GA - Shawl Halfmoon CustomMade Exclusive

MJ nak join GA yang dianjurkan oleh rakan blogger merangkap classmate MJ, memang nak join dari awal lagi tapi disebabkan sibuk giler nak siapkan tesis, maka terlupa. Pagi ni sempat blogwalking kejap terus teringat GA ni.. :) Maaf ye penganjur lambat join :)


Nak join klin banner cepat2 sebab due date hari ni tau, jam 12pm (30/4/2013)


Kalau korang nak tau pemilik blog Izyanty ni seorang yang sangat kreatif, MJ pun tak sangka rupanya dia ada bakat ;) Hasil yang dibuat memang nampak kemas, dah ramai customer especially bakal pengantin, bakal tunangan malah ada yang nak ke kenduri pun menempah dari Izyanty tau.


Ni antara hasil tangan Izyanty Collection, perghhh memang superb la Iz, myra ni memang dah lama dok berkenan, tunggu masa je nak order, tapi dok pikiaq gak nak pakai masa bila ye? hehehe.. Tapi andai kata ada rezeki Iz pilih Myra vavavavava syok tak hengat.. konpem melaram sakan ;)

Iz ni bukan setakat buat Shawl je tau, veil nikah + tunang pun dia buat, korang pilih je nak kaler apa, tema apa insyaAllah Iz akan buat mengikut kehendak korang.. Best kan :) So apa lagi kalau korang nak free kena la join GA best ni, sebab dah nak tutup ni, kang melepas.. (Cecepat klik banner kat atas ni ye)

Dan korang boleh jugak ushar di fanpage Izyanty untuk lihat koleksi handmade yang lain

Timbalan Ketua Pengarah Kastam mati ditembak







Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim telah ditembak tiga das tembakan yang mana salah satu darinya terkena dikepala. Sebelum ini keadaannya cukup kritikal dan akhirnya Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim telah kembali kerahmatullah sebentar tadi berdasarkan maklumat yang Berita Semasa terima dari pihak HQ.







  • Kejadian ketika Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, 8 pagi ini
  • Kena tembak di lampu isyarat Presint 8
  • Penembak menaiki kereta
  • Tiga das tembakan dilepaskan terkena di bahagian leher dan juga dikepala di dalam kereta Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim
  • Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim dikejarkan Unit Kecemasan Hospiral Putrajaya
  • Sekarang ini post mortem sedang dilakukan di Hospital Putrajaya.
  • Besar kemungkinan selepas ini jenazah akan dibawa balik ke Negeri Sembilan
sebagai Umat Islam, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah semoga arwah Dato’ Hj. Shaharudin ditempatkan bersama hamba-hambaNya yang beriman. Ketika berita ini dilaporkan Berita Semasa, ramai sudah sahabat handai pergi ziarahi di hospital tadi. Al-Fathah, Inna Lillahi wa inna ilaihi raji’un.

Sumber: beritasemasa.com

Mudah Bersalin - Genggam Fatimah


Khasiat Genggam Fatimah
(Maaf Out of Stock)

Kegunaan Untuk Wanita
  • sebagai selusuh / mudahkan bersalin
  • rawat keputihan
  • kurangkan senggugut
  • mengimbang perjalanan haid
  • mengembalikan kekuatan tenaga
  • mengecutkan rahim selepas bersalin


Kegunaan Umum
  • menyembuhkan sakit pinggang
  • melawas pembuangan air besar dan kecil
  • memberi ketahanan badan dan kulit
  • darah tinggi
  • menurunkan bacaan gula ( kencing manis)
  • menurunkan kadar kolestrol dalam darah
  • menyembuh sakit sendi
  • pelawas (duretik)
  • merawat kebas-kebas kaki dan jari
  • membuang angin dalam badan
  • menurunkan paras asid urik dalam badan (mengawal penyakit ghout)
Cara Guna
  1. 1-2 Bunga dibasuh bersih dan direndam/direbus dengan air anggaran 1.5 liter sehingga mendidih (Genggam Fatimah akan menjadi kembang dan hijau seperti hidup semula)
  2. minum 1 cawan 2 kali sehari. ( digalakkan selawat ke atas Nabi beserta niat anda sebelum minum air rendaman / rebusan
  3. gantung dan jemur semula selepas guna
  4. air rebusan berkhasiat Genggam Fatimah boleh diminum oleh semua golongan samada lelaki atau wanita. 
HARGA :  RM10 - RM12 (bergantung pada saiz) tidak termasuk pos


PERINGATAN 
  • WANITA YANG HAMIL 1-7 BULAN DILARANG MINUM AIR BUNGA GENGGAM FATIMAH 

Jemput Join : Like and Share di Facebook

Pada yang berminat, boleh la join contest Like, Share and Win di fanpage MJ ye :)

 Seorang pemenang akan menang Tudung Chiffon berdasarkan kaler/warna yang diingini.
Contest bermula 24/4/13 - 20/5/2013


WW : Hadiah Selendang Pashmina dan Brooch

Alhamdulillah selamat sampai ;)



Burger Komtar De Pauh Garden

Ini kali kedua MJ jejak kaki ke D' Pauh Garden, Permatang Pauh, dan kami order Burger KOMTAR, bila makan ni terubatla FOBIA masa kami makan BURGER BESAR hari tu..hehee


Burger setinggi 4-5 tingkat versi  Apartment dilapisi cheese dan mayonis yang kian mencair, secair hati kami yang memandang..heheee :)

Burger ni syer dengan asben, masa mula nak makan asben cakap, macam tak cukup ja..hahahaa tamak tol kan.. Then MJ cakap makan dulu bagi abis, nanti sure kenyang tak hingat.. ;)

Kami ambik Burger Daging RM 13.00, kalau Burger Special RM15.00 (cuma tambah telur mata)


 Minuman kami.. Cendol dan ABC


 Cendol RM2.30

 ABC RM3.00

Pendapat MJ burger memang sedap, makan 2 orang pun dah cukup kenyang ditambah dengan ABC lagi... Kenyang sampai pagi (Ok tipu pagi makan lain..heheee)




Ok, pada yang berminat nak terjah, ni alamat

De Pauh Garden
Lot PT 1618 MK6, Jalan Permatang Pauh
13500 Permatang Pauh
Seberang Perai Pulau Pinang
Tel  : +604-3991618
Fax : +604-399 1518


Telefilem KHILAF 26 Apr 2013

Lisdawati melakonkan watak Salmiah, seorang gadis yang menanggung beban derita batin dan dendam terhadap lelaki setelah dia kehilangan maruah dan harga diri. Penderitaan Salmiah dan ibunya mendapat simpati Pak Mat, namun lelaki itu berniat tidak baik terhadap Salmiah dan telah memperkosanya. Tertekan dengan apa yang berlaku, Salmiah nekad melarikan diri ke bandar. Bagaimanapun dia menjadi mangsa Fuad, seorang bapak ayam yang memaksa Salmiah menjadi pelayan pelanggan (GRO).




Dendam terhadap lelaki mula menguasai dirinya dan pada masa sama, dalam diam, dia mengharapkan ada seorang lelaki yang hadir membawa cahaya dalam kehidupannya.
Selepas tiga tahun menjadi GRO, Salmiah dipaksa Fuad supaya memikat seorang tokoh korporat duda, Shahdan.
Fuad merancang berpura-pura hendak memperkosakan Salmiah dan wanita itu diselamatkan Shahdan. Perkenalan Shahdan dengan Salmiah membenihkan cinta di hati Shahdan. Atas persetujuan anak tunggal Shahdan, Azreen, akhirnya mereka berdua berkahwin.
Hubungan cinta Shahdan dengan Salmiah menimbulkan rasa kurang senang di hati Fuad kerana dia mempergunakan Salmiah untuk mengikis harta Shahdan. Bosan dengan sikap Fuad, akhirnya Salmiah 'mengenakan' Fuad dengan meletakkan dadah dalam kereta Fuad.  Fuad akhirnya dijatuhkan hukuman penjara lima tahun tetapi disebabkan kelakuan baik, tiga tahun kemudian dia dibebaskan.


Selepas tiga tahun berkahwin, hubungan Salmiah mula dingin apabila Shahdan tahu Salmiah bekas seorang GRO. Dalam waktu yang sama, Fuad yang dibebaskan kembali mengganggu hidup Salmiah. Tertekan dengan apa yang berlaku, terutama sikap Shahdan yang mula memandang serong terhadapnya, Salmiah merancang membunuh Shahdan atas dasar dendam terhadap lelaki. Dia berjaya memujuk Fuad melaksanakan rancangan tersebut.
Apakah kesudahan cerita ini? Kena layan la pada 26 Apr ini jam 10 pagi, selain Lisdawati turut berlakon ialah Datuk Ahmad Tarmimi Saregar, Fizz Fairuz, Zarina Zainoordin, Wan Nor Azlin dan Datuk Jalaluddin Hassan.

Sumber : mStar Online

MasterChef Selebriti Malaysia 2 - Episod Penyingkiran 2

Malam tadi tak sempat nak layan Masterchef Selebriti Malaysia 2 episod 1 sebab MJ tengah sibuk nak siapkan tesis ni..huhuu

Sebelum tu Jom layan Promo episod penyingkiran malam esok. Siapakah di antara Yassin, Radhi, Sabhi Saidi, Zain Saidin dan Kenchana Dewi yang akan tersingkir?


Dan bawah ni adalah menu yang disediakan oleh mereka..

Masakan Pasta dari Radhi

Sabhi Saddi - hmmm nampak cam sedap ;)

Kenchana Devi

Tagline glemer Masterchef musim ini ialah "BILA DAPUR PANAS, WATAK LAIN JADI JELAS"

Sumber : FB MC Selebriti 2


Senarai calon yang bertanding PRU 13 Pulau Pinang

Disebabkan MJ mengundi di Penang, jadi MJ nak syer ahli Parlimen dan DUN kawasan MJ dan asben. Kami mengundi di lain-lain tempat.. huhuuu

Parlimen Kepala Batas P041 adalah kawasan en suami bersama mertua, MJ pulak di Parlimen Bagan P043, saingan 3 penjuru dengan Ketua Menteri Penang yang lalu Lim Guan Eng.. Fuhh mencabar tu.. nak undi siapa ye? heheee :)
Kerusi PANAS Parlimen tentulah di P044 PERMATANG PAUH membabitkan DS Anwar Ibrahim kan, agak-agak kerusi tu akan dipertahankan atau dirampas.. Nantikannnn ;)




Untuk kawasan MJ, dok tengah berkira-kira nak undi siapa calon bertuah di DUN BAGAN tu


Untuk semua yang bakal mengundi pada 05 Mai 2014, buatlah pilihan yang bijak dalam memilih calon yang layak. Keputusan di tangan kita semua ye ;)

SUMBER : SPR PRU 13

Income dari enSurvey

Korang pernah register dengan enSurvey tak? Ala yang jawab survey dan kemudian kita dibayar..
Nak tanya macam mana dengan income korang, laju atau slow peningkatan $$$. MJ register pada 2 Jan 2013, boleh baca ENTRY INI (right Klik) pada masa tu earning dalam RM8.00++ dan sekarang bulan April jumlah terkumpul ialah RM 28.09


Memang agak lambat tapi sebab survey ni tak selalu ada, kalau ada kena jawab cecepat sebab terhad, tapi nak tunggu cashout tu lambat lagi la sebab cukup RM100 baru boleh keluarkan. Dan korang punya pulak camne? Jom sharing mana tau ada yang MJ terlepas ke.. ;)


Oh ya, MJ tak pernah cashout Churp Churp yang dah bertahun register tu tau..sobsob, korang boleh la tolong sumbang RM0.20 untuk MJ ye, nak gak merasa cashout..hehehee.



Koleksi FM (Fridge Magnet)

Semenjak berblog, semenjak terjebak dengan CGL (Contest, GiveAway dan Lucky Draw) MJ dah mula mempunyai minat, iaitu minat mengumpul FM... :) MJ yakin ramai rakan blogger pun punya minat yang sama kan? :) Koleksi FM yang akan sentiasa  menjadi kenangan sehingga anak cucu cicit, insyaAllah :)

FM atas tu yang terbaru, sebenarnya dah laaaaaaaama beli dan dapat tapi baruuuuuuu sempat nak buat entry, ngeh ngeh ngeh...
Dari atas - FM Langkawi beli masa trip dengan BFF ke Langkawi, FM UiTM dari member blogger (waduhhhh short term memory tak ingat dari siapa..huhuuuu - UPDATED: From ELISSMIE) dan FM USM masa Minggu Intensif.

Bawah - Masa ke Cameron bersama Family baru-baru ni (Entry pun tak sempat update..huhuu) MJ ada beli 2, ingat 1 nak bagi kat korangla, ada yang nak tak? Ingat nak bagi yang sebelah kiri tu.. :)


Inilah koleksi yang ada dengan MJ, dah hampir melorot ke bawah ha, dah le peti ais 1 pintu je.. Ada chance untuk tukar peti ais baru ni.. hahaha eh!! ada kena mengena ke FM dengan tukar peti ais?  lalalalala :)

Dan yang paling sayang tentulah FM dari obersea kan, walau tak pernah jejak kaki kesana, dapat FM pun dah kira aci la kan... :) FM ni ada yang tukar dengan rakan blogger dan ada yang menang GA :)

Korang, ada yang nak bagi MJ FM tak?

Menang Selendang Pashmina dan Brooch

Alhamdulillah rezeki dari contest FB, nama MJ dipilih sebagai pemenang :) 

MJ tak pernah ada koleksi Pashmina ni, mana tau rezeki menang ni boleh melaram dengan Pashmina dan Brooch handmade free.. hehee :) Hadiah dari De Jannah Collection ;)


CPUV Ke 4 Dan 5 2013

Alhamdulillah blog MJ telah dihadiahkan dengan CPUV ke 4 dan 5 dari Nuffnang untuk tahun 2013 setelah hampir sebulan rasanya 'sunyi' :)



Libresse Salute Her, campaign start 29 Mar tapi MJ baru perasan iklan tu menari dalam 2-3 hari lepas macam tu, sebab tu earning pun ciput je ;)

TM Mencari Ramli, siapa tu Ramli? Jom kita mencari dengan join contest ni, mana tau berpeluang menang GP ke Old Trafford mencari Ramli :)

 Apapun MJ ucapkan terima kasih kepada penaja dan juga Nuffnang kerana hadirkan BE ni ;)


p/s: MJ rasa salah 1 cara nak dapatkan BE ni ialah update blog secara konsisten dan memang MJ akuinya

Resepi Aiskrim HomeMade

MJ nak syer resepi Homemade Aiskrim yang MJ buat baru-baru ni, memang mudah nak buat dan yang penting sedap.. hehehe


Resepi asal dari Cik Epal ;)
Bahan-bahan
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat
1sb Ovalete
1 biji telur
Esen Vanilla atau lain-lain perasa yang ingin ditambah ikut selera

MJ memang failed bab menghias..hahahaa

Cara Membuat
1. Masukkan kesemua bahan dalam mixer (MJ guna blender je-malas nak bawak keluar mixer..hahaha)
2. Blender dlm kelajuan sederhana selama 10-15 minit
3. Asingkan kepada 2 bahagian (ni kalau nak buat lain-lain perisa ye) kalau taknak letakkan je esen vanilla tu
4. Macam MJ patahkan sepeket kecil biskut OREO bersama krimnya dan blender lagi dalam 5minit, kemudian ketepikan dan sejukkan selama 1-2jam.
5. Bekas lain masukkan perisa kegemaran, macam MJ masukkan jem stoberi dan juga perasa stoberi dan blender, ketepikan dan sejukkan selama 1-2jam.
6. Bila dah keras/beku boleh makan, dan klau nak lagi smooth blender lagi aiskrim tadi ye ;) tapi MJ blender sekali je sebab aiskrim dah gebu.. ;)


 Resepi Aiskrim ni ada pelbagai, terpulang pada citarasa masing-masing.. Lepas ni MJ nak buat Yogurt Aiskrim pulak ala-ala Tutti Frutti..heheehee ;)



HandBag Carlo Rino

Sebenarnya MJ dah lama beli handbag ni, rasanya dalam bulan 2 macam tu kot, huhuuu... sesekali dapat shoping angkut 2 biji terus senang takyah dok beli dah lepas ni (kononnya..hahahaa).. Lepas tu garu kepala hover bajet kau... hahaaa

Kalau sebelum ni MJ setia dengan GUESS, kali ni mencuba dengan CARLO RINO pulak.. hehee


MJ dah lama dok cari yang jenis SLING BAG, nak rembat COACH macam entah bila je kan nak dapat beli jadi bila dah jumpa yang berkenan dihati tak pikir panjang terus sambar la.. :)


Asalnya beg ni nak guna masa Raya (hambik kau posa pun belum dah pikir Raya...), tapi geram je dok tersimpan dalam almari, bila buka je nampak hmmm terus pakai la.. hahaaa gitulah fomfuan kan... :)


Dan beg ni untuk kegunaan seharian, senang nak usung.. terus beg lain ku lupakan heheee... Jenis kacang Lupakan Beg betul, dapat baru yang lama tak pedulik... :-) Bukan pe, beg ni untuk jenjalan, beg nu p kenduri, beg tu p keje, dan beg bla bla bla.. hehee


UPDATED : Sebenarnya Handbag ni MJ beli masa offer, hanya RM89.00 satu, sebab tu rembat 2 biji, jadi RM180.00 dah dapat 2, kalau tidak 1 pun dan harga tu kan... :)

WW : HomeMade Ice Cream

1st time buat, alhamdulillah boleh buat lagi :) 


 Aiskrim Strawberry dan Aiskrim Oreo Homemade

Pemenang Phone Casing milik....

Seorang dari  7 peserta bakal memenagi Phone Casing pilihan anda, MJ pun tak sabar nak tahu siapa pemiliknya kan.. ;) Pilihan yang dibuat adalah melalui cabutan ye..


 TAHNIAH!!! pada peserta no 6 iaitu   http://mylovely-fieda.blogspot.com/  (SG Note 2)

Akak Fieda sila tinggalkan nama, alamat dan no telefon untuk urusan pengeposan.. MJ akan direct dengan penganjur untuk hantar kepada akak ye :)

Yang lain jangan sedih-sedih na, mana tau ada simple GA lagi ke di masa akan datang ;)

Aiskrim Goreng Lagi

Disebabkan dah lama tak makan Aiskrim Goreng, rasa teringin sangat nak makan (bukan sebab lain k, hehee) so terus mintak hubby beli roti Gardenia.. Lagipun stok Aiskrim masa buat Milkshake Strawberry ada lagi boleh la buat terus :)


Bulat yang tak berapa nak bulat sangat, jadilah asalkan roti menutupi aiskrim di dalam supaya masa goreng nanti 'tak makan minyak'


MJ guna Aiskrim Vanilla lepas tu tabur Oreo sikit, memang mabeles sangat.. Firas (anak sedara) cakap 'sedapnya Aiskrim ni'..heheee

Kalau korang nak resepi, boleh klik SINI ye ;)


Jom kita mengundi PRU13

Ini adalah pertama kalinya MJ sebagai pemilih akan membuang undi, teruja dan tak sabar sangat.. hehee ;)
Jom semua yang layak, jangan lupa (X) pada calon yang anda rasakan paling LAYAK, dan bukan kerana terpedaya dan apa-apa ye.


Tarikh penamaan Calon : 20 April 2013 (Sabtu)
Tarikh Pengundian Awal : 30 April 2013 (Selasa)
Tarikh Pembuangan Undi : 05 Mei 2013 (Ahad)


Nak tengok siapa calon Parlimen di kawasan anda, klik SINI ye ;) 

Resepi Oreo Cheese Cake tanpa Gelatin dan Cream Cheese

MJ nak syer Resepi Cheesecake yang MJ buat baru-baru ni sebagai simpanan pada masa depan, ianya sangat mudah dan cepat disediakan ;) MJ menggunakan KRAFT SLICE CHEESE bagi menggantikan PHILADELPHIA CREAM CHEESE


Resepi asal di SINI
Bahan-bahan:
6 keping KRAFT SLICE CHEESE
6 biji telur (asingkan putih dan kuning)
300ml susu segar
100 gm butter
120gm gula
100gm tepung gandum
sedikit esen vanila
2 paket besar OREO dan 50gm butter (untuk base)

Untuk BASE - pecahkan/hancurkan oreo (buang krim) dan campurkan dengan butter yang telah dicairkan dan kacau hingga sebati. Tekap ke dalam loyang yang kita boleh buka bekasnya (untuk mudahkan proses mengeluarkan kek nanti- jangan lupa sapu butter dekat loyang ye) dan keraskan dalam peti sejuk.


Step 1 :
1. Carikkan cheese dan masak dengan susu segar sehingga larut (api sederhana)
2. Masukkan butter dan biarkan sehingga cair
3. Tutup api dan sejukkan

Step 2 :
1. Pukul putih telur dan gula sehingga menjadi meringue ye (soft peak foam) - meringue menjadi bila kita terbalikkan putih telur ianya tak jatuh ye :)

Step 3:
1. Pukul kuning telur sehingga kembang
2. Campurkan bersama dengan bahan STEP 1 dan kacau rata
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati dan tak berketul
4. Kemudian masukkan esen vanilla
5. Dan akhir sekali masukkan meringue (Step 2) tadi. Masa ni kalau nak letak campuran oreo atau strawberry terpulang.
6. Kemudian masukkan adunan ke dalam loyang yang berisi oreo yang dikeraskan tadi
6. dan bakar dengan kaedah waterbath (air yang dipanaskan diletakkan dalam loyang yang lebih besar dan kemudian letak loyang kek dalam air tersebut) selama 45minit. Jangan lupa balut dengan aluminium foil loyang anda untuk mengelakkan air masuk ke dalam kek.


Kek nampak agak berongga rasanya sebab masa dah siap buat adunan kek tinggal nak bakar je, tetiba cari aluminium foil takdak, kelam kelibut mintak hubby pergi kedai beli..hahahaa.. Apapun kek tetap menggebus macam makan kek span tau ;) Sedap dan yang penting tak muak.

Hadiah ToteBag dari Gin&Jacqie (Malaysia)

Alhamdulillah beg comel dari contest Majalah Cosmo edisi Jan 2013 telah selamat diterima semalam :) Terima kasih Gin&Jacqie, ada rezeki menang lagi..heheee


Ambil dari website Gin&Jacqie




Sepasang Tiket Wayang

Sepasang tiket wayang dah selamat sampai semalam hadiah menang dari contest Darlie, dok terfikir nak layan cerita apa ye, almaklumlah dah lama sangat tak layan 'panggung' ni :) Last ke panggung masa layan filem hebat OMBAK RINDU tahun 2011.. fuhhh dah setahun lebih rupanya tak ke panggung wayang ;)



Tiket valid till June 2013, so banyak masa lagi yang ada, asben lak jenis tak minat layan panggung so kena ajak teman pengganti la..heheee.. Sementara anak sedara MJ Firas ada ni ingat nak bawak dia tengok citer Kartun ke yang best-best.. Any idea? :)



WW : Strawberry Cheese Cake

Penangan dok teringat Cheese Cake di Cameron Highland

 Strawberry dah habis, yang tinggal Blueberry je.. huhuu

 Takpela Blueberry pun asal dapat lepas rasa teringin.. hahahaa



Balik rumah terus mulakan operasi menghasilkan sendiri ;)



 Nampak gebu kan...hahaha (perasan) tak sangka menjadi juga cheese cake ku, walau rupa tak comel ;D


Last but not least, berfondue lagi... :)