Puding Triffle - Jamuan Raya di Ofis

Harini kat ofis kitorang sesama rakan ofis buat Potluck Raya, memandangkan bos besar dan bos kecik on leave, jadi inilah kesempatan yang kami harus rebut..hehee

MJ buat juadah 'pencuci mulut', pening dok fikir nak buat Puding apa dan akhirnya terus teringat Puding Triffle ni memandangkan dah lama tak buat dan makan :)

Resepi Puding Triffle : (sama je macam MJ pernah buat sebelum ni - KLIK SINI)
1st layer
Potong/hiris nipis kek gulung (Boleh juga guna Swiss Roll atau  kek Span terpulang)
Susun dalm bekas dan pastikan lubang-lubang ditutup dan ditekap bagi padat


 2nd Layer
4sb tepung kastard
1 tin susu cair
1 tin air
1sb gula
1. kacau kesemua bahan sehingga tepung sebati dan tidak berketul, panaskan atas api sederhana, masukkan gula, kacau sehingga kuning likat atau timbul buih, curahkan atas kek tadi
2. Hiaskan lah dengan buah ikut kesukaan anda - tekan sikit buah supaya melekat dengan kastard tadi


3rd Layer
1 paket serbuk jelly (MJ suka brand Nona) - pilih perisa kesukaan
1.  Masak ikut seperti arahan belakang kotak (Jelly + 400ml air)
2. Curah atas kastard

Boleh juga korang hiaskan atas jelly ni dengan whiping cream ke, ais krim ke buah ke terpulang.


p/s : MJ masih lagi dalam mood beraya, nak buat kerja pun malas, nak update blog pun mood tak ada.. huhuuu.. tapi kena teruskan blogwalking juga.

18 comments:

  1. Awalnya bust jamuan raya... Nak join jugak.. Bosan tak buat apa ni... Nampak sedap puding tu

    ReplyDelete
  2. masa family wat rumah terbuka pun buat puding nie juga. alhamdullilah 2 bekas buat tu habis..

    ReplyDelete
  3. fuh tergoda PM dengan puding tuh...

    ReplyDelete
  4. hana suka betul semua jenis puding.. erk.. buat kat hana satu bekas boleh.. hehe

    ReplyDelete
  5. Slm Aidilfitri myra...maaf zahir batin

    Amboi sedap nyaa..emm trliur sguh tgk..

    ReplyDelete
  6. salam
    Nampak sodap.tapau untk ta leh.
    Salam lebaran dari ta.

    ReplyDelete
  7. hubby saya dah start keje smlm.. dah balik sp, tp mood saya ni msh lagi rasa nak beraya.. hahha

    ReplyDelete
  8. setiap kali saya pun..mesti tak menjadi tau..geram

    ReplyDelete
  9. wahhh nmpk sdp.. awal ye jamuan raya.. ;)

    ReplyDelete
  10. wooooweeee.sedapnyaaa.jamuan raya kat opis rara nt boleh buat =)

    ReplyDelete
  11. Awalnya ada jamuan ry...

    Akk dah keje hr ni tp mood masih nk ry.

    ReplyDelete
  12. tu diaaa
    ceriaaa nyeeeeeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  13. lama x wat puding ritu
    1st buat amek resepi dr nureen
    mmg sedap sgt..lau sejuk2 mkn lgilah sedap hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)