Pencapaian terbaik sepanjang 2012

MJ nak coretkan pencapaian MJ sepanjang tahun 2012 di dalam blog ini sebagai kenangan di masa akan datang ;) Ia adalah rekod catatan peribadi buat MJ :D


1. Kereta Idaman berjaya dimiliki
Walau bukan BMW mahupun Altis apatah lagi Hybrid, cukuplah sekadar kereta mampu milik produk tempatan buat kami iaitu Perodua Alza.



 2. Menang Contest Gadget Impian dari Denaihati
Alhamdulillah syukur sesangat, ini merupakan hadiah terindah buat MJ sepanjang berblog apabila memenangi Kamera DSLR Nikon D90



3.  Berjumpa dengan SIFU dan Blogger
Pertama kali sepanjang berblog MJ berjumpa dengan rakan blogger dalam satu majlis hebat antaranya Denaihati, Kak Yanmie, PuanBee, Ariff ShahEyriqazz dan ramai lagi.. :D




 4.  UV tertinggi dicatatkan oleh blog Celoteh MJ
Almaklumlah blog ini tak ramai pengunjung, dan paling tinggi pernah direkodkan ialah 1200++, UV ni direkodkan pada Jun 2012, dan alhamdulillah UV semakin baik sekarang dan yang penting mantain dalam 700++



5. Menang Percutian 3H 2M di Strawberry Park Resort, Cameron Highland
Bagaikan bermimpi apabila MJ menang berdasarkan cabutan bertuah percutian yang berharga RM1700++ di Facebook :D



6. 5 Tahun Servis = 1 Bulan Gaji
Diam tak diam tahun 2012 merupakan tahun kelima (5) MJ berkhidmat dengan syarikat sekarang, walau ada desas desus nak berhenti kerja tapi masih kekal hingga kini.. ;)


Sebenarnya banyak lagi, tapi itu adalah sedikit ringkasan paling terbaik antara yang terbaik sepanjang tahun 2012, cuma ada 1 lagi pencapaian yang belum tercapai sehingga kini, masih menanti dan terus menanti, doa tak putus-putus dari kami dan masih belum dikurniakan rezeki untuk kami.

Berharap moga 2013 ada sedikit sinar kepada kami dan akan terus dimurahkan rezeki, aminnnn ;)



p/s : Ini adalah entry terakhir/penutup untuk tahun 2012, Selamat Tahun Baru semua :D
Untuk penutup 2012 MJ nak mohon bantuan korang klik G+ (jika korang dah klik ianya berwarna merah ye dan jangan klik)




Power Bank untuk dimenangi

Undian telah TAMAT

MJ ingin menawarkan Hadiah Utama iaitu seunit Power Bank 5000mAh yang berharga RM80++ kepada pengundi bertuah, kalau berminat jom lihat syarat-syarat dibawah.



1. Klik G+ entry ini http://normj1001.blogspot.com/2012/11/iphone-5-gadget-impian.html dan nyatakan anda pengklik G+ yang ke berapa, sekiranya kotak G+ dah berwarna merah tak perlu klik kerana anda sudah pun klik G+ tersebut (kerana G+ hanya boleh klik sekali sahaja) cuma perlu nyatakan anda sudah klik di ruangan komen.



2. Undi blog MJ setiap hari bersama 2 blogger yang lain sehingga 31 Dis 2012, nak tahu cara mengundi klik http://tinyurl.com/c47rqwn  dan pada yang sudah mendaftar sebelum ni klik je http://tinyurl.com/c9t4bjf 

3. Like Fanpage Facebook MJ ye di http://tinyurl.com/crk2hmv

4. Tak perlu buat entry cuma letakkan banner di atas di sidebar korang dan link ke entry ini ye (supaya dapat menarik rakan lain untuk sama-sama membantu)

5. Dah selesai komen entry ini sahaja, kalau undi setiap hari komen setiap hari bagi mencerahkan peluang korang ye :)


Antara hadiah-hadiah lain yang ditawarkan ialah  :

1. RM10 untuk 2 pengundi bertuah
2. Hadiah bernilai RM100 untuk 6 pengundi bertuah

Jadi jom ramai-ramai bantu MJ ye, tak lama cuma seminggu ni je dan keputusan akan diumumkan pada 2 Jan 2013.

Kegunaan Power Bank

MJ nak rangkum pertanyaan mengenai Power Bank dalam entry ni ye, berharap moga dapat memberi pencerahan pada mereka-mereka yang masih tertanya-tanya mengenai Power Bank ni :)



  • Adakah anda suka mengembara ataupun melancong tidak kira dalam ataupun luar negara? 
  • Adakah anda sering mengalami masalah kehabisan bateri handphone? Ataupun suka melayari internet pada Tablet PC sehingga menyebabkan kehabisan kuasa bateri?

Jika ya, maka anda seharusnya memiliki Power Bank kerana memudahkan jika hendak kemana-mana destinasi.
Ia juga amat sesuai bagi pengemar Gadget seperti Ipad ataupun Galaxy Tab yang gemar menghabiskan masa bermain games ataupun bersosial seperti blogging, facebook, twitter, G+1 dan sebagainya.


Dan ni sebagai salah 1 contoh penggunaan, sambil duduk atas sofa sambil kita caj henset, warna BIRU menunjukkan 'kuasa' yang tinggal pada Power Bank tu, jadi pastikan kita caj penuh (warna biru penuh) supaya mampu digunakan untuk tempoh 3-4 hari bergantung pada penggunaan.



Bukan setakat henpon biasa je, segala gadget mahupun smartphone pun boleh, sebab ada macam-macam kabel untuk dicucuk seperti gambar yang dibulatkan di bawah.
Power Bank di atas adalah yang palis laris setakat ini, harga termurah dipasaran dengan warranty 5 bulan.
Kalau nak tahu lanjut klik SINI atau SMS/whatsapp MJ 0124353088




Dan produk terbaru sekarang ni ialah Power Bank 8000mAh, harga murah sedikit pada yang di atas tu dengan warranty 3 bulan.


Produk akan re-stock esok (31.12.2012) jika berminat boleh terus roger MJ, pada pengguna SG SIII juga ada Power Bank sesuai untuk gadget korang.
dan moga entry ini telah dapat menjelaskan mengenai kegunaan Power Bank ni, kalau berminat boleh roger MJ ye :)


Potluck : Bila blogger bertemu

Sambungan dari entry Potluck semalam,  jadi MJ nak layankan mata  korang dengan aksi-aksi kami, itulah jadinya bila blogger bertemu, pasti meriah :) Jadi biarlah gambar berbicara.. :)

AWAS!! ENTRY MENGANDUNGI BANYAK GAMBAR


Oh ya, Lokasi POTLUCK adalah di rumah NUREEN, tima kasih sudi menjemput dan menerima MJ ye :)


Irfan pelik je nengok aksi kami.. heheee

Candid!!

Ehh!! Gambar tak tersusun pulak.. huhuuu (Jangan pening ye)

Baru perasan aksi kami tersama pulak :D

Dah kenyang menjamu selera posing jela ;D

Saat yang ditunggu oleh Ellesya iaitu sesi nak potong kek :D

Semua kena tunjuk kek ye..heheee

Masa ni kami semua rasa macam retis, kamera merata-rata.. wahhhh glemer tau..
Thanks untuk hubby masing-masing kerana sudi melayan kerenah isteri isteri..


Dan special thanks buat eB kerana bagi hadiah coklat ;)


'Free Pose' by us :)

Tak puas bergambar dalam rumah, kami posing kat luar rumah pulak...heheee

Tangga menjadi pilihan kami sebab nampak klasik :D


Sila telengkan kepala anda-anda semua ye..heheee


Ok sedia semua.... :D

Dan telengkan lagi...heheeee ;D

Sebenarnya banyak lagi gambar, tapi memandangkan entry makin ke lantai, makanya kena stop la takut ada yang muak..heheeee ;)

**Pertemuan yang penuh bermakna**
Tolong klik G+ untuk MJ ye, jika dah berwarna merah tak perlu tekan



Segmen Eyriqazz : Ada Apa Dengan Nama Blog?

Kali ni MJ nak join segmen yang dirasakan menarik, sebabnya segmen ni akan mendapat teguran dari sifu blogger, Bro Eyriqazz ;)


Berikan satu Sebab kenapa Anda Mahu Eyriqazz komen pasal “Nama Blog” anda

Nama blog MJ, ye MJ tahu ianya macam sukar diingat, susah disebut macam kecelaruan bila nak tulis kan? - http://normj1001.blogspot.com/  . Lagi pula MJ pernah dapat teguran dari Bro pasal nama blog ni masa Raya Tahun Lepas tak silap (Klik LINK) dan antara pantun dari Bro ialah

Normaira nama diberi
Nama cantik tuannya pun comel sekali
Sedikit teguran semoga x berkecil hati
Nama blog susah dieja dan juga disebuti

MJ mula bina blog ni masa tak tahu langsung apa itu blog, sebab tertarik dengan 1 blog yang menceritakan pasal kehidupan dia serta resepi masakan yang dikongsi, jadi terdetik nak abadikan kenangan kami (suami isteri) dalam blog dan konon nak surprise hubby la bila baca 'luahan cinta' tulisan isterinya dalam blog. (Kononnya lah..hehee)

Sebab tu terus dapat idea nak buat nama blog normj1001 (Nama MJ gabung ngan pangkal nama suami, 1001 pula adalah detik kami diijabkabulkan), sebab tu entry pertama adalah pasal perkahwinan :)

Lepas dari situ mula timbul minat untuk berblog, dan sekarang tak tahu camna nak tukar URL blog ni selain dari tukar ke domain, Bro ada cadangan tak untuk nama terbaik? heheee


Maaf, terpanjang pulak sebabnya.. Harap-harap lepas la ye


PotLuck Rakan Blogger - Menu kami

Cuti semalam (25.12.2012) MJ berpotluck bersama rakan blogger, ada yang bertanya di entry sebelum ni Potluck tu apa. Seriusly MJ pun baru dengaq pasal Potluck bila berblog dan apa yang MJ faham, kita berjumpa sesama rakan kita dan masing-masing membawa makanan dan bergabung. Hasilnya menu akan penuh semeja, dan ada rezeki masing-masing dapat bawa balik hasil :D


Donut Coklat air tangan EL, Apam Polka dan Puding Triffle by NureenNasir, dan Kek from ZuraIwan


Spagethi by en Suami dan Bihun Goreng belasahan by me :)


Coklat Crepe dan Pavlova buatan Nureen - memang menjilat jari... sedap tau :D


Macam-macam ada, dari menu berat sehinggalah ke pencuci mulut semuanya ada, oh ya bihun singapore tu hasil dari EL ye :)


 Asalnya diorang ni bersembang dulu di luar rumah, dah penat berborak lapar terus... hehheee


Menung apa tu Nureen? ;)

Masa ni Sis Zura baru sampai, so kita bagi can untuk bersantap :)

Selesai bersantap kami pula macam biasa mula beraksi, dari kira Nureen, MJ, ZuraIwan dan eB, eh tapi mana EL?

Ha ni baru lengkap kami berlima berposing, EL dah kembali :D


Sebenarnya ada banyak lagi gambar, macam-macam gaya kami beraksi, tapi di next entry la ye :) Sebab entry ni nak tunjuk menu kami je dulu... heeee (Bila ambil gambar dari FB, alahai tak cantiknya gambar, tak sempat nak edit kat rumah, pagi ni kat opis baru buat) hahahaa kantoiiiiiii :)






p/s : MJ nak minta korang tolong dalam contest ni (LINK), walaupun MJ tahu dah jauh ketinggalan tapi tak mengapa sekadar mencuba dan memeriahkan ruangan contest :) Dan MJ juga ada sediakan hadiah buat korang yang support :D



iPhone 5 gadget impian

Apa sahaja produk keluaran Apple sentiasa ditunggu dan yang terbaru Smartphone Iphone 5 yang sentiasa menjadi rebutan tidak kira yang muda termasuk MJ (heheheee) mahupun golongan berusia. Jika dapat memilikinya serasa seperti dunia ini telah berjaya ditakluki...cewahhhhh.. :)


contest iphone5 300x250 Banner

  • Ok, nak tahu kenapa MJ amat meminati iPhone5, jom layannnn.... :)

Tuai padi antara masak                                                          Buah Keranji dalam perahu        
Jangan sampai terlebih masak                                              Buah cempedak dalam gantang
MJ disini bukan bersajak                                                       Kalau anda semua nak tahu
Harap ianya tidak terlajak                                                     MJ disini mencuba peluang


Tahan bas tapi tidak berhenti                                                Kasih sayang disemai semakin utuh
Dari pagi hingga ke tengah hari                                            Terutama diantara bini dan laki
Keluaran Apple sentiasa dinanti                                           Dengan aplikasinya skrin sesentuh
Itulah iPhone 5 nama diberi                                                   Juga 7.6mm ketebalan dimiliki


Hidup ini hanya sementara                                                    Lalang tumbuh tepi telaga
Semoga amalan kita diterima                                                Dimakan oleh si anak kuda
8MegaPixel jenis kamera                                                      Bateri tahan lama idaman semua
Miliki kelebihan mode panorama                                          Mudah di bawa kemana jua







Gajet terkini menjadi rebutan                                               Jika tertulis memang rezeki
iPhone 5 telah mendapat sambutan                                      Gajet idaman pasti dimiliki
Tidak kira apa jua jawatan                                                    Usaha itu kita kena gali
Pasti mencuba agar tidak ketinggalan                                  Semoga akhirnya berpuas hati


Terima kasih daun keladi                                                      Tuan Haji suka memakai jubah
Ikhlas bermula dari lubuk hati                                             Singgah sembahyang di tepi lorong
Semai sifat Hidupkan Untuk Memberi                                 Kalau sudah kehendak Allah
Itulah kata dari Tuan Denaihati                                           Rezeki segenggam jadi sekarung


Semua rakan blogger berusaha pasti
Siapa yang berjaya pastinya bertuah
Entry mengenai iPhone 5 ada di Denaihati
Nak tahu jom lihat senarai di bawah


1.   iPhone 5 Gadget Impian

2.   iPhone 5 Malaysia vs Singapore vs Hong Kong vs USA

3.   iPhone 5 Pertama Malaysia

4.   iPhone 5 vs Samsung Galaxy S3 Drop Test

5.   iPhone 5 Gambar dan Video

6.   iPhone 5 dilancarkan

7.   iPhone 5 Countdown


p/s : Jangan lupa klik G+ di kotak bawah ni (jika kotak G+ berwarna putih) beserta undian untuk MJ ye :)

Happy Monday

Tak tahu nak update apa, nak kata lemau harini tak jugak sebab esok cuti Umum kan, konpem bersemangat nak mai kerja (Mai kerja semangat la tapi nak buat kerja tak semangat..hehehe)


Esok cuti apa planning korang? MJ mungkin akan join Potluck di rumah member blogger di Penang ha insyaALlah.. Tapi tengah fikir nak buat/masak apa esok ye :)

Ambil gambar dari Mr Google je ;)

Korang ada idea tak nak buat apa ye? MJ tengah buntu ni :) Terima kasih in advance atas idea korang ye :D

My Happy Moments

MJ nak join contest dari salah seorang sifu MJ iaitu Bro Eyriqazz sesambil membantu sesambil kita berkongsi kegembiraan :)

MJ nak berkongsi keceriaan melalui gambar ini, kenapa gambar ini dipilih? - Sebabnya bukan mudah nak ajak si kecik Akif ni untuk sama-sama 'posing'.. Berkali-kali mencuba dan akhirnya inilah hasil yang dirasakan terbaik. Sambil bergambar sambil kami bergelak ketawa dengan aksi Akif :)


Due : 24.12.2012 kalau korang nak join klik My Happy Moments Contest.




(Gambar) Pernikahan Anne Ngasri dan Suami

Anne Ngasri (28) telah selamat diijabkabulkan pada hari ini dengan pasangannya, Mohd Sumali Reduan, 40, di rumah keluarga pihak lelaki di Kampung Sungai Pinang, Pontian, Johor.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh Ustaz Abdul Mutalib Abdul Rahim berwakil wali bapa pengantin, Ngasri Sain dengan mas kahwin RM 22.50 pada pukul 11 pagi Sabtu (22.12.2012).

"Sudah setahun perkenalan kami. Moga-moga perkahwinan ini dapat berkekalan hingga akhir hayat, InsyaAllah," katanya selepas majlis akad nikah tersebut.

Sumali pula berkata, dia bersyukur kerana memiliki Anne yang mempunyai banyak persamaan karakter dengannya dan paling penting, anak tunggal lelaki itu serta tiga anak Anne serasi untuk hidup bersama.

"Sebenarnya banyak persamaan di antara kami dan saya harap ia dapat mengikat kasih kami sehingga akhir hayat.

"Dalam pada itu, saya juga tidak akan menghalang Anne untuk melakukan aktiviti-aktiviti lakonannya seperti biasa," ujarnya.




Anne atau nama sebenarnya Ngasriah Ngasri turut menerima wang hantaran sebanyak RM11,111 serta lima buah dulang hantaran iaitu seutas beg tangan Burberry, set wangian Chloe, jam tangan Cerruti 1881, seutas gelang emas, dan sepersalinan baju.

Sumali yang juga merupakan Setiausaha Kerja, Pergerakan Pemuda UMNO menerima berupa set wangian Bvlgari, jam tangan enama Cerruti 1881, sepersalinan baju dan sebentuk cincin.


Sumber : mStar Online

 Ucapan tahniah buat mereka berdua, moga ikatan perkahwinan kali ini berkekalan selamanya ye :)


Lima (5) situasi untuk kita Mengingati Allah SWT

MJ tertarik dengan perkongsian ini, jadi MJ nak syer dengan korang rakan blogger juga. Kita sebagai hamba akan mengingati Allah dalam 5 situasi iaitu :-




1.  Ingatlah Allah dalam kesenangan, nescaya Allah akan mengingatimu dalam kesusahan

2.  Ingatlah Allah dengan Tauhid dan Keimanan, nescaya Allah akan mengingatimu dengan syurga 
     dan keredhaan

3.  Ingatlah Allah dengan penuh keikhlasan, nescaya Allah akan mengingatimu dengan keselamatan

4.  Ingatlah Allah dengan penuh perasaan, nescaya Allah akan menganugerahkan keampunan

5.  Ingatlah Allah dalam doamu, nescaya Allah akan memperkenankan segala hajatmu.

Oleh : Ustaz Muhammad Hafiz Saleh


Bagaimana Cara Mengingati Allah? Ada Dua (2) cara iaitu :)

1.  Mengingati dengan lidah iaitu bertasbih (Subhanallah), bertahmid (Alhamdulillah) dan juga berzikir

2.  Mengingati dengan anggota badan iaitu melaksanakan segala perintah dan suruhan Allah SWT.


Sumber : Majalah IMAN edisi Disember 2012

Krushers Oreo dan Cheezy Wedges KFC

Dua menu ni kegemaran MJ setiap masa, Kalau tak dapat kedua-duanya, satu pun dah kira lengkap, memang sekali layan akan terus melayan dan layan dan lagi dan layan dan lagi dan layan.... heheee


Menu lunch masa kat opis... dan korang jangan ingat ini menu DIET ye, MJ dah makan Nasi Lemak pagi tu tu, ini menu sampingan... wahahaaa... (Bila la nak betul-betul diet tak tau..heheee)

Korang camne? Suka jugak tak menu kat gambar ni?

4th Batch Power Bank 8000mAH

Atas permintaan dan sambutan menggalakkan terhadap POWER BANK terutama yang 1st Batch 13800mAH, kami menambahkan koleksi terbaru untuk kepelbagaian pilihan korang :)


Fungsi masih sama cuma kapasiti rendah iaitu 8000mAh, boleh tahan lebih kurang 2-3 hari bergantung pada tahap penggunaan.

Sesuai untuk semua jenis Gajet mahupun smartphone, harga promosi RM85 termasuk pos. Berminat boleh SMS/Whatsapp MJ 0124353088.


Coklat Crepe

Sebelum ni MJ dah try Durian Crepe sebanyak 3 kali, jadi kali ni mencuba menu baru iaitu Coklat Crepe :)


Baru keluar dari peti ais, member cakap kena masukkan dalam peti beku, jadi bila makan serupa kita makan eskrem, sedap, sejuk dan lembut...


 Isi dalam crepe ni Coklat + Cream, masa makan ni belum cukup beku, jadi rasa macam makan roti High 5 Coklat (bukan roti Gardenia Coklat ye) je.. :) Nampaknya MJ nak kena bagi betul-betul beku baru makan, kalau tak sama macam makan Durian Crepe hari tu :)


Ada lagi belen 3biji dalam peti, ingat balik kerja petang ni nak makan dengan harapan dah cukup beku :)


p/s : Lagi  3 hari Contest iPhone 5 Gadget Impian akan melabuhkan tirainya, jadi pada yang belum klik G+ tolong ye dengan 1 klik SAHAJA, dan jangan lupa untuk undi MJ jugak ye :D


**Kualiti gambar 2MP menggunakan henset Samsung**

Hulurkan Bantuan Ringankan Beban

Salam  Jumaat yang barakah, MJ terpanggil untuk menulis entry ini untuk kita bersama-sama meringankan beban pada mereka yang memerlukan. Setiap sumbangan yang diberikan walau cuma RM1 sangat berharga buat mereka.


Sumbangan untuk Rumah Amal Kasih Bestari (Rumah Anak Yatim), Shah Alam Selangor


Dalam rumah ini dihuni RAMAI penghuni dan hanya ruang kecil ini menempatkan mereka untuk berehat sambil menonton televisyen


Dan percayalah ditempat ini mereka makan sambil bersila, disini juga mereka mendirikan solat berjemaah serta disini mereka menimba ilmu dan mengulangkaji pelajaran.


Kita tidur beralaskan tilam yang empuk katil yang besar dan bantal yang selesa, tetapi mereka hanya beralaskan tilam dan tidur pula beramai-ramai, sangat menyentuh hati.



Jika korang ingin menderma boleh salurkan ke akaun yang tertera di atas, walau sekecil mana pun sumbangan kita jika ianya ikhlas, pasti Allah akan mengurniakan pahala buat kita.

Semoga sedikit sumbangan dan usaha kita semua akan dapat membantu meringankan beban mereka anak yatim dan semoga amalan kita diterima. InsyaAllah..


Korang boleh refer entry NADIA untuk membaca selanjutnya. (Klik LINK)


p/s :  # seramai 40 orang blogger lain akan bekerjasama untuk memeriahkan majlis pada 24.2.2013 ni nanti. Alhamdulillah. :)