Cara Menggunakan Bekam Angin

Pada entry lepas, ada MJ kongsi pasal BEKAM ANGIN, jadi entry ni MJ nak jawab persoalan dari LydSunshine dan buat rakan2 lain (andai ada yang tak tahu..)



Ok Lyd, kita boleh buat sendiri bekam ni di rumah di badan kita di mana2 tempat yang kita rasa lenguh-lenguh ke atau berangin ke 'YANG PENTING' tempat tersebut ada 'isi'..  Bukan kat tempat yang 'kurang isi' takut nanti kita sakit pulak.


Mula-mula kita pasangkan alat seperti gambar atas ni, ala-ala macam nak main pistol air tu, gelas tu pilih ikut selesa kita nak besar ke kecik ke dan bergantung kat bahagian badan mana kita nak letak.


Abaikan gambar model yang kena blur tu ye, bahagian cekci kena tutup la sikit, yang pasti modelnya bukan MJ..hahaha

Ok lepas kita letak kat badan kita picit pemicit tu sampai 'kembung isi' ikut keselesaan kita dan biarkan selama lebih kurang 15minit. Nanti masa nak buka kita tarik je button kat atas gelas tu, jangan cabut gelas tu ye, kang meraung sakit..heheehe

Lepas tu nanti kat tempat dibekam akan meninggalkan bekas la (tapi ni bukan luka ye sebab ni takdak jarum ke apa) dan akan hilang dalam 3-4 hari macam tu.

Selamat mencuba sendiri ye..heheee


p/s : Alhamdulillah BONUS ke 2 Shaklee 3 angka dah masuk semalam, lega tengah-tengah bulan dapat income..hheee :) Nak join kami jana pendapatan boleh hubungi MJ 012-4353088



13 comments:

  1. Kalau kakak nak buat tak boleh tengok ni Myra, kena pejam mata takut hihi..

    ReplyDelete
  2. x nmpk darah pon?
    ke nureen x paham apa yg mj terangkan huhuhu

    ReplyDelete
  3. @::NureeN::
    Memang takdak darah Nureen sebab ni bekam angin, dia akan sedut angin keluar ;D

    ReplyDelete
  4. tak pernah cuba lagi lah.. takut plk nak cuba !

    ReplyDelete
  5. mcm bekam y kuor darah tu erk.. ? takut je nk cuba

    ReplyDelete
  6. tak pernah lagi nana berbekam,tapi macam bestje bekam angin ni:)

    ReplyDelete
  7. salam MJ..

    bagus buat bekam ni..cma pernah bt..tp yg kuar darh tu.. kuar angin ni blm try lagi

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)