Boikot Israel: masih relevankah tindakan kita?



Pada ketika ini, perang di Gaza menampakkan penghabisannya dengan israel mengundurkan ketreta kebal dan kelengkapannya di Gaza. Walaupun ada yang mengatakan perang ini di menangi oleh Hamas namun pada yang sama rakyat palestin terpaksa menanggung kos kerugian yang amat tinggi. Dianggarkan jumlah kerugian mencecah 18 billion.  Manakala pihak Israel juga mencatatkan kerugian yang tinggi membabitkan kehilangan jiwa askarnya dan kereta kebal serta kemusnahan harta benda akibat dari serangan roket dari bridget komando al qassam. Selain dari itu mereka juga berhadapan kecaman serta boikot dari seluruh dunia.




Bercakap tentang boikot ini, pelbagai reaksi diberikan oleh masyarakat diseluruh dunia. Ada yang menyertai kempen boikot ini. Ada yang menjadikannya isu yang lebih ekstrem dan provokatif sehingga menggugut pekerja dan pelanggan yang menggunakan produk Israel terutamanya MC Donald.  Ada yang menyelar tindakan memboikot ini kerana bagi sesetengah pihak ia membawa kerugian yang lebih besar bagi pengusaha restoran dan penjual barangan "Israel" berbanding kepada Israel itu sendiri. Ada yang langsung tidak mahu mengambil tahu pasal isu boikot ini terutamanya bagi yang bukan beragama islam. Life goes on kata mereka. Insyallah saya akan cuba bincangkan menurut pandangan peribadi saya yang kurang berilmu ini.



Sebelum pergi lebih jauh kepada keberkesanan kempen boikot serta releven atau tidak dijalankan kempen tersebut, adalah wajar kita mengetahui apa itu boikot dan apakah objektif boikot tersebut. Tanpa mengetahui sesuatu sebab untuk turut serta adalah satu tindakan yang kurang bijak dan mungkin membawa keada sia sia.

Boikot adalah suatu tindakan untuk tidak menggunakan, membeli, atau berurusan dengan seseorang atau suatu organisasi sebagai wujud protes atau sebagai suatu bentuk pemaksaan. Kata ini berasal dari serapan bahasa Inggris boycott yang mulai digunakan sejak "Perang Tanah" di Irlandia pada sekitar 1880 dan berasal dari nama Charles Boycott, seorang agen hartanah untuk tuan tanah Earl Erne. Jadi secara mudahnya boikot produk israel adalah tindakan pemulauan dan tidak membeli barang barangan yang dihasilkan atau berasal dari negara Israel ataupun rakyatnya. Namun ia bukanlah satu perincian yang sepenuhnya. Insyaallah saya cuba jelaskan dengan lebih detail lagi nanti

Bagaimana pula dengan objektifnya?
Menurut beberapa pihak yang cuba menjayakan kempen boikot ini antaranya AQSA Syarif, Aman Palestin juga inminds.com antara objektif kempen boikot ini adalah

1. Menunjukkan solidariti umat Islam dan keperhatinan terhadap kesan kesan peperangan terhadap masyarakat palestin
2. Menekan syarikat syarikat yang menaja dana ke Israel bagi menghentikan peruntukan dana mereka
3. Melumpuhkan aktiviti ekonomi Israel
Banyak lagi sebab yang diberikan namun ini antara yang saya cuba highlight kan

Sekarang saya cuba melihat dari pelbagai sudut serta hujah hujah tentang relevannya kempen boikot ini.

Terkadang sifat manusia apabila ia melakukan sesuatu kebaikan, kita akan merasakan kita itu baik dan orang yang tidak melakukannya itu orang yang tidak baik.
Contohnya dalam kes boikot ini. Apabila ada antara kita mula melakukannya kita mula melihat orang yg tidak turut serta sebagai tidak baik. Macam macam cercaan seperti zalim dan tidak berperikemanusiaan dilemparkan kepada pekerja dan pelanggan restoran MC Donald. Mengapa perlu sampai begitu. Tidak bolehkah kita menggunakan pendekatan yang lebih sivil dan rasional. Bagi pekerja mereka cuma mencari rezeki. Kalau ditanya mereka, mereka juga tidak menyokong Israel. 
Cubalah kita mencontohi perlakuan mulia Rasulullah SAW dalam berdakwah. Baginda walau dibaling batu tetap mendoakan agar penduduk Taif beriman. Adakah kita mendoakan mereka agar diberi rezeki oleh Allah semoga mereka dapat menceburi didalam perniagaan yang lain?

Kembali kepada persoalan relevenkah isu boikot Israel ini.  Ada beberapa hujah yang sering diberikan oleh yang tidak bersetuju isu boikot product Israel ini antaranya ialah:
Boikot produk israel lebih merugikan pengusaha dan pekerja restoran dan pengilang di Malaysia. Ya ada benarnya hujah yang dikeluarkan. Namun untuk menjawab persoalan ini kita harus melihat kesannya juga  luar dari negara kita sama. Sebagaimana kita kasihankan saudara kita yang mencari rezeki di Malaysia kita juga harus kasihankan saudara kita di Palestin yang dibunuh oleh Israel menggunakan dana yang disalurkan oleh syarikat sayrikat induk mereka. Kita juga punya perasaan melihat saudara saudara kita serta anak2nya dibunuh



Dengan mengatakan syarikat syarikat ini memberikan dana kepada Israel, ia membuka kepada argumen seterusnya iaitu tiada bukti dana yang diberikan kepada jewish community digunakan untuk perperangan membunuh rakyat palestin. Dalam isu funding ini mungkin ada yang tidak faham tentang corporate policy bagi firma antarabangsa. Syarikat2 gergasi sperti ini akan cuba mengelak dari dilihat berada dimana pihak dalam parti politik mahupun perperangan. Mereka seboleh bolehnya akan menunjukkan sikap neutral kepada masyarakat antarabangsa kerana penggunanya terdiri dari pelbagai rangkaian pemikiran politik dan agama. Maka melalui dana mereka sumbangkan mereka dapat mengelakkan dari dikesan oleh pihak yang lain. Jika dilihat Mc Donald merupakan pembiaya utama Jewish United Fund.  Jika dilihat secara kasar JUF ini hanya melakukan kerja kerja amal untuk masyarakat yahudi di Israel. Namun antara organisasi yang mendapat faedah dari pertubuhan ini adalah Jewish Agency For Israel(JAFI) yang mana mereka menolong untuk merekrut askar askar Israel dan juga mereka membantu membina tembok disekeliling Israel yang kononnya untuk pertahanan akan tetapi sebaliknya untuk "memenjarakan rakyat Palestin. Jika kita menyokong mereka yang memberikan dana ini ibaratnya kita menyokong penempatan haram Israel. Wallahualam



Dan yang terakhir yang sering dipertikaikan ialah kenapa selektif dalam memboikot produk Israel ini. Sedangkan banyak lagi produk lain dari sana juga seperti produk makanan dan runcit nestle, computer intel, rokok, facebook dan sebagainya. Dalam perkara ini kita perlu rasional. Ada barangan yang merupakan keperluan(needs) dan ada tidak lebih dari kemewahan(luxury). Mengambil contoh khalifah Muhammad al Fateh walaupun dia memerangi masyarakat kristian pada masa itu beliau juga menggunakan khidmat orang kristian iaitu Urban untuk mencipta meriam rasaksa yang dinamakan Balistik untuk menakluk constantinople. Jika satu produk merupakan keperluan harian jika kita tidak menggunakannya ia akan merugikan kita sendiri. Contohnya computer. Bagi facebook pula kita dapat menyebarkan maklumat tentang keganasan Israel serta menyalurkan bantuan kepada masyarakat Palestin. Bagi sesetengah produk yang bukan merupakan keperluan seperti makanan jika boleh dielakkan maka elakkanlah. Sebaiknya kita mencari produk alternatif yang dibuat oleh orang islam. Selain dari memboikot produk israel kita juga dapat membantu umat Islam yang lain

Akhir sekali saya ingin ceritakan tentang keberkesanan kempen boikot ini. Melalui pemerhatian saya, sebenarnya kempen ini berjaya jika tidak pun sepenuhnya ia telah mengubah persepsi masyarakat dunia tentang kesungguhan umat islam menentang Israel. Penduduk Palestin sendiri menghargai tindakan rakyat Malaysia yang kelihatan bersungguh sungguh membantu mereka.
Israel melalui menteri kewangannya menggumumkan bahawa Israel berdepan kerugian berbillion Dollar akibat kempen boikot yang dijalankan seluruh dunia.



Kesimpulan
Saya secara peribadinya menyokong proses boikot ini. Ia merupakan salah satu usaha yang mampu saya buat untuk setidak tidaknya menolong rakyat Palestin disamping memberikan bantuan seperti sedekah dan sebagainya. 
Cuma dalam usaha kita memboikot ini kita perlu berhati hati agar amalan kita tidak menjadi sia sia. Janganlah kita pandang mereka yang bekerja di restoran Mc Donald dan lain lain francais sbagai hina. Kita tak tahu mereka mungkin lebih mulia dari kita di sisi Allah. Jika kita tahu syarikat syarikat ini juga sebenarnya memberikan bantuan kepada mereka yang susah, kita mungkin tidak akan mengeluarkan kata kata yang kesat keatas mereka. 
Mungkin saja pandangan saya ini tersilap maka saya berharap agar maafkan kata kata saya dan mendoakan agar kita semua ditunjukkan jalan yang benar oleh Allah SWT

Selain itu, jom kita baca 10 Syarat HAMAS untuk Gencatan Senjata


Rujukan:
1. http://www.jewishagency.org/aliyah/program/455
2.  http://jafi.org/NR/exeres/E44B7BBD-E58C-46DE-93B1-262589F4176D
3. Facebook.com/aqsa syarif
4. Facebook.com/aman malaysia
5.  inminds.com

Oleh: Mr Jay



13 comments:

  1. saya sokong krn masih relevan...
    kita boikot mana yg termampu..
    dan spt kata kak myra jangan laa pula kutuk pekerja2 syarikat tu. yelah bukan senang nak cari kerja lain.

    ReplyDelete
  2. boikot secara relevan jgn smpai memudaratkan spt merosakkan brg awam, memulaukan manusia yg bekerja di tmpt itu.

    Boikot tetap boikot.

    ReplyDelete
  3. Boikot bukan merusuh itu yg terbaik. Sebab sekurang-kurangnya kita dpt beri tekanan pada product mereka...

    Banyak yg kakak dah boikot tapi milo aje yg belum lagi..

    ReplyDelete
  4. Over sangat dah orang malaysia ni boikot. Dan macam pengganas pulak jadinya. Buat malu agama je penghabisannya.

    ReplyDelete
  5. certain people nak boikot tp xpaham ape maksud boikot yg sebenar..kite boikot mana yg kite mampu..sbb semua keperluan dan kehendak kite byk dr produk sana..even henpon canggih2 mcm iphone, even microsoft tuh sendri dr org yahudi..

    merusuh bukan cara utk memboikot..ade yg meludah staff mcd and starbucks..smp ade yg extreme pecahkan cermin kete sbb ade sticker mcd..apakah???..hurmmm..and plus kite xpaham kenapa mcd yg asyik jd sasaran..byk je lagi tmpt dr org yahudi..

    terpjg pulak comment..hehe

    ReplyDelete
  6. lieya antara yg sokong usaha boikot nie...ape aje yg termampu kite buat utk bantu rakyat gaza yg ditindas selain menderma, berdoa dan telibat dlm usaha boikot nie....moga2 sedikit sumbangan kite ni byk membantu saudara seislam kite yg ditindas disana.....

    ReplyDelete
  7. boikot setakat yang mampu. janji boikot tetap boikot.

    ReplyDelete
  8. boikot seampu dan sama-sama kita tunjukkan yang kita serius, dalam masa yang sama tunjukkan orang Islam ini bekhemah.

    ReplyDelete
  9. Boicott boleh...tapi biar betul2 faham dan jangan just ikut2 orang jer... biar cerdik dan berhemah...tak perlu tunjuk perasaan...orang tak tahu tapi Allah tahu niat kita...itu sudah pasti..

    ReplyDelete
  10. kalau tak suka tak sukakan myra uh...sabarlah hati begini

    ReplyDelete
  11. @Denaihati tahniah menang review duitraya. sila pm kat fan page

    ReplyDelete
  12. @Denaihati
    Alhamdulillah, terima kasih tuan :)
    Selamat Hari Raya :D

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)