Dilema pasangan yang dah berkahwin ketika Puasa Ramadhan

Sekadar perkongsian bersama, sebab dulu MJ pernah tertanya-tanya mengenai hal ini.. Jadi bila dah dapat info dari sumber yang sah, maka MJ nak berkongsi dengan kawan-kawan terutama yang dah berkahwin. Ini bukan entry lucah ye, sekadar perkongsian.. (mula tu segan jugak..hehehee)

Assalamualaikum,Ustaz.

Jika bersetubuh pada malamnya dan mandi wajib dipagi hari (kerana tertidur), adakah sah puasanya?

Jawapan :
Adalah sah sekiranya ia telah berniat untuk puasa di malam hari sebelum azan Subuh.
Kesahihan puasa orang yang belum mandi wajib ini adalah berdasarkan kepada apa yang pernah berlaku kepada Nabi s.a.w sebagaimana diriwayatkan iaitu :-


أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ كان يُدْرِكُهُ الْفَجْرُ وهو جُنُبٌ من أَهْلِهِ ثُمَّ يَغْتَسِلُ وَيَصُومُ

Maksudnya : "Sesungguhnya Rasulullah S.A.W dalam keadaan berjunub hasil bersama dengan isterinya semasa sampai waktu fajar (Subuh), kemudian baginda s.a.w mandi dan berpuasa pada hari tersebut " (Riwayat Al-Bukhari, Bab As-Soim Yusbihu Junban, 2/679 ; Muslim, 2/779)
 
Disebutkan juga bahawa isteri Nabi s.a.w iaitu Ummu Salamah r.a pernah ditanya adakah sah puasa orang yang tatkala masuk waktu subuh berpuasa sedangkan ia belum mandi hadas.

Ummu Salamah menjawab :-
 
كان رسول اللَّهِ يُصْبِحُ جُنُبًا من جِمَاعٍ لَا من حُلُمٍ ثُمَّ لَا يُفْطِرُ ولا يَقْضِي
Maksunya : Sesungguhnya Rasulullah S.A.W sendiri pernah masuk Subuh dalam keadaan ia berjunub hasil 'bersama dengan isterinya' dan bukan dari mimpi , kemudian bgainda tidak berbuka dan tidak pula mengganti puasanya (menunjukkan puasanya sah)" (Riwayat Muslim, 2/780 ; Sohih)

Dalil di atas amat jelas menunjukkan puasa adalah sah. ( al-Majmu', An-Nawawi, 6/309 ) . Demikian jugalah dengan keadaan wanita yang kering haidnya sebelum Subuh dan belum mandi wajib. Puasa adalah sah jika ia telah berniat. Kesemua ini adalah pendapat yan paling tepat dan merupakan pegangan majoriti ulama Fiqh silam dan terkini . Ini adalah kerana tidak termasuk dalam syarat sah puasa adalah anda berada dalam keadaan suci dari hadas besar. (Bidayatul Mujtahid, Ibn Rusyd Al-Hafid, 1/215).

Sumber : UsZar


p/s : Jadi, jangan lupa 'mandi' sebelum Subuh tamat ye, maksudnya mandi sebelum mengerjakan solat Subuh asalkan niat puasa dibuat pada malamnya.

19 comments:

  1. perkongsian yang bagus nih..

    ReplyDelete
  2. tq sharing.. tertanya2 gak sebelum ni hehe

    ReplyDelete
  3. perkongsian yg bagus ni MJ... sesuai utk yg mncari jawapan...

    ReplyDelete
  4. Betullah tu... sangat berguna pada yg belum tahu Myra..

    ReplyDelete
  5. rmi gak yg confius pasal ni
    dulu el pun confius tp skun dah fhm haha

    ReplyDelete
  6. tq for shared.. memang wajib tahu pasal ini.. kan..

    ReplyDelete
  7. maknanya,b4 subuh kena mandi lah kan.

    ReplyDelete
  8. jgn terlajak smpi lps subuh udah le...sudah nyer hari tu x berpuasa..kn da rugi

    ReplyDelete
  9. hmmm segan-segan nak baca entry ni tadi hehehe, info yang bagus untuk semua ;)

    ReplyDelete
  10. ehemmmmmmm
    macam tau tauuu je kakkk
    hahhaa :P

    ReplyDelete
  11. thank share miera..akak dulu pun sama tertanyer-tanyer pasai ni...siap tanyer mak lagi...hehe

    ReplyDelete
  12. samalah myra.. sy dulu pun pnh terpikir pasal ni

    ReplyDelete
  13. Salam MJ..
    tenkiu for sharing..
    dpt 1 ilmu :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)