Berdebar dengan Ujian esok (31 Oct 2013)

MJ dalam debaran sekarang ni, esok adalah 'ujian' buat MJ (dah macam citer Love You Mr Arrogant pulak tatkala Zaara minta Ibunya doakan agar dia tenang dengan Ujian tu) tapi kes MJ bukan ujian Poligami ye..heheee tak sanggup mak....

Dah banyak MJ baca review berkenan mereka yang pernah jalani ujian tersebut (bagi TTC member pasti tahu ujian apa..hehee) ada yang sakit giler selepas 'proses' tu sampaikan telan pain killer pun tak dapat mengurangkan kesakitan tersebut (Seramm betul.. huhuuu).


BFF MJ (Liza) pun dah jalani ujian ni dan dia cakap tak sakit, cuma sakit semasa 'proses tu' dibuat, lepas pada tu dia ok.. Harapnya urusan MJ dipermudahkan, memang ketakutan tu ada dan pastinya tak dapat dielakkan dan MJ perlu bersedia walaupun dalam debaran.
2 tahun lepas (2011) MJ pernah admitted Hospital pun sama debaran yang dirasakan kini walaupun tak adalah sampai kena warded esok.


MJ mohon maaf tak dapat nak bercerita lanjut lagi pasal ni, sebab masih dalam proses kan cuma harap dengan luahan disini sikit sebanyak dapat kurangkan ketakutan dalam diri MJ tambahan dengan DOA dan kata-kata semangat dari kawan-kawan jugak..hehe

Yang pasti bukan UJIAN PAP SMEAR ye sebab MJ dah lalui pun ujian tu, alhamdulillah tak sakit cuma rasa 'TAK SELESA' sikit je.


p/s : MJ ada coretkan perjalan MJ, cerita dikarang dari Julai lagi tapi semua tersadai dalam draft, belum punya semangat untuk berkongsi, insyaAllah jika berjaya MJ pasti akan berkongsi.

Fridge Magnet dari Korea

FM pemberian dari blogger Yong yang baru balik dari KOREA, best tengok Yong muda-muda lagi dah jalan negara orang.. Tak SEMUA mampu berjaya macam Yong yang punya semangat kental dan kuat..
Tahniah ye Yong..hehee



Kebetulan MJ ada nak oreder Mineral Coffee, jadi Yong pun sambil menyelit FM ni kat MJ.. wahhht erharu cheq tau.
MJ sejak dah minum Mineral Coffee terus jatuh chenta, dah tak pandang coffee lain, serius memang tak rasa pening ke ngantuk ke.. segar je

Jom BERBEKAM

Dulu MJ was-was dengan BEKAM, sebab rasa macam seriau je tengok ha dan tak percaya. Bila hubby nak beli pun MJ tak bagi sebab tak berapa yakin, dan selepas hubby menunjukkan fatwa dan fakta mengenai amalan berbekam, diikuti ianya adalah amalan sunnah Rasulullah (bekam darah), baru MJ jadi bersemangat untuk mencuba.


Kitorang bermula dengan kaedah bekam angin, best tau.. bila letak kat badan/tempat yang 'berangin' tu rasa macam angin disedut keluar je, lepas tu badan akan rasa segar :)


Bekam angin adalah bekam tanpa mengeluarkan darah,kawasan yang dibekam adalah bahagian yang dirasakan banyak angin dan sengal-sengal. Khasiat kaedah bekam ini ialah dapat mengeluarkan angin dari badan, menyegarkan badan, melonggarkan urat saraf yang bersimpul, menghilangkan kelesuan dan merawat penyakit lelah.

 Contoh bekam angin - sumber SINI


Bila dah ada bekam sendiri, senang kalau rasa lenguh-lenguh badan dimana-mana, terus je tekap bekam ni dalam lebih kurang 20minit, memang akan nampak kesan/bekas bekam ni tau.. tapi dalam tempoh 3-4 hari hilang la.

MJ punya kesan sampai nampak merah kehitaman (sebelah badan) dan sebelah badan lagi putih elok je (cuma nampak bekas bekam tu je). Bila MJ google katanya banyak angin kat situ..heheee


p/s : Pada Top Komen Okt, due date adalah sehingga 31 Okt ni ye.. Pada yang nak dapat hadiah dari MJ boleh la terus mengomen..hehee

Jerung Tak Ada, maka Ikan bilis berleluasa

Maksudnya adalah merujuk pada kami sebagai pekerja saat ini dapat bersenang lenang berleluasa dengan tenangnya kerana ikan jerung (Bos2 besar mahupun bos kecik) tak ada.. yeeehoooo maka ikan bilis (pekerja seperti kami) apalagi bergumbira tepuk tangan sama-sama..hahaa


Nak tahu sebab apa? Semua Bos kami adalah dijemput menghadiri Dinner anjuran Group syarikat, jadi depa pakat balik awal la.. Sangat tak adil kan sebab kami pekerja ikan bilis tak dijemput.. Siapalah kami untuk turut sama di sana... sobsob..

Tapi walau apapun kami kat sini boleh bekerja (betul ke kerja) dengan sambil lewa sebab tak ada yang memerhati..hahaa.. haisyyy tak sabar nak tunggu jam 5 nak calo..ehhh kata bos tak ada calo la awal kan... hahaaha pekerja dedikasi mana boleh..

CPUV ke 24 dan 25 untuk tahun 2013

Alhamdulillah Nuffnang menghadirkan CPUV untuk blog yang tak seberapa ni, mudah-mudahan dengan kehadiran CPUV ni akan menambahkan semangat MJ untuk menghapdate blog :)



Terima kasih pada GUESS WATCHES dan juga INTI Rebranding (andai ada yang berminat nak sambung study ke), kalau korang nak tahu lanjut pasal ni boleh la 'say hi' bila nampak dok menari nanti ye..heheee

Banjir Kilat di Cameron Highland 23/10/2013

Terkejut masa dengar radio semalam kata banjir di Cameron Highland, dok terfikir macam mana kawasan  tanah tinggi seperti di Cameron boleh kena banjir?

Lepas tu semalam masa tengok berita TV3 baru tau ooo berpunca dari air Sungai Bertam melimpah berikutan pelepasan air empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet Ringlet awal pagi semalam kerana tidak dapat menampung limpahan air berikutan hujan lebat. Pelepasan air empangan pertama dibuat pada 12 tengah malam diikuti pada jam 1 pagi dan seterusnya pada 2.45 pagi yang menyebabkan air di Sungai Bertam melimpah secara mendadak dan mengakibatkan banjir kilat.

 Kejadian pada pukul 1 pagi itu turut menyebabkan seorang wanita Indonesia hilang dipercayai dihanyutkan arus deras dan seorang lelaki cedera.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Mohd Zahari Wan Busu berkata arus deras dan banjir kilat itu memusnahkan kira-kira 80 rumah dan beberapa kenderaan di kawasan penempatan Lembah Bertam itu.






Dua yang mati lemas ialah lelaki Bangladesh dikenali sebagai Jahangir, 30-an, dan wanita Indonesia yang hanya dikenali sebagai Kesmat, 46. Satu mayat ditemui di dalam sebuah rumah dan satu lagi di bawah runtuhan rumah yang lain.

Lelaki yang mati akibat serangan jantung ialah Tan Tuck Choi, 51. Dia mati dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Kalsom di sini, awal pagi Rabu.





Keadaan kawasan Bertam Valley selepas Banjir

Mohd Zahari berkata mangsa yang masih hilang dipercayai dihanyutkan arus deras dikenali sebagai Jarwati, 17, manakala lelaki yang cedera Ho Kim Way, 38, kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.

"Ho cedera ketika cuba menyelamatkan diri dalam kejadian itu," katanya.

Kawasan yang terlibat dalam kejadian itu menempatkan rumah penduduk dan rumah setinggan berhampiran kebun sayur.

Sumber : MyMetro dan Bernama


p/s : MJ dah le dalam proses dok mengajak asben jalan-jalan kat sana, dah rindu sangat nak ke sana, bila jadi banjir macam ni asben tanya ' Ha nak p lagi ka tempat tu?' MJ terdiam jela..huhuuu.. Takpa takpa, kita plan awal tahun sebab masa tu bukan musim hujan..hehee

WW : Pedas tapi Sedap

Pedas menyengat tapi sedap...
SOMTAM campur (Betik muda dan Mangga)
 

WW : Pizza Hut Big Box Again


Inilah menu kami sekali lagi, almaklumlah makan berdua je ngan asben, abis punya dok pikiaq menu..hehee


 Ice blended Vanilla dan Mango.. Nyummy


p/s : Nampak sangat 'malas' masak kan..hahaa..
 

Kesian Firas

Anak sedara MJ Firas tak sihat sekarang ni, kesian dia dengan tonsil bengkak di ke dua-dua belah, selalu ngadu sakit tekak dan sakit perut.. Bila bagi makan, lepas makan je muntah abis, asal muntah je sebab makan. Dah ke klinik, Doctorcakap angin.. dah bagi makan ubat tapi masih sama.

Harini ummi Firas bawa ke Specialist pulak, harapnya ok dan cepat sembuh ye sayang.. Kita yang dewasa pun bila kena tonsil + tak lalu makan seksa apatah lagi untuk budak berusia 3 tahun + + ni kan

Ada petua cakap bagi makan aiskrim Vanilla, Yogurt dah try tapi masih tak berhasil


UPDATED 23/10/13 - Firas dah sembuh, tak bawak ke Specialist tapi buat perubatan tradisional, alhamdulillah lepas kena 'urut kaki' untuk betulkan balik urat, terus Firas minta nak makan, dan Tonsil ni kena pantang Aiskrim, Yogurt, Ais, Air Tin (minuman bergas), susu (kena stop buat sementara) dan merokok (bagi yang merokok)

Testimoni Set KURUS, OsteMatrix dan Set Kecantikan Shaklee

Alhamdulillah MJ turut gembira bilamana pelanggan MJ mula menampakkan kesan positif apabila mengamalkan produk Shaklee secara konsisten dan mereka gembira dengan hasil yang diperolehi. Jom MJ syer testimoni mereka (mereka adalah pelanggan MJ ye)

1. Ibu menyusu yang gembira bila berat badan kembali menyusut 3 kg setelah 2 minggu mengamalkan Shaklee. Antara set yang diamalkan ialah ESP, OsteMatrix, Alfalfa, Lecithin. Selain tu Susu badan yang memang banyak.. Alhamdulillah..


2. Ni masa baru 3-4 hari mengamalkan set kecantikan dah nampak kesan positif, sekarang dah sebulan dia amalkan dan dia cakap jerawat dah tak tumbuh, parut2 lama kian pudar dan ada yang hilang dan kulit dia rasa gebu sangat.. MJ tak dapat nak transfer gambar lagi sebagai bukti perbualan kami..Nanti dah ada MJ upload ye.
Antara set yang diamalkan ESP, Alfalfa, Vit C Chewable, B-Complex dan Vit E


3. Ni apa yang MJ lihat mengenai Mak selepas sebulan mengamalkan Vivix, walaupun mahal tapi ianya berbaloi untuk kesihatan tau, tak salah menghadiahkan sesuatu yang berharga buat Ibu anda :) Kulit muka mak nampak tegang, tiada lagi garis halus di sekitar mata.. MJ sendiri teruja tau :)


4. OsteMatrix memang sangat membantu melawaskan, tak percaya?? MJ dan juga pelanggan MJ yang dah mencuba mengakui keberkesanan Oste ni.. Tak mahal jika sebotol tahan 2 bulan sangat berbaloi untuk mengelakkan kita dari sembelit.


5. Offismate MJ yang inginkan sangat berat dia naik, dan alhamdulillah selepas lebih sebulan akhirnya berat dia dah naik 1kg.. Happy for her sebab dia sendiri mengakui selepas pelbagai produk untuk weight gain dicuba tapi gagal, dengan Shaklee dia berjaya.. Dia harapkan berat naik lagi sekurang2 nya 5 kg :)


Pada rakan-rakan yang membeli dengan MJ jangan risau, MJ senantiasa di sisi jika diperlukan, jika ada permasalahan insyaAllah akan cuba membantu. Dan jika berminat untuk bertanya mengenai Shaklee boleh SMS/WhatsApp MJ di 012-4353088.

Dan jika berminat menjadi sebahagian dari keluarga Shaklee boleh juga rujuk dengan MJ ye.. Alhamdulillah bulan pertama MJ dah merasa Bonus dari Shaklee sebanyak RM210++. Jika MJ boleh korang pun pasti boleh :)

Salak Denai Chalet memang BEST

Ni cerita percutian kami sebelum cuti Hari Raya Korban baru-baru ni.. Dah lama sangat MJ 'booking' dan akhirnya baru dapat menginap kat sini tau..Kata orang cuma 3 bulan tetapi MJ 5 bulan okeyh.. MJ telefon Salak Denai bulan Mei dan Bulan Oktober baru dapat peluang, punyalah ramai orang ke sana untuk bercuti kan..


Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45minit dari exit tol Gurun, dan untuk sampai ke Salak Denai lebih kurang 15minit dari pekan Yan.


Ni laluan nak ke chalet tersebut, nampak agak menyeramkan dengan kiri kanan hutan dan jalan begini tapi semua tu akan terhapus bila sampai je rasa tenang di jiwa dapat mendengar bunyi air terjun.

Dah sampai di sambut mesra oleh tuan rumah dan kena isi butiran diri dalam ni terlebih dahulu.


Nun dihujung sekali chalet kami, 1/2 hari RM60 dan kalau nak bermalam RM90.. Ada pelbagai jenis kadar mengikut saiz bilik. MJ pada asalnya booking untuk setengah hari, tapi bila dah sampai terus sambung untuk bermalam dan kebetulan sebab nak cuti Raya maka bilik kosong.. Kalau tak, jangan harapla nak dapat kalau last minute ha.


Ruangan bahagian dapur, tak sabar nak ber BBQ, kalau bilik ni cuma disediakan tempat BBQ kalau nak dapur ke apa ke kena sewa.. Bilik2 lain ada yang lengkap semua, cuma perlu bawa bahan mentah je. MJ siap bawa Rice Cooker lagi dan lepas tu sewa dapur gas beserta kuali dan periuk dengan harga RM10


Nak makan ala-ala Meatball IKEA tak dapat, jadi kita buatlah sendiri.


Ayam yang diperap sendiri, nasib rasanya mabeles..wahaha.
MJ cuma gunakan bawang merah, bawang putih, halia (blender) dan gaulkan bersama ayam beserta sedikit garam kunyit dan serbuk cili.

Masa kami sampai tak sabar betul nak mandi, air jangan cakap la sejuk sampai ke tulang tau, tapi kami sabar dulu kena 'panaskan arang' terlebih dahulu.. Punyalah seksa sebab starter pun antara nak ngan taknak hidup je.


Pada mulanya MJ gayat nak naik papan gelongsor ni, almaklumlah dah lama tak main benda2 gini walhal dalam hati teruja giler. Untuk permulaan MJ naik sekerat dulu, lepas tu dah lama sikit asyik berulang jela ngan gelongsor ni.


Kolam yang cukup besar buat kami bertiga, yang best sebab 'privacy' lantak koranglah nak menyelam sampai tak hingat ke, nak kuak lentang ka, kuak berdiri ka suka hatilah sebab ni kolam kita yang punya.


Adik bongsu MJ dan asben dah tak sabar tu, diorang berlumba sapa paling terer berenang..hahaa.. MJ tak join sebab konpem kalah..hahaa

Nanti nak pergi lagi ke sini, memang best walalupun dikelilingi hutan belantara tapi malam tak risau nak tidur sebab tuan rumah pun ada sekali dalam kawasan chalet ni.. Apa-apa jerit pun dengar..hahaa.

Dan kalau nak pergi terus je call owner Salak Denai ni 012-5376151 untuk menempah, ala tempah je bukan nak kena bayar lagi.. Bila dah nak sampai tarikh korang baru kena bayar..

Merawat BUASIR

Entry ni MJ nak berkongsi mengenai suplement yang sesuai untuk merawat BUASIR, memang perit punggung kalau ada Buasir ni kan, ada pulak tu yang sampai berdarah2 ketika membuang sampaikan rasa takut nak 'membuang' dan ada pulak yang sampai 'isi terkeluar'.

Buasir juga seringkali dialami oleh para Ibu yang berpantang dan ada yang kena sehinggalah habis berpantang.. Jadi disini bolehla mencuba suplement dari Shaklee bagi penghidap Buasir.


My FB Page : Vitamin Sihat Ceria

♥♥ Omega Guard - RM136.00
baik untuk sendi dan otot. Omega bantu utk kecutkan otot yang membengkak akibat tekanan otot dubur ketika membuang air besar

♥♥ Ostematrix -RM61.00
bantu kurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan ketika mengalami luka di bahagian dubur 

♥♥ Zinc Complex - RM33.75
Pengambilan zinc complex adalah amat di sarankn kepada pesakit buasir yang mengalami najis berdarah ketika membuang air besar. Zinc complex dapat membantu menyembuhkan luka di bahagian dubur dengan lebih cepat. 

Jika ingin membuat belian, boleh SMS/Whatsapp MJ : 012-4353088 (Consultation after Purchase)


Salam AidilAdha 1434H

MJ dan suami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua pembaca blog ini yang beragama Islam :)



Makan daging korban jangan sampai Pening ye, heheee tapi tak usah risau andai ada yang kolesterol naik ke lemak membiak ke sebab Lecithin dan Omega Shaklee kan ada boleh bakar balik.. :D

Tak sabar nak bercuti - SALAK DENAI

Dah lama tak pegi bercuti, jadi anggap ni hadiah konvo dari asben lah..hahaa.. Tak sabarnya..... Nanti dah balik dari bercuti MJ review pasal tempat ni ye, bila tengok kawan-kawan yang dah pegi, jeles tau..hehee

Jernihnya airnya kan, harap-harap tak hujan la hari yang kami p tu, kalau tak.. Frusttt!!! hohoooo :D

Tenang dan mendamaikan sangat, memang sesuai buat mereka yang ingin rehatkan minda dan badan.. weeehuuuuuuu kita bercuti... :)

Mencari Pengomen Tegar

Alhamdulillah memandangkan ada rezeki MJ untuk bulan ini, maka MJ nak berkongsi dengan rakan blogger yang tak putus-putus berkunjung ke teratak ini dan meninggalkan jejak tangan juga.

Setelah berfikir MJ memutuskan nak mencari pengomen tegar pada bulan OCTOBER ini, seramai 6 yang bertuah akan dicari. Contest bermula 10 Oct ~ 30 Oct 2013, pemenang insyaAllah akan diumumkan selewat-lewatnya 1 Nov 2013


Pengomen setakat 9/10 - Thanks U olls :)


TOP 3 akan menerima hadiah WANG TUNAI
1. RM20
2. RM15
3. RM10

Pengomen ke 4-6 akan menerima SABUN GLUTA KOLAGEN setiap 1, dan juga kesemua mereka akan menerima DISKAUN 20% dari RETAIL PRICE untuk mana-mana produk Shaklee yang dipilih (memandangkan MJ kan pengedar Shaklee..hehee)

OsteMatrix - hilangkan lenguh badan

Satu lagi produk Shaklee yang MJ dah cuba selain dari (Lecithin, Alfalfa, Omega Guard, Chinch Shake, COQ Health Plus, GLA Complex, Zinc) ialah OsteMatrix. MJ dah makan lebih kurang sebulan dan akan kongsi dengan korang apa yang telah MJ rasai kesannya.

Jom kenali OsteMatrix:
OsteMatrix lebih dari sekadar Kalsium untuk keperluan untuk badan kerana terdiri juga dari Magnesium, Vitamin D, Boron, Mangan, Tembaga dan Zinc. Sesuai sangatlah buat bukan penggemar SUSU tetapi yang gemar minum SUSU tu mampu ke nak telan bergelas-gelas sehari dan adakah kita yakin bahawa badan kita cukup kalsium? MJ nak minum sekali sehari pun dah culas..hahaha


Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia. Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas. Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh.



Kesan jika kekurangan kalsium dalam badan:

1. Mudah mengalami kekejangan otot atau semut-semut
2. Sukar tidur (Insomnia)
3. Usus menjadi lemah dan sering sembelit
4. Sakit pinggang dan kaki
5. Cepat naik angin dan mudah terkejut
6. Luka susah sembuh, darah lambat beku
7. Oleh kerana kekurangan kalsium menyebabkan tisu kolagen sukar terbentuk, ia juga akan mengakibatkan masalah sakit sendi
8. Menurunkan kadar metabolisme
9. Meningkatkan risiko penyakit tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
10. Lemah, tidak berdaya dan cepat letih
11. Rambut gugur bagi ibu-ibu selepas bersalin 



Perubahan pada MJ yang dirasai setelah mengambil 3 biji Oste setiap malam sebelum tidur ialah :

1. Bangun pagi badan rasa cergas walaupun malam tu tidur lewat dan yang penting tak ada istilah MENGANTUK di pejabat selepas MJ mengambil vitamin Shaklee. Kalau tidak, dah la badan lemau, mengantuk ni toksah crita la tersengguk-sengguk terutama pukul 9pgi, 10pgi, dan 2-3ptg.

2. Proses membuang sangatlah BEST, konpem setiap pagi dan tak perlu meneran.. Kita akan rasa puas. Ada juga rakan MJ mengambil OSTE dan alami kesan sama jugak.



3. Macam malam tadi sebelum tidur MJ ada suarakan pada suami yang badan, tangan dan kaki rasa lenguh2, rasa sakit dan tak selesa nak tidur, sebab siangnya MJ ada bawa barang berat. MJ memang dah ambil Oste sebelum tidur, alhamdulillah bangun pagi lenguh-lebguh yang dirasai malam tadi hilang, serupa dicubit buang.. KAGUM!!

4. Kalau sebelum ni MJ kerap alami sakit/lenguh sebelah kaki dan setiap malam wajib 'pelejang kaki' atau sapu minyak panas untuk kurangkan rasa ketidakselesaan tu, tapi sekarang No More to minyak angin lagi..hahaa 


 
Ambil dari Google

Lebih kurang ginilah MJ akan buat tapi kaki akan sandar ke dinding.. huhuuu dan MJ sedar yang badan MJ kekurangan Kalsiam, SEBABnya MJ pernah check juga sebelum ni dan ianya benar.

5. Bila solat, tak ada lagi kedengaran bunyi kriuk kriuk di sendi/tulang. 

6. Rambut pun yang MJ perasan dah kurang gugur, walaupun ikat rambut guna 'getah sayur' dah tak ada lagi rambut lekat di getah tersebut.

Sakit macam orang dah berumur kan? Tapi itulah realiti jika kita kekurangan Kalsium, jadi apa salahnya kita belai tubuh kita dan jaga selagi mampu kan. 

Berbaloi tau dengan harga RM61 (Retail Price) untuk 120 caplets (boleh tahan sehingga 2 bulan) demi kesihatan sejahtera. Boleh SMS/WhatsApp MJ di 012-4353088 atau layari my FB Page di Vitamin Sihat Ceria.


Kita hanya berusaha dan ingat yang Allah yang menyembuhkan, tanpa izin dari Nya kita tak akan sembuh..

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

CPUV Baru Oct 2013

Alhamdulillah walaupun blog MJ ni seperti suam-suam air suam, tapi pihak pengiklan masih sudi untuk menari di blog MJ, terharu and speechless, ni yang kena lebih bersemangat ni .. heheee


BE baru MJ untuk bulan Oktober 2013 ialah Chipsmore.. Sedap tu ai likeeee ;) Kejap ada kejap tak ada.. dah macam slogan blog MJ pulak.. adakah CPUV ni perli MJ kot..hahaa

Terima kasih Nuffnang.. Luv U lah...



p/s : Kebelakangan ni alhamdulillah ada rezeki MJ dengan Shaklee (tak sangka baru bulan pertama join dah nampak hasilnya) dan semalam dapat pulak cheque dari HOT FM, jadi MJ nak berkongsi dengan rakan blogger yang tak jemu singgah di blog ni.. Mungkin cash buat TOP KOMEN atau mungkin ada yang lain, nanti MJ fikirkan.. Korang stay tuned ye.. :)

Akhirnya baru dapat

Setelah lebih 2 bulan menanti, akhirnya yang ditunggu telahpun berada dalam genggaman, baru pagi tadi bank in harap takdak masalah sebab MJ terpikirkan nama atas cheque tu tak ada 'BINTI', tak pa kot no :)

Cheque ni sempena Majlis Sebarkan Semangat Ramadhan bersama HOT FM dan COCA COLA pada Ramadhan lepas.



Almaklumlah selalu dapat cheque nama penuh (selalulah sangat..hahaha) nak dapat pun sekali sekala je.. Alhamdulillah rezeki Allah dalam pelbagai bentuk, yang penting kita kena selalu ingat padaNya dan yakin dengan rezeki dari NYa insyaAllah :)


Boleh la dijadikan modal beli barangan Shaklee, alhamdulillah dah ramai mempercayai produk berasaskan vitamin/suplement ni, yela dari kita dok makan ubat lebih baik kita amalkan vitamin, badan sihat kita pun cergas :)

Kebaikan Omega Guard Shaklee

MJ dan suami juga mengamalkan 1-2 capsules Omega setiap hari, alhamdulillah rasa kesihatan semakin baik di samping dapat mengelakkan serangan jantung (membakar lemak dan juga kolesterol).. Sebelum tu jom kita kenali Omega Guard dari Shaklee ni.






BAIK UNTUK JANTUNG, MINDA DAN TUBUH BADAN

1 HIDANGAN OMEGA GUARD DAPAT MEMBEKALKAN 905mg ASID-ASID LEMAK OMEGA-3 EPA dan DHA.


Antara manfaat Omega Guard Shaklee adalah:

1. MELINDUNGI JANTUNG. Membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

2. MEMBANTU MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG. Pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh kurangkan risiko penyakit jantung koronari. penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. plus, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

3. MENCEGAH PENYAKIT SALURAN DARAH DAN STROK. DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah dan peredaran darah yang lancar.ia juga bole mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin dan kemerah-merahan.

4. MEMBANTU TUMBESARAN & PERKEMBANGAN OTAK JANIN. DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina.sangat penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan.

5. MEMBANTU PERKEMBANGAN MEMORI.
DHA dapat meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah menyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran, dan mencegah migraine.

6. MENINGKATKAN SISTEM IMUN & MENYIHATKAN PARU-PARU. Mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (system lupus erythematosus) dan penyakit buah pinggang.

7. MENENTANG KANSER.
Kajian telah menunjukkan bahawa omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat, dan kolon. Ia juga boleh meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.

8. MEMELIHARA FUNGSI-FUNGSI SENDI.
Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan efektif.

9. MENCEGAH INSOMNIA.
EPA dan DHA membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan, neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia.

10. MEMBANTU MENGURANGKAN TEKANAN.
Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi.

Bagi yang membeli dari MJ, anda boleh dapatkan konsultasi berkenaan Omegaguard ini.

RETAIL PRICE RM136. Bagi yang betul-betul berminat boleh SMS/Whatsapp : 0124353088

Kejap ada Kejap Tak ada

Kebelakangan ni MJ agak menyepi dari dunia blogging, maaf pada kengkawan yang singgah sebab MJ tak sempat nak terjah balas lagi.. sob sob..

Faktor kekangan masa + internet di opis lembab tahap menyakitkan kulit dari minggu lepas lagi, fuhhhh geram sangat apapun tak boleh buat. WiFi kat rumah pulak buat hal, nak pasang broadband jangan mimpi la sebab coverage kat rumah sangatlah teruk, yang mampu WiFi Telekom je gagah. Nak kata duduk kawasan terperuk kiri kanan bangunan gah berdiri tapi entahlah... :)


Kek sekadar hiasan

Harini Internet macam dah 'bernyawa' kembali tapi MJ pulak sibuk dengan SIRIM Audit, takpa bila keadaan dah ok MJ jejak balas k :)


p/s : MJ sekarang sibuk dengan berkongsi khasiat (Shaklee) alhamdulillah ada rezeki dengan Shaklee ni.. Pada sesiapa nak dapatkan produk Shaklee ataupun pendapat dan pertanyaan boleh SMS/Whatsapp MJ ye 012-4353088 Free Consultation after servis..
  : Bulan Okt promosi Kolagen Shaklee Beli 6 Kotak Percuma 1 kotak (jimat RM298) (Free Membership RM 65 + Cash Rebate RM110)