Ayam Percik simple tapi sedap

Selalu percik memercik ni bulan puasa 'rajin' la buat, bila bulan tak puasa ni tunjuk-tunjuk je kat pasar malam..heheee. Tapi memandangkan ada bahan-bahan dalam peti ais, maka terhasillah ayam percik ni.

Resepi asal tak ingat pulak ambil dari mana, sebab main gugel je lepas tu simpan, nak buat baru kelebek mencari. Thumbs up pada empunya resepi, sebab ianya senang yang penting sedap.


Memula perap ayam dengan bawang putih dan garam, biar lama sikit sebelum dibakar.
Bahan lain:
4 ulas bawang merah*
seulas bawang putih*
Halia*
Serai*
Tumbuk/blender bahan yang bertanda * dan tumis

Bila bahan tersebut dah layu, masukkan 2sudu cili boh, air sedikit dan kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan serai yang telah dititik dan asam keping kemudian santan. Perasakan dengan garam dan gula, Kacau sehingga pekat. SIAP!



Kemudian kita bakar ayam pulak.
Masukkan sedikit kuah percik ketika nak bakar ayam, macam MJ guna pemanggang ajaib, balik-balikkan ayam dan letakkan kuah sedikit, kemudian bakar sehingga masak.



Bila dah masak, tuang kuah percik ke atas ayam, dan siap untuk dimakan, memang mabeles..hehehe

27 comments:

  1. ayam percik klau nak sedap dekat kuahnya tu..peghh lemak berkrimm...lg sedapp hehe

    ReplyDelete
  2. nampak senang tu, boleh buat..kikikiki...

    ReplyDelete
  3. Serai, bawang putih dan halia itu yg buat aroma dan rasa dia naik Myra...

    ReplyDelete
  4. nampak sedap la plak tgk time pantag camgini

    ReplyDelete
  5. sis kalau guna panggang ajaib tu utk masak ayam dalam dia selalu makan masa berapa minit eh,saya sellu masak dalam sejam lebih uh tu puas belek2 ayam hii..rasa konfiden baru angkat.selalu tang kepak cpt masak mudah nak cam oh dah masak.kalu bab isi yang lain masih was2 nak angkat ayam tu.sampai kt papan pemptong baru test potong tgok masak ke tak.kalau tak berkurun nunggu heee..selalu berapa masa perlu ambil eh?

    ReplyDelete
  6. antara resepi ayam yang tersimple pernah saya tgok heee..

    ReplyDelete
  7. kita pernah jumpa kan asal tak der link blog sy dekat senarai MJ ek..hii....saja jer :)

    ReplyDelete
  8. @suri

    Myra bakar lebih kurang dalam setengah jam macam tu, tapi rajin dok balik2 la ayam tu supaya dia masak sekata.

    ReplyDelete
  9. wahhhh resepi ringkas.. leh folowwwwwwww

    ReplyDelete
  10. tgk pun nmpk sedap tu kak.. kena try jugalah nanti.

    ReplyDelete
  11. Sedapnyeeeee...
    mak zura punye resipi pon sedap.. tapi leceh nak buat.. hahahaha.. femalas punye anak~

    ReplyDelete
  12. Sedapnya..... Selalu mmg bulan puasa je selalu masak ni

    ReplyDelete
  13. myra,

    akak ambik resepi ya....nak try:):)

    ReplyDelete
  14. gulp..nampak sedap
    resepi pun simple

    boleh cuba ni

    ReplyDelete
  15. nie kalau ada depan mata.. confirm sekejap jee licin. heee

    ReplyDelete
  16. Dadapnya.. saya ganti santan dengan susu cair. Resepi yg marvelous!!! Muaahkz.. thanks fir the resepi..

    ReplyDelete
  17. teringat ayam percik masa bulan puasa ...huhuhu

    ReplyDelete
  18. Sedapnya ayam percik ! Selalu rasa macam susah je nak buat (padahal malas heheh )..

    nanti boleh cuba resepi dari MJ pula. Salam kenal :-)

    ReplyDelete
  19. hok ni lah sayo nak try buat...tapi x buat2 pung..alohhhhh sedap sgt demo pya ayam percik...

    ReplyDelete
  20. nampak sedap....boleh buat untuk lunch esok.. ;-)

    ReplyDelete
  21. Memang mudah dan simple resepi ayam percik ini. Untuk mereka yang mengejar masa macam saya boleh cuba style macam gini :)

    ReplyDelete
  22. mmg simple sikit,, lya biasa gk wak..tp cara dia cerewet lagi

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)