Surprise Birthday en Suami di Hotel Sentosa Villa Taiping

Alhamdulillah pada 26/6/2014 genap versi 3.3 buat suamiku. Selamat Hari Lahir Abang, semoga tercapai apa yang didoakan ye, semoga abang dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan yang baik ye.. Aminnn..
 
Untuk lari dari tema kebiasaan sambut besday di rumah dan makan-makan, kami kembali pada tahun pertama kami kahwin iaitu pada tahun 2010 dengan celebrate di Hotel + jalan-jalan bercuti. Lokasi yang dipilih pun dekat je, jimat bajet sebelum Ramadhan dan Syawal yang kian menghampiri.


Kitorang celebrate kat Sentosa Villa Taiping, tempat ni memang best, MJ suka la sebab rasa tenang je dengan suasana kampung.. Nanti MJ review pasal tempat ni, insyaAllah.

Berhari-hari MJ fikir macam mana nak buat surprise lilin ni dekat asben, nak elakkan dari asben tau ataupun syak apa yang MJ nak rancangkan.

Bila dah check in Hotel, dah tengok keadaan bilik, MJ mula membuat rancangan, kalau ikutkan plan asal MJ nak 'kurung' asben dalam bilik air atau pun di balkoni sementara MJ menyusun dan memasang lilin2 ni semua.


Tapi plan berubah di saat akhir sebab malam tu asben nak layan bola live streaming, Data Plan henpon pulak tak 'kuat' kalau nak layan, makan malam tu asben keluar ke Lobby untuk bertanyakan password WiFi. Terus 'ting' idea mai MJ suruh asben ronda2 dulu sekitar hotel ambik angin sementelah MJ menyusun rancangan.


Ya Allah memang mencabar sangat nak menyusun dan memasang lilin2 ni tau, gigih sensorang susun ni semua lepas tu part yang mencabar dengan api susah nak nyala, ada yang terpadam la taknak hidup la, yang kena tangan pun berpuluh kali tapi sabar + excited nak surprisekan suami sendiri maka diteruskan juga sebab nakkan hasil yang superb kan..



Tadaa!! hasilnya nampak cantik plak..hehee puji hasil sendiri, masa ni dah berdebar nak tengok apa respon asben dengan kejutan ni. Bila dah berpuas hati terus call masuk bilik, kesian pun ada sebab kena tunggu lama kat luar bilik..heheee

Lepas dah masuk siap menyanyi bagai, MJ mintak asben untuk tiupkan lilin-lilin ni semua, ha berpeluh jugakla nak habiskan..heheee.. Selalu tiup lilin kat kek je, tapi kali ni lilin semata-mata...



And the best part yang membuatkan ai rasa ai ni lomantik adalah lilin yang dipasang di kepala katil, rasa macam nak terus tarik tangan asben masuk tidur ja.. wahahaa..


Ikutkan dari perancangan dalam pikiran ni memang nak tabur kelopak bunga mawar merah berbentuk LOVE atas katil ni, tapi kitorang sebelum tu puas memusing pekan Taiping dan Kamunting mencari sejambak bunga hidup tapi tak berjumpa langsung kedai bunga ha.

Yang asben tak tahu plan MJ dia ingatkan nak bagi bunga..hahaa siap cakap jangan nak cuba2 ambik gambaq abang pegang jambak bunga tu na.. wahahaa MJ pun pura-pura berlakon cakap bunga tu nanti MJ nak simpan sebab MJ yang suka..hehee.


Semoga kejutan ini akan memberi bahagia dan ingatan buat suamiku, ai pun tak sangka ianya berjaya..hehee

Hadiah Birthday sempena 3series

Masa besday tahun lepas lagi dah cakap kat asben, tahun ni sebab dah cecah 3series nak hadiah 'gempak' sikit ..hahaa kemain ngko demand, mujur dah jadi suami sendiri boleh la nak minta meminta kan. Tapi kena gak tengok kemampuan suami, ai is tak kisah kalau dapat sejambak bunga pun.. Ok je. hehee (besday tahun lepas penutup 2series MJ struggle siapkan thesis dan tidur cuma 2 jam sahaja)

Bunga hidup yang ai suka sangat.. start dari besday tahun lepas + konvo (2 jambak), dah ada 4 koleksi jambak bunga 'kering'.. Asben tanya awat tak buang je, tapi cheq simpan buat koleksi.. Setiap bunga ada kenangan tersendiri.


Hadiah besday yang ke 30 tahun.. Dah lama dok mengidam jenama ni, alhamdulillah asben dapat beli masa tengah SALE, direct beli dari Factory sana.


Harapnya 'tahan' lah kulit ni berbanding jenama2 lain yang MJ pernah cuba macam GUESS dan CARLO RINO. Mungkin tak sama dan harapnya tak serupa.

Bunga ni pulak masa terjah Ladang Lavender, Cameron Highland.


Sebulan dah berlalu baru nak 'up' entry besday.. Ekceli malu tapi bila letak dalam blog boleh buat kenangan nanti kan.

Resepi Koaw Teow KUNGFU

Menu ni adalah salah 1 peberet MJ, kalau dapat makan kat kedai 'sedap', seploh kali p makan yang tu saja pun takkan jemu.

Lepas tu rasa macam nak cuba buat sendiri, yela kadang makan ada yang sedap kadang tak sedap, jadi untuk kepuasan perut sendiri MJ mencuba buat. Kebetulan bahan-bahan dah ada kat rumah, bedal jela

Koaw Teow dibasuh dan digaul bersama telur + lada sulah kemudian digoreng (macam nak buat telur dadar tu) jangan garing sangat nanti keras pulak koaw teow tu ye.


Bahan-bahan:
3-4 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
Udang
Ayam yang dihiris
Carrot / Anak Jagung / Bunga Kobis
4-5 tangkai cili padi / cabai melaka
2sb Sos Tiram
Lada Sulah / Lada Hitam (ditumbuk halus)

Untuk Kuah:
1. Tumis bawang putih, bawang merah hingga naik bau
2. Masukkan ayam/daging dan kacau sehingga hampir masak
3. Masukkan udang dan kemudian air (ikutla kuah yang kita nak-kalau ada air rebusan udang lagi umppph), lepas tu letak la sayur mayur yang ada (kobis ke putik jagung ke carrot ke- terpulang)
4. Letakkan Sos Tiram, serbuk lada sulah / sedikit lada hitam dan perasakan dengan garam, kalau nak pedas letakla cabai melaka tu.
5. Kemudian tuang atas koaw teow yang dah digoreng tadi.
6. Kalau nak pekatkan kuah bancuh 2sb tepung jagung, tuang bancuhan tersebut atas kuah dan kacau.
6. Selamat BerKUNGFU..

Bulan puasa ni nak buat lagi la..hehee

Aiskrim Coklat Bergoreng

Cuaca panas sekarang ni memang tekak asyik nak makan yang sejuk-sejuk je kan? Lepas tu kesan dok makan aiskrim je tekak mula la gatal nak batuk pulak... huhuu

Dah siap digoreng, wajib makan lepas menggoreng untuk elakkan aiskrim di dalamnya mencair, biar cair di mulut jangan cair ditangan, kang meleleh habis.

Tu dah mula meleleh ha, yang sedap sebab eskrem tu padat ngan roti, puas je makan ha.. :)


Ni gara-gara adik perempuan MJ bawak balik sekotak Aiskrim ko, tempat kerja dia ada buat jamuan, aiskrim ni ada pihak yang sponsor, ada lebih..haruslah masing-masing bawak balik ke rumah..
Kemain tu Firas sekotak besar tu nak hadap..hehee..  Disebabkan terlampau banyak, nak makan pun kadang tak lalu... ye ke tak lalu??hahahaa

Nak resepi ke? Senang je kot kan? Kalau nak tengok cara MJ boleh la terjah SINI ye


p/s : Pada yang dah komen, Maaf ye MJ dalam proses nak terjah balas semua komen yang ditinggalkan..sobsob kebizian melanda..

Minuman Penambah tenaga ketika Berpuasa (Ramadhan)

Puasa nak dekat ni kan, mesti ramai yang akan mengambil/mencari suplemen tambahan untuk menambahkan tenaga.
Jadi MJ nak cadangkan Minuman berkhasiat ini untuk diambil ketika bersahur mahupun berbuka puasa yang dapat memberikan tenaga dan menggantikan bendalir yang hilang ketika berpuasa, insyaAllah.


3 minuman ini adalah berasaskan sumber protein yang membantu memberikan tenaga serta mengekalkan kecergasan. Pilihan ditangan anda dan MJ hanya memberi cadangan.
 

Meal Shake
▶ Menyediakan 24 jenis Vitamin A-Z, mineral dan trace mineral
▶ Membekalkan nutrien kepada sel-sel

▶ Pilihan terbaik untuk mereka yang tidak suka menelan suplemen berbentuk tablet
▶ Rendah lemak dan kaya dengan 19 Vitamin utama, protein, fiber, mineral dan kalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak
▶ Antioksida dan pemulihan kulit
▶ Detox - sesuai untuk kanak-kanak serta orang dewasa yang mengalami masalah sembelit.
▶ Golongan yang sesuai :
1. Ibu menyusu/hamil
2. Instant sahur buat seisi keluarga
3. Memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun bagi kanak2
4. Memberi kecergasan dan meningkatkan kesihatan

5. Sesuai untuk seisi keluarga
6. Sesuai untuk para pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan
7. Sesuai untuk Muslimin dan Muslimat sebagai persediaan untuk kekal bertenaga di bulan Ramadhan.




Performance Drink lebih sedap jika dibancuh sejuk (bancuh siap2 dan letak dalam peti sejuk, sampai waktu berbuka baru dihidangkan, perghhh memang best)

Performance Drink (PD)
▶ Dikenali sebagai minuman kecergasan Isotonik - kurang gula dan merupakan pengganti terbaik minuman bikarbonat, mudah diserap - kurang rasa penat.

▶ Memberi rasa sensasi oren yang menyegarkan tekak
▶ Menggantikan bendalir yang hilang ketika berpuasa
▶ Mempunyai sedikit Natrium untuk mempercepatkan penyerapan cecair oleh tubuh, jadi ianya dapat mengurangkan rasa haus.
▶ Golongan yang perlu mengambil PD
1. Individu yang aktif bersukan
2. Mereka yang berpuasa (minum semasa sahur/berbuka)
3. Mereka yang kurang minum air
4. Individu yg nak demam/sedang demam termasuk kanak-kanak
5. Ibu yang menyusu / Ibu Hamil

6. Penghidap GOUT
7. Mereka yang kerap sakit kepala

Energizing Soy Protein
▶ Meningkatkan penyerapan nutrien serta dilengkapi dengan unsur kalsium untuk mengelakkan kerapuhan tulang.
▶ Mengatasi masalah angin dan ketidakselesaan perut (sesuai buat penghidap gastrik)
▶ Menghalang pembentukan batu karang

Membantu menjadikan kulit lebih berseri dan menganjalkan kulit/awet muda kerana protein penting untuk kulit.
▶ Memberi tenaga berpanjangan dan membaikpulih sel2 dan tisu rosak
▶ Golongan yang sesuai
1. Ibu Bapa/pelajar/pekerja/warga emas
2. Individu yang ingin kuruskan badan
3. Ibu menyusu / Ibu hamil
4. Memberikan tenaga (energy booster)

5. Mereka yang alergik atau alahan
6. Penghidap kencing manis

Berminat untuk maklumat lanjut boleh hubungi MJ di medium berikut
Maira | Independent Distributor Shaklee 
WhatsApp 012-4353088
PM di fb : http://www.facebook.com/messages/ceriadansihat
COD : Seberang Perai, Penang



Restoran Chuchuk Chucuk Satay Celup

Selalu dok nampak bunting kat tepi2 jalan pasal restoran ni, memandangkan rumah kami tak berapa jauh dengan cawangan Restoran Chuchuk Chuchuk Satay Celup, Steamboat dan Grill di Raja Uda, Butterworth jadi wajiblah mencuba kan.. Restoran ni cuma ada di 2 tempat sahaja setakat ni iaitu di Melaka dan Butterworth Penang.


 Ada 2 jenis ayam yang diperap, Black pepper dengan rempah kalau tak silap

Kami ambik Pakej, jadi semua makanan ni termasuk dalam pakej yang berharga RM38.50 untuk 2-3 orang makan.

Daging pun ada 2 jenis termasuk kambing, seriusly memang terbaik ayam dan daging ni.. Secukup rasa perapannya memang terbaik.

Kami tak celup chuchuk2 satay ni dalam kuah tapi kami bakaq sebabnya jenis ni bukanlah peberet kami laki bini.



Walaupun nampak macam sikit, tapi untuk kami berdua je yang makan memang tak boleh habis, kenyang ternganga + sedap...

Berbaloi kalau korang ambil pakej ni, cuma tang air tak best sebab tak cukup. Tapi kalau ambik buffet sebelum pukul 6petang RM25 selepas pukul 6 petang RM29.90 (ni kalau MJ tak silap la, almaklumlah dah sebulan lebih p makan ni baru teringat nak update..hohooo) Pendek kata memang terbaik menu2 kat restoran ni. Next time nak ambik Buffet plak, baru best dan fokus kami tentulah pada ayam..hehee


Pada yang nak terjah, maaf ye MJ tak dapat nak bagi lokasi tepat, tapi lebih kurang jalan nak ke Mak Mandin dari Raja Uda.. Situ kawasan Cina tapi berbangga sebab ada pengusaha Melayu yang berani masuk kawasan tersebut berniaga. Dengar khabar pengusaha restoran ni bekas graduan dari UIAM