Kisah Lawak Burung LANGkawi

Burung HELANG adalah trademark bagi Pulau Langkawi, MJ yakin semua orang tau kan replika burung HELANG yang ada berdekatan dengan Jeti Kuah tu kan.. :)


Seperti yang dinyakan di entry sebelum ni, jadi MJ nak kongsi dengan korang satu cerita :-)

 Malam tu sedang enak kami 'lepaking' di sini sambil menikmati angin malam yang sepoi-sepoi menampar pipi yang gebu gebas ni, serasa nyaman je badan ha, tiba-tiba terdengar

'Syuuhhhhh syuhhhh syuhhhh' (seperti sedang menghalau ayam) sambil tangan sebelah menggalas beg tangan dan sebelah lagi memegang kamera, lagak seperti ingin mengambil gambar pergerakan burung tersebut.
MJ dengan Mak berpaling pada arah suara tersebut
Jejaka tersebut terus bertanya kepada kami :-


Jejaka : Burung ni memang tak bergerak ke?
Mak    : Kalau bergerak kami tak dok la bawah burung ni, semua pakat lari habis la :)
Jejaka : Owhh ye ke? Saya ingatkan burung ni bergerak dan akhirnya terus berlalu


MJ dan mak tersenyum dan ketawa, terpikir adakah dia sedang 'buat lawak' :)

Dan tiba-tiba terdengar suara dibawah (kami masa ni masih di atas tempat burung helang)

Jejaka tadi : Cepat la berdiri nak ambik gambar dengan burung helang ni
Wanita       : Ehh!! taknak lah takut karang burung tu gerak
Jejaka tadi : La nak takut apa, cepat-cepat berdiri lepas tu sudah.
dalam ketakutan dan selesai ambik gambar terus beredar.


Adoila, macam-macam pe'el manusia, kalau korang la masa ni apa pendapat? Takkan diorang tak tau burung Helang ni dah berkurun ada kat situ, atau adakah sengaja nak menghiburkan kami.... huhuuu :)

28 comments:

  1. hehhe blh plak gitu... org mlysia ke?.. cam pelik gak... xkan xtau kan..

    ReplyDelete
  2. @IntaNBerliaN
    Orang kita rasanya Ina, sebab takdak cakap 'slang' luaq (Indon, etc)

    ReplyDelete
  3. Macam-macam ragam pengunjung. Kalau besar macam tuh tentu timbul perasaan gerun.

    ReplyDelete
  4. takot patung gamaknyee...hehe..takpon takot sebab besa sangat..

    ReplyDelete
  5. ade gak org mcm tu.ni bukan org mlaysia kot..huhu
    takkan la org mlaysia tak tahu burung tu mmg takkan terbang..

    ReplyDelete
  6. Kite anggap die tak penah dtg lngkawi n taktau kewujudan helang tu.. Hehe...tp tetap rase lawak+ksian pd mereka

    ReplyDelete
  7. hehee. dia saje nak menghiburkan akak kot tuu. rasa terhibur tak ? haha :D

    ReplyDelete
  8. Ha ha biaq betoi depa ni! Tak kan tak kenai benda hidup ngan tak hidup kot.

    ReplyDelete
  9. mungkin nak mengusik je kot..hahaha.. macam kelakar je..hahaha

    ReplyDelete
  10. as salam

    dia buat lawak tu, silap2 dia nak ngurat kut..kiki :)

    ReplyDelete
  11. sibbaik burung lang tu X pandai cakap melayu kann.. ehhEEe

    ReplyDelete
  12. hehe..lawak2 diorg saja nak buat lawak la tu,xkan xtau burung tu dah lama ada kat situ

    ReplyDelete
  13. hehe..lawak2 diorg saja nak buat lawak la tu,xkan xtau burung tu dah lama ada kat situ

    ReplyDelete
  14. hahaha...kalau bergerak mmg org dh lari..

    ReplyDelete
  15. bukan orang sini kot hehehhe.. kalau bergerak amatlah takut sebab terlalu besar :)

    ReplyDelete
  16. tp burung ni mmg besar betul kan..first time kak fieda tgk live mcm takut jgk..

    ReplyDelete
  17. pelik..biar btul org tu..hahahaha.mcm2x hal.. :D

    ReplyDelete
  18. saja nak buat lawak laa tu agaknya,...heeeh

    ReplyDelete
  19. memang tengok burung tue besar...kalau anak cr mesti takut..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)