Puding Milo Lapis Oreo

Cuaca panas ni sedap dapat makan puding sejuk2 kan? Rasa lega je bila lalu di tekak ha.. Masa bulan puasa baru-baru ni punyalah teringin nak makan (bulan puasa semua mende teringin ha), walaupun kat rumah alat sukat menyukat tak ada, gigih main agak-agak je..haha

Celoriang qata aih...
 Tengok orang lain buat kemain lagi cantik, mai diri sendiri buat nak gelak pun hado.. haha


Masa dok susun Oreo kemain cantik lagi nengok ha, gara-gara tak nyempat lapisan kedua nak mengeras sepenuhnya cheq dah tuang milo, tu yang celoriang abes, tapi takpa anggap corak kreatif..muehehee



Bahan2
  • 10 gm agar² tali/serbuk (terpulang jenama apa)
  • 1 tin susu cair (400ml)
  • Satu bungkus Oreo (buang inti-kalau tak buang pun takpa cuma akan manis je)
  • 750ml air
  • 150gm gula
  • 3/4 cawan Milo (gula dengan milo MJ main agak2 je guna cawan biasa..huhuu)
Cara2nya
  •  Masak agar-agar dengan air sehingga sebati, (kalau nak tahu sukatan kita betul ke tak, lepas campuran dah sebati tu kita tengok kalau pekat, air kurang kalau terlalu cair, air lebih.. dia kena nampak macam merelit tu ha tu tandanya agar2 kita nanti jadi elok tak keras tak lembik) almaklumlah MJ kan main agak2 je sukatannya sebab tak ada alat sukat. Kemudian masukkan gula hingga larut. Gunakan api sederhana ye, jangan besar sangat.
  • Lepas tu masukkan susu cair, kacau hingga mendidih dan bahagi kepada 2 bekas
  • 1 bekas masukkan milo dan kacau sehingga milo sebati tak berketul2 ye.
  • Kemudian tuangkan milo tadi (nak tapis pun boleh) untuk lapisan bawah, bila lapisan tu dah mengeras sikit (jangan keras sangat takut tak melekat) tuang bahagian putih lepas tu letaklah oreo sesuka hati.
  • Bila bahagian tengah dah mengeras sikit tuang milo di lapisan atas sehingga habis, dan kemudian sejukkan. SIAP!
 Walaupun tiada rupa yang menawan tapi tetap sedap terutama makan sejuk2, perghhhh layan..


18 comments:

  1. time2 bulan pose. kalau tv leh mkn , mmg dh ngap dah ..

    tingin nk wat , tp bile pk tkut x jadi tu mmg maleh lew

    ReplyDelete
  2. teringin nak try..tp xda masa lagi nak buat hehe

    ReplyDelete
  3. Vavavavav sedapnyeeeee..boleh cube nie..;)

    ReplyDelete
  4. aduss...sedapnya puding milo oreo ni...hujung minggu ni saya nak buat open hse.boleh la buat...hhuhu...

    ReplyDelete
  5. Eh.. Cantik je tu MJ. Kalau tak cakap corak tak jadi orang pun tak perasan tu.

    ReplyDelete
  6. uihhhhhhhhhhhhhhhhhhh terliur org puase tgkkkkkk...terbayang2 sejuk2 masuk tekak nie...dah le kat umah ni hantu oreo....lieya penah buat puding oreo nie....mmg sedap ....anak2 suke gileeee....

    ReplyDelete
  7. terasa macam lalu je kat tekak ni ye....sejuk je

    ReplyDelete
  8. mencabar kan..
    janji ada rasanya.rupa blkg kira la.hihi..
    kena cba lagi apsti expert lps ni.m

    psstt: thanks mj.. ciksu doakan utk mj juga..
    smga dipermudahkan hendknya.aamiin
    sambung minum ephyra tau..

    ReplyDelete
  9. Cam sedap je... bley try resepi ni senang...

    ReplyDelete
  10. Tak apa setiap percubaan tak semesti menjadi tip top...asalkan boleh di makan...lain kali cuba lagi.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)