Diskaun 15% untuk pembelian di tudung2u.com

Lama tak update blog, rindu nak menulis rindu nak jengah blog kawan-kawan. Apapun MJ enjoy dengan family trip di Cameron Highland Rabu lepas sampai sengal-sengal 1 badan habis.. heheee ;)


Ok berbalik pada tajuk, kita sebagai 'Gadis Comel' yang bertudung, memang akan sentiasa mencari tudung terbaru atau menambah koleksi untuk digayakan dengan baju baru atau baju sedia ada. Disebabkan persaingan yang sengit, tentu kita akan membandingkan harga di pasaran terlebih dahulu dan kemudian baru kita akan beli kan?


Oleh itu, jom kita tengok koleksi tudung yang terdapat di butik tudung2u.com, memang cantik dan superb, MJ dah tergoda sangat tau. Jom layan jugak kerana MJ yakin korang pun akan tergoda..heheee

Tudung Bawal Sulam Eksklusif
Kod Item : MA05021
Panjang 45" 2 tone
RM40.00


Tudung Bawal Sulam Sumayyah
Panjang 45" 4 tone
RM40.00

Tudung Bawal Sulam Sari
Panjang 45" Plain Biru
RM40.00

Tudung Bawal Labuci
Panjang : 45cm
RM35.00

Shawl HalfMoon 2 line
Panjang : 155cm
RM35.00

Shawl HalfMoon Tribal Lycra Korea
Panjang : 177cm
RM45.00

 Selendang Instant Aisya
RM43.00

 Inner Awning
RM8.00
  
Inner Turban
RM10.00



Brooch Bunga
RM6.00

Brooch
Kod Item :1654-7
RM7.00

Ada pelbagai lagi koleksi yang menarik, korang boleh terjah di website Tudung2u, dan sebagai pembaca khas blog MJ, korang akan diberi DISKAUN 15% tau untuk setiap pembelian.. Menarik kan? Jadi apalagi cepat-cepat la terjah dan memborong, memang berbaloi.. ;)


Oh ya, jangan lupa untuk masukkan KOD BAUCER NMJ2013 ye untuk dapatkan diskaun 15% tu :) Jom kita shopping tudung di Tudung2u sekarang ;) Oh ya free shipping tau jika pembelian melebihi RM50... Voucher expired 30 April 2013


p/s : MJ pun taknak lepaskan peluang nak rebut peluang istimewa ni, dah le harga jimat dari pasaran, dapat diskaun lagi.. Memang berbaloi la ;)

Mode : Tak Sabar !!!

Percutian tanpa dirancang, insyaAllah jika tiada aral, esok (27/3/13) MJ bersama family akan pergi bercuti ke tempat idamanku, kalau sebelum ni pernah plan nak pergi bersama my family  tahun lepas tapi last minit TERPAKSA dibatalkan.. dan sekarang ni weeehuuu memang tak sabar sesangat :) Dok menghitung detik dan waktu je..


 Ladang subur yang menghijau penambat hatiku untuk terus ke sini dan lagi dan lagi dan lagi insyaAllah :)



Dan yang utama tentulah menu istimewa ni... perghhhh lagi la tak sabar.. Entah kenapa tempat ni betul-betul telah menambat hati MJ, biar berkali-kali pun tak mengapa..

Suami ada cakap, kita baru je balik dari percutian yang DITAJA oleh Strawberry Park Resort bulan 11 tahun lepas, baru je pergi, kenapa nak pergi lagi? Ketahuilah wahai suamiku sayang, hati ini memang dah jatuh Chenta lah sangat di sana..heheheee ;D

Kalau korang nak baca pasal percutian MJ yang sebelum ni, boleh klik SINI ye ;)


p/s : Kali kelima MJ akan jejak kaki lagi kesini... :)


Teaser: Tudung Chiffon 3 Layer Versi Kanak-Kanak

Di atas permintaan ramai yang mahukan tudung layer versi kanak-kanak, jadi kali ni kami menerima order untuk tudung kanak-kanak. Boleh pakai sedondon dengan Ibunya jugak..hehee :)


Tudung Kanak-kanak berumur dari 3 tahun sehingga 8 tahun :)


Tempahan untuk Hari Raya Puasa juga telah dibuka sehingga diberitahu kelak.
Berminat boleh roger MJ ye 0124353088 (whatsapp)

Alahai Firas.. ;)

Firas sekarang ni rapat dengan Paklongnya (my hubby) dan menjadi kebiasaan akan turut serta dimana Paklongnya berada disitu dia akan ada bersama ;) Maklumlah paklong Firas ni suka melayan kehendak, mau tak rapat kan.. hehee.. Kalau paklongnya duduk dalam bilik Firas pun akan senyap duduk dalam bilik jugak :)



Petang tu MJ pun lepak dalam bilik sambil blogwalking menggunakan henpon, tiba-tiba Firas bersuara

Firas : Ciklong, pegi la Hospital cepat
Ciklong aka MJ : Awat pulak nak kena p Hospital?
Firas : pegi hospital la ambik bby
Ciklong aka MJ : terkedu..... :)

Terus Firas cakap kat paklong dia pulak
Firas : Paklong, pegi la hospital dengan Ciklong
Paklong : (hubby dah dengar perbualan kami tadi) tersenyum sambil tanya balik - Nak buat apa pegi hospital
Firas : Pegi hospital la ambik bby Ciklong dengan Paklong, boleh Firas main jugak..
Paklong : Ok nanti kita pegi hospital ambik bby na
Firas : Ok.. kembali senyum dan sambung main..


Alahai Firas umur baru 3 tahun apalah yang dia faham kan pasal baby aka anak ni, kalau nak baby semudah pegi hospital dah leh dapat.. Konpem Ciklong terus p hospital je..hahahaa :)


Maklumbalas dari HeartBeat

Entry semalam MJ ada ngiyau pasal HB tak bayar untuk Testimoni kami kan, nak baca right klik SINI ye,  dan ni maklumbalas yang diterima dari pihak HB lepas MJ email diorang pasal hal ni.



MJ diberi diskaun 20% untuk pembelian di HeartBeat, wahhh strategi pemasaran diorang ni :) Mereka inform  20% lebih banyak berbanding RM10, dan sekarang mereka dah tak bayar RM10 untuk testi, tetapi ditukarkan kepada Voucher..

Hmmm kot mana pun kena beli barang jugaklah kalau nak dapatkan 'nilai' tu balik.. Agak-agak berbaloi tak? huhuuu..


Testimonial tak berbayar untuk HeartBeat

MJ terperasankan muka kami terpampang di website Heartbeat ni rasanya dari tahun lepas lagi, tapi memandangkan MJ pun macam suam-suam kuku jadi tak berapa nak peduli sangat la pasal hal ni. Sampaikan baru-baru ni rakan FB aka blogger Miz Nadia inform pasal ni kemudian MJ check balik website Heartbeat ni, dan memang gambar kami masih ada di situ ;)


Dan ni MJ ada up story pasal barangan ni kat blog, nak baca boleh klik SINI ye (right klik). MJ terpanggil nak up entry ni bukan apa, sebab menurut HB, setiap testimonial akan di BAYAR iaitu

Testimonial : RM10 for testimonial with photo & at least 300 words on our unique gift giving ideas.


Tetapi sehingga kini jumlah tersebut masih BELUM di masukkan, rasanya dah lebih 3 bulan ha.. Iye tahu RM10 bukanlah nilai yang besar kan, tetapi disebabkan mereka dah menggunakan TESTIMONI dari kami untuk promosikan barangan mereka, jadi sepatutnya tunaikanlah apa yang dijanjikan ye dak..?

MJ dah pun email pihak HeartBeat berkenaan hal ini, tunggu jela feedback dari diorang camne.
Boleh baca maklumbalas dari Heartbeat di SINI


Kena SAMAN!! Huhuuu

Surat saman ni sampai Jumaat lepas, mujur 'tarikh berlaku' dalam bulan yang sama, dapat la juga refresh memory, pernah kena saman yang dah 2 tahun, jenuh dok korek bila dan dimana dan siapa ;)


Masa ni my Dad yang bawak my car, fuhh selamat poket.. hahaha dah le kereta ni baru nak sambut Anniversary pertama (Renew Roadtax Insurans yang pertama) melayang dah RM2300++, huhuuu (Insurans + RoadTax + Servis + Monthly).

Bila kena saman dengan lebihan HadLaju 13KM/J, terus stress, alang-alang nak kena saman dengan 'harga' yang sama, baik bawak lebih 50KM/J kan..? hahahaaa Ampun abg Polis :)


p/s : Siapa yang tak pernah kena saman?? :)

Langkawi Trip : Eagles Feeding dan Beras Basah

Lepas dari Tasik Dayang Bunting, kami menaiki bot ke Eagles Feeding pulak, memandangkan 'driver' bot kami ni tak berapa nak mesra jadi kami hanya layan perasaan sendiri.


Sepatutnya masa kami ke sini, dapatlah memberi makanan kepada Sang Helang yang berterbangan, tapi 'driver' cakap Helang dah cukup kenyang, sebabnya bot-bot lain dah 'terlalu' banyak bagi makan. Taknak nanti masa 'sesi petang', trip lain langsung takdapat nak tengok Helang kerana 'ia' dah kenyang.


Jadi kami hanya melihat dari dalam bot sahaja, memang banyak Helang, seronok je rasa :)


Kami kat sini sekejap je, dalam 10minit dan lepas tu terus ke Pulau Beras Basah.


Aktiviti wajib ialah bergambar.. heheee


Dok 'bajet' nak bagi nampak Helang kat belakang, tapi takpela asalkan ada..heheee


ok, dah sampai Pulau Beras Basah, airnya memang sangat cantik, jernih dan tenang ;)

Kami diberi masa 1 jam untuk lepak kat sini, ramai yang ambik peluang mandi kat sini.. Tapi memandangkan masa kami sampai dah tengah hari, matahari dah memancar terik, tengok jela :)


Buih yang memutih, pantainya jernih... Kalau kata kami sampai pagi, syok jugak berendam.. ;D


Cuma si kecik Rayyan dengan ibunya je yang seronok berendam, kami cuma memandang :)


Walaupun letih tapi kami seronok, masa ni tengah tunggu Bot sampai, seronok tengok ikan berebutkan makanan :D


Perjalanan untuk 'Island Hoping' ni memakan masa selama 4 jam (9am-1pm), masa balik dari Beras Basah masing2 kepala dah lentok + mengantuk :)

Langkawi Trip : Tasik Dayang Bunting

Ni hari kedua kami di Langkawi, kitorang ambik pakej Island Hoping (Tasik Dayang Bunting, Eagles Feeding dan Beras Basah), kalau tak silap RM25.00 seorang kot :)


SubhanaAllah, besar kekuasaan Allah menjadikan bukit menyerupai seorang wanita yang tidur dalam keadaan mengandung, banyak sejarah disebalik nama Pulau Dayang Bunting ni, wallahualam,.. :)

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20minit dari Pantai Chenang ke sini dan tempat pertama ialah Tasik Dayang Bunting, kami diberi masa dalam 50minit disini, lambat kena tinggal Bot :D


Si kecik yang tak berapa sihat tapi punyai semangat untuk mendaki, kat sini korang kena berhati-hati dengan Monyet liar, kalau bawak bungkusan plastik terutama makanan, pasti akan dirembat oleh monyet-monyet disini :)


Nak mendaki ke Tasik ni, fuhhh!!! memang 1 cabaran besar, kena kuat.. hehee dah macam Jungle Tracking plak ;D

Ok, dah hampir sampai ke tempat yang dituju, bila tengok tasik kat bawah tu, memang cantik.. Lupa plak nak tangkap :)


Plan asal memang nak sangat mandi dan berendam kat sini, tapi apakan daya ada 'halangan' datang pulak pagi tu.. hehee (hal gegirl ye..) so jadila cuma rendam kaki dan basahkan muka dan tangan :D


Seronok tengok diorang yang mandi manda kat sini, kami cuma mampu memndang dengan perasaan sayu je..huhuuu :)

Cuba teka  apa yang dibuat oleh my pren kat hujung tu..hahahaha jangan tak tau ada hal tau :)


Tadaaaaaa!!! Inilah keje nya, mengambil air untuk dibawa pulang buat suami masing-masing yang ditinggalkan di rumah.. hahahaa (Padahal untuk kami 2orang sebenarnya)

Lepas tu kami terus gegas 'kembali mendaki' sebab perjalanan tu saja memakan masa lebih kurang 15min (yela termasuk dengan berhenti ambik nafas lagi) hahahaa so cuma dapat spent time kat Tasik ni dalam 30min je..huhuuu

Next entry MJ cerita pasal Eagle Feeding dan Beras Basah ye ;)




Langkawi Trip : Yacht

Lepas puas menikmati pemandangan di KABEL CAR, kami singgah sebentar di yacht ni untuk bergambar tinggalkan kenangan ;)

Dengan menggunakan Enset Samsung Galaxy S2, cantik pulak bila tengok gambar ni...heheee.. taken by my pren.


 Firas tetap dengan 'peace Yor'

Terbang Burung Terbang..... Patah sayap hujungnya.. Seandainya rebah kau masih aaaaada.......

Sebenarnya kami dah letih masa ni, yela pagi tu dah la kena berebut dengan feri, lepas tu zasss ke kabel car, memang kepala otak dok nampak katil je nak rest.. tapi set dalam minda, ni masa berjalan.. so haruslah seronok kan :D


Kami sekejap je disini lepas tu terus ke Pekan Kuah, sebab kedai kan banyak tutup awal, saja nak ronda-ronda survey apa yang patut dulu, kemudian nak balik esok baru beli.

Langkawi Trip - Percutian bersama kawan

Sebenarnya ni percutian yang tak dirancang sebagai kenangan kami di masa depan tambahan pula sekarang kami merupakan pelajar Tahun Akhir di USM. lepas ni mungkin dah jarang kami akan dapat bertemu... huhuuu sedih pulak rasanya :D


Ni gara-gara kami bercuti dari dunia kerjaya selama 3 minggu Januari lepas, dah alang-alang 'cuti study' kan (syyyhhh korang jangan cakap ngan USM tau..hehehee) tapi MJ cuti dipotong dari cuti tahunan tau, maklumlah kerja swasta tak macam 3 lagi kawan MJ diorang keje Gomen syok la 'cuti free' ;)


Masing-masing muka keletihan yang amat, korang bayangkan la ye hari sebelum kami ke Langkawi ni kelas habis pukul 11 malam, pagi esok tu dalam pukul 7.30pagi kitorang gerak dari Penang - Kuala Kedah, sampai sana lebih kurang pukul 9.15am, memandangkan hari tu adalah Public Holiday (Awal Muharram) punyalah ramai manusia dan tiket kami dapat pukul 10.45am..


Keadaan jadi luar kawalan apabila feri 'delay' tiket kami yang sepatutnya pagi tapi pukul 12.00 tgh hari baru kami dapat naik.. Macam-macam pe'el manusia kami jumpa (yela bayangkan diorang yang tiket pukul 9.45pagi pun belum dapat naik lagi masa tu) dengan bertolak sana sini, himpit seboleh-bolehnya, fuhhh memang ponat aih..


Jadi bila dah lewat macam ni kami terpaksa ubah plan, dah le ke Langkawi cuma sekejap, pa boleh buat.. sapa suruh pergi bercuti masa kelas + exam..hahahaa.. Kekonon nak release tension...


Kami sampai lebih kurang pukul 1.30pm, terus ke rumah sewa dan ambil kereta, mujur tuan rumah sediakan lunch buat kami.. hehee (Almaklumlah sepupu pada salah sorang member MJ) lepas tu sempat lagi ambik anak menakan (sebab adik MJ kan menginap di Langkawi) dan terus bawa ke tempat pertama lawatan kami iaitu CABLE CAR.. Firas dah tak sabar nak naik ha... :D


Memula risau gak 'GAYAT' tapi alhamdulillah tetap mantain, best je layan ha.. Kalau ikutkan MJ ni memang kategori gayat tinggi tau,  was-was jugak nak naik tapi rasanya boleh naik lagi nanti-nanti kalau ada rezeki :D


Firas kot mana pun tetap dengan 'peace' ha kalau nak bergambar.. hehee, dia pun mantain tak gayat.. dok diam je atas kerusi tu.. Si kecik Rayyan je ke sana sini dalam tu, kami pulak yang risau :D


Ni masa 1st station, dengan cuaca ala-ala kabus, pemandangan pun cantik.. Kami pun sibuk la nak bergambar, memula Firas ok dan sporting bergambar dengan 'trademark' nya..


..Lepas tu ajak bergambar takmau dah, dia nak naik Cable Car, yang kami pulak 'sibuk' dengan nak bergambar..hahaha :D

Firas kalau kita tanya dia ada apa kat Cable Car? Dia akan jawab ada ais kelem (aiskrim) yela dia dah biasa naik 3kali dan setiap kali tula dia akan makan ais kelem tu..heheee


Sempat juga kami abadikan kenangan kami berempat sampai di Cable Car.. hheee


Kalau dah nama suka bergambar, kot mana pun tetap sempat..heheee, masa ni kamera member jatuh, risau gak takut rosak.. terus test tangkap gambar ni.. Alhamdulillah mujur 'selamat'.. hehee


MJ tak usung Kamera Nikon tu, sebab asben tak bagi bawak, risau katanya.. yela kami bercuti geng pompuan je (laki masing-masing tinggal kat rumah) heheee.


Lepas dari Cable Car ni plan asal kami nak terus ke Under WaterWorld.. tapi disebabkan masalah feri pagi tu, terus cancel dan kitorang jalan-jalan sekitar Pekan Kuah je.. MJ pulak bermalam di rumah adik, kawan2 je stay di rumah sewa :D

Kita sambung next entry ye, ni pun dah rasa panjang sangat dah entry ni.. :D


p/s : Entry lama terperam, almaklumlah lepas pada tu la mood lari kelaut :D