Re : Prosedur dan cara yang perlu dibuat apabila barang ditahan pihak Kastam?

Tujuan entry ini adalah untuk memberi maklumbalas mengenai beberapa pertanyaan dari Rakan Blogger susulan dari entry Prosedur Pembelian Barangan dari Luar Negara, harap dapat memberi manfaat dan sedikit pengetahuan buat semua termasuklah yang bertanya :)

Mohon maaf kerana lambat menjawab pertanyaan sebab MJ sibuk dengan urusan pembelajaran.


 SOALAN 1
Sebarang barangan seperti Handbag yang diimport masuk ke Malaysia adalah tertakluk kepada Duti Import Kastam dan Cukai Jualan, dan menurut perkiraan saya jika tidak salah ialah sekitar 10% dari harga barang termasuk caj penghantaran dan lain-lain caj.

Jika diikutkan, tiada istilah hadiah atau sampel di dalam Akta Kastam, walau apapun label yang diletakkan (contoh hadiah) ia tidak akan memberi kesan.


SOALAN 2
Saya bersimpati terhadap apa yang berlaku kepada en Asrab, sememangnya berlaku kesukaran kepada orang ramai yang ingin berurusan dengan pihak Kastam di Pejabat Pos dalam Malaysia. Masalah ini berlaku kerana kakitangan Kastam yang bertugas di Pejabat Pos tidak terdapat di semua tempat sama seperti di Semenanjung dan hanya mengikut zon seperti contoh Zon Utara hanya di Pulau Pinang (Perlis, Kedah dan Taiping kena ke Penang untuk mengambil barang yang ditahan-jadi ia akan membebankan mereka yang tinggal jauh dari Penang). Jika Sabah - Zon Kota Kinabalu.

Akan tetapi pihak Pos ada menyediakan perkhidmatan perlantikan ejen bagi pihak pelanggan dengan bayaran sebanyak lebih kurang RM50. Perlantikan itu ada dinyatakan di dalam surat yang biasanya dihantar untuk memberitahu bahawa barangan mereka telah ditahan, jadi pelanggan tidak perlulah datang untuk mengambil barangan sebaliknya hanya berurusan dengan ejen.

Tetapi bagi barangan yang memerlukan permit import seperti dari SIRIM setahu saya en Asrab perlu mendapatkan permit import dari SIRIM dan setelah itu memberi borang tersebut kepada ejen untuk berurusan dengan pihak Kastam. Ataupun en Asrab boleh melantik ejen kastam selain dari pihak pos. encik Asrab boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang ejen kastam dari pihak jabatan Kastam, mereka ini selalunya akan membuat semua urusan jika mampu, namun caj yang dikenakan mungkin berbeza dari ejen pos.

Jika barangan tersebut tidak memerlukan permit import tetapi hanya sekadar bercukai, pelanggan hanya perlu membayar cukai apabila barang tersebut telah diserahkan.


SOALAN 3
Saya rasa berkemungkinan ada dalam 10%.Tetapi ia perlu pemerhatian ke atas face mask tersebut untuk menentukan cukainya kerana ia bergantung kepada jenis material yang digunakan untuk membuat mask tersebut.

Akan tetapi face mask termasuk di dalam kategori kosmetik bermakna selalunya memerlukan kelulusan dari jabatan Farmasi. jika tiada maka barangan tersebut berkemungkinan ditahan, jadi cik perlu dapatkan kelulusan dari farmasi terlebih dahulu.



Jawapan yang dinyatakan di atas adalah sebagai panduan, apapun anda perlulah merujuk sendiri kepada pihak/jabatan yang terlibat.

Boleh refer juga entry  

Pembelian Barangan Luar Negara, Apakah Undang2 dan Peraturannya

Terima Barangan dari Luar Negara Tetapi diTahan Kastam?

101 comments:

  1. hikhik baru tahu tak pnh lg order direct selalu via personal shoper so diaorg dah setelkan isu kastam ni

    ReplyDelete
  2. emm sdng kan kain batik dr indon pun kena petah lg brg2 yg beso ..

    ReplyDelete
  3. tq sis..baru tau ni rupanya ada proses mcm ni..bkn mudah jgk rupanya nk bli brg dr oversea kan..

    ReplyDelete
  4. ok camni. secara brief saya bagi info skit ye utk kawan2...
    simple jer when orang awam berurusan dgn kastam. nak beli brg luar negara, persendirian ye, bukan komersial/perniagaan tak susah prosedur nyer.
    secara basic, before uolls nak beli apa pun barang, buat skit kerja utk cek barang tu ada cukai tak and perlu permit tak. kat website kastam ada semua tu.
    if takde cukai dan tak perlu permit, ok. no hal!
    if ada cukai dan ada permit, before korang order, gi dulu jabatan yg kuarkan permit tu utk dpt kan kelulusan. once approved, gi kat kastam tanya brape cukai involve. bleh le standby duit. bila brg sampai kan pos, kastam suruh dtg byr cukai, pergi and produce kat permit kelulusan. settle.
    if ada cukai dan x perlu permit. pun senang. bila kastam suruh dtg byr, byr je.
    if takde cukai tapi perlu permit. gi jabatan yg berkenaan dpt kan permit.
    kata la kita tak tahu plak brg tu perlu permit. barang da sampai da kat malaysia pulak tu. jgn risau. kastam akan bagi tempoh 1 bulan utk kita dpt kan permit. simple... bwk permit, amik barang. kastam x kena kan caj pun...
    walau satu barang kita beli, kena ada cukai / permit, kita kena akur dgn undang-undang yg kerajaan buat. jgn argue nape barang tu lepas, barang ni tak lepas, negara tu ok, negara ni plak sangkut.
    ada sebab kenapa. tak perlu la diberitahu umum sebab nya. rumit & memeningkan kepala nanti hi hi hi...
    cukai ni pun utk negara, bukan kastam makan 100%.
    ejen? yes. before nak beli / import apa-apa, buat la skit keje utk gi kastam tanya proses nya. dpt kan senarai ejen yg boleh bantu kita. yes, ada caj sebab diorang ejen kastam, bukan kakitangan kastam / awam.
    kastam tahan??! ada sebab. bukan semata-mata rasuah. kalau silap tahan, kastam kembalikan. kerana wujud kecurigaan dan kastam perlu buat further investigation. clear, kastam bagi. tak clear, kastam rampas. pegawai kastam kat pintu masuk tu semua manusia biasa yg kadang-kadang naik blur bila buka barang ~ serupa tapi tak sama!!! pegawai kastam tu semua kadang-kadang takde kuasa nak lepaskan, kena dpt kan kelulusan pegawai kanan. when it comes to prosedur keje kerajaan, panjang hirarki kelulusannya. lama prosesnya... but, if betul brg korang bawa masuk, du not worry la :-)
    takde cukai, takkan dikenakan cukai. tak perlu permit, kastam tak minta permit.
    if sebaliknya berlaku, korang buat laporan direct ke HQ kastam.
    tu saje sebagai skit pencerahan... apa pun, pergi kastam and korek apa prosedur tertentu utk import barang. baru beli barang utk persendirian or komersial.
    tq to MJ sebab kupas topik ni. i like...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada menerima barang dari new york..tapi dia mintak bayar cukai sebanyak rm malaysia 3000 rigit sabab ada banya barang dalam 1 kotak besar tu..dengan dia mengirimkan duit us didalam kotak tu..kena saya nak bayar cukai guna duit yg dihantar tu tak boleh..hairan..saya mana la ada duit sendiri untuk bayar semua cukai yg dikatakan 3000tu...tak kan diaorang tak ada cara lain ke..mmm

      Delete
    2. Kalau yang macam ni, scam ni cik. Sebab kalau ikutkan, duit tak boleh pos.

      Delete
  5. @adianiez AIDA
    Thanks dear sharing ;)
    Yup setuju, panduan berguna buat semua ;D

    ReplyDelete
  6. Susah jugak beli barang dekat luar negara ni ye.. Kalau menguntungkan tu banyak, boleh la belikan.

    ReplyDelete
  7. Alamakkk.. lecehnya nak beli barang dari oversea. Thanks ye MJ sebab share. Bermanfaat jugak ni.

    ReplyDelete
  8. banyak info bab2 beli barang dr luar ni. thanks

    ReplyDelete
  9. kemarin waktu menghadiri SBB2013 tak beli banyak barang sebab takut bermasalah di Kastam mesti banyak baca di blog ini kiranya

    ReplyDelete
  10. salam mj..
    huhu..isu kastam ke?
    tenkiu for the info..

    ReplyDelete
  11. erm...nampak susah tp klu kita tau prosedur yg betul senang je kan sebenarnya...

    ReplyDelete
  12. oh,bgitu wa.. yg kata kalau p idnon, bw balik batik dari sana, kastam chck tu kena byr tu cmne|??

    ReplyDelete
  13. gd info tq berkongsi yek

    ReplyDelete
  14. Dulu pernah barang sangkut kat kastam,sebab tak tahu barang tu kena cukai,so bagi ejen POS yg setelkan.

    ReplyDelete
  15. info yg bagus ni utk pengetahuan semua..

    ReplyDelete
  16. owh.. agak comlicated la gak nk bli brg2 dr oversea kn..

    ReplyDelete
  17. thanks mj erkongsi.agak rumit kan.tap betul juga kata en asrab.brgan china senang pula masuk

    ReplyDelete
  18. wahh sush jugak ek.. belum lg terlibat dgn pihak kastam

    ReplyDelete
  19. klu melibatkn kastam mmg kena bli buku kastam yg tebal beratus page tu ha..bru leh tahu..tp jenuh gak nk crik brg ye dlm tu..huhuhu

    ReplyDelete
  20. kena tanya org kastam la sblm beli brg. senang.

    ReplyDelete
  21. oooo baru tau.. siap kne tahan jugak yer..

    ReplyDelete
  22. @azman Bole saya dapatkan contact no ejen pos tersebut?

    ReplyDelete
  23. macam saya pulakk ada mat salleh ni nak hantar barang kat saya tapi kena cukai sampai RM1750 mahal sangat , kalau saya tak nak bayar cukai mesti kena g kastam n mintak permit betol x ? tp masalah nye skrg saya duduk di johor bahru , yang kastam ni pulak kat sabah kota kinabalu , macam mana nak settle kes ni ?

    ReplyDelete
  24. 5 stars utk blog ni

    ReplyDelete
  25. Nak tanya.ada kawan saya dari england bg saya gift. Hntr melalui sykt curier.lps 4 hari smpi di KL.minta kos penghntrn sbnyk RM1500.saya di johor bahru.ok saya bnkin duit ke sykt tu.sblm tu mat salleh tu kata bila brg tu smpi sini diaorg mmg nk saya yg kena byr duit tu. Then dh bank in.dia check dlm gift tu ada duit usd50 000.sbb mt salleh tu dulu ada pinjam duit saya rm20 000.so dia nk pulgkn la tp dia x declare.so pihak curier tu kata kena tax RM4800.saya x nk byr dn suruh mt salleh tu byr.masalahnya betul ke tax tu pihak curier yg tentukn sdgkan brg tu dh lps dr kastam.betul ke.ke saya ditipu.tolong saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh saya tahu bgaimana awk selesaikn msalah ni dulu??

      Delete
    2. sebenarnya mat salleh tu penipu..dh ramai yg kena,sy pun hampir jd mangsa tp kawan sy dh abis hampir 13k

      Delete
  26. @Anonymous

    mcm mana masalah awk ye? dh setel x? sy pun br dpt call dr agen. mintak rm2850. tp cam x brp nk percaya la. takut kna tip je. so skg ni x tau nk byr ke tidak. ada x kwn2 lain yg kna kes cam ni?

    ReplyDelete
  27. @Ayu Aryu
    Kebanyakan kes2 macam ni (yg kena bayar untuk ssuatu barang yg tak pasti) better pergi check dulu ke tempat 'barang yang ditahan' atau telepon dahulu bertanya mengenai status barangan ye untuk mengelakkan andainya ditipu

    ReplyDelete
  28. Bagaimana pula sekiranya kiriman itu adalah hadiah dari luar negara yang berupa barang kemas dan barangan elektronik?

    ReplyDelete
  29. asalamualaikum. sy beli jamu dari indonesia melalui rakan fb. malangnya jamu2 tu ditahan pihak farmasi klia...padahal jamu tu tidak mengandungi racun mahupun dadah. cuma ramuan organik. mcmana sy nk ambil semula? lama ke prosesnya?

    ReplyDelete
  30. salam.
    mohon puan beri panduan.
    saya ingjn memulakan perniagaan online.perniagaan pakaian kanak2.sy bercadang untuk mndapatkn supplier dr korea.bgaimna prosedurnya?

    ReplyDelete
  31. @Anonymous
    Barang2 yang berkaitan dengan kesihatan (spt jamu dsb) adalah bawah pihak darmasi dan farmasi akan pastikan brg2 kesihatan berdaftar dengan KKM dan baru lepaskan brg2 tu, tujuan nak lindungi pengguna M'sia.
    Seeloknya bila brg ditahan, jumpa jbtn pjbt pos yg menahan brg tu dan akan dirujuk ke farmasi yg menahan jamu tu, boleh buat rayuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk produk ni perlu dapatkan permit x

      Delete
    2. Itu adalah penipuan wahai rakyat malaysia...lain kali kalau orang suruh bank in duit...jangan percaya..duit kena bayar selepas sampai surat kepada kita,2 pown kena bayar kt pejabat pos

      Delete
    3. Itu adalah penipuan wahai rakyat malaysia...lain kali kalau orang suruh bank in duit...jangan percaya..duit kena bayar selepas sampai surat kepada kita,2 pown kena bayar kt pejabat pos

      Delete
  32. @missnirah
    Saya assume anda menghantar barang melalui pos, pakaian adalah tertakluk pada 10% cukai (tapi better check dulu dengan pihak Kastam ye untuk lebih pengesahan)

    ReplyDelete
  33. mcmna plak klau barang itu merupakan hadiah seperti barang kemas atau barang elektronik.mohon balas ye

    ReplyDelete
  34. Salam sejahtera...sy ingin berkongsi pengalaman bawa masuk barangan kosmetik. Sememangnya ada3 jenis barang yg memerlukan permit/ kelulusan jabatan di malaysia.Contohnya

    1.Barangan KOsmestik -Biro Farmaseutikal Kebangsaan BPFK (KKM)
    2.Barangan elektrik - SIRIM
    3.Barangan Seperti Al-Quran digital - KDN Kementerian dalam negeri

    Apa yg sy lakukan ialah perlu dapatkan market sampling / nota notifikasi untuk produk yg sy beli dari china, nk dapat tu punyalah susah, tunggu kelulusan dr BPFK..
    Dah dapat kena bayar cukai mcm biasa.

    Jadi,sy nk nasihatkan,sebelum membeli dr negara luar, kita perlu fikir panjang dulu,klaau tak bnyk perkara yg perlu disetelkan.hehe

    P/S : pernah declare dlm invoice harga brg terlalu murah,. beli brg RM200..lepas tu kantoi dgn kastam, depa rujuk website dlm invoice,.tup tup kena cukai RM400..gila hapa,.sampai skrg tak amik brg tu..hahaha..

    ReplyDelete
  35. salam..
    nak tanye sikit ni..
    sy nak beli pisau dari luar negara,sangkut kt kastam tak?
    mcm mne sy nak tau brg tu sangkut ke tak?kastam maklumkan pada kita ke?

    ReplyDelete
  36. saya berminat nak beli kasut sukan dan kasut bola dari uk. nak tanya, barangan ni boleh dikenakan cukai tak? terima kasih

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum .. Ini saya md haqim dari tuaran, sabah .. Saya hendak membeli big shot machine sizzix dari US tapi tak tau cara cara untuk membuat penghantaran nya .. Adakah ia berkait dengan cukai ? Boleh berikan penerangan ? Terima kasih !

    ReplyDelete
  38. salam ni nak tanye ni.... saya nk beli alat2 lukisan... dah check kat kastam, xde cukai... tp nilai dia almost rm 500 (+shipping)... so agak2 kne bayar pape x?

    ReplyDelete
  39. Saya ada rancangan utk beli 1 unit joran (gewang) beserta machine dr Japan . adakah brg itu di kenakan cukai kastam? Mohon penjelasaan..

    ReplyDelete
  40. Assalamualaikum.,kawan sy dari bandung indonesia ingin menghantar barangan gadget seperti telefon pintar ke johor,.klw ia smpy di malaysia,. kene cukai berapa ya dan memng wajib dapatkan pengesahan sirim ya? terima kasih ,.

    ReplyDelete
  41. salam...saye lam urusan nak bli pakaian bundle@terpakai dari UK..brape cukainye@detail...tqvm

    ReplyDelete
  42. @Anonymous

    bundle/pakaian terpakai biasa tiada cukai dikenakan sy beberapa kali juga beli dr sana :p

    ReplyDelete
  43. Terima Kasih kerana tidak kedekut ilmu, dan sanggup membuat sharing dengan kita~

    http://www.sst.com.my/

    ReplyDelete
  44. Salam

    Ingin bertanya.

    Untuk minyak rambut kena masuk farmasi ke?

    ReplyDelete
  45. Kalo apply market sampling, senang ke nak dapat?

    ReplyDelete
  46. Saya ada oder kete mainan hotwheels dari us...berapa cukai di kenakan...

    ReplyDelete
  47. Salam sume..;)
    Nak tnye.. Klau saya nak mulakan perniagaan baju bundle yg bawa Balik dari luar.. Ade kenakan cukai tak?
    Mohon share ye kawan2 ;)

    ReplyDelete
  48. Hi salam 1 Malaysia. semalam saya telah terima satu kota pakaian dari kawan saya berat 23kg dari negara India. Jumlah harga pakaian itu adalah RM450 tetapi saya telah di kenakan cukai kastam sebanyak Rm439. jadi saya nak tahu mengikut Undang2 berapakah harus di kenakan cukai pada barang yg saya kirim. yg ini saya rasa tak patut kerana saya telah di kenakan 100% cukai dari nilai harga barang yang saya kirim.

    ReplyDelete
  49. salam mj,
    cite nya mcm sama jak...
    apa perlu saya buat jika barang saya di tahan oleh kastam atas alasan nya barang saya tu mngandungi USD. apakah situasi ini benar atau tidak. dan apa perlu sy buat.

    email sy kat fiounaricca@yahoo.com

    ReplyDelete
  50. Saya ad membeli vitamin dr USA...kuantiti 50bottel.pihak farmasi tidak lepaskan brngan sy tersebut kerana mlebihi kuantiti pihak kastam menyuruh saya dapatkan permit dr pihak farmasi untuk pelepasan brngan....atau ad cara lain untuk sy dpatkan brngan sy too blk.

    ReplyDelete
  51. kawan saya ada mengirimkan barang kemas ke malaysia. adakah barang kemas tersebut akan ditahan atau dikenakan cukai mengikut gram? berapa RINGGIT MALAYSIA boleh diterima jikalau memberi mata wang asing masuk ke negara kita.

    ReplyDelete
  52. salam....nak tanya klau bli pakaian dri bandung jakarta....ke air port kota kinabalu....adakah cukai akan di kenakan...10% ? maksud sya hand carry.....pls ada sesiapa tau ke..mei89_tan@yahoo.com

    ReplyDelete

  53. Aslmkum. Barang yg saya beli dari ebay kecik2 jer. Paling besar t shirt terpakai. Mcm mana saya nak tahu brg saya ditahan kastam. Cam na nak claim. Yg bertahun2 lama boleh dpt balik dak? Tima kasih...

    ReplyDelete
  54. Salam..saya ada beli jam tangan digital dari poland..harga x sampai rm500 pn..berat 0.150 kg..barang dh smpai klia..bila check tracking status 'held by customs'..apa maksudnya? Barang dh ditahan oleh kastam? Akan dikenakan cukai x?

    ReplyDelete
  55. salam sy ingin import hiv test kit mcm mna?sy ada baca dlm laman kkm dimana test kit xperlu kan pendaftaran kkm or bpfk. oleh itu adakah sy perlu daftar lesen lain2 seperti lesen import or etc utk import hiv test kit dlm kuantiti yang byk? thanks

    ReplyDelete
  56. Klau barang macam cat rmh....yg di rampas boleh dpt balik ke???
    Mcm mana caranya ek???
    Thanks...

    ReplyDelete
  57. Alhamdulillah banyak perkongsian ilmu kat sini..
    Sya pun berniaga.. Barangan yang di import dari luar seperti Vietnam dan Indonesia.. Penghantaran guna laut mmg murah tapi sampai terlalu lama.. 23-24 hari perjalanan.. Bagi yang 1time berniaga.. Lebih baik ambil yang under pos laju Indonesia.. Sampai dlam 12 hari kastam tax bayar kat situ juga.. Sekarang tax dh 6% agak berbaloi juga lah kalau berniaga.. Cuma kena pandai la pilih perniagaan apa yang sesuai dengan minat kita jgn separuh jalan.. Biasalah berniaga ni ada turun naik nya.. Maka pandai2 lah kita uruskan kalau nak berjaya.. Rajinlah berdoa semoga Allah mudahkan urusan kita..

    Terbaru ada yg dapat hadiah dari pihak2 tertentu tu tolong lah itu semua scam.. Dh banyak yang kena tipu...jd jgn suka2 buat mana2 bayaran.. Pada org yg kita x kenal walaupun dia katakan itu hadiah.. Kalau betul hadiah kena kena kita pula kena bayar tax nya.. Kan..

    Ok tq mj assalamualaikum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam....sayana bawa baju Dan telekung ke Malaysia tp tak guna post Indonesia melainkan saya bawa atas pesawat.. Kalo dekat kastam Malaysia cam mana? Adakah di kenakan cukai juga untuk baju baju telekung? Hanya dalam kuantiti yg sedikit satu bag 20 kg...?
      Kalo guna post indo cukai kastam berapa persen ye Dr harga baju ker or apa? Saha Harap sudi beri pencerahan terima kasih

      Delete
  58. Salam. Kwn saya dr Scotland ada hantar barang. Lepastu saya terima panggilan yg brg tu ada di kastam K.K. dia ckp saya kene byr rm1500 utk lepas brg dr kastam. Betul ke? Tolong saya!!!

    ReplyDelete
  59. klu org dr pakistan, nk eksport beras pakistan ke malaysia, pe prosedur die?
    thanks.

    ReplyDelete
  60. Assalamualaikum mj..saya nak tanya,kawan saya DRI UK London hantar gitf untuk saya,DRI KL p Sabah saya sdh byr RM 1500,skrang sdh sampai tmpat kastam kkia Sabah,saya sdh byr RM 1800 untuk kos prnghantaran Dan security fees..skg ni mereka minta lgi dgn saya RM 1500 untuk gurus dokumen,sdgkn saya sendri yg pergi ambil..adakah saya telah d tip..

    ReplyDelete
  61. anda telah ditipu.. TIDAK ADA ISTILAH BANK IN DALAM KASTAM LEBiH-LEBIH LAGI BANK IN KE PERSONAL AKAUN.. klu betul kena tahan.. bukti surat dari kastam/pos.. than cari telefon no melalui laman web rasmi kastam/pos tempat barang ditahan utk kepastian.. than dtg sendiri bayar cukai n ambil barang .. TQ

    ReplyDelete
  62. Saya Dari sarawak dan dlm tracking shipment kata brg saya di held at custom Kuala Lumpur. So, apa saya patut buat? Saya tinggal Kat kch.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi sis. Dah dapat ke parcel tu? Mcm mne prosesur nya?

      Delete
    2. boleh pm 0169525014 utk semakan kastam pacel

      Delete
  63. hi. sya dari sabah. nak import coklat dari usa, bole tak share step tuk import brg dari sna? ptut ke sy ke sana nak import coklat tu kat sana sndiri??

    ReplyDelete
  64. hi. sya dari sabah. nak import coklat dari usa, bole tak share step tuk import brg dari sna? ptut ke sy ke sana nak import coklat tu kat sana sndiri??

    ReplyDelete
  65. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com

    Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar untuk perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas

    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com. There could be many reasons why you need access to some extra cash – from unexpected car or home repairs to paying for your wedding or a special holiday. But whatever you need it for, when you borrow between $5,000 USD to 100.000 USD above

    ReplyDelete
  66. Menyusahkan rakyat je..asalkan x beli barangan yang merbahaya seperti senjata api x payah la nak rampas2 bagai..ni beli supplement kesihatan pun nak tahan, nak rampas..Semoga Allah berikan balasan yang setimpal terhadap manusia2 zalim yang terlibat..menyusahkan orang je

    ReplyDelete
  67. Kalau ingin mengimport ikan laut secara borong dalam kuantiti 300 kilo dari setiap jenis ikan bagaimanakah cara nk mengimport ikan dari tawau,sabah dan apakah procedur dari segi kastam ?

    ReplyDelete
  68. Sy d oversea. Sy nk blik so sy pos baju2 n kasut2 sy. Soalan sy mcm mne nk claim. Sbb sume tu xde resit. Sy bkn beli. Tq

    ReplyDelete
  69. Assalamualaikum wbt. Hari ini saya pertama kali beli barang dari china dan kena tahan di kastam utuk bayar tax duty di hub postlaju klia. Alhamdulillah selesai bayar. Kena declare harga sebenar kita beli dengan tunjuk invoice,jika sebaliknya akan kantoi sbb kastam badan berpengalaman. Jgn percaya org oversea nk hantar barang kat kita dan minta bayar. urusan yg sebenar adalah kita check no tracking di web seperti EMS postlaju/dhl etc, jika di tahan ada status di situ. ini baru sahih dari kastam .sekian. tq

    ReplyDelete
  70. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  71. Hi.. Sya ad order brg dri sabah iaitu handphone. Tpi seller sruh sya byar lagi rm700 sbb barang kena tahan dgn kastam. Adakah saya tlh ditipu?

    ReplyDelete
  72. @adianiez AIDA Tq kerana memahami tugas pegawai kastam. Ya betul kami manusia. Mungkin ada pegawai yg lurus ikut buku and ada plak yg bertimbang rasa. Yg bertimbang rasa ni ikut kpd budi bicara pegawai kastam. Tp jgn la di lebel semua sama. Nama pun manusia, banyak la perangainya. Kadang2 ada kotak ni kena tahan, yg 1 ni plak lepas padahla barang yg sama.. haaa ni jgn la tnya knp sebab kami pun manusia. Beribua2 barang kami check melalui mesin scanner. Pedih mata tgk screen scanner tu hari2. So pasti ada yg terlepas pandang. Yg tgk mesin tu bukan robot yaaa manusia jg. 1 nasihat sy, jgn dijadikan alasan “tidak tahu” sebagai alasan untuk membawa masuk brg terlarang. Contoh.. kita drive keta tp road tax dah mati. Bila kena kat road block, baru prasan road tax mati. Krg explain la sampai sawan kat polis tu ckp x prasan la xtau la.. haaa ikut polis tu klu dia baik hati ikut budi bicara dia, dia akan lepaskan dgn amarah suruh g renew on the dot. Klu dpt yg tgh bad mood sebab dah bjemur sehari masa road block, mmg kluar surat cinta. Begitu jg la dgn kastam.

    ReplyDelete
  73. @slierDah nama pun duduk dlam malaysia. Ada la undang2 dan peraturan untuk di ikut. Rujuk la farmasi klau kena tahan/rampas. Tnya kenapa d tahan. Mesti ada sebab. Contoh krim timbang kilo tu haaa yg bnyk skrg. Cer tnya knp d tahan. Suppliment d tahan.. suppliment apa? Bahan dia apa? Nk guna utk telan sendiri ka? Biasa utk kegunaan sendiri & stok sebulan xkan d tahan sbb knp? Klu ada pa2 jd pun (if happen to be this suppliment xberdaftar dgn KKM), yg sakit nya diri sndiri. Tp kalau utk tujuan jualan, mmg kena tahan farmasi sbb ko jual bg org lain mkaan. ko claim ckp baik utk kesihatan, org lain ikut naya kalau suppliment ni berdaftar and xkelulusan KKM. g tnya farmasi elok2 knp d tahan instead of ckp mnyusahkan. Ko ingat org farmsi tu suka2 nk tahan? Bnyk kot kerja drg nk buat selain tahan brg tp pasal ko bawa brg x kelulusan KKM, jadi kerja plak atas drg nk attend brg tahanan ko. Xnmpk mcm mnyusahkan org farmasi? Ko suka x klu pegawai farmasi ckp “menyusahkan org la ko ni.. pasal ko order brg xlepas KKM, aku plak kena buka notis tahanan & attend brg ko”.. haaa jadi nya.. nk order brg tu, make sure la lepas KKM. Klu x, buat apa ada kementeria kesihatan malaysia klau x pantau benda mcm ni. Nnt doctor plak bising “menyusahkan nurse & doc la ko ni. Semak hospital sebab ko makan benda x betul, dah kerja plak kami ni attend ko”. Rasa best x bila dapat ayat mcm ni? Ehhh.... learn the law n regulation of our country la. Xkan itu pun susah.

    ReplyDelete
  74. untuk pertanyaan brg.inshaallah sekadar membantu untuk semakan
    boleh pm 016-9525014

    ReplyDelete
  75. Saya pun dalam situasi macam ini. Saya ada kawan dari China ,dia kata dia ada pos barang untuk saya. Dalma box tu ada barang kemas dan beberapa duit dalam USD. Jadi saya baru dapat mesej dari pihak courier kata barang saya kena tahan pihak berkuasa.Saya tanya barang saya tu ditahan di kawasan mana di Malaysia..tapi dia tak bagitau. Dia cuma kata di Malaysia sahaja. Dia minta saya bayar TaX delivery sebanyak Rm2900.. Saya tak pasti apakah saya telah ditipu.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)