Semua ni RAHSIA ALLAH

MJ tertarik untuk berkongsi petikan ni dari Facebook, sebab ianya memang tepat kepada MJ dan juga mungkin pada rakan-rakan lain yang masih menanti



Masa Raya baru-baru ni, inilah SOALAN CEPU MAS yang paling penat untuk di jawab, biasalah manusia suka bertanya kan, memang telinga dah 'mangli' tapi hati yang terguris siapa yang tahu kan, cuma senyuman sahaja mampu diukur sambil mengucap balas - doakanlah buat kami, insyaAllah pasti rezeki itu milik kami.

Pada yang bujang pun turut terkena tempias apatah lagi MJ yang hampir memasuki usia 4 tahun perkahwinan turut sama merasainya. MJ tak berapa terkesan di hati andai soalan itu dari rakan-rakan atau yang kita jarang jumpa sebab yelah mereka tak tahu.. tapi sedih bila ianya terpacul dari kalangan saudara mara sendiri, takpe sabar itu kan indah..heheee

Kita tak mampu menutup mulut mereka yang bertanya tapi apa yang mampu untuk kita ialah bersabar, berdoa dan percaya dengan rezeki dan ketentuan dari Allah buat kita. Aminn

17 comments:

  1. biasa la time raya kan mira...akak pn yg dh ada ank pn dpt soklan cepumas gk..bila nk tambah..anak dh besar...sbr je la...and kita jwb blum ada rezeki utk tambah ank lg..

    ReplyDelete
  2. betul tu MJ... penat nk menjawab. kalu tak jawab nnt dia kata kurang ajar...finally senyum je...tak pun kasi soklan mcm ni: "err... kalau nak cpt, dah doakan utk sy ke belum? kalau da doakan, maknanya doa tu tuhan blom makbulkan lg. kalau belum... kena la tggu..." hehehe pastu trs x tanya...

    ReplyDelete
  3. samalah dengan saya..masih menanti.. dah hampir 3 tahun..

    ReplyDelete
  4. ya kita xmampu nk tto mulut org, apa2 pun kita kne tabah dan sntiasa brdoa kpdNya

    ReplyDelete
  5. sabarlah selalu.. memang mulut orangni gituler.. maafkanlah kadang2 tak sengaja konon nak meramahkan diri... entahler...

    ReplyDelete
  6. biasalah. selalunya soalan macamni digunakan untuk pembuka bicara. kalau ada respon..bolehlah panjang cerita.

    kalau tak, memang akan mati kutu dibuatnya.

    ReplyDelete
  7. mulut orang nih susah nak tutup kan...

    ReplyDelete
  8. bersabar lah Myra...kita hanya mampu merancang,namun demikian mulut tempayan memang mampu kita tutupkan...yang lain berserah kepada Allah...

    ReplyDelete
  9. Allah dah aturkan segalanya... sabar itu indah.

    ReplyDelete
  10. Mj kena banyak sabar lah ye... Mulut orang tu kita tak leh kawal... Yg penting jgn putus harapan n doa kepada Allah ...

    ReplyDelete
  11. kadang tula kan sis kena sabar je dengan mulut orang2 sekeliling,huhu....ingat satu je,rezeki Allah tu luas...jdnya kita kena sentiasa bersyukur,kan sis:)

    ReplyDelete
  12. manusia mmg mcm tu myra, adik akak yg dah ada 2 anak perempuan pun terkena juga sebab mengandung ke3 ni pun gegurl jugak, rasa nak tampar mulut sorang2 bila diorg kata, anak perempuan lagi?????

    siapalah korang nak melawan takdir Allah kan, eiii sabar jelah myra

    ReplyDelete
  13. bersangka baiklah pada allah... :')

    ReplyDelete
  14. betul2. semua tu rahsia Allah kak. :)

    banyakkan sabar je lah.

    ReplyDelete
  15. tk per myra anggap je sbgi satu dorongan bila org btnya tu..

    biasa la..adat akn org btnya, kak pun penah mengalami yer myra, 5thn lebih gak...tp kita kena redha, semua tu rezeki dr Allah...

    kak doakan myra yer...:)

    ReplyDelete
  16. Betul tu Myra..
    Akak kadang tersentap bila sedara mara duk soal "Bila Aqil nak beradik lagi? Sian dia x ada kawan main.." ;(
    Padahal diorg bkn x tau masalah akak..
    Penyakit akak..
    Diorg pn bkn x tau mcm mana struggle akak masa nak preggy kan Aqil..
    Tp suka benau duk tanya lg bila Aqil nak beradik..
    Kalo bleh akak nak jer beranak ramai2..
    Bkn akak x penah ngandung lg lepas Aqil lahir..
    Tp nyata perancangan Allah swt tu yg terindah..
    Dia pinjamkan sekejap jer zuriat kedua tu..
    Diambilnya blk sbb DIA lbh tahu kemampuan hambaNYA..
    :) Myra, in shaa ALLAH!!
    Allah swt selalu mendengar doa Myra..
    Cuba DIA tggu masa yg sesuai utk diperkenankan tiap2 doa tu.. ;)
    Akak yakin.. ;D

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)