#Save Jejai

Di penghujung Ramadhan yang kian berakhir dan Syawal yang semakin menggamit, MJ rasa turut terpanggil untuk bersama-sama memohon bantuan rakan blogger untuk sama-sama meringankan beban yang ditanggung oleh salah seorang rakan blogger kita iaitu abg JeJai pemilik blog www.teratakarmo.com



MJ pertama kali bersua muka dengan abg Jejai masa Majlis Sepetang Bersama Blogger anjuran blogger Denaihati, ternyata abg Jejai sangatlah peramah. Rupanya masa ni pun abg Jejai menyembunyikan penyakitnya dari semua, siapa sangka dari riak keceriaan di wajahnya rupanya terselit kesakitan yang ditanggung.




Untuk pengetahuan semua, abg Jejai kini disahkan menghidap penyakit Lung Cancer Stage 4 (Kanser Paru-Paru tahap 4-akhir), dan baru-baru ini telah mula muntah darah. Sama-sama kita doakan moga abg Jejai kuat dengan dugaan dan semoga dia cepat sembuh.
Untuk maklumat lanjut boleh baca di blog Abg Eyriqazz


Semoga dengan sedikit sumbangan dari kita semua dapat meringankan bebanan keluarga abg Jejai sekeluarga. Sumbangan boleh dibuat seperti akaun di bawah



Dan untuk mengelakkan akaun mereka dibekukan (sebab akaun simpanan dan bukan akaun semasa) oleh pihak bank, pihak Fazreen Network menawarkan untuk menguruskan kutipan derma tersebut. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun semasa mereka seperti di bawah



Sila masukkan emel payments[at]fazreen.com di ruang emel penerima dan subjek ‘Save Je Jai’ di ruang subjek transaksi sekiranya anda membuat tranksasi online.


Semoga sumbangan kita dapat meringankan beban abg Jejai sekeluarga terutamanya Hari Raya yang bakal tiba 2 hari lagi.. Doa MJ moga abg Jejai sembuh dan dapat menjalani kimo semula, aminnnnn



20 comments:

  1. KB pun terkejut dengar berita ni. Tak sangka sangat...

    ReplyDelete
  2. insyaALLAH..
    moga abg je jai cepat sembuh

    ReplyDelete
  3. sama2 lah kita doakan agar beliau akan terus tabah dan kuat untuk melawan penyakit ni..

    ReplyDelete
  4. Oo... abg jejai sakit rupanya. Dah tahap ke 4 ni. Kronik dah ni.

    ReplyDelete
  5. Sayu dan sedih kakak baca ii MJ. Saat kita semua mahu menyambut Hari Rya beiau diuji oleh Yg Esa.

    Moga beliau cepat sembuh.

    Selamat hari raya dari kakak buat MJ dan keluara. Maaf zahir & batin:)

    ReplyDelete
  6. semoga blogger je jai boleh sembuh dari penyakitnya. Insyaallah. Tahniah untuk MJ yg bersedia membantu.

    ReplyDelete
  7. patt ler sume bloger otai tepek psl kisah abg jejai ni ..

    semoga dia sembuh insyallah .. mana tau berkat doa sume kwn2 , berkat bulan yg mulia ni kan ..

    ReplyDelete
  8. semoga kisah ini kisah share dengan lebih meluas lagi...

    ReplyDelete
  9. beliau umpama sifu gua...harap beliau cepat sembuh ... #SaveJejai

    ReplyDelete
  10. ya allahh
    semoga abang jejai di berikan kesihatan oleh allah taala
    dan semoga dia tabah

    insyaallah kita sama2 membantu mana yg mampu ...

    ReplyDelete
  11. tumpang simpati....semoga dia kuat dan tabah menghadapi duganNya...

    ReplyDelete
  12. semoga abg jejai akan sembuh..

    ReplyDelete
  13. semoga beliau tabah menghadapi dugaan hidup ni.

    ReplyDelete
  14. terkejut plak baca pasal ni.. sbb mmg nampak kat gambo tu cam xda pe2 kan..

    ReplyDelete
  15. salam aidil fitri

    semuga jejai tabah #SaveJejai

    ReplyDelete
  16. Semoga abang jejai tabah dan cepat sembuh....Amin..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)