Perutusan khas Mr jay sempena hari raya

Innal hamdalilah nahmaduhu was tainu wanas taghfiruhu. wanauzubillah min syururi angfusina wamin sayyiati a’malina. man yah dihillah fala mudhillalah wa man yudhlil fala haadiyalah. asyahadu allah ilaaha illalah wahdahula syarikalah wa asyhadu anna muhammadan a’duhu wa rasuluh. shallalahu a’laihi wa a’la alihi wa ashhabihi wa salam. 

Alhamdulillah. bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan iradatNya kita masih lagi diberikan nafas untuk terus berada di muka bumi yang sementara ini. dikesempatan ini marilah kita sama sama renungkan kelebihan dan keberkatan bulan Ramadhan.

Terkadang kita lupa untuk bersyukur dengan pemberian daripadaNya. terkadang kita mencebikkan muka, merungut  apabila yang dihajati tidak kesampaian. kita merasa terkilan apabila makanan yang dijamah tidak menepati selera kerongkong kita. kita mudah lupa tentang kesusahan saudara saudara seagama dengan kita yang terpaksa berkerja seharian hanya untuk mendapatkan sesuap makanan. begitu juga yang terpaksa memungut sisa- sisa makanan didalam tong sampah untuk dibawa pulang menjadi santapan harian keluarga. 






kita berseronok berbelanja di pasaraya  dengan baju yang dibeli. Berpasang pasang pakaian baru dibeli untuk dijadikan baju raya akan tetapi kita lupa pada saudara kita yang kesusahan. bagi mereka sepasang baju itu lah yang dipakai dari bangun pagi hingga kemalam begitu lah hari hari seterusnya. baju raya jauh sekali.




kanak kanak kita beriang ria bermain bunga api dan melonjak kegirangan mendengar dentuman mercun sedangkan anak anak di luar sana menangis ketakutan mendengar tembakan mesingan dan dentuman bom dan mortar. mereka bertarung dengan nyawa berhadapan dengan 'binatang' laknatullah.hakikat inilah yang terjadi kepada saudara kita di Sudan, Syria, Palestin dan merata dunia yang penuh dengan kemiskinan, keganasan, perperangan hasil dari kelemahan dan pepecahan umat islam itu sendiri

 

Pada ketibaan bulan ramadhan, kita berpuasa pada siang harinya. tetapi adakah kita mengambil pengajaran tentang apa yang terkandung dalamnya. hikmah yang tersembunyi didalamnya. kita seeloknya memahami Fiqh Maqasid iaitu tujuan berpuasa agar dapat merasakan keindahannya.
Puasa cuba  mengajar kita tentang erti kesyukuran.  dengan merasakan lapar barulah kita merasakan nikmatnya kenyang. puasa juga cuba mengajar kita tentang erti kesabaran, erti mengawal nafsu  dan displin. semoga dengan menginsafi diri menjadikan kita sedar akan kekurangan insan lain.



Semoga dengan amalan amalan seperti berzakat dan bersedekah dibulan puasa  melembutkan hati kita dan membuatkan perasaan kasih dan simpati terhadap kesusahan yang menimpa kepada orang lain.
Seperkara lagi  bersempena kita menyambut hari raya yang bakal menjelang, kita sebagai bangsa melayu yang beragama islam uniknya meraikan dengan ucapan maaf dan mendoakan selamat kepada insan yang lain. perbuatan ini yang menjadi adat dan tradisi kita wajar diteruskan. 

Dikesempatan ini saya menyeru diri saya dan rakan rakan rakan yang lain marilah kita eratkan ukhwah talian silaturrahim antara sesama kita. perkukuhkanlah perpaduan. kurangkan pertelingkahan  yang menyebabkan kerugian kepada diri kita dan masyarakat. kita bangkitkan semangat bantu membantu dari aspek ekonomi yang selama ini kita ketinggalan. berurusniagalah dengan sesama saudara kita. moga moga dengan hasil kita bermuamalat secara tidak langsung kita menaikkan ekonomi umat islam.

Firman Allah SWT didalam Al Quran:

“Sebenarnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelengkah) itu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat”.               (Surah Al-Hujurat, ayat: 10)


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Janganlah kamu dengki-mendengki, janganlah kamu putus-memutuskan talipersaudaraan, janganlah kamu benci-membenci dan janganlah kamu belakang-membelakangi (berseteru atau bermusuhan) dan jadilah kamu hamba Allah sebagai saudara, sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu”. 
 (HR Bukhari dan Muslim)

Akhir kalam saya mohon ampun dan maaf seandainya selama ini saya terlanjur kata dan menyakiti hati sahabat sahabat sekalian samada saya sedar atau tidak. ucapan dari saya "Selamat Hari Raya Aidilfitri. maaf zahir dan batin dari saya Mr jay dan Puan MJ sekeluarga.

P/S: sebenarnya penggunaan ayat Perutusan khas diatas tidaklah membawa apa maksud yang istimewa. hanyalah syok syok sendiri oleh saya. he he

assalamualaikum.....

12 comments:

  1. saya setuju... dengan berpuasa kita akan belajar untuk bersyukur.. bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ni....

    selamat hari raya aidilfitri... mohon kemaafan dari hujung rambut ke hujung kaki jika ada tersalah kata dan terkasar bahasa...

    ReplyDelete
  2. Salam sayang

    Selamat hari Raya Maaf Zahir Batin.

    Mama beraya tanpa ibubapa ...

    ReplyDelete
  3. ala... sedey tengok gambar2 yg Mj letak..trpkse skip cepat2 bile tang gmbr..huhuhu

    semoge saye insaf dan bersyukur slalu...

    slamat hari raye :)

    ReplyDelete
  4. betul tu. kemeriahan yang kita kecapi kadang2 lupa kita nak syukuri tapi kita kena sentiasa ingat tentang insan yang tak bernasib baik diluar sana kan.

    ReplyDelete
  5. betapa jauhnya beza kita dengan mereka..T__T

    ReplyDelete
  6. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul,
    Berat nafsu menahan lapar berat lagi diri berpuasa,
    Di sini kehadiran sensasi pasti muncul,
    Salam Aidilfitri maaf zahir dan batin diucapkan buat anda.

    ReplyDelete
  7. semoga ini semua menjadi renungan kita bersama kan MJ
    terima kasih atas perutusan yg sgt2 bermakna ..
    sayu kejap

    sok dah nak kerja huhuh

    ReplyDelete
  8. Sedih tengok gambar.. Kita bergembira disini.. diaorang kata sana.. Ya Allah tak dapat bayangkan..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)