Rawatan Kehamilan 3 : Pengalaman menjalani Rawatan HSG Test

31 Oct 2013

Inilah perasaan berdebar pada ujian yang MJ rasakan yang telah diluahkan pada entry lepas iaitu untuk rawatan HSG (HysteroSalpingoGram) di Hospital Seberang Jaya, Penang.

Hysterosalpingogram (HSG) merupakan ujian sinar-X yang dilakukan untuk melihat di bahagian dalam rahim dan tiub fallopio serta kawasan di sekelilingnya. Ia akan dilakukan untuk wanita yang mempunyai kesukaran untuk hamil ( subur ).Semasa ujian hysterosalpingogram dijalankan, sejenis pewarna (a dye) dimasukkan melalui tiub nipis yang akan dimasukkan melalui faraj dan ke dalam rahim. Oleh kerana rahim dan tiub fallopio disambungkan bersama-sama, pewarna tersebut akan dilihat mengalir ke dalam tiub fallopio. Gambar akan diambil menggunakan X -ray (fluoroscopy ) untuk melihat samada ianya melalui rahim dan tiub fallopio dengan sempurna atau tidak.  
Gambar-gambar yang boleh menunjukkan masalah seperti struktur kecederaan atau tidak normal rahim atau tiub fallopio, atau kaitan yang akan menghalang telur dari bergerak melalui tiub fallopio ke rahim. Jika ianya tersumbat juga boleh menghalang sperma daripada bergerak ke dalam tiub fallopio untuk 'berjumpa' dengan telur. 
Hysterosalpingogram juga dapat mengenalpasti masalah sekiranya ada di bahagian dalam rahim yang boleh menghalang telur dari disenyawakan pada dinding rahim. Sumber SINI. 


Alhamdulillah rawatan HSG MJ menunjukkan kedua-dua tiub fallopian MJ berfungsi dengan baik - maksudnya tiada 'sekatan jalan raya' yang boleh menghalang telur dari disenyawakan. Syukur... Mungkin rezeki masih belum berpihak pada kami.. Kami yakin dengan rezeki Allah buat kami akan tiba jua nanti.

Apa yang boleh MJ kongsikan dari pengalaman melalui HSG test tu, ianya sangat lah sakit, walaupun MJ pernah melalui senggugut yang teruk tapi sakit semasa rawatan tu seperti perut kembung memulas-mulas dok tahan cerry berry tapi tak nak 'terkeluar' (seperti belon kembung yang nak pecah tapi tak jadi pecah), takpun rasa kena tumbuk kat perut (tapi MJ tak pernahlah kena tumbuk).. ehhh susahlah nak bayangkan sakit tu macam mana tapi memang sakit lah.. Mujur cuma sekejap je, lebih kurang 10-15minit kot, entah lupa...hehee

Alat yang digunakan


Ok jom MJ ceritakan rentetan masa rawatan tersebut.
1. Appointment MJ dengan Jabatan X-Ray pada pukul 2pm 31 Okt 2013, rupanya rawatan HSG hanya dilakukan seminggu sekali je (kalau tak silap) dan sekali rawatan cuma 2 orang sahaja yang boleh buat.. Patutlah berderet orang menunggu giliran dan alhamdulillah urusan MJ dipermudahkan. Sebabnya sekali period je terus MJ dapat menyelit untuk HSG Test ni.

2. Lebih kurang 2.15pm nama MJ dipanggil, debaran bertambah kencang, terbayang-bayang di kepala pengalaman mereka2 yang pernah menjalani ujian HSG ni, 95% cakap sakit dan itu yang melemahkan MJ. Suami pernah cakap kalau rasa tak mampu (nak tahan sakit HSG tu) tak payah la buat, dia kesiankan MJ, tapi MJ fikir mana tau dengan cara tu dapat membantu kami memperolehi zuriat jadi terpaksa gagahkan juga dan tepis semua perasaan tak enak.

3. MJ disuruh menukar ke pakaian Operation, adehhh malu cheq tapi takpela nak berubat kan, suami pun cakap ni proses rawatan, bukan saja2 kita nak kan.. (yang mana pernah pakai baju OT faham2 jela keseksian tu macam mana ye)

4. Lama juga MJ menunggu sebab Doctor masa tu ada hal lain, sepanjang berbaring di katil OT, MJ tak berhenti2 istighfar sambil memohon supaya urusan dipermudahkan.

5. Bila Doc sampai diterangkan serba sikit apa itu HSG pada MJ dan Doc cakap akan rasa sedikit ketidakselesaan semasa proses tu dan mungkin akan keluar darah sedikit. MJ anggukkan kepala je sambil tanya Doc lama tak proses ni? Doc cakap tak lama kejap je kalau takdak masalah.



6.  Operasi pun bermula, saat Doc masukkan pewarna (a Dye) tu MJ ok lagi cool, tapi selepas belon a Dye tu dilepaskan (belon dipecahkan), MJ mula rasa perut ni memulas-mulas, kembung semacam dengan rasa nak 'tendang' je Doc tu.. Mengeliat jugaklah badan ni menahan sakit....tapi lepas pada tu ok balik..

7. Lepas tu Doc suruh MJ 'injak badan' (naikkan badan) ke atas tanpa mengangkat kaki mahupun punggung, ok lagi MJ rasa masa tu.. kekonon ingatkan kesakitan dah berakhir tapi rupanya BELUM... hohooo

8. Kali ni Doc nak ambil gambar melalui Sinar X (X-Ray) pulak, sekali lagi 'a Dye' dilepaskan dan sekali lagi MJ merasai keperitan tersebut, memang tak tertahan sangat, Doc berkali-kali cakap sekejap ye sikit lagi sekejap ye tak lama pun sekejap ye... Tapi MJ rasa masa tu macam nak jerit suruh stop..!!

9. Bila dah selesai, Doc datang ke MJ dan cakap kedua2 saluran MJ berada dalam keadaan elok, dan tak ada yang tersumbat.. Alhamdulillah.. Dalam masa sama MJ rasa macam kepala sedikit swing, Doc pesan kalau pening dia suruh baring dulu, tapi kejap je swing tu sebab MJ rasa macam kesakitan tadi dah hilang.. Terus bangun dan salin pakaian.

10. Misi (Nurse) suruh MJ ke klinik Pakar 1 (O&G) untuk set next appointment, masa tu Doc akan explain details pasal result Pap Smear dan HSG MJ.


HSG Normal (dari En Google)


Lepas keluar dari Hosp, MJ rasa ok lagi, suami siap tanya berkali-kali betul ke ok? Tak sakit? MJ angguk je sebab memang tak rasa sakit cuma tak selesa je kat perut. Lepas tu suami ajak makan dulu (dan baru teringat yang kami belum Lunch lagi - yela takut punya pasal untuk HSG ni..hahaa) tapi MJ suruh tapau je sebab takut perut ni meragam ke.. MJ ada baca pengalaman orang lain ada yang akan sakit semula dalam 30- 40min selepas HSG Test.

Kitorang singgah Celcom terlebih dulu  sebab MJ ada masalah LINE PHONE, so my asben je yang keluar p Center, MJ tunggu dalam kereta, masa tu ok lagi siap boleh layan Candy Crush lagi..hahaa


Tapi lebih kurang dalam 20 minit MJ mula rasa tak selesa di perut (lebih kurang nak senggugut) MJ abaikan lagi, tapi pelan lama sakit tu kian teruk dirasakan, lagi sakit dari masa HSG tu, call my asben tapi tak berjawab pulak, dengan jalan agak terkenkang ku gagahi juga memanggil my asben di Center Celcom. MJ bagi isyarat perut dah sakit, asben cakap kejap CS (Customer Service) suruh tunggu kejap, MJ cakap tak payah abaikan je diorang tu.



Masa dalam kereta dalam perjalanan nak ke rumah Mak (bukan jauh pun lebih kurang 15minit) tapi rasa macam nak nanges, sakit tak tertahan, tarik nafas hembus nafas pun rasa tak cukup, asben ajak nak singgah klinik / nak beli pain killer pun MJ cakap tak payah, nak balik rumah terus.

Sampai rumah MJ terus berbaring tapi serba tak kena, mengiring salah berbaring salah duduk salah, berdiri lagila salah.. Lepas tu rasa macam nak buang air besar, masuk toilet MJ perasan ada secoet (sikit) darah, lepas tu bertapa kejap dalam toilet dan terus membuang.

Lepas pada tu alhamdulillah sakit dah berkurang seperti berlalu bersama bahan buangan tadi..hehehe.. Tapi kalau kata nak kena buat HSG lagi pada masa akan datang, mungkin MJ akan berfikir beribu kali..hohooo

Next appointment : 13.11.13

Kisah MJ

 

46 comments:

  1. Dah abes baca ke 3 3 n3 pasal nih. paling takut baca n3 ini.. huhuhu. x dpt nak bayangkan kesakitan yang Myra citer tuh.

    Zura doakan semoga usaha Myra dan suami membuahkan hasil. InsyaAllah. Amin~

    ReplyDelete
  2. dapat bayangkan kesakitan MJ tuh..sbr ye MJ...

    ReplyDelete
  3. terima kasih banyak untuk entry ni.. memang bermanfaat.. bila baca kat blog-blog lain, ada yang kata amat sakit, ada yang kata macam senggugut je, ada yang kata macam cirit bit=irt.. macam-macam kan.. semoga semua yang mahu jalankan ujian dipermudahkan dan dilindungi Allah dari rasa sakit yang amat..
    semoga usaha akak berakhir dengan hasil yang menggembirakan.. Ros doakan untuk akak dan juga untuk semua yang masih menanti untuk bergelar ibu.. Ros pun masih berusaha. belum buat apa apa rawatan lagi setakat ni.

    ReplyDelete
  4. daripada gmbaran yg mj bagi tu mcm contraction pun ye jugak. Rasa sakit yg lebih sakit daripada senggugut. Nak cerita pon tak reti.

    ReplyDelete
  5. kak dh baca dr first entry psl rawatan kehamilan Myra..
    tk per Myra yg penting kita usaha..
    kak pun 5tahun lebih Myra..br dpt Irfan..

    HSG yg Myra buat ni pun kak dh penah buat Myra..Alhamdulillah kak tk rasa sakit mcm Myra tu, cuma masa dia inject liquid kt dlm mmg rasa cm sggugut sket.

    Kak pun dh tahap penah buat IUI, tak berjaya..

    At last..km redha je, tp masih berusaha dgn berdoa bkn km dh putus asa, tp mgkin nk rest jap..tup2 lekat , tp masa tu kak mmg tk de buat rawatan apa pon...mgkin Allah dh tetapkan bila masa yg sesuai nk ada anak kan..syukur..

    Apa2 pon kak doakan yg terbaik utk myra n hb..good luck dear

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam.... kak isteri nak kena bua hsg. Ada kesan sampingan x?

      Delete
    2. Assalam.... kak isteri nak kena bua hsg. Ada kesan sampingan x?

      Delete
    3. maaf nak tolong jawabkan ea.. insyaa ALLAH xde ap2 kesan sampingan sbb sy pon dh buat HSG.

      Delete
    4. maaf nak tolong jawabkan ea.. insyaa ALLAH xde ap2 kesan sampingan sbb sy pon dh buat HSG.

      Delete
  6. bila bc terasa yui yg sakit..uish..

    moga akk tbh ya..

    ReplyDelete
  7. xdpt bygkan kesakitan yg myra hadapi....uols mmg strong sgt
    xpe yg penting nawaitu tu..:)

    ReplyDelete
  8. takutnye baca...xdapat nak bayangkan...semoga semua urusan akak dipermudahkan.....semoga ada rezeki untuk akak nanti...aamiin

    ReplyDelete
  9. huhu.....moga akak terus kuat..:)

    ReplyDelete
  10. Syukur alhamdulillah xde masalah,semoga ada rezeki buat MJ dan suami.

    ReplyDelete
  11. jangan serik mira... sakit itu baru sedikit berbanding masa kelahiran nanti... inilah ujian namanya.. moga myra tabah dan boleh laluinya... dan semoga usaha yg dilaukan ini berjaya... Allah sentiasa menolong org2 yang berusaha..

    ReplyDelete
  12. terkedu sue baca N3 myra ni..tak pe la..moga semua di permudahkan..amminnnn

    ReplyDelete
  13. drg mmg x bagi ubat thn sakit ya? eee takut dgr... sakit2 g2 x thn... :(

    ReplyDelete
  14. macam sakit nak bersalin je myra... takpe semoga ada hasilnya dari ujian tersebut... yang penting kita dah usaha

    ReplyDelete
  15. Kak G dgr dr akak kak G pon sakit rawatan ni..dia bkn mslh nk hamil..tp psl senggugut..dh ada anak 3 dh..doc pakar sarankan buat rawatan ni psl period dier jd tunggang langgang..neway, kak G doakan agar myra tabah n usaha membuahkan hasilnya dgn izin Allah k..kak G pon dua thn kawin br dpt nureen n yg kedua ni diff 6 year..

    ReplyDelete
  16. Belum rezeki tu lagi mj. Ada tu insya allah. Sabar dan doa byk byk ye. Bukan senang nak jadi ibu nih.

    ReplyDelete
  17. alahaiiiii tebayang2 mcm saya plak sakit.. adehhhh..

    pe2 pun moga usaha myra berhasil.. InsyaAllah...

    ReplyDelete
  18. Salam MJ..
    terasa kesakitanya bila bca entri MJ ni.. hhuhu..
    semoga allah berikan kemudahan dan kesenangan buat kalian ber2

    ReplyDelete
  19. best kan..sejuk je rasa.hihi
    all the best

    ReplyDelete
  20. salam. saya nak tanya macam mana nak pegi HOSPITAL PULAU PINANG. untuk ambil rawatan iui ni, sy dh setaun kawen. harap dapat penjelasan . terima kasih.

    ReplyDelete
  21. Adik, akak nk tanya, berapa hari sakit lepas buat HSG ni..sebab akak ni nk xnak kena wat jugak sebab nk tau tiub ke yg bermasalah..rs takut plak nk wat..aduhai...

    ReplyDelete
  22. @odette oshin
    Sakit cuma selepas HSG tu je, lepas pada tu dah tak sakit..
    Ini dari pengalaman saya je la, is ok jangan risau.. fikir demi nakkan baby sanggup je hadap :)

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum.. Sy nak share pengalaman HSG harini 22/09/16 di KPJ Damansara.. Dr yg entertain sy ialah dr norhayati mokhty.. 1st nak buat kat KPJ Ampang tp doc on the CD10 sy that't why tukar ke KPJ Damansara asalkan doc perempuan hehe sebelum pergi dah baca pengalaman TTCian semua mmg takuttt ramai bg feedback negative iaitu sakit.. Tp dah lalui sendiri harini yessss memang sakitttt.. Lebih sakit drpd period pain.. Alhamdulillah result sy semua normal takde apa masalah.. Bayaran RM203 sbb refer pakai surat LPPKN.. Kalau refer pakai surat klinik swasta lain harga lebih mahal.. Tp husband keja govt so boleh claim.. Now focused on husband plak sbb sperm kurang.. Apa2 pun this is my 1st time comment kat any blog tp utk info bersama sy share jgk hehe semoga TTCian semua dimurahkan rezeki anak ye

    ReplyDelete
  24. sabtu ni saya buat bende alah ni..alaaaahai dah baca takut pulak...

    ReplyDelete
  25. Salam, saya br buat pagi tadi Hsg, tak sakit pon, masa nak masukkn muncung itik ja rasa sakit, lepas tu alhmdulillah x sakit.lepas je xtray saya masuk keje mcm biasa. Naik motor lg. Malam plak rasa perut mcm penuh. Terasa sebu je perut. Darah ada setitik saja lepas xtray, mungkin luka masa masukkan muncung itik tu. Tiub saya tiada masalah dokter kata.

    ReplyDelete
  26. Uiks takuknye.. Next MJ watpe.. Ley share treatment prcess

    ReplyDelete
  27. Alhamdulillah hari ni lalui HSG ..mungkin nasib saya sikit baik..sakit hanya sekejab waktu belon dilepaskan... Pada saya rasanya macam senggugut..cuma masa dalam prosedur darah keluar mcm ketuban pecah.. tp x sakit...darah tersumbat sbb period xlawas.. lepas prosedur rasa senak sikit tp masih boleh jalan dan bawak kereta dari kuantan ke chini..cuma doktor pesan kalau darah banyak kua terus ke kecemasan...tp ni alhamdulillah darah x kua banyak cuma ada ketulan darah period x lawas ...

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum....saya pun pernah buat HSG bulan march 17, Alhamdulillah bulan Mei saya hamil....mungkin ada kaitan juga dengan buat HSG ni..masa buat Alhamdulillah tak sakit, tapi selepas tu rasa senak dekat setengah hari juga..kepada rakan2 ttc lain, jangan takut ye kalau kena buat HSG...In Shaa Allah di permudahkan..

    ReplyDelete
  29. Terjumpa entry ni...insyaallah lusa sy kena buat HSG...takut la plak sbb awk ckp sakit...wuuuuu....tp terpaksa la kan...

    ReplyDelete
  30. Saya pon buat rawatan hsg ni.. Ya Allah memang sakit ya amat xtahu nk ckp mcm mn.. kes saya ngn MJ sama.. result normal xda block Alhamdulillah syukur sgt ms dpt result.. next appointment dgn doktr buln 2 ni plak.. 13/2/2019.. moga dipermudahkan urusan, serta tahun ni dkurniakan zuriat.. 4tahun menunggu,, moga usaha saya n husband dipermudahkan.. doakan saya yea.. ☺️

    ReplyDelete
  31. Sakit ke sis check HSG? rabu nie sye kne check adohai takut pulak😕

    ReplyDelete
  32. Nak tanya kalau chck hsg wat hspital kerajaan kena bYar tak.kalau mesin hspital rosak die bgi surat untuk ke hspital swasta agak2 kena byar atau kerajaan bayar.jumaat depan saya kena buat hsg

    ReplyDelete
  33. Adoii takut nyer dengar....dah lah nanti nak kena buat hsg...

    ReplyDelete
  34. Nak kena buat bulan 8 nie..Takut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah buat ke sis? Saya ptt nya buat hujung bulan ni tp saya tak dapat.. Jadi tangguh ke next month.. Risau pulak

      Delete
  35. Assalamualaikum, sy baru buat smlm hsg..masa buat memang tak sakit. Lepas buat tue sakit amat... Rasa tk thu la nk ckp... Baring tk kena nk duduk tk kena, nk jln xblh.. aduii.. menggeletar thn sakit, ambil berzikir2 sdar2 air mata mengalir

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)