MH370: Kisah disebalik tragedi

Assalamualaikum, 

Saya sebenarnya kalau boleh tak mahu lagi menceritakan tentang kisah MH370. Terlalu banyak berita dan spekulasi dihidangkan pada kita setiap hari. Namun terkadang timbul pula niat untuk menyatakan sesuatu pendapat serta pandangan apabila ada sesetengah isu yang saya rasakan amat tidak patut diutarakan tambahan lagi dengan kata kata yang kasar serta menyakitkan hati sesetengah pihak yang lain
Perlu saya nyatakan disini sebelum saya membuat sebarang kenyataan, ulasan ataupun pandangan ialah saya bukanlah pakar dalam sesuatu bidang malahan saya hanyalah rakyat marhein sahaja. Jadi sebarang kata kata saya mungkin terbit dari pengetahuan saya yang cetek ini



Sebenarnya saya merupakan salah seorang peminat kepada rancangan rancangan dokumentari  yang ditayangkan di kaca TV ataupun astro seperti National georaphic, discovery dan history channel. Di antara yang menarik minat saya ialah air crash investigation dan second from disaster yang menceritakan penyiasatan terperinci tentang kejadian kapal terbang yang terhempas.  Apa yang saya dapati dari pemerhatian saya terhadap koleksi cerita cerita penerbangan ini ada di antaranya mengejutkan saya.

Mungkin ramai tidak tahu bahawa sistem penerbangan dan rekaan pesawat mempunyai banyak "kecacatan" didalamnya. Menurut pakar aviasi didalam rancangan tersebut, sistem penerbangan dan rekaan pesawat mempunyai kecacatan atau kelemahan didalamnya. Malangnya pihak yang bertanggungjawab hanya akan melakukan perubahan setelah berlakunya kemalangan.

Mengambil contoh dari kata katanya ialah rekaan boeing 747. Walaupun dikatakan antara ciptaan terunggul boeing, ia mempunyai kecacatan yang pernah mengorbankan beratus penumpang didalamnya hanya kerana alat untuk menggerakkan rudder control pesawat bertukar menjadi terbalik setelah mengalami perubahan suhu yang sangat extreme. Pilot pesawat tersebut gagal mengawalnya lau menyebabkan ia terhempas. Keduanya ialah kes tayar pesawat terbakar yang melemas keseluruhan penumpang dan krew seperti yang diceritakan didalam media akhir akhir ini.
Jika ini kita jadikan sebagai pengajaran kita tentu akan lebih berhati hati dalam mengeluarkan kenyataan atau spekulasi mengenai kehilangan MH370 kerana mengetahui bahawa kemungkinan kelemahan rekaan pesawat itu sendiri juga merupakan punca terjadinya nahas pesawat



Keduanya, kesilapan manusia sering berlaku dalam penerbangan yang mana ada diantaranya menyebabkan berlakunya kemalangan. Diantaranya kesalahan penyelengaraan yang gagal mengikut protokol pengendalian pesawat sepenuhnya. Sebagai contoh satu kes dimana pihak petugas penyelengaraan pesawat melakukan kesalahan yang baginya dianggap kecil iaitu menukar satu skru yang tidak sama saiz dalam pesawat yang menyebabkan punca pesawat meletup di udara. Ya, kesilapannya hanyalah menukar satu skru sahaja. Akan tetapi bukanlah disebabkan puncanya dari skru itu sahaja yang menyebabkan kapal terbang itu meletup, ianya juga disebabkan "rantaian" kesalahan kesalahan design pesawat itu yang menyebabkan berlakunya letupan. Terlalu panjang untuk diceritakan disini. Apa yang pastinya kata kata penyiasat nahas pesawat ialah "kesilapan kecil tidak menyebabkan berlakunya malapetaka tetapi kolektif dari kesilapan - kesilapan kecil menyebabkan berlakunya malapetaka."



Ada juga kesilapan dari pihak pilot sendiri yang melakukan kesilapan antaranya kes gimli glider plane dimana pilot melakukan kesilapan dalam mengira jumlah bahan api pesawat yang menyebabkan kekurangan bahan api seterusnya menyebabkan kapal tebang hanya dapat dikawal dengan turbin angin sahaja. Kecekapan kapten pesawat tersebut yang  mengawalnya dengan hanya  menggunakan bantuan elektik terhad yang dijana oleh angin berjaya menyelamatkan keadaan.
Ada kapten yang gagal membaca maklumat panel seperti tertukar daripada auto kepada manual seperti yang terjadi kepada Helios Airways Flight 522 yang digelarkan ghost plane. kegagalan kapten menukar switch tekanan udara didalam pesawat kepada auto menyebabkan kekurangan oksigen didalam pesawat menyebabkan kesemua penumpang dan kru meninggal diatas awan. Dan bermacam macam lagi kesilapan pilot yang boleh diceritakan.

Akhir sekali kesalahan dari pihak penerbangan juga tidak terkecuali. Ada yang melakukan kesalahan dengan membuat jadual penerbangan yang padat sehingga tidak memberi ruang rehat yang cukup untuk krew pesawat. Ada juga yang masih memakai pesawat yang melebihi jam penerbangan yang sepatutnya telah lama dilupuskan yang menyebabkan berlakunya nahas. Antaranya PAN AM airline yang didapati bersalah kerana melakukan kesalahan seperti diatas dan didenda hingga juatan ringgit menyebabkan ia muflis



Apa tujuan saya ceritakan kejadian ini. Tujuan saya tidak lain adalah dari kerana mahu memberitahu perihal double standard pihak media asing terutamanya dari barat. Kejadian kesilapan dan kemalangan dalam penerbangan bukanlah perkara baru. Kejadian ini telah berlaku dan terus berlaku. Namun apabila kejadian ini terkena kepada bangsa ataupun negara dari barat, tidak pula berlaku kejadian tunding menunding jari keatas pihak berkuasa ataupun syarikat penerbangan. Kejadian yang saya ceritakan diatas kebanyakannya dari kesilapan manusia dan boleh dikatakan kebanyakan dari negara negara barat. Tapi mereka tidak pula menyalahkan syarikat penerbangan dari sana sedangkan sudah terbukti sesetengahnya dari kesilapan mereka sehingga menyebabkan ramai terkorban. Akan tetapi apabila kejadian ini berlaku pada bangsa lain maka bergondonglah para wartawan mereka mencipta berbagai versi cerita yang boleh kita lihat tujuannya tidak lain hanyalah untuk menjatuhkan kredibiliti kerajaan dan negara Malaysia dimata dunia. Jika kita boleh lihat semasa press statement, soalan yang dikeluarkan lebih tertumpu kepada ayat perangkap dan soalan soalan jahat dengan niat yang tersembunyi. Keluarga mangsa yang dalam keadaan emosi yang tidak stabil mudah menghadam apa sahaja cerita yang dikeluarkan kerana apa yang mereka mahukan adalah kepastian tentang status mangsa sedangkan itu tidak dapat diberikan oleh kerajaan Malaysia. 



Oleh itu janganlah kita menjadi seperti pihak media barat yang hanya tahu memburukkan nama negara kita. Hentikanlah penyebaran cerita cerita yang tidak membawakan sebarang faedah. Jika benar, tunjukkanlah bukti bukan hanya sekadar cerita kerana semua orang boleh bercerita tapi berapa ramai yang mengemukan bukti dalam penceritaan.Sedarlah akan kita bahawa bangsa yahudi dan nasrani tidak pernah akan redha terhadap kita. Mereka akan sentiasa mencari jalan untuk mengheret kita menjadi serupa mereka. Bukan negara kita sahaja yang disasarkan bahkan sudah banyak negara yang menjadi padang jarak padang terkukur hanya kerana tidak mahu mengikuti telunjuk mereka. Keadaan kita sekarang amat terdedah kepada tindakan untuk menjatuhkan kita. Sekarang mereka boleh melabel kita dengan pelbagai gelaran.

Jadi apa yang saya harapkan ialah sama sama kita bersatu atas tali perpaduan ikhwanul muslimin dan menurut perintah Allah SWT dan rasulNya. Dengan cara ini sahajalah kita dapat menghindari fitnah dajjal di akhir zaman. Wallahua'lam



P/S: sama sama kita doakan untuk mangsa MH370 dan saudara kita di mesir yang dizalimi agar kita terhindar dari bala Allah SWT

Oleh: Mr Jay

** ini merupakan pandangan peribadi penulis

Untuk rujukan: 
gimli glider
Eastern Air Lines Flight 401
Helios Airways Flight 522
TWA Flight 800
China airflight 120
Pan american airway
Air crash investigation
Second from desaster
Mega builder





Feedback positif selepas review

Alhamdulillah dari niat MJ berkongsi dengan kawan-kawan di blog mengenai Inai Lukis telah memberi impak dan kesan positif kepada kawan MJ apabila ramai yang menghubungi beliau untuk membuat Inai Lukis ni jugak.


Rezeki adalah untuk dikongsi kan, kalau servis tiptop dan kita berpuas hati memang konpem akan rekemen pada kawan-kawan.

Kalau korang perasan MJ kena approve dulu di FB sebab FB MJ ni ramai kawan-kawan opis, taknak terkantoi..heheee

Ok pada kawan-kawan yang nak buat Inai Lukis ni boleh la Inbox my friend di FB ye :)

Pemenang Mega Giveaway borong.com.my

Kami mohon maaf atas kelewatan mengumumkan pemenang Mega GiveAway,  sebelum tu jom kita tengok dulu hadiah-hadiah yang bakal dimenangi oleh pemenang bertuah.


Untuk melihat no bertuah dan juga senarai NAMA PESERTA boleh klik link tu ye, dan Pemenang bertuah yang telah dipilih ialah :

Cenderahati untuk 2 pemenang (BUKU, DIARI dan PEN)
6.    Nor Amirah Binti Anuar
15.  Neeta Othman
Pelikat pant untuk 1 pemenang
27.   jue_7611@yahoo.com.my
 2 peket Nasi Arab Home Made (Beras dan rempah ratus) untuk 2 orang
41.    Haryati Faizal
52.    Nor Amirah Binti Anuar
Barangan Cosmetic untuk 6 orang
39.   Pn Susu
57.  Gades Semasa
12.  Fadzliena Elna Hamzah
6.   Sarina Mohd Nor
48. Alise Khalishah
26. eida.khairida@facebook.com
  Phoebe Ribbon Chiffon Maxi Skirt bernilai RM69 - brand ThePopLook
2.  Nor Hathmina Ibrahim
 2 unit Perfumes  untuk 2 pemenang 

  1. Arzi Yana
  2. Cikna136@gmail.com
4 unit deodorant  untuk 2 pemenang
23.  mia_Atiera94@yahoo.com
14.  Hidayah  
 Voucher RM50 untuk pembelian Suplement Shaklee (untuk seorang)
 36.   Mimi Azirah

 2 unit powerbank
  19.  Arzi Yana
 32.  jane_daisy21@yahoo.com

PEMENANG HADIAH UTAMA
 Wang tunai RM100
  1.  Ina Intan Berlian
Tahniah diucapkan pada semua pemenang bertuah, sila berikan maklumat peribadi anda selewatnya hari  Rabu ini (26/3/2014) dan jika pemenang tidak melaporkan diri sehingga tempoh ditetapkan, maka pihak kami akan membuat cabutan baru ye.

Sila emelkan nama, alamat dan no telefon dan juga no bertuah anda di normj1001@hotmail.com dengan tajuk PEMENANG MEGA GIVEAWAY.
Dan kepada Ina, nanti email no akaun ye. TERIMA KASIH dan teruslah menyokong kami di BORONG.COM.MY



Kelebihan dan Khasiat ESP Shaklee

Umum mengetahui bahawa ESP (Energizing Soy Protein) adalah salah satu produk terlaris Shaklee kerana khasiat Kacang Soya adalah dari Non-GMO.

Sebelum tu jom kita kenali apa itu GMO (tidak diubahsuai secara genetik)
Protein Soya Non-GMO dihasilkan di bawah program IPP (Identity Preservation Program) untuk dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam sehinggalah pemprosesannya. Ia bagi memastikan kacang soya bebas dari pendedahan kepada perubahan genetik kerana ramuannya adalah semulajadi dan berkualiti. Sebab itu ESP ni tiada Flavour (sebarang perasa) sebab ingin mengekalkan keaslian dan ketulenan soya.



Apa pentingnya produk Non-GMO ni?
Rata-rata tidak mengetahui bahawa produk2 GMO boleh menyebabkan alergik, toksik dan juga potensi menghidap kanser terutama zaman sekarang produk GMO 'bersepah' di pasaran. Antara makanan yang tinggi GMO ialah yang berasaskan jagung dan soya. Jadi sebelum anda membeli protein dari sumber soya pastikan bahawa di label tersebut bertulis Non-GMO dan JANGAN BELI disebabkan harganya yang murah ataupun rasanya sedap kerana kita menghargai nyawa dan badan kita..

Fakta mengenai ESP

  • Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amino termasuk 9 Asid Amino yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.
  • Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium
  • Isofalvones pula meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus.
  • Energizing Soy Protein ini dihasilkan dibawah kawalan IPP (Identity Preservation Program) bermakna penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones
  • Dijamin Halal. Tanpa Laktos, kolesterol dan bebas kafien.



Kenapa ramai orang jatuh cinta dengan ESP 
ESP menjadikan kulit wajah cantik dan berseri serta awet muda



ESP membantu menghilangkan parut jerawat; parut terjadi akibat kekurangan protein untuk membentuk sel baru yang sihat bagi menggantikan sel mati


ESP memberikan tenaga, menjadikan badan sihat, cergas dan kurang letih


ESP membantu untuk kuruskan badan, cepat kenyang


ESP membantu mempercepatkan penghasilan susu untuk ibu menyusu, sebagai milkbooster


ESP membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu mengandung di tahap optimum


ESP menganjalkan dan mengembalikan kecantikan payudara anda

 Risiko Kekurangan Protein
 * Anemia (kekurangan oksigen dalam darah)
* Penyakit buah pinggang
* Penyakit hati
* Kolesterol tinggi
* Tekanan darah rendah
* Fungsi saraf yang tidak stabil
*  Ulser perut dan usus
* Badan menggeletar
* Penglihatan lemah
* Luka lambat sembuh
* Letih dan lesu
* Pengaliran darah tidak lancar
* Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan

Dengan pengambilan ESP dapat mengoptimumkan penyerapan vitamin dalam tubuh badan seseorang. Selain itu ESP memberikan protein dan membina sel-sel baru dalam badan.

1. ESP + Alfalfa= M
embantu masalah keputihan, mencuci darah, melawan alahan, mengurangkan asid di dlm badan, membaiki penghadaman. Alfalfa juga bagus untuk "colon cleansing" 
2. ESP + Vitamin C = Memudarkan parut jerawat / jeragat
3. ESP + GLA = Kesuburan / Kulit Gebu Gebas
4. ESP + Vita-Lea=
Kesihatan optimum, kecergasan tubuh, pelengkap nutrition dan nutrients, meningkatkan metabolisma 
5. ESP + COQ = Kesihatan Jantung / Kolesterol
6. ESP + Vit E = Kulit Berjerawat
7. ESP+B Complex+Zinc= Rambut Gugur
8. ESP + Lecithin + Herblax = Pengurusan Berat Badan
9. ESP + Ostematrix + Peppermint Ginger Plus = Gastrik
10. ESP + Performance Drink = Bertenaga terutama untuk berpuasa
11. ESP + MealShake = Set lengkap sekeluarga 

12. ESP + Omega = Membantu perkembangan otak janin untuk ibu hamil, memelihara fungsi sendi dgn mengurangkan keradangan, menguatkan daya ingatan, mencegah penyakit salur darah (kolestrol, stroke, darah tinggi)
13. ESP + Lecithin = Pemecah lemak dan kolesterol, menghalang obesiti, menghalang tekanan darah tinggi, meringankan sembelit, meningkatkan daya ingatan
14. ESP + Zinc = Membaiki diabetes, mencepatkan pemulihan luka/lepas bersalin, membaiki masalah prostat (zinc dpt meningkatkn kiraan sperm) 

TESTIMONI

Kalau ada antara korang yang mengalami gastrik tu boleh la cuba rawat dengan ESP, insyaAllah sangat membantu sebab ESP merawat sel-sel rosak dengan membina sel-sel baru.



Macam baru-baru ni my Mum mengadu perut pedih walaupun dah makan dan merasa ketidakselesaan (pedih ulu hati) jadi MJ bagi Mak ambil ESP, alhamdulillah lepas 3 hari macam tu Mak bagitau perut rasa sangat selesa dan tak pedih lagi walaupun 'terlewat' ambil sarapan.

 My Asben juga pernah ada gastrik (Gaviscon dan ubat wajib stanby) sebabnya ia selalu menyerang tak kira masa, Alhamdulillah lepas dah ambil ESP, Gaviscon dilupakan..heheee

Oleh itu jangan ragu-ragu dengan ESP ye, jika inginkan maklumat lanjut dan konsultansi bolehla berhubung dengan MJ ye samada SMS/WA/VIBER : 012-435308
 

Handmade Shawl dari Izyanty Collection

MJ nak promote sikit SHAWL hasil tangan dari my bestfriend yang sangat super duper kemas, cantik dan yang penting selesa untuk digayakan



Asalnya MJ order dari Izyanty shawl dwicolour (kanan tu) dan sangat terharu apabila beliau menghadiahkan shawl tersebut kepada MJ bukan sehelai tetapi 2 helai (kiri tu). Terima kasih sesangat ye Iz. I like it!!!

Dan korang sekiranya nak order shawl manik ke, lace ke atau nak pakai Veil untuk sebarang majlis ke boleh la menempah berdasarkan warna kesukaan korang di

FB Page : Izyanty Collection
Blog       : Izyanty Personal Taste

Korang pastinya akan berpuas hati dengan hasil terbaik beliau tau. Harga adalah sangat-sangat berpatutan tau. Tapi sekarang rasanya tempahan masih ditutup, kesian my friend tak menang tangan siapkan tempahan..

MH370: mengharap sirih pulang ke gagang

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Terkini, berita tentang penemuan objek yang dikatakan serpihan kapal terbang milik MH370 semakin rancak diperkatakan. Berita ini bagaikan memberikan sedikit sinar harapan kepada rakyat malaysia khususnya dan seluruh masyarakat dunia yang sama2 mengikuti perkembangan kejadian kehilangan pesawat MH370
Menurut perkembangan terkini kapal milik RAAF telah pun dihantar ketempat kejadian berhampiran Australia. Banyak lagi kapal bakal menghampiri lokasi objek ditemui.

Secara peribadinya, perasaan saya bercampur baur. Gembira kerana jika ianya benar maka kita telah menemui pesawat tersebut. Sedih jika benar ianya terhempas mungkin nasib yang menimpa kepada krew dan penumpang kapal agak malang. Walaupun ini bukanlah pengakhiran seperti yang saya harapkan, namun saya tetap bersyukur dan pasrah apa yang ditentukan Ilahi. Jika bukan, maka proses SAR akan diteruskan merentasi koridor selatan dan utara


Apa yang ingin saya kongsikan disini bukanlah berita terkini mengenai kejadian ini kerana sudah beribu ribu berita terkini melalui pelbagai jenis media telah mengeluarkannya. Akan tetapi ia adalah kerana ingin menyatakan beberapa perkara sepanjang krisis ini berlaku sehingga setakat ini

Pertama sekali, saya berharap agar hentikanlah penyebaran berita yang berbentuk menjatuhkan maruah individu, kelompok mahupun masyarakat atau negara. Jika ia benar sekalipun, kerosakan yang bakal terjadi lebih besar dari kebaikan yang dapat padanya.  Cuba bayangkan kesusahan serta kesulitan yang dialami oleh keluarga mangsa. Tekanan emosi serta ada yang tak mampu melelapkan mata.
Ingatlah bahawa sesiapa yang membuka aib saudaranya, pasti Allah akan membuka Aibnya samada di dunia atau diakhirat kelak

Saya berikan contoh untuk kita sama2 hayati
Bagaimana katakan jika suatu hari nanti anak perempuan anda pulang dari sekolah tiba tiba hilang. Sudah puas anda mencarinya tetapi tidak diketahui kemana dia pergi. Anda pergi membuat laporan polis dan menunggu polis membuat siasatan kehilangan anak anda. Sudah seminggu anak anda hilang. Anda tidak lalu makan, tidak terasa ingin tidur. Tiba tiba jiran disebelah rumah anda membawa cerita pada kejiranan anda bahawa anak anda sebenarnya  tidak hilang tetapi seorang yang "buas". Dia lari mengikut jantan lain. Habis dijaja kepada semua orang termasuk kepada rakan2nya didalam facebook dan whatsapp. Apa perasaan anda??? Marah?? Sedih??? Kecewa?? Sudah tentu. Anda tentu akan bertanya, apa dosa anda pada dia sehingga tergamak melakukan itu pada anda???

Begitulah yang dialami pada keluarga mangsa MH370. Kalau anda tidak sanggup terima kata kata yang melukakan hati anda. Begitu juga mereka. Tidak ada kebaikan pun dalam membawa cerita cerita yang mengaibkan orang lain.

Riwayat:  Bukhari dan Muslim
Daripada Ibnu Umar R.huma bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Orang Islam itu adalah saudara kepada seorang Islam yang lain, tidak boleh dia menzaliminya atau membiarkannya dizalimi. Sesiapa yang memenuhi hajat saudaranya nescaya Allah akan memenuhi hajatnya dan sesiapa menolong seorang Islam lain untuk melepaskan daripada satu kesusahan nescaya Allah akan melepaskannya daripada kesusahan dan penderitaannya dihari kiamat. Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Islam nescaya Allah akan menutup keaibannya di hari kiamat”. 


Keduanya, kesilapan kita ialah sesetengah dari kita tidak mampu membezakan antara cerita dan berita. Apabila sesorang memberitahu tentang sesuatu perkara yang berlaku tanpa mengemukakan bukti ia adalah cerita. Walaupun ianya adalah benda yang benar tetapi ia tidak lebih kepada cerita kerana tiada bukti disitu. Sebagai contoh jika saya katakan saya memiliki kereta bugati veyron. Ia adalah cerita kerana saya tak mengemukakan bukti. Akan tetapi bila saya menunjukkan gambar atau lain2 bukti yang saya benar benar memiliki bugati barulah ianya merupakan berita. Wallahua'lam



P/S: saya ada jugak membaca cerita spekulasi oleh beberapa orang antaranya brado kapak yang gemar berteka teki mengenai kes ini. Walaupun berjaya menterjemah bahasa yang diguna oleh beliau namun saya mengambil pendekatan tunggu dan lihat sejauh mana kebenaran kata kata mereka. 
Amat terkejut juga setelah mendalami apa yg cuba diperkatakan oleh mereka. Antaranya isu khazanah, USA, tuntutan comango, kapal navy british. Tetapi bagi saya semua itu cuma cerita..... wallahua'lam

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

(Al-Hujuraat49:6)

Saya ingin meminta maaf andai kata kata saya mungkin mengguris hati sesetengah pihak. Ini merupakan pendapat saya yang cetek ilmunya. Assalamualaikum


 Oleh: Mr Jay