Salam Aidifitri 1435H 2014

Dikesempatan ini MJ ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1435H buat semua pembaca di blog CELOTEH MJ ni



Mohon maaf andai selama perkenalan kita ada salah silap terkasar bahasa ye, dan semoga hubungan kita di alam maya akan bertambah mesra.

Persiapan MJ memang serbanya ringkas, kasut pun tak beli memang ala kadar. Apatah lagi baju Raya Asben recycle tahun2 lepas punya.. Sedih betul.. Adakah sebab boipren Mr Silver yang terlebih didahulukan?
Yang sebenarnya asben kena bekerja dari petang Raya sampai Raya ke3.. Jadi hilang suasana nak beraya di hati MJ..hohoo..

Yang mana mai Penang tu mai la beraya rumah MJ, insyaAllah pada Hari Raya ke-6 (2/8/2014) ada sedikit jamuan raya + AKIKAH anak sedara MJ. Kalau ada yang nak hadir boleh roger MJ ye 012-4353088

Alkisah Keretaku

Beberapa hari je lagi Ramadhan akan melabuhkan tirainya, dan tentulah persiapan Raya pula yang menyusul. Alkisahnya boipren kesayangan MJ ni, masa bulan puasa ni hantar la Servis untuk 50,k. Masa call Perodua tanya anggaran dia cakap lebih kurang RM170++ sebab las servis 40,k MJ dah kena dalam RM300++ jadi dia cakap servis ni akan jadi kurang la.

Dengan semangatnya terus hantaq boipren p servis almaklumla dalam lingkungan bajet, bila sampai je kat kaunter rupanya bukan RM170 tetapi hampir RM350. MJ cakap gaklah baru je tadi check kata RM170 kenapa ni lebih? Adoyaii silap MJ tak tanya nama masa kol tadi. dan Perodua cakap memang stended untuk 50,k servis harga tu... Adoiii tetiba lari bajet.. ok pasrahhh!

Bukan setakat tu saja, masa tengah servis tu diorang cakap Brek plak WAJIB tukaq.. Adoyaii dah le kami dalam perancangan nak tukar tayar baru sebab 1biji tayar dah 'krek'.. (selama 2tahun lebih guna kereta ni tak pernah lagi tukar tayar-padan la dengan kami yang suka bejalan pusing Malaysia..hehe) jadi disebabkan 2 item tu tersangatlah PENTING untuk keselamatan, makanya pejam mata ajelah... huhuuu



Jadi untuk kos servis sahaja boipren MJ di bulan Ramadhan 1435H termasuklah penukaran 2 biji kasut baru (tayar) dengan brek mencecah RMseribu....huwaaaaaa fengsannn!!  Siap cashier Perodua tanya nak balik beraya kat mana? wahahaha tak kemana-mana pun.. duit dah lebur di situ jadi dok dendiam jela.. (mujur la kampung kami 2 ni dekat)
Tapi takpe sebab boipren kesayangan kan, biarlah tuan kau tak ada baju raya baru (asben MJ punya baju raya tak beli lagi ni) dan disebabkan kau bergaya lebih maka jagalah tuan kau elok-elok ye sayang.. PASRAH!!

Konpem kitorang duduk senyap dalam rumah tak p kemana, bila budak2 mai beraya sembunyi dalam almari..sobsob.. Lepas tu sebulan makan megi jela..hohoooo


Lepas dah setel hal servis, kami hantar untuk bagi mandi cuci luar dalam termasuklah Polish + Wax.. Selepas 2 tahun pakai kereta ni baru pertama kali buat.. Dah alang-alang kita kasi tiptop luar dalam baru puas hati..

Dugaan, dah la nak raya, rupanya kereta yang nak raya dulu..

Review Denaihati : Rashidun Caliph Conference 2014

Denaihati telah bekerjasama dengan Asamboi.my dengan menganjurkan contest review entry, jadi MJ telah memilih entry Rashidun Caliph Conference 2014  yang bakal diadakan nanti selain ingin turut mempromosikannya.


Bersempena hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 57, Tathweer Sdn Bhd menganjurkan program Rashidun Caliph Conference 2014  yang bakal diadakan di Dewan Merdeka, PWTC Kuala Lumpur pada 30hb Ogos 2014Objektif utama program ini tidak lain tidak bukan adalah untuk menyediakan platform untuk berkongsi idea dan pengetahuan bersama ulama-ulama terkenal disamping supaya orang ramai menambah pengetahuan tentang khalifah Ar Rasyidin.
Pengisian program ini adalah dengan perincian mengenai sejarah 4 khalifah Islam yang pertama iaitu Abu Bakar (pemerintahan pada 632-634M), Umar (pemerintahan pada 634-644M), Uthman (pemerintahan pada 644-656M) dan Ali (pemerintahan pada 656-661M). Selain daripada itu ia juga membincangkan masalah serta cabaran yang dihadapi oleh masyarakat zaman sekarang.
Yang lebih istimewa adalah kerana Denaihati Network merupakan rakan media bagi program tersebut. Pastinya ia bakal menjadi satu wacana ilmiah yang memberi banyak manfaat kepada orang ramai seperti program program terdahulu anjuran denaihati. untuk sebarang maklumat lanjut tentang program ini, anda boleh melawat laman web denaihati ataupun anda boleh klik DISINI

Saya tidak mahu mengulas lebih panjang mengenai program ini kerana denaihati telahpun menceritakan dengan lebih detail mengenai majlis ini dan aturcaranya cuma apa yang saya ingin katakan amat rugilah kita jika melepaskan peluang untuk menambah ilmu kita tentang Islam dan pemerintah terbaik sepanjang zaman sehinggakan orientalist barat memuji pemerintahan khalifah Ar Rasyidin ini.


Jika kita mengetahui secara lebih mendalam  tentang sejarah tamadun islam maka kita akan mengetahui betapa penting dan kritikalnya pengembangan pemerintahan islam kepada seluruh penduduk dunia. Tanpa adanya pemerintahan islam ini takkan terhasillah demokrasi yang kini dijaja oleh barat kononnya merekalah yang memulakan demokrasi. Sedangkan realitinya tanpa pengembangan pemerintahan islam sehingga ke sepanyol contohnya, takkan mungkin revolusi renaissance akan berlaku. Banyak lagi pengajaran yang boleh diambil dari pemerintahan khalifah Ar Rasyidin ini seperti keadilan pemerintahannya, keberanian, sifat dermawan serta kehidupan mereka yang zuhud. jika ingin mengetahui secara lebih mendalam mengenai khalifah agung ini maka kita semua wajib pergi sendiri mendengar.
Mengenai penceramah yang bakal memberi pengisian tentang program ini, rasanya ramai sudah kenal para penceramah tersebut. diantaranya Dr Bilal Philip yang sering mengadakan siri jelajah ceramahnya bersama seorang lagi penceramah terkenal iaitu Shiekh Yusuf Estes. Sheikh Hussein Yee penceramah dari negara kita yang terkenal kerana sering mengadakan aktiviti dakwahnya seluruh dunia bersama Dr zakir naik dan lain lain pendakwah dari Islamic Propagation Centre International (IPCI) yang diasaskan oleh Allahyarham Sheikh Ahmad Deedat. selain itu  terdapat penceramah penceramah lain yang tidak kurang hebatnya iaitu Sheikh Faisal Abdul Razak, Saudara Abu Ahmad, Sheikh Waleed Abdulhakim dan Dr Reda Bedair.
Akhir sekali saya mendoakan kejayaan program yang  sangat bermanfaat ini dan semoga denaihati akan terus mmenganjurkan program sebgini di masa akan datang. mana tahu nanti denaihati berjaya membawa Dr Zakir Naik atau Dr Muhammad Salah pula ke Malaysia InsyaaAllah. 
Save Gaza Denaihati

Apapun ayuh kita doakan sahabat kita di Gaza semoga mereka terus kuat.

Mushroom Sup Ala Pizza Hut

Mushroom Sup adalah menu wajib kalau ke Pizza Hut, tapi tu la kadang tak puas makan sebab sikit kan..huhuu

Dan bila terjumpa resepi yang mudah dan yang penting sedap terus mencuba.. Wahhh!!! best sangat sebab puas hati makan terutama tang gigit mushroom sedia..



Senang kan resepinya, juga ambil dari Group FB, terima kasih pada empunya resepi yang berkongsi. Buat makan sahur mudah cepat dan ringkas serta mengenyangkan.

MJ ada campur jugak dengan susu Full Cream sebab susu cair masa tu tinggal suku je.

Roti Daging BerCheese

Disebabkan ada lebihan roti selepas buat Cucur Roti, dan roti tu menghampiri tarikh luput, MJ buat Roti Daging Bercheese plak.

Cheese agak kekeringan sebab MJ terlebih masak.. huhuuu.. Tak pandai nak agak sebab pertama kali buat dan guna pemanggang ajaib.



Bahan-bahan :
8 keping Roti putih
2 biji telur
Susu Segar / Full Cream
4-5 keping slice cheese
Cheddar / Mozarela (diparut)

 Untuk Inti (Daging)
300gm daging dicincang / 4 kpg daging burger
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar 1/2 peket perencah daging (terpulang sebarang perisa)
sedikit air, garam dan gula


Cara Masak:
1. Inti - Tumis bawang putih, bawang besar sehingga layu dan masukkan daging.Goreng sehingga daging empuk. Kemudian masukkan perencah daging dengan sedikit air, masak sehingga daging menjadi kering dan lembut. - Ketepikan dan biarkan sejuk
2. Roti - Pecahkan 2 biji telur, campurkan dengan susu dan kacau sebati.
3. Celupkan roti dalam bancuhan dan letakkan atas pan / pemanggang ajaib (sapukan sedikit marjerin/butter). Susun roti untuk layer bawah.
4. Masukkan daging letak atas roti dan lapiskan dengan cheese slice
5. Untuk lapisan kedua ulangi langkah 3 (bergantung dengan berapa layer yang anda nak)
6. Atas sekali letakkan keju mozarella / cheddar dan bakar lebih kurang 15-20 minit dan siap dimakan.

Cucur Roti yang sedap


MJ pertama kali dengar nama menu ni membuatkan rasa teruja nak cuba, lagipun bahan2 tersangat lah mudah, ni gara-gara dalam grup wasap asrama sekolah la dok cerita pasal cucur udang, MJ jadi teringin nak buat dan makan jugak. Tapi disebabkan udang takdak dalam fridge nak mencari pun dah petang jadi terus teringat Cucur Roti ni. (Bulan posa ni bukan boleh sebut sangat, konpem teringin nak makan punya)



Balik je kerja petang tu terus p cari Roti Putih Gardenia tu, sebab nak buat untuk berbuka puasa. Bila dah sampai rumah cari punya cari roti baru teringat, lepas je bayar roti  tu boleh p tinggal kat kedai tak terambik.. Aduihhhhh geram tapi malas sangat nak keluar semula, fikir kalau ada rezeki esok baru nak ambik. Tapi asben kebetulan nak keluar terus suruh ambik kat kedai tu, gamble je sebab asben tak pasti kedai yang mana sebab banyak kedai2 kat situ.

Kalau ada yang nak mencuba jom cekidaut resepi ni, memang sedap tau.



CUCUR ROTI
5-6 keping roti putih
1 peket Kiub Ayam/Ikan Bilis
2 biji telur
1 biji bawang besar
Daun sup daun bawang
Garam secukup rasa

Racikkan kecil2 roti tu, masukkan kiub, telur dan bawang serta garam jika perlu dan gaul sebati. Kemudian bentukkan bulat dan goreng. Siap untuk dimakan, memang sedap...


Terima kasih pada tuan punya resepi yang syer resepi ni di group RESEPI RINGKAS kat FB, macam2 resepi mudah yang dikongsi oleh kawan2 kat situ.

Kembung perut selepas Berbuka Puasa

Kembung perut disebabkan pengumpulan gas di dalam perut dan usus besar. Ia berlaku kepada hampir semua individu bergantung bagaimana dia makan dan apa yang dia makan. 

Cara mengelakkan kembung perut selepas berbuka dengan cara: 
1. Jangan makan secara berlebihan sehingga terlalu kenyang. Makan dalam jumlah yang kecil dan boleh diulang semula selepas solat maghrib dan terawih. 
2. Kurangkan makanan yang yang banyak lemak (santan) atau pedas. Makanan yang berlemak menyebabkan perut terpaksa bekerja lebih untuk menghadamkannya. Pedas pula akan meningkatkan asid dalam perut. 
3. Jangan makan dengan cepat atau terlalu gelojoh. Minum air dahulu dapat menyediakan perut untuk bekerja semula setelah berehat ketika berpuasa. Makan secara perlahan-lahan. Walaupun kita makan sedikit, rasa kenyang akan dapat dirasakan selepas 20 minit mula makan. 
4. Banyakkan makan buah-buah seperti kurma, pisang dan tembikai untuk memudahkan penghadaman. 
-Dr Zubaidi Hj Ahmad-



Cadangan saya, anda boleh mengambil Peppermint Ginger Plus yang boleh membantu untuk menyelesakan perut dan mengatasi ketidakhadaman.

Mengandungi 4 Herba yang bermanfaat seperti

PUDINA
1) Melegakan otot perut, kerana mempunyai kesan penenang.
2) Membantu dalam penghadaman, mabuk laut/darat, membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit.
3) Melegakan kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul daripada rawatan kemoterapi.
4) Merangsang mengeluarkan peluh, oleh itu ia menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selsema. 5) Perasaan sejuk dan menyegarkan daripada pudina.

HALIA
1) Masyarakat Cina telah menggunakan halia lebih daripada 2 ribu tahun .
2) Ia merangsang rembesan enzim Salvia untuk pencernaan makanan.
3) Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung , selepas melahirkan anak (semasa pantang)
4) Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia mengahalang muntah selepas pembedahan pesakit wanita: penyelidik di Switzerland mendapati halia adalah berkesan sebagai remedi lain seperti merawat mabuk laut. Laporan penyelidikan awal telah merumuskan bahawa halia adalah berkesan dalam merawat /mencegah masalah kesakitan ketika dalam perjalanan / pengembaraan

POKOK ADAS (fennal)
1) Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut, melegakab gejala flu. Ia juga dapat membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.

CEKUR MANIS (anise)
1) Digunakan oleh orang-orang Mesir Purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak.
2) Meransang rembesan jus gastrik untuk pencernaan , menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa, melegakan haba di musim panas dan lembap, memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut.


~ Untuk membantu penghadaman : ambil 3 biji selepas makan
~ Untuk mencuci usus dan perut : Larutkan 3 biji Peppermint Ginger dan 10 biji Alfalfa Shaklee di dalam air panas suam untuk diminum
~ Untuk merawat sakit atau masalah gastrik, nausea, batuk : 3-5 biji dilarutkan dalam air panas menjadi teh herba. (boleh larutkan terus dalam air teh panas, jadilah Pepppermint Ginger Tea)
~ Untuk kelegaan tekak, batuk dan sendawa : Hisap 2 biji.

TIADA PERASA TIRUAN, PEWARNA atau BAHAN PENGAWET TAMBAHAN
Sebotol RM45 (90 tabs).

Berminat boleh hubungi saya ye : 012-4353088