape2 jua yg nak dilaksanakan kena lah bersih,logik,adil n saksama apetah lagi yg melibatkan pnjatuhan hukuman supaya tak de yg teraniaya

    ReplyDelete
  2. thanks mj sbb share..baru tahu..kalau nak mencari ido le ghasanya =)

    ReplyDelete
  3. thanks mj sbb share..baru tahu..kalau nak mencari ido le ghasanya =)

    ReplyDelete
  4. sy pun bantah 100% benda ni..
    kenapa lah mereka nak sekat kebebasan bersuara cam kita(blogger)

    ReplyDelete
  5. akan berlaku ketidak adilan di sini..

    ReplyDelete
  6. husben ada cakap pasal ni. kalau kita tak fitnah pun tapi ada org guna domain kita, ttp kita ang kena. susah kalau jadik macam tu kan? mana tau akaun kena hacked. tak pepasl kita yang tanggung.

    ReplyDelete
  7. hurmmm baru paham dikk
    kalau x keliru juga
    sbb x pernah ambil tahu pasal akta2 nie ...

    ReplyDelete
  8. Ramai yang keliru dengan maksud pindaan pada 114a Akta Keterangan dan tidak kurang juga yang menangguk di air keruh dengan mengelirukan lagi keadaan terhadap orang yang agak jahil pengetahuan undang2. Maka ada juga cuba nak jadi hero seolahnya mereka pun arif berkenaan pindaan tersebut seolahnya mereka juga arif dalam undang2 dan mempunyai kelayakan undang2.
    Andaian dalam matapelajaran keterangan (Evidence law) ada 3 tahap (i) andaian muktamad (ii) andaian undang2 yang boleh disangkal (iii) andaian fakta [may).
    Andaian fakta adalah andaian yang paling rendah dmana hakim mempunyai budubicara (may) untuk menerima pakai atau tidak berbanding andaian undang2 seperti mana-mana orang yang memiliki dadah tanpa sah dengan jumlahnya melebihi kadar yang ditetapkan, maka andaian undang2 adalah dia mengedar dadah tersebut dan hanya dapat dipatahkan dengan membawa bukti pada tahap imbangan keberangkalian. Makanya andaian fakta pada seksyen 114 Akta Keterangan ini bukannya sesuatu yang perlu diributkan kerana penghjungnya hakim yang memutuskan untuk menerimanya atau tidak. Penghujungnya, OKT tidak akan disabitkan dengan petuduhannya jika pendakwa gagal membuktikan kesnya pada tahap tanpa keraguan yang munasabah i.e. lebih tinggi dari pada tahap imbangan kebarangkalian.

    ReplyDelete
  9. ada tidak adil berlaku kat situ...hurm....

    ReplyDelete
  10. eh, rajin pulak hubby myra tlg update blog myra yer.. xdalah sunyi :-)

    ReplyDelete
  11. baru kutahu...thanks share dan info..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)