Resepi Popcorn / Nugget Ayam berintikan Cheese

Lepas dah try buat Lasagna Telur, MJ try pulak buat Popcorn Ayam ni (ada yang panggil jemput2 aka cekodok) boleh je la mungkin sebab MJ buat bulat-bulat kecik, kang besaq nama Chicken Ball pulak kan..

Yang nampak hitam-hitam kat bawah tu asben buat Daging/Ayam bakar Blackpepper

Inti sepatutnya ada potongan cheese slice dalam nya, mungkin cair semasa menggoreng le tu, tapi bila makan tetap rasa cheese tu, sedap.. lepas ni nak try letak mayonis plak la, baru la meleleh kan..heheee

Nak buatnya pun senang sebab bahan-bahan yang dah tersedia je kat rumah kan..

Masa pecahkan sebiji telur tengok ada kembar telur kuning.. syoknyer... heheee

Bahan-bahan
Isi Ayam (blender) - dapat dalam segenggam
1 biji Telur - asingkan putih dan kuning telur
1-2 ulas bawang merah - potong dadu
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Slice Cheese / Mayonis
Garam secukup rasa


Cara membuatnya 
Gaul isi ayam dengan kuning telur kemudian masukkan bawang, serbuk lada dan garam smpai sebati . Lepas tu buat bulat di tengah, masukkan la untuk inti samada cheese ka mayonis ka (mcm MJ letak cheese slice tapi mungkin kering masa goreng tu kot) kalau takmau letak pun tak apa ikut suka.
Kemudian bulatkan semula dan gaul dengan putih telur bagi berbentuk bulat dan siap!





Sedap makan panas-panas, anak-anak pun suka.. Sesuai buat yang berdiet tak makan tepung bagai iaitu DIET ATKIN..hehee 


p/s : MJ pun tak sepenuhnya amalkan diet Atkin ni, saja suka mencuba resepi diorang sebab nampak sedap dan menyelerakan..





WW : Popcorn Ayam Cheese

Sedap!!tapi cheese tak nampak pulak..nak kena tambahkan lagi

Lasagna Telur Bercheese

Dah lama MJ dok ushar resepi ni, tapi sebab nak buatnya kena bakar bagai maka terbantut kejap, yela rumah kami takdak Oven kena tunggu balik rumah Mak dan ada kelapangan baru buat. Walhal resepi senang je, resepi asal dikongsi dari Diet Atkin.

Bahan-bahan
3-4 ulas bawang merah (tumbuk)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
3 biji telur
Daging/Ayam cincang/Beger
Cheese Mozarella/Slice
1 biji Tomato (ikut keperluan) - potong dadu
1 biji cili merah
1sb Sos Prego/Leggo
1sb Serbuk Kari
1sk Lada Sulah
Garam secukup rasa

Cara Membuat
1. Tumis bawang yang dah ditumbuk sehingga naik bau
2. Masukkan daging/ayam cincang dan tumis sehingga separuh masak
3. Masukkan serbuk kari, lada sulah, tomato dan juga sos prego - kacau sebati dan masukkan garam. Ketepikan
4. Pecahkan telur dan kacau bagi sebati
5. Dalam bekas (yang nak dibakar tu) tuang 1/4 telur diselang seli dengan ayam yang dah dimasak tadi. Atas sekali baru tuang telur sehingga habis dan hiaskan dengan cheese sesuka hati dan tabur cili merah.

Panaskan oven dengan suhu 180'c - 200'c masukkan lasagna dan bakar dalam tempoh 20minit, dan siap..

Sedap dimakan, tak perlu sos pun dah secukup rasa, tak berapa nak jadi layer sebab bekas yang MJ guna tu besar, kalau kecik sikit sure nampak tinggi..hehee


Yang hancur  sikit sebelah kiri tu sebab masa nak angkat dari bekas terjatuh, tapi memang sedap. Macam nak buat lagi je, adik MJ yang tak pernah makan pun berulang kali dia jamah ha, sedap katanya.. wahahaa makin mengembang le ahkaknya..

p/s : Kalau ikut dari Diet Atkin tomato tak boleh makan tau..


Dapat free Trial Pack Ephyra 10 sachet

Alhamdulillah, dari perkongsian entry INI dan seperti yang telah dijanjikan oleh pengasas Ephyra Kak Amiza dari Oceanlife Marketing, MJ menerima pula sekotak trial pack 10 sachet, hari tu dah dapat sekotak pek premium 30 sachet (percubaan). Semoga Kak Amiza akan terus dimurahkan rezeki ye dan berjaya, tidak luak rezeki jika kita sentiasa memberi.. Terima kasih ye kak Amiza :)


Dan kalau ada rezeki MJ untuk menang tempat pertama, boleh la dapat 3 kotak pek premium ephyra ni.. wahhhh jimat betul..heheee.. InsyaAllah mudah-mudahan ada rezeki untuk MJ menang, aminnn..

Oh ya, pada 28 April ini, Ephyra akan mengadakan MEGA SALE iaitu harga sekotak pek premium 30 sachet adalah RM197.00 RM180 SAHAJA! Manakala untuk trial pek 10 sachet adalah RM68 termasuk pos. Berminat boleh hubungi MJ ye, kita sembang-sembang dulu ke.. 012-4353088

22 Jenis Kuih Raya

Haisyyhh Ramadhan pun belum menjelma dah fikir pasal Kuih Raya bagai kan.. Takpe ni dikira persiapan awal menyambut Syawal.. Masa ni la nak merasa kesedapan dan keenakan biskut raya kan, nanti dah masuk Ramadhan macam mana nak merasa kuih, iyo dak?

Yang sebenarnya MJ tolong jual bagi pihak jiran dekat rumah, setiap tahun memang dia dok jual cuma tahun ni MJ 'duduk lekat' di  area situ, tu yang boleh tolong menolong tu.

Yang mana nak COD sangatlah dialu-alukan, kawasan Seberang Perai dan juga Penang (temujanji dulu ye), kalau nak pos MJ consider yang mana yang tak mudah patah/lebur, setakat ni dok pos Popia Nestum Alhamdulillah takdak masalah.

1. POPIA CHEESE
2. ALMOND COCONUT
3. VANILLA ICE CREAM
4. POPIA PEDAS
5 TART BLUEBERRY

6. OREO DELIGHT
7. ORANGE CRUNCHY
8. PISTACHIOS PANDAN
9. ISLAND CHOC BAR
10. GAJUS BERKEJU
11. BROWNIES MINI

12. PEANUT BUTTER
13.. HAZELNUT BALL
14. NESTUM CHOC ROCHE
15. CHOCOLATE STICK
16. ALMOND LONDON

17. RAINBOW COOKIES
18. OATMEAL RAISIN COOKIES
19. MARBLE COOKIES
20. SNOWY OAT
21. TART NENAS
22. MAKMUR

Punya rasa yang tersendiri, sedap dan rangup dan yang penting pembuatan adalah bersih. Setiap bekas mengandungi 50pcs untuk biskut manakala 500gm untuk popia cheese dan popia pedas. Boleh WgatsApp MJ 012-4353088. Harga adalah diantara RM22.00 - RM25.00

EPHYRA PILIHANKU PHASE 2 - Cabaran 30 hari bersama Ephyra

Selepas majlis Sepetang Bersama Blogger bulan lepas (8/3/2014) MJ telah menerima hadiah sekotak (30 sachet) pek Premium Ephyra kerana menyertai pertandingan yang telah dianjurkan di blog Denaihati. Jadi bermulah episod penggunaan selama sebulan..
MJ nak ucapkan TERIMA KASIH pada pihak OCEANLIFE2U kerana menaja EPHYRA untuk MJ.


Ephyra ialah sejenis minuman yang berasaskan kolagen dan didatangkan dalam bentuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan hebat dengan rumusan terunggul dari alam semula jadi yang  membantu untuk merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran. Rasa oren yang sedap dan tiada 'bau hanyir' menyerlahkan lagi kesedapan ephyra. 

 Antara kandungan ephyra ialah Kolagen Ikan Laut Dalam, Buah Acai, Gam Akasia, L-glutathione, Asthaxanthin, Serbuk tomato, Acerolla ceri, Marigold bunga ekstrak, dan Superberry. Keterangan lanjut boleh baca di SINI

Antara kesan positif yang dialami MJ setelah 30 hari minum ephyra ialah
1. Kulit menjadi gebu sangat, lembut seperti bayi dan lembab-lembab basah gitu. Rasa macam nak sentuh setiap masa dan tak percaya dengan kulit sendiri, almaklumlah bila umur makin meningkat ni mesti la akan jadi kurang anjal kan.

2. Kulit menjadi cerah sikit berbanding sebelum ni walau tanpa secalit mekap.. wahhh!! memang best tau.. Jadi takyah risau nak keluar walau calit bedak nipis pun dah cukup.

3. Kalau nak diikutkan bibir MJ ni kering tau dan nampak merekah, tapi lepas ambil ephyra MJ perasan tiada lagi rekahan di bibir dan walau tak letak lipstik pun muka tak nampak pucat.
 
4. Katakan TIDAK pada 'Eye Bag' dan juga lingkaran gelap bawah mata makin menunjukkan pengurangan.

Gigih nak letak gambar ha, korang perasan tak? jangan cakap tak perasan na, gambar ni bukan lepas sebulan tau tapi selepas 3 minggu minum ephyra, nampak tak beza kiri dan kanan. kedua-dua gambar hanyalah dioles sedikit bedak. Apa yang MJ perasan parut dah kurang, muka jadi gebu dan cerah sikit, bibir pun kurang merekah. Liang roma pun nampak tertutup sikit kan? Bayangkan baru 3 minggu dah nampak kesan apatah lagi sebulan kan? Lagi gojes U..hehee

5. Dan kesan paling ketara tentulah rekahan di tumit kaki, MJ pun alami masalah rekahan yang kronik, sebab apa kronik? Bayangkan bila kaki bergesel dengan tilam boleh terdengar 'scretch' huhuuu ngeri kan apatah lagi buat seorang wanita yang gojes dan ayu ni kan... muahahahaaa... tapi selepas 30 hari iaitu sekotak ephyra tumit kaki dah nampak kurang bab merekah tu, huwaarghhh cheq sukaaaa tau sebab kaki cheq dah nampak 'cantik' sekarang ni..

6. Proses pelawasan juga menjadi mudah.

7. Parut cepat pudar (baru-baru ni MJ 'naik kayap' kat leher) alhamdulillah tak sampai seminggu kayap makin kering dan parut semakin kurang / pudar.

8. Selain itu, bangun pagi pun mudah dan rasa segar je badan ni.tau serta tak letih.


Dan disebabkan MJ 'borong sakan' ephyra masa Majlis hari tu (1 kotak pek premium dan 9 kotak pek trial),  6 kotak untuk diberi kepada emak dan belen 3 kotak MJ bagi hasben minum, alhamdulillah setelah hampir 2 kotak pek trial dah diminum, MJ tanya apa perubahan yang dirasakan, hasben cakap kurang letih dan lebih bertenaga, alhamdulillah.. ;) Jadi siapa cakap ephyra hanya sesuai buat wanita sahaja kan? Lelaki dan Perempuan semua boleh amalkan.

Kelebihan menggunakan EPHYRA ialah?

  • Menjadikan kulit anjal, halus dan lebih cerah berseri
  • Membantu memulihkan wajah yang bermasalah
  • Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
  • Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar
  • Melancarkan sistem pencernaan dalam badan
  • Mengurangkan kadar kolesterol
  • Meningkatkan tenaga dan daya ingatan
  • Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan
  • Mengawal berat badan dan meningkatkan kadar metabolism

Hari ni 22 April 2014 adalah ulangtahun ke 2 EPHYRA di pasaran, walau usia masih 'hijau' tapi ephyra berdiri gah setanding jenama lain di pasaran. Happy Birthday EPHYRA! dan pada 28 April Ephyra akan mengadakan 2nd Anniversary MEGA SALE. Woww!! best kan.. Jangan lupa rebut peluang ni tau.


Jadi kalau korang berminat nak dapatkan ephyra boleh juga hubungi MJ ye 012-4353088. Rasa oren yang sedap terutama minum masa sejuk. MJ suka bancuh dengan air putih / mineral lepas tu letak sekejap dalam peti sejuk baru minum.. wahhh!!! nyaman sejuk terasa je tekak ni tau.

Roti Bun Sarang Lebah (Bee Hives Bun) dengan sos butterscotch yang sedap

Penangan dari entry Ina Intan Berlian telah memanaskan vontot MJ untuk buat jugak roti yang tengah glemer sekarang ni tau, dan roti ni dalah percubaan pertama MJ membuat roti sendirian berhad walaupun setelah 2x gagal..heheee nampak sangat tangan cheq ni keras. TQ tau Ina sudi layan pertanyaan demi pertanyaan, almaklumlah cheq ni tak biasa buat seorang diri.. Terima kasih juga buat pencetus resepi sedap, gebu gebas ni Sis Ldya Honey

Roti Bun Sarang Lebah with Butterscotch Sauce
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum (ayak)
1/2 sudu teh baking powder (ayak)
1/2 sudu teh yis kering (yis mauripan)
1sb gula pasir
1/2 cawan air suam
1/4 sudu teh garam
1/4 cawan plain yogurt
1/4 cawan minyak sun flower / minyak masak

Cara Membuat :
1. Larutkan yis, gula dengan air suam sehingga berbuih seperti gambar di atas (guna bekas kaca akan buatkan yis cepat  bertindakbalas)
2. Dalam mangkuk adunan, masukkan tepung gandum dan baking powder, letak garam dan kacau sehingga sebati.
3. Masukkan campuran yis yang dah berbuih tadi, yogurt dan uli (lebih mudah jika uli dengan mixer) sambil-sambil masukkan minyak sikit demi sedikit, uli sehingga elastik. (jika guna mixer anggaran dalam 20minit, jika uli dengan tangan anggaran dalam 35min - 1 jam) supaya roti kita akan naik dengan gebu.
4. Kemudian, biarkan doh kembang sehingga 2x ganda.

5. Bila doh dah kembang seperti gambar atas (selepas) kena tumbuk2 doh supaya keluar angin
6. Sapu minyak di tangan dan ambil doh untuk dibentukkan samada nak besar atau kecik terpulang, macam MJ bentukkan bulat2 besar dan susun dalam loyang rapat-rapat ye.
Doh memang lembik dan melekat tapi jangan di tambah tepung, cuma sapu je minyak untuk kurangkan melekat tu.

7. Bila dah penuh loyang bolehla hias mengikut apa yang kita suka samada pumpkin seeds atau jintan hitam atau badam atau almond terpulang, taknak hias pun takdak masalah.
8. Selepas itu biarkan doh kembang 2x ganda sekali lagi (gambar di atas)
9. Bakar pada suhu 180'c - 200'c api atas bawah lebih kurang 10-15 minit


Butter Scotch Sauce
1/2 cawan Brown Sugar
1/2 Whiping Cream / Susu cair
1/2 sudu teh esen vanilla
25gm butter

Cara Masak :
1. Cairkan butter kemudian masukkan gula, kacau sehingga gula cair dan berbuih.
2. Tuang Whiping cream secara perlahan-lahan sambil kacau (takut hangit)
3. Masukkan esen vanilla dan siap!
4. Boleh tuang atas roti panas2.. Nyummyyyy :)


Tak rugi kalau dicuba sebab roti ni memang sedap, gebu ditambah dengan sosnya yang terbaik!!

Entry ni masa kali ke-2 buat, dah pandai sikit dah sebab roti jadi gebu ---->> SALAK DENAI.


Minat dekorasi tapi tak kreatif

MJ suka tengok bila pergi rumah orang nampak cantik, kemas, berdekorasi dan ada yang ala-ala hotel gitu. Teringin nak buat macam tu tapi kadang kekangan bajet + tak kreatif langsung + tangan tak berseni + tak mereti + blabla + dotdotdot.

Jadi sebagai sumber inspirasi mana la tahu nanti-nanti boleh digunakan untuk rumah kami, MJ join Secret Group Deko di Facebook, jeles mak tengok betapa cantik dan kreatifnya diorang mengemas rumah beb.

Lagi 1 MJ jeles dengan rakan blogger kita aka Mommy to be NadiaFarahida yang sangat-sangat kreatif menghias rumah nya sehingga menampakkan ciri-ciri 'mewah'. Dia adalah antara idola MJ, walau masih muda tapi otak kreatif giler.

Nampaknya MJ memang perlukan mentor dan panduan supaya dapat 'mendeko' tapi masih dalam 'bajet kecik' bila terpandangkan ebook ni terus rasa wahhh bestnya wahhhh terujanya..

Panduan ni sesuai buat MJ dan sesiapa yang nak mendeko sendiri 
 
Harapan moga 'rumah' impian akan cantik seperti hotel..wahhhh gitu..hahaa
 

Tak suka minum Susu? Ostematrix la pilihan terbaik!

Sesetengah orang tak suka minum susu kan, termasuk lah MJ kalau nak minum susu tu menyanyi jugaklah nak habiskan tapi terpaksa sebab sayang kan tulang temulang yang nak 'pakai lama' ni. Sebab susu kan sumber Kalsium buat tulang. Tak mau nak nanti bila dah berumur mula sakit macam-macam terutama berkaitan tulang seperti tulang rapuh, bongkok udang mahupun Osteoporosis.

Jadi masa 'muda' ni lah kita kena jaga, kita belai sebaik mungkin, kita sayangi tulang kita dengan mencukupkan keperluan Kalsium, seperti juga kita bila lapar mesti la nak makan, macam tu jugaklah tulang nak kan makanan (Kalsium)..

OsteMatrix bukan sekadar Kalsium tetapi juga mengandungi Magnesium, Vitamin D dan banyak lagi. 1 biji Ostematrix bersamaan dengan segelas susu dan 80 biji badam. Kalau nak telan badam larat ke sampai 80 biji kan? Kita digalakkan mengambil susu sekurang-kurangnya 4 gelas sehari, betul kan? Jadi dengan OsteMatrix ni kita hanya perlu ambil 4 biji setiap hari.

Testimoni dari rakan sepejabat MJ

Mengadu yang dia dah banyak minggu susah nak tidur, tambahan pulak kakinya baru-baru ni terseliuh, walaupun dah pergi berurut tapi masih lagi sakit. Jadi MJ memperkenalkan Ostematrix padanya. Alhamdulillah selepas 2 malam mengambil Ostematrix, dia sangatlah gembira sebab dah 2 malam dia dapat tidur lena dengan nyenyak manakala kakinya pun dah kurang rasa sakit..Bestkan?

Testimoni dari rakan sekolah MJ :)

Boleh juga baca pengalaman MJ dengan OsteMatrix, setakat ni setiap malam dah jadi 1 kemestian untuk ambil OsteMatrix ni tau.

Jika kita ada mengalami seperti tanda-tanda yang dinyatakan di atas bermaksud badan kita kekurangan Kalsium.

OsteMatrix sesuai diamalkan oleh semua tak kira Lelaki mahupun Perempuan, tua ataupun muda, Ibu Hamil juga Ibu Menyusu, pelajar dan yang bekerja boleh ambil OsteMatrix ni


Promosi April Beli 6 botol (RM366) percuma sebotol (RM61) tahan selama 7 bulan.. Korang boleh kongsi dengan sedara mara, adik beradik, rakan taulan Ostematrix ni.. Berbaloi kan?
Hubungi MJ jika inginkan konsultansi dan cara pengambilan eksklusif buat pelanggan MJ. 012-4353088

Kalah orang ngidam

Setiap kali terpandang buah je tak kisah la pelam ka jambu ayaq ka mesti teringat dengan kuah Rojak MakBee ni, punyala dok mencari akhirnya ketemu juga..wahahaa

Ok MJ terus terang siap-siap takmau ada yang tanya kan..nanti ai sentap pulak..mueheheee.. pelam ni takdak kena mengena ada isi ke apa ye, yang MJ tau isi lemak belambak.. ngehngehngeh..

Neotel Hotel Kuala Lumpur - Hotel Bajet terbaik!!

Masa MJ hadiri majlis sepetang bersama blogger bulan lepas (8/3/2014) kami menginap di Neotel Hotel Jalan Tunku Abdul Rahman. Apa yang menariknya hotel ni selain berdekatan dengan pusat tumpuan Jalan TAR, dekat juga dengan Plaza GM dan juga Sogo, Giler tak syiok dok kat Hotel gini, dengan harga yang mampu poket, selesa, bersih dan servis serta layanan mesra dari staf Neotel ni. Terima kasih abg Man sebab memperkenalkan Hotel ni kat FB.

Masa nak check in ni ada sikit masalah, yela masa booking MJ thru email cik Nadia yang cuma bagi booking No, tapi bila nak 'check in' staf kaunter minta surat booking, dah tercengang la MJ, bila bagi booking No pun dia tak dapat nak cari. At last maybe staf ni call cik Nadia kemudian baru kami diberi bilik.. fuhh!! lega..


Kami dapat bilik di tingkat 4, best sebab biliknya 'besar' dan sangat selesa. Kami dapat harga promosi RM90 rasanya normal price RM150++ kalau tak silap. Kami pilih bilik yang ada jendela sebab rasa 'rimas' kalau tak ada jendela ni ha ;)



Hotel kami menyediakan 7 jenis bilik untuk pelanggan kami, iaitu:

Standard Single (tiada jendela)- untuk seorang termasuk sarapan pagi seorang dan percuma Wi-fi
Standard Double (tiada jendela) untuk 2 org termasuk sarapan pagi 2 org dan percuma Wi-fi
Standard Double - untuk 2 org termasuk sarapan pagi 2 org dan percuma Wi-fi
Superior Twin - untuk 2 org termasuk sarapan pagi 2 org dan percuma Wi-fi
Superior Triple - untuk 3 org termasuk sarapan pagi 3 org dan percuma Wi-fi
Deluxe Quad & Family Deluxe- untuk 4 org termasuk sarapan pagi 4 org dan percuma Wi-fi

Tilam yang empuk, bantal yang gebu, memang selesa sampaikan rasa sayang je nak bangun dari katil tu..hahaa


Tandas pun selesa dan bersih

Jadi hotel ni sangat sesuai buat semua samada bujang, kelamin mahupun keluarga sebab di tengah kotaraya dengan harga yang berbaloi dan bajet, cuma part parking tu yang susah sikit yang lain2 ok.

Nak tengok hotel bajet lain sekitar Jalan TAR/Masjid India boleh terjah SINI ye.

Makaroni Baked Cheese

Inilah menu Western MJ untuk hari ni, sarapan merangkap lunch.. jimat dan senang yang penting sedap..hehee

 Yang syiok nya nak makan ni sebab ada delivery tau, terus ke ofis ha. Tapi disebab kan ada hal yang tak dapat dielakkan, delivery melalui kawan opis yang setaman dengan kak Ieta ni..hehe

Kenyang MJ makan separuh untuk sarapan, dan belen setenmgah lagi untuk lunch, kot mana pun tekak ni nak jugak makan dengan Cili Sos..

Ok pada rakan-rakan sekitar Seberang Perai yang nak mencuba boleh roger kak Ieta ni ye :)


Dan 2 minggu sebelum tu MJ mencuba Beef Lasagna Cheese dari ex-offismate, sedap jugak.. Haissyy apa saja menu kalau ada berasaskan cheese ngecis bagai memang peberet la, lepas tu nanges berat tak nak turun..huwaaaaa
Nak mencuba boleh la roger Kak Wati ni ye..(gambar sebenar lupa nak snap)

Sekarang ni semua nak senang, klik2 lepas tu order dan bayar.. nak buat sendiri huhh bezaman la nak dapat makan.. wahahaa (alasan selamat-oven takdak kat rumah, mihmihmih)

FM GuangZhou

Baru-baru ni (1/4/14 - 3/4/14) Mak Abah MJ ke Guangzhou jenjalan, dan benda WAJIB yang dipesan dah tentulah FM ha.. :)


MJ ambik 2 ketoi, seketoi yang  jenis getah bertulis GUANGZHOU dan seketoi lagi FM Hong Kong. Adik MJ ambik 2 ketoi dan kat rumah mak 2 ketoi, sayang Abah tak beli banyak FM ni kalau tak boleh exchange ngan korang ke kan? Takpe ada rezeki mana tau akan datang ke kan :)



p/s : Buat pemenang GA blog ini tempohari, Maaf atas kelewatan mengepos hadiah korang, sebab masih menunggu kesemua peserta memberi maklumbalas. InsyaAllah dalam minggu ni akan diposkan, sabar ye..

Cara mudah lipat baju

Semalam sambil layan FB, MJ terpandang video yang dikongsi oleh rakan sekolah, nampak macam mudah dan kemas je.



Takut ilmu yang dapat terlupa, terus pergi cari baju dan cuba, wahhh bestnyer senang giler, tunjuk kat asben terus dia pun belajar dan jadi semangat nak lipat baju.. Jadi para suami di luar sana boleh la lepas ni lipat baju bajan ye.. ehh!! tetiba...

Layan Meatball IKEA

Lama bebenar la entry ni tertangguh dek puan tanah yang asyik kedaung je.. sobsob..

Abaikan pipiku yang gebus itu, masa ni kitorang gi Key Ell untuk SBB2014, dah alang-alang sampai sana kan kenalah terjah bagi menghilangkan rasa teringin walhal perut dah penuh pun. Yela kalau nak terjah lain kali tu entah bila la kan :)


Bila tengok semua sedap, semua rasa nak ambik, padahal tak makan sangat pun..Itulah nafsu pembaziran yang pelaing 'keji' kan.. hohoooo


Walau kena beratur panjang, walau jenuh melilau nak kena cari tempat duduk tapi cheq tak kisah asal hajat terlaksana..wahahaa.. Oh Meatball dihatiku.. puas hati kenyang perut dapat makan berketul-ketul sorang.

Nak makan berdua je tapi bila dah letak atas meja walaweih awat banyak sangat ha..hahaaa


1st time ambik kek ni, memang sedap, tak rasa muak so-so je. Ni tetiba rasa nak terjah lagi... hhihiih


p/s : Jangan ada yang tanya teringin ni sebab ada isi ke? kat FB ada gak yang tanya gitu, huhuu , kena ngandung dulu je ke boleh ngidam bagai..sobsob..  Takpe jiwa cheq kental, no hal lah... hehee