Phoebe Ribbon Chiffon Maxi Skirt - NAK JUAL

Itulah kalau ikutkan nafsu semua nya nak beli, tapi sudahnya tak sesuai jugak dengan cheq yang tak berapa nak cukup tinggi ni.. huhuu

Kalau tinggi macam model ni memang cantik pakai, tp sebab MJ tak 'tinggi' maka memang nampak tak cantik.. sobsob. tang pinggang semua cun tapi tula sayang seribu kali sayang.. Jadi MJ nak jual pada yang berminat.. Jual harga rugi tapi tak mengapalah..

Phoebe Ribbon Chiffon Maxi Skirt - Black
POPPY
RM 69.00

Material - Chiffon, fully lined
Gartered at waist
Colour – Black
One size

Measurements when laid flat:
Length: 100cm
Waist: 30 - 36cm
Hips: 55cm
Fits UK size: 6 - 12
Model Height: 158cm with 4.5inch heels

Harga cheq : RM60 incl postage

Skirt ni dah 'sold out' ye kat ThePopLook, jadi kalau korang berminat boleh SMS/WA ye.. 0124353088, 'New with TAG'

Pengumuman!!! Mega Giveaway celoteh MJ

Celoteh MJ dengan kerjasama borong.com.my dan vitamin sihat ceria akan melancarkan Mega Giveaway secara julung kalinya yang menawarkan hadiah hadiah seperti gambar di bawah



Syarat-syarat peraduan akan diumumkan pada bila bila masa, nantikan ye :)


Buat sendiri Nasi Arab di rumah

Korang pernah masak sendiri Nasi Arab di rumah? Sesekali best kan dapat makan yang special kat rumah, masak untuk keluarga, suami mahupun buat rakan-rakan yang berkunjung. Apakata korang cuba produk dari Al-Bayt ni, memang senang sebab resepi disertakan sekali, korang cuma perlu beli Ayam/Daging dan hiasan lain yang diperlukan.

Ada 4 pilihan yang boleh dicuba samada Kabsah Ayam, Maqluba Ayam, Mandy Ayam dan Mandy Kambing.


Setiap kotak disediakan Beras Super Long dan rempah ratus





Ni antara nasi yang telah dimasak menggunakan produk Al-Bayt


Korang pasti akan kagum dengan hasil sendiri bila dah mencuba, percayalah..heheee

Steamboat murah dan sedap di Sg Petani

MJ nak review sikit pasal 1 kedai steamboat yang sedap, murah dan berbaloi di Sungai Petani, korang bayangkanlah harga promosi cuma RM10 RM 13 (dewasa) dan RM6 (kanak-kanak). Makanlah segala mak neka makanan laut segar sebanyak mana korang mahu, tapi yang paling best tentulah daging blackpaper dengan ayam.. Fuhhhh terangkat beb! Jadi atas nama semangat setiakawan dan ingin #supportbisneskawan MJ promosikan di blog buat korang.. hehee


 Nama kedai Khory Steamboat, Grill dan Yong Tau Foo dalam For square ada maps bawak ke situ dengan menggunakan app Waze.


Steamboat di Sungai Petani
Yang istimewanya semua 'homemade by owner' tau Fishball Fishcake, isketambola dan macam2 lagi.. tu istimewanya kedai ni sebab dijamin 100% halal buatan tangan orang Islam.


Steamboat di Sungai Petani
Segala jenis sayur mayur pun ada, kalau korang nak buat sebagai hidangan Yong tau fu pun boleh, sos Yong Tau Fu seyesli cheq habaq memang mabeles tau :)

Steamboat di Sungai Petani
Ehsan gambar dari page owner Khory Steamboat dan Yong Taufu

Steamboat di Sungai Petani
Lepas dah siap pilih memilih maka inilah acara yang ditunggu2 iaitu kita ber steam2 bakar membakar.. Memang sedap dapat makan panas-panas :)

Steamboat di Sungai Petani
Oh ya Highly recomended Daging Blackpaper dia memang super duper sedap, isi daging yang lembut dan syahdu je makan.. :)

Jadi jangan lepaskan peluang sementara masih dalam tempoh promosi dengan harga yang sangat berbaloi, klaau kata lepas promosi pun harga masih dikategorikan murah berbanding tempat lain yang menawarkan menu yang sama. Tak percaya cubalah..

Entry ni bukan entry berbayar ye tapi entry untuk #supportbisneskawan, kami makan tetap kena bayar jugak..hehee.. :)

Ni alamat kedai pada yang tak ada app Waze

Khory Steamboat, Grill dan Yong Tau Foo
 Lot 3511-F...Jalan Pinang Tunggal, 
Padang Tembusu..08000 Sungai Petani..Kedah
boleh Call/SMS/WhatsApp : 0134440184 (Mr Azizul/Jijun)
Operating Hours : 4pm - 12 am 


Penggunaan Kalimah Allah oleh gereja: Apakah ada jalan penyelesaiannya




Isu penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja sememangnya menjadi isu sensitif dikalangan umat islam dan penganut agama kristian sehingga mengheret ke mahkamah.Ketika isu ini kelihatan reda rakyat malaysia dikejutkan sekali lagi dengan berita penyerbuan JAIS keatas tempat percetakan bible dalam versi bahasa melayu. Ia sekali lagi menjadi buah mulut masyarakat. Belbagai pihak tampil dengan berbagai bagai pendapat. Ada yang menyokong tindakan JAIS malah tidak kurangnya membangkang.



Sebelum kita pergi lebih lanjut mengenai isu kalimah Allah ini, elok juga jika kita melihat kepada apakah yang menjadi dasar kepada permasalahan ini iaitu kalimah Allah itu sendiri. Kalimah Allah merupakan kata dasar dari bahasa arab iaitu ilah yang bermaksud tuhan. Akan tetapi kalimah Allah pula membawa maksud satu-satunya tuhan yang layak disembah(the only god). Kalimah ini tidak boleh diplurisasikan menjadi ramai tuhan(gods) ataupun digenderkan(goddes) kerana maksudnya yang unik iaitu tuhan yang esa. Jadi jika menggunakan kalimah Allah untuk menunjukkan Allah mempunyai anak atau Allah adalah lelaki adalah salah kerana menyalahi maksud kalimah tersebut.



Justeru kenapakah pihak gereja beria mahukan kalimah Allah dalam bible... sebelum kita mahu melihat sebab kita juga harus melihat sejarah ataupun kronologi penggunaan kalimah Allah oleh pihak kristian. Adakah pernah digunakan sebelum ini? Jawapannya ya, memang pernah digunakan oleh masyarakat kristian malahan yahudi. Jawapannya mudah kerana agama islam bukanlah disampaikan pada zaman nabi muhammad SAW bahkan pada zaman nabi adam AS.

Kalau merujuk kepada bible, apabila ia menyatakan tentang tuhan bapa ia sering menggunakan kalimah elohim, eloi, yahweh. kalimah elohim merupakan kata yang berasal dari bahasa hebrew iaitu eloh yang bermaksud tuhan. Ianya mempunyai huruf yg hampir sama dengan bahasa arab memandangkan ianya merupakan satu rumpun bahasa yang sama dengan bahasa arab(semantic language). Begitu juga dengan perkataan eloi. Ia berasal dari bahasa aramaic yang digunakan oleh jesus(nabi Isa AS) yang bermaksud tuhan. Jadi mengapakah kristian tidak memakai nama ini sebaliknya lebih gemar menggunakan god atau jesus?
Ini mungkin disebabkan lebih mudah untuk menggunakan nama jesus kerana ia masuk dengan teology trinity yang digunapakai sebagai doktrin gereja.




nama ini tidak digunapakai seharian oleh pihak gereja terutamanya gereja disebelah barat hanya cuma beberapa buah negara iaitu sesetengah arab dan indonesia. Di negara arab, kristian kebanyakan bermazhab coptic dan mereka faham maksud kalimah keesaan Allah berbeza di luar jazirah arab. Adalah amat malang jika penggunaan kalimah Allah digunakan oleh pihak yang tidak memahami kalimah teragung dan meletakkannya ditempat yang salah

Jadi berbalik ke soalan asal, mengapakah golongan gereja mahu menggunakan kalimah Allah dalam bible mereka? Umum tahu ia adalah kerana untuk memudahkan para mubaligh @ christian misionaries menjalankan 'dakwah' mereka. Dengan adanya ruang untuk mengelirukan orang awam terutamanya yang kurang berpengetahuan dalam agama maka lebih mudah lah usaha mereka. Inilah yang menyebabkan ramai menentang penggunaan kalimah suci ini




Namun demikian bukanlah semua ulama menentang perbuatan menggunakan nama Allah antaranya golongan ulama muda dan golongan pendakwah. Perbuatan menggunakan nama Allah dilihat ada baiknya dalam usaha umat islam sendiri untuk berdakwah kepada pihak kristian. Ada juga yang menyatakan kalimah Allah bukanlah hak milik mutlak orang islam malah telah lama digunakan oleh orang arab jahiliyah sebelum kedatang rasulullah SAW.

Apapun pandangan serta hujah orang ramai, seharusnya mengambil kira maslahat umum. Ulama dan bijak pandai serta pemerintah harus menimbang kesan buruk serta baik dalam menentukan sebarang hukum. Jenis- jenis hukum feqah seperti feqah waqi, maqasid dan awlawiyat mungkin boleh digunapakai. Wallahualam.  


  
Mr Jay


Katakanlah: “Hai orang-orang kafir, (1) Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. (2) Dan kamu bukan penyembah Rabb yang aku sembah. (3) Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, (4) dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Rabb yang aku sembah. (5) Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku”. (6)” (QS. Al Kafirun: 1-6)

Sweet 4th years Anniversary

Januari adalah bulan ulangtahun pernikahan kami dan alhamdulillah harini merupakan ulangtahun kami yang ke 4 (10.01.10 ~ 10.01.14)

 Mengimbau kenangan sejurus selepas kami di akadnikahkan, sweet moment

 Antara bestfren yang sudi hadir memeriahkan majlis ku masa tu :)

Apapun mudah-mudahan jodoh kami berpanjangan, dan kami berjaya harungi pahit getir cabaran hidup berumah tangga. Dan yang UTAMA moga ALLAH memakbulkan doa dan usaha kami untuk rezeki yang tak pernah2 kami putus harap selama ini iaitu REZEKI ANAK, doakan kami ye kawan-kawan.. Aminn

Hadiah tak tahu lagi nak bagi apa kat Suami, tapi untuk MJ, cheq request nak barang kemas..wahahaaa kejam kan, ala sementara harga emas tengah murah ni haruslah rebut kan.. **Serupahargaemasmacamhargasayurkatpasarje..huhuuhu**


p/s : Sempena Anniversary ni ada TAWARAN ISTIMEWA untuk produk semua Shaklee, nak tahu apa kena SMS/WASAP ye : 0124353088

Kelebihan Alfalfa Shaklee

Siapa yang rasa badan dia letih, lesu, kulit kusam, tak bermaya.. Ha tu tandanya badan kita ada toksin tau. Jadi sebab tu pentingnya detoks supaya lepas tu badan kita dapat menyerap segala nutrien dengan sempurna dan barulah badan kembali cergas dan bertenaga.

Kalau badan bertoksin susah nak serap vitamin tau, makan la seplohmakneka jenis pun tapi kalau tak detoks terlebih dulu dari seploh mungkin 1 ja yang berjaya diserap.. Ha kan rugi...

Siapa yang patut ambil Alfalfa Complex Shaklee?
1. Badan yang bertoksin tinggi
2. Ingin merawat kulit sebabnya toksin tinggi dlm badan juga punca kulit kusam dan berjerawat.
3. Masalah penghadaman, gastrik, kembung perut.
4. Pesakit hepatitis.
5. Mengalami badan berbau - Alfalfa menyah bau badan tau
6. Sembelit (tapi kalau kurang minum air tetap sembelit juga)
7. Tinggi kolestrol.
8. Penghidap darah tinggi, mencegah strok dan mencegah sakit jantung. Sebab ni penyakit 3 sekawan yang tak boleh nak berpisah..
9. Sering keletihan.
10. Penghidap atritis.
11. Para suami - untuk tenaga
12. Para isteri - sebagai kacip fatimah juga merawat keputihan
13. Ibu menyusu untuk milk booster.


Set Slimming Meletop

Set Menyusu


Alfalfa bersama Performance Drink dan Omega Guard membantu untuk pesakit Gout

1001 khasiat Alfalfa

Jom kita detoks badan kita bulan ni, maksimum ambilan sehari 10biji jadi sebotol akan tahan selama sebulan (untuk botol 330tabs). Harganya ialah RM53.75 sebotol, Alfalfa sesuai untuk semua kecuali pesakit SLE, Auto Immune dan G6PD (ambilan atas nasihat doktor ye).

Shaklee Independent Distributor : 972293
SMS/WA/VIBER : 0124353088