Happy Birthday.. :)

Hari ni merupakan ulangtahun kelahiran yang ke 29 buatku, tahun terakhir di usia 20an kerana tahun depan akan berubah angka di hadapan.. :) Angka bukanlah ukuran yang penting diberikan kesihatan yang baik oleh Allah SWT, hidup bahagia di samping suami dan keluarga, berjaya dalam kerjaya juga dalam pengajian, insyaAllah aminnn.. :)


Cake birthday for me by my love :)


Dalam kesibukan MJ menyiapkan Tesis, sempat lagi potong kek kejap kemudian sambung buat tesis semula..hehehe.. Dikala entry ini ditaip, jam sudah ke pukul 4.45 pagi.. Alhamdulillah tesis tinggal sikit je lagi (Tak tidur di malam besday...hahaha)



Senarai Homestay di Melaka

Disebabkan MJ dah survey beberapa tempat di Melaka, jadi MJ nak kongsi dengan korang Nombor telefon untuk dihubungi sekiranya ingin mencari Homestay di Melaka.


1. Rumah Rehat Umbai                   06-2610200
                                                         016-3691701

2. Homestay Bukit Katil                 019-2507109
                                                         019-2080690

3. Homestay Seri Cempaka            010-3342414


4. Seri Duyong Homestay               012-2058954


5. Ayin Homestay Pengkalan Balak  019-6648101
                                                             019-6518101


6. Bonda Laila Homestay, Ayer Keroh    017-6835796


7. Barakah Kampung Stay               017-6463019
                                                           012-3697866

Ada banyak lagi homestay, korang kena rajin Google la ye, sebab senarai ni antara yang sempat MJ survey je :)


Gambar di ambil dari website homestay :)

Kami menginap di Bonda Laila Homestay di Ayer Keroh, lokasi strategik kerana berdekatan dengan TOL Ayer Keroh, Zoo, Taman Mini, MYDIN dan macam-macam la.. Cuma Homestay ni ada sedikit je kekurangan dari segi kemudahan asas, yang lain-lain semua ok, biasalah bukan semua dapat penuhi kehendak kita kan.. ;)



p/s : Masih tak sempat nak Blogwalking mahupun update beberapa entry yang masih tertunggak terutama entry Seminar buat Duit dengan Blog..huhuuu
                 

Fridge Magnet Melaka

Baru balik dari jalan-jalan dari PENANG----->MELAKA----->MUAR----->PENANG fuhhhhh penat tak terkata, lenguh 1 badan.. walaupun gilir memandu dengan husband tapi tetap penat tak terkata. 3 hari 2 malam yang sangat meletihkan..


FM ni untuk diri sendiri dan my family + kawan-kawan opis dan juga blog.. balik rumah tengok adehhh apasal la beli sikit... hehee :)


FM 3D, gigih beli jugak sebab nampak cantik walaupun comel :)

Asalnya nak buat entry WW, tapi terpanjang pulak terus tukar Word WW kat depan tu.. hehee (penangan lama tak berceloteh kat blog sendiri) hahahaaa :)


p/s: MJ akan senyap seketika dalam blogging sebab nak tumpukan pada final exam for my last year in USM (tak sangka 4 tahun sudah bergelar Pelajar Jarak Jauh-PJJ), lepas ni insyaAllah dah boleh graduation... fuhhhh lega.... ehhh!! tak boleh lega lagi sebelum perjuangan belum tamat :)

Susu Kambing Segar (Nubians Goat Milk) - SEDAP

Bila dengar sus kambing, mesti akan ada yang bersuara 'pelik' di belakang.. Biasalah MJ pun pernah terfikir dulu sedap ke Susu Kambing ni, boleh telan ke, tak bau kambing ke? Sama macam pemikiran sesetengah orang, betul tak?

Tapi lepas baca review dari blogger Irine, terus rasa nak mencuba.. Lagipun memang dah lama MJ mencari Susu Kambing Segar ni. Yang istimewa Susu Nubians ni bukan apa, sebab ianya ada penghantaran ke rumah.. wahhh tu yang syiok.. tak payah pergi cari supermarket segala, order dan terus dihantar ke rumah.. Kalau korang nak tengok area rumah korang cover tak, jom klik NUBIAN GOAT's MILK


Botol comel 200ml berharga RM5 sebotol. Untuk minggu permulaan MJ order 3 botol dulu sebab nak rasa kan, takut tak kena selera tekak rugi je beli banyak-banyak kan.. Bila minum terutama masa sejuk, perghhh memang layan abes.. Sedap tau... Bau kambing pun tak bau sangat.. Rasa nyesal pulak order 3 botol je... hehehee dah la servis penghantaran diorang seminggu sekali je :)


Dan minggu selepas tu, ha ambik 15 botol terus borong, senang buat stok untuk seminggu sebab minggu depan diorang akan hantar lagi. Lagipun nak order banyak-banyak kang tak 'celuih' peti ais pulak :)


Tips nak simpan agar Susu Kambing terus segar ialah bukan simpan di peti sejuk beku ataupun di bahagian sayur ye, TAPI!!! di bahagian wap peti sejuk keluar, macam peti ais rumah My Mum 3 pintu, jadi di pintu tengah ada bahagian wap keluar antara tempat beku dan tempat biasa.. Kalau yang tak tau tu ha cepat balik rumah p check ye :)

Jom kita tengok antara Khasiat dan Kelebihan Minum Susu Kambing




  • Membantu sistem imunisasi badan
  • Tidak menyebabkan alahan
  • Bersifat alkali berbanding susu lembu bersifat asidik.
  • Meningkatkan daya tumpuan, kepekaan dan ingatan.
  • Membantu sistem penghadaman
  • Menguatkan jisim tubuh (tulang, otot, sendi, kulit dan tisu saraf)
  • Tidak mengandungi Protein Kompleks yang menjadi penyebab utama alahan.
  • Kandungan Gizi dan Asid Lemak dalam susu kambing lebih tinggi dari susu lembu
  • Molekul lemak dalam susu kambing lebih halus dan mudah dihadam berbanding susu lembu.
  • Proses pencernaan susu kambing hanya memerlukan 20 minit berbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam.

    Dan korang boleh je Google untuk mendapatkan lebih maklumat.. Sumber diperolehi dari SINI

    Setakat ni minum alhamdulillah perut rasa kenyang sentiasa, my asben pun minum dan dia rasa segar badan.. Oklah kan sebab baru minum dalam seminggu macam tu.

  • Review Hotel Singgahsana, Petaling Jaya

    Blogger lain kebanyakan dah up cerita pasal #SBDdB, MJ je belum lagi.. Kepala dah berpinau.. Letih giler baru balik semalam, harini dah start kerja, huhuuu.. Nak ambik cuti, cuti pulak berbaki 2 hari (Cuti MJ kebanyakan dah habis sebab guna untuk kelas + exam, kerja swasta ni cuti kena potong la, kalau Gomen syokla cuti free..hheheee).. 1 bulan cuti masuk 2 hari, 2 hari tu pun dah nak ambil hujung minggu ni sebab nak ke Melaka + Muar pulak.. Letih semalam pun tak hilang lagi dah nak ke trip lain pulak..


    Ok, MJ bermula dengan review pasal hotel penginapan kami iaitu Hotel Singgahsana Petaling Jaya, senang terus ambik je Hotel ni tak payah risau nak sesat ke hape ke kan :) Padahal sebelum nak sampai Hotel ni puas memusing jugak + jalan jem sikit.. Thank you KiD sebab jadi penunjuk arah kat kami, Papago masa tu la bateri caj takmau masuk.. Waze faham-fahamlah bukan nak ada gambaq macam Papago tu kan.. Walaupun ini kali ke dua MJ ke Hotel Singgahsana tapi memori failed bab nak hafal jalan ni.

    Kitorang sampai dalam pukul 2pm macam tu, ngam-ngam untuk check in, mujur ada bilik kosong, KiD suruh guna nama Denaihati kot-kot boleh dapat murah kan..heheheee.. Kitorang check in guna Government Rate (asben) dapat la semalam RM140 nett. MJ tak tau la normal price berapa sebab masa MJ stay kali pertama dulu pun harga ni jugak.


    Abaikan diriku yang gilakan cermin besar.. hahaha..

    MJ suka bilik kat Hotel ni, besar, luas dan selesa berpatutan dengan harganya.. Ada hotel kat KL nun harga lebih kurang camni tapi bilik alahai cun-cun untuk solat je dengan katil Queen, sabo jela... ;)


    Tapi!!! yang tak sukanya kami dapat bilik dengan 2 buah katil Single, aduhai apa barang katil single untuk couple macam kami ni, tapi cheq redha...hahahaaa :)


    Bilik air pun luas, boleh la nak masuk berjemaah, eh!! tak boleh besar macam mana pun kena masuk sorang-sorang k.. dah kawen takpa... hahahaa


    Sampai je bilik asben dah sibuk bukak TV, yang tak best tak dak astro, WiFi pun takdak, tapi awat hari tu ada WiFi... sobsob... :)  Ok redha lagi mujur enset boleh Tettering Hotspot... Lega :)


    Kupon breakfast untuk kami, tapi makan tak banyak pun pagi tu sebab excited kejap lagi nak jumpa rakan blogger + tuntut ilmu..heheee


    Dan ni pemandangan dari tingkap bilik, cuaca elok segar masa kami sampai


    Dan ni pulak masa cuaca beransur senja...

    Nama je ada DSLR hadiah free, tapi nak guna pun tak berapa nak terer lagi.. Nak kena masuk kelas fotoG ni untuk asah ilmu :)


    p/s : Majlis SBDdB memang best, selain ilmu yang diperoleh dapat peluang bertemu rakan blogger yang mantap.. penuh hall tu dengan rakan blogger tapi disebabkan sifat malu ni, cheq tak berapa berani nak tegur blogger2 mantap tu semua, cuma kalau ada yang tegur + MJ tegur tu kira oklah kan..heheee.
    Tapi paling tak sangka dapat jumpa Cik Tom, memang dah lama nak jumpa Cik Tom ni, kalau tak kerana cik Tom tak tegur hmmmm memang tak kenal la dengan beliau... heheee


    Jumpa nanti di Seminar Buat Duit dengan Blog

    Baru kelmarin MJ up entry mengenai kesedihan sebab asben tak dapat turut serta kerana ada hal, (ENTRY INI) dan alhamdulillah ada rezeki buat MJ apabila di saat-saat akhir asben dapat turut serta ke key ell.. yuhuuuuuu.

    Korang dah daftar ke? Kalau belum cepat kita timba ilmu berharga, tinggalkan sejenak hal lain kita tuntut ilmu dulu... Yuran cuma RM50 je dan kalau bertuah boleh menang S4 (Woww!!), iPad Mini (Phewww), S3 Mini (Fuhh) takpun Pakej Kembara Kemboja (Awesome) dan hadiah-hadiah lain yang menanti.





    Pada mulanya MJ akan ke sana bersama kawan dan akan tinggal di Shah Alam, dan MJ macam nak menangis terharu apabila rakan blogger dan rakan FB Denaihati turut menghulurkan bantuan di saat MJ kebuntuan takut kesesatan mencari jalan.. Korang memang superb la, bertuah sangat rasa walau kita tak pernah bersua muka tapi hubungan kita seperti adik beradik. sob sob nanges sambil lap hingus..


    Jutaan terima kasih buat blogger KiD (keloi kawan2), Sis Ogy (siap tinggalkan email nak tolong MJ), Khai♥Rin : anies, abg Ensem (bagi info pasal Hotel Bajet), Datin Tyka (nak bawak naik Kuda), Syukri Tahir (plan nak berkumpul dan konvoi di Petronas) dan semua la yang sudi hulurkan bantuan buat MJ. Terima kasih sesangat :)

    Demi MJ korang sanggup plan berkumpul ye :) Ni dah asben ikut kitorang amik jalan selamat menginap di Hotel Singgahsana la kot


    p/s : Asben cakap ni kira surprise untuk my besday in advance la.. Sambut awal 2 minggu... hehee tak kisah la asalkan ada kan...:)

    SBDDB - Kita hanya Merancang

    Kita hanya mampu merancang dan Allah yang akan menentukan segalanya, itu memang diakui kan... Kalau ikutkan perancangan, MJ akan ke sana (untuk hadiri Seminar Buat Duit dengan Blog) bersama family TAPI!!! my family pada masa tersebut ada hal lain yang tak dapat dielakkan.. sobsob...


    Mulanya MJ seakan frust giler sebab BERKEMUNGKINAN BESAR seperti tak dapat nak hadirkan diri, yela takkan nak pergi seorang diri dari PENANG - PETALING JAYA konpemla asben takkan benarkan punya. Mood sedih sudah bermaharajalela......



    Tiba-tiba, TING!!!! teringat ada seorang member yang sedang lanjutkan pengajian part time di UiTM Shah Alam dan akan hadiri kelas pada hujung minggu ni, jadi serasa seakan ada peluang terus roger dia. Dia ke sana bersama asben, dan kalau MJ nak follow dan tahu jalan kami akan pergi berdua/bertiga macam tu la ke sana.


    TAPI masalah MJ sekarang ni, MJ TAK TAHU jalan dari UiTM (yang dekat area i-City tu) nak ke HOTEL SINGGAHSANA tu, sebab kawan MJ ni dia ada kelas Ahad tu 8.30am jugak, dan dia suruh MJ drive je ke sana.. Alahai cheq memang failed giler jalan area sana, ada tak korang TERUTAMA peserta SBDdB dapat bantu MJ meleraikan kekusutan.. Sebab itu saja cara MJ nak hadiri Seminar tu, kalau tak hmmm jawabnya MJ TERPAKSA menarik diri la... huhuuuu


    p/s : MJ tak reti guna GPS-Guna Pun Sesat melainkan ada orang disebelah masa memandu boleh la tolong tengokkan signboard



    WW : Macarons

    Orang lain dah lama makan MJ baru dapat merasa.. ;) 

    Bila singgah bakery ada jual, terus beli, RM8.00 


     Rasa - Manis dan bolehla habuan nak makan..



    Layan Mee Udang di Sungai Dua

    Sungai Dua Penang memang terkenal dengan Mee Udang dan juga Char Koaw Teow, sesiapapun yang mai Penang dah macam acara wajib untuk makan antara 2 menu tersebut, betul tak? hehee

    Ok kali ni MJ dengan asben kitorang 'lari' sikit dari tempat selalu, kami mencuba di kawasan Desa Murni, Sungai Dua pulak :) Asalnya kami nak makan Mee Udang Bagan Tambang, tapi rupanya kami tersalah kedai.. Belasah jela sebab perut masa tu dah lapar sangat..hehehee.


    Mee Udang dengan 3 ekor udang besar yang berharga RM20?-kata pelayan tersebut

    Masa kami sampai terus pelayan datang mengambil order tanpa MENU diberi kepada kami, malas nak soal banyak sebab p mai p mai sama je mana-mana kedai makan kan, jadi MJ tanya apa menu special kat sini, pelayan cakap SEAFOOD.



    Ok tanpa fikir panjang MJ order Mee Udang, asben pulak Nasi Putih, Sup Tulang dan Ketam Masak Pedas. Mulanya asben order Ketam masak Merah - pelayan tu cakap masak merah takdak tapi ada masak pedas, kitorang taknak order masak pedas sebab asben ada gastrik tetap nak jugak masak merah, heheee tapi dah kedai cakap takdak apakan daya redha jela.. :)




    Lepas tu MJ tanya pelayan tu, berapa sepinggan Mee Udang kat sini selalunya..? Dia cakap udang dikira berdasarkan berat,  okla tu kami faham tapi nak tahu berapa RM kebiasaan orang selalu makan.

    Dia cakap selalunya 3 ekor Udang berat dalam 150gm + Mee RM 3 = total lebih kurang RM20 macam tula

    Telan liur MJ dan suami dengar, hah!! Mee Udang sampai RM20?? Apa sepecialnya udang tu punya mahal.. takpe teruskan order sebab nak tengok apa penyebab kemain mahal :)



    Kalau Mee Udang saja dah RM 20, habis ketam sure dalam lingkungan harga tu jugak, dan bila Mee Udang sampai MJ teruja... Owhhh patutlah mahal, udang fresh gedabak besaq ha.. Memang puas makan padanlah harga mahal... hehehee

    MJ dah tak peduli keliling terus sumbat je masuk mulut sebab dah lapar sangat, masa ni menu asben tak sampai lagi.. :)


    Inilah ketam Masak Pedas, elok dah makan sebelah baru teringat alamak belum ambil gambar la..hahahaa memang sakit mental la kan... :) Ketam ok besar makan pun sedap cuma pedas :)



     Dan ni Sup Tulang, memang mabeles, rasa rempah ratus ribu tu semua.. :)

    Lepas habis licin semua kitorang kira bajet makan masa tu, jadi lebih kurang dalam RM60.++ macam tu la kot anggaran kitorang :)
    Asben p bayar terkejut cuma RM30.++ macam tu je, tapi malu nak tanya tokey berapa harga makanan ni semua.. hehee disebabkan murah dari bajet kami kira bayar terus la..

    Kesimpulannya Mee Udang tu bukanlah berharga RM20 sepinggan, mungkin dalam RM15 kot, dengan menu asben RM13 + air = RM30.++


    Cadangan Hotel/Homestay Sekitar Melaka/Johor

    Assalam, MJ memerlukan pendapat dan cadangan dari rakan blogger sekalian, hujung bulan ini insyaAllah pada 25 Mei 2013 - 27 Mei 2013 MJ bersama keluarga mertua akan ke Johor untuk menghantar adik ipar MJ ke Kolej Matrikulasi Muar.

    Jadi dari Penang kami ingat nak transit Melaka, nak pusing-pusing jalan-jalan tempat-tempat menarik di Melaka, MJ dah lama giler tak ke Melaka manakala keluarga mertua tak pernah lagi sampai sana.


    Jadi berharap pada rakan-rakan yang tinggal sekitar sana terutamanya atau yang pernah jalan-jalan di sana boleh bagi pendapat Hotel/Homestay untuk kitorang. Hotel sebilik dalam lingkungan RM150++ (sebab nak ambi1 2 bilik) ataupun Homestay untuk sekeluarga.

    Photos of Menara Taming Sari, Melaka
    This photo of Menara Taming Sari is courtesy of TripAdvisor


    Kalau korang ada cadangan tempat best untuk dikunjungi di Melaka/ Johor pun ok, boleh kami terjah.. Itupun kalau tak sesat..hehehee.

    Plan asal nak bertolak dari Penang hari Sabtu dan nak singgah Melaka dulu dan bermalam, Ahad tu lepas dah ronda Melaka kami ke Muar dan bermalam di sana pulak, jadi mudah lah hari Isnin nak ke Kolej Matrik kat Muar tu.. Jimat masa..


    Banyak homestay penuh sebab musim cuti sekolah kan, mujur ada rezeki MJ dapat booking di HOMESTAY BONDA LAILA :)

    Seminar Buat Duit dengan Blog

    UPDATED
    Siapa yang belum mendaftar sebagar peserta SEMINAR BUAT DUIT DENGAN BLOG ni? Kalau belum cepat kena daftar, tak rugi tau untuk suatu majlis ilmu yang mungkin akan dapat kita praktikkan nanti, siapa tahu kan. Menuntut ilmu itu satu tuntutan, apa salah kita luangkan sedikit masa untuk mencari ilmu. Sebenarnya tak semestinya korang ada blog sahaja kena join, tapi SESIAPA SAHAJA yang nak mencari pendapatan sampingan ye.


    Seminar akan diadakan pada Sabtu, 4 Mei 2013 AHAD 19 Mei 2013, jam 8.30 am – 1.30 pm di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya yang akan memberi ruang untuk anda mempelajari atau memantapkan perancangan blogging  selama ini. Sesi seminar yang berkonsepkan forum ini akan memberi ruang untuk anda bertanya dan berbincang dengan para panel yang terdiri dari top blogger Malaysia.


    Dalam seminar kali ini, kita akan berpeluang untuk mempelajari beberapa teknik lain seperti affiliate, e-book dan sebagainya yang ada sesetengahnya tidak pernah dicuba. Beberapa rakan blogger berpengalaman dan telah menjana pulangan lumayan dari aktiviti blogging akan berkongsi bagaimana mereka melakukan pelbagai aktiviti penjanaan pendapatan mereka.

    Bayaran untuk pendaftaran Seminar Buat Duit dengan Blog ini DIKEKALKAN sebanyak RM50 seorang. Pendaftaran awal akan tamat pada 15 April 2013 05 Mei 2013, dan selepas itu, yuran penyertaan akan dinaikkan kepada RM100 seorang.  RM 50 kalau ikutkan murah la untuk 1 majlis ilmu yang besar.. boleh baca kat SINI jugak.

    Seminar ini bukan hanya untuk Blogger sahaja tetapi terbuka untuk :
    1. Suri Rumah yang mencari pendapatan sampingan
    2. Pelajar Sekolah berusia 15 tahun ke atas
    3. Siswa/Siswi Pusat Pengajian Tinggi Awam dan Swasta
    4. Penganggur sangat-sangat diwajibkan
    5. Blogger ensem dan cantik
    6. Aktivis Sosial Media
    7. Kakitangan swasta, badan berkanun dan awam
    8. dan Semua yang berminat menjana pendapatan sampingan secara online

    Ahli Panel Seminar Buat Duit Dengan Blog :
    1. Abang Ensem (Blogger Harta Tanah)
    2. Ikhwan Nazri (CEO Amanz.my)
    3. Md Hasrin Md Hassim (President Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia)
    4. Ahmad Faizal (Blogger dan Cikgu)
    5. Nisa Kay (Blogger dan Wartawan Amanz.my)
    6. Rayyan Haries (Travel Blogger)
    7. Ustaz Nur Efendi Hamid (Blogger dan Mudir Madrasah Tahfiz An Nuur)
    8. Zarul Umbrella (The Singing Blogger)

    MJ dah pun mendaftar sebagai peserta, dan kalau korang berminat juga boleh mendaftar di SINI ye kerana pelbagai insentif akan diperoleh dari seminar nitau, kalau bertuah alhamdulillah.. hehehe...Bukan hadiah yang direbut tapi ilmu yang bakal diperolehi tu yang penting.. Jadi jika punya kesempatan tak rugi jika kita dapat luangkan sedikit masa kan.. 

    Pada yang tinggal di luar kawasan KL/Selangor mesti memberi alasan jauh dan tidak punya masa, tapi kalau korang nak tahu MJ sanggup turun dari Penang untuk ke sana demi majlis ilmu yang mungkin lepas ni tak ada kot (kena tanya penganjur la kalau beliau nak buat lagi..hehehe) 


    MJ mulanya nak booking tiket kapal terbang sebab tak larat nak drive ke sana, hubby tak ikut ada hal - so ajak emak sebagai teman, tapi memandangkan tiket dalam RM300++ fikir2 balik baik naik kereta lagi jimat, tapi nak drive tu yang tak sanggup sebab minggu selepas tu MJ akan ke MUAR pulak (drive lagi).. at last ajak emak naik bas.. hehee. 

    Tapi alhamdulillah kita merancang dan Allah yang tentukan, dalam 'kepeningan' tu abah MJ sudi tolong bawak kereta ke sana dan dapat la bawak 1 family jalan-jalan.. heheee ;)


    Ok pada korang, toksah dok pikiaq panjang-panjang lagi dah, sebab tak lama dah majlis ni iaitu 19hb Mei ni tau, takpun korang daftar je dulu, kalau niat kita nak dapat ilmu insyaAllah akan dipermudahkan urusan.. MJ dah lama mendaftar, dari bulan 4 lagi, sebelum tarikh asal 4hb Mei di UBAH ke 19 Mei. Masa tu kita pun tak tau kita ada urusan lain ke tak.. Cuma RM50 je tak rugi tau..hehehee :) Jom daftar di SINI..


    p/s : Blogger yang akan bersama-sama MJ di sana nanti? :) Denaihati, Shakiddo, Kak SweetKurma, Kak AjuMohit,  Cik Siezuka, Datin Tyka,  TiranaAduka, MelastikBintang, CikguNaman, dan ramai lagi.. Ni antara blogger yang MJ kenal ;)


    Power Bank Mashimaro 2800mAh - Limited

    Ni model terbaru, memang kiut sangat, siap boleh tukar-tukar baju lagi ;)


     Power Bank Mashimaro 2800mAh
    RM60 termasuk pos Limited Only
    Lepas ni harga akan kembali ke RM70.00 ye
    Berminat boleh roger MJ ye..

    Terjebak Jugak... huhuu

    Adehla sebelum ni dok tengok kengkawan je dok terjebak, sampaikan kat FB pun penuh dengan 'mintak nyawa' untuk ni. Dan MJ rasa vangga sebab mampu bertahan agak lama dari terjebak dengan tu semua tau.

    Asalnya dari member PJJ, masa kami dalam Kursus Intensif dia dok ajak, tapi MJ berjaya ngelak sebab dah tahu kalau sekali terjebak, huwaaaaa memang tak boleh tinggal punya.

    Dan ternyata MJ tertewas, semalam 'gatai tangan' dok p download, ha ambikkk pukul 1pagi pun dok layan, padahal esoknya kerja... sobsob ;) MJ tahu dalam kalangan rakan blogger ada juga yang dah terjebak kan???? hehehee


















    Inilah game yang berjaya mencuri hati cheq.. hohooo memang penangan betulla.. Sapa yang sekali terjebak dengan MJ cepat ngaku.. hahaha :D



    Gambar atas ni dari Google, wahhhh dasat dah level berapa ni kan... :)


    Sekarang MJ masih di peringkat awal, masih di tangga ke 19.. Adehh dah la 'nyawa' nak kena tunggu, satu penyeksaan betul... isy isy isy... Kalau ada yang main jugak, sudi-sudikanlah sumbang nyawa untuk MJ ye.. heheheee




    Tips Pemilihan Tudung

    Salam.. Zaman sekarang terdapat pelbagai fesyen tudung diilhamkan oleh pereka tempatan mahupun orang luar asalkan kita tahu cara pemakaian tersebut tidak menyalahi etika dan adab sebagai orang Islam.. Di bawah nie, MJ kongsi tips2 untuk kita semua.


    Pada asasnya, pemilihan sesuatu tudung perlu mengambil kira beberapa faktor penting seperti; fabrik, warna, saiz, corak, bentuk muka dan gaya pemakaian.

    Tip 1:
    Pilih tudung dari fabrik yang bersesuaian seperti kain kapas dan kain kasa(bawal).

    Tip 2:
    Jika memilih corak berbunga besar, padankan dengan baju kurung atau kebaya yang berwarna garang dan polos.

    Tip 3:
    Jika memakai baju yang bercorak atau berbunga, padankan dengan tudung yang mempunyai warna paling sikit di baju anda.
    Contoh; jika warna hijau paling sedikit di baju anda, pilihlah tudung warna hijau.

    Tip 4:
    Cuba elakkan memakai tudung dan baju yang mempunyai warna sedondon.

    Tip 5:
    Untuk penampilan yang lembut tetapi ceria dan berkeyakinan tinggi, pilihlah tudung polos atau kosong yang berwarna cerah seperti merah jambu, kuning dan biru.


    Gmbar Ihsan dari Google


    Tip 6:
    Elakkan pemakaian tudung yang berwarna gelap dan kusam untuk mengelakkan anda dari kelihatan sudah berusia.

    Tip 7:
    Bagi wajah yang berbentuk bulat, pilihlah tudung yang bercorak kecil dan tidak penuh.
    Ia untuk mengelakkan wajah anda kelihatan penuh dan tidak terurus.

    Tip 8:
    Anda yang berkulit putih disyorkan memakai tudung berwarna hijau, ungu dan lavender untuk wajah yang lebih segar.
    Awas! Tudung berwarna merah jambu akan membuatkan anda kelihatan pucat.

    Tip 9:
    Anda yang berkulit kuning langsat, pemakaian tudung berwarna biru, lavender dan pink akan menyerlahkan lagi keserian wajah.
    Awas! Elakkan tudung berwarna hijau dan kuning supaya tidak kelihatan kusam dan tidak bermaya.

    Tip 10:
    Buat pemilik kulit sawo matang, warna hijau dan kuning membuatkan anda kelihatan lebih cerah dan terang.
    Awas! Cuba elakkan memakai tudung berwarna kelabu gelap supaya wajah anda tidak kelihatan kusam.

    Tip 11:
    Pastikan tudung anda dikemaskan di bawah keronsang selepas pinkan tudung. Ia bertujuan mengelakkan lilitan tudung kelihatan seperti mengelembung.


    Sumber diambil dari SINI


    Entry lama di publish semula.. Entry dari zaman awal kemunculan blog ini (dah 3 tahun entry ni) hehehe...





    WW : Dakwat Kekal

    Ini takdak kena mengena dengan politik ok, saja nak tunjuk inai di jariku.. hehee 

    Kiri - Selepas Mengundi
    Tengah - 8 jam selepas mengundi
    kanan - Hari ke 2

    Sekarang hari ke 4, cuma ada sisa-sisa biru di tepi kuku.
     

    Kasut 'Le Sandae' dari Zalora

    Zalora.com.my - sebuah website yang tak perlu diperkenalkan lagi kepada penggemar fesyen seperti kasut, jeans, kaftan, beg, produk kecantikan dan macam-macam lagi. 1 tempat 1 tujuan 1 pilihan 1 bayaran 1 Malaysia, heheee :)

    MJ juga tidak ketinggalan untuk mencuba buat pertama kali membeli belah di Zalora, disebabkan banyak pilihan yang rambang mata, sampai pening nak buat keputusan, akhirnya MJ memilih kasut Le Sandae, tengok rekaan simple tapi cheq berkenan..



    MJ membeli dengan menggunakan Voucher dari Zalora sebanyak RM50, jadi MJ cuma perlu membayar sebanyak RM14.90 (termasuk kos penghantaran) untuk sepasang kasut yang berharga RM59.90.
    Asalnya MJ membeli pada awal bulan April, tapi disebabkan ada masalah pada masa ingin melakukan transaksi pembayaran, maka order MJ tersangkut.


    MJ ingatkan dah tak ada rezeki dengan Zalora jadi dibiarkan sehinggalah pihak Zalora bertanya tentang barangan tersebut dan mereka cuba menyelesaikan masalah MJ dan akhirnya MJ berjaya membelinya pada 01 Mei 2013dan barang tersebut selamat diterima pada hari Jumaat 3 Mei 2013.


    Terima kasih Zalora atas servis penghantaran yang pantas, yang penting servis khidmat pelanggan yang sangat mesra. MJ takkan teragak-agak untuk membuat belian di masa akan datang ;)



    Siap pakai kasut ni khas untuk 'semangat mengundi', sedap dan selesa dipakai.. 1st time beli kasut secara online dan MJ sangat berpuas hati.


    Terima kasih Zalora


    Selesai tanggungjawab mengundi PRU13 (5.5.13)

    Pada hari ini 05.05.13 seluruh rakyat Malaysia yang layak akan keluar mengundi pada PRU 13 termasuklah MJ yang buat pertama kalinya, hehee :)

    Awal pagi tu en suami mengundi dulu dan kemudian baru MJ, almaklumlah kami pusat mengundi di lain-lain tempat, mujurlah 1 negeri, tapi walau tak jauh ditambah dengan jem di pusat-pusat mengundi lain maka jadi lambat la sampai :)


    MJ di saluran 7, saluran yang tak ramai orang, lega tak perlu beratur panjang-panjang macam saluran lain...heheee :)


    Sebagai bukti kami rakyat Malaysia sudah mengundi :)

    En suami kena tunggu sejam lebih untuk membuang undi, tapi MJ tak sampai setengah jam selesai mengundi, walau ramai orang beratur, tetapi saluran 7 (saluran golongan muda/belia) hehee cepat dan pantas :)

    Esok akan terbentuk Kerajaan berdasarkan undian dari kita semua, siapa pun parti yang menang, harap dapat mentadbir Malaysia dengan baik dalam tempoh 5 tahun akan datang ni ye :) We Love Malaysia :)



    WW : Berbeque bersama Family (Menu)

    Sempena malam bersama Family - kiebetulan semua adik beradik ada berkumpul :) 

    Menggunakan Pemanggang Ajaib Made in Langkawi.. hehee :)


    p/s : Selamat Hari Pekerja buat semua pekerja di Malaysia, apa plan korang cuti ni? MJ siapkan tesis je.. huhuuu