Victoria Sandwich yang sedap

Sebelum ni asyik dok dengar orang cakap pasal Victoria Sandwich, MJ terpikir macam mana la rupa menu ni. Sampailah masa tengah skrol fb terjumpa kawan syer resepi ni, semangat esoknya terus pegi cari bahan2.

Kalau sebelum ni asyik makan roti inti sardin je kan, kali ni kita ubah berintikan Victoria..hehe.

Resepi Victoria Sadwich

Bahan-bahan 
Roti Putih
Sardin
Timun (buang biji tengah dan sagat)
Carrot (rebus seketika dan sagat)
Bawang besar dan Cabai Melaka
Mentega dan Mayonis

Inti
Gaul isi ikan (buang tulang tengah) bersama bawang dan masak seketika, campurkan dengan cabai melaka (Ikut kepedasan yang diingini)

Cara-cara
1. Lapisan pertama roti sapu mentega, lapisan kedua sapu mayonis. Inti tengah letak sardin
2. Layer 2 - Ulangi step 1 cuma gantikan inti dengan keret
3. Layer 3 - Ulangi step 1 cuma gantikan inti dengan timun
4. Letak dalam bekas dan tekan supaya sandwich kejap/padat, masukkan dalam peti sejuk seketika
5. Sedia dimakan, memang sedap...

MJ guna sebuku Roti Gardenia yang kecil tu habis dimakan kami berdua, siap bawa ke opis lagi.. Kenyang sangat :)

15 comments:

  1. Apa yg menyebabkan dia jadi Victoria? Hehehe... nampak mcm sambal sardin jugak.

    ReplyDelete
  2. suka sandwich makan 3 keping pagi dan tengahari cepat kenyang.jimat pun ya

    ReplyDelete
  3. Aha, melihat sandwich ini saya langsung lapar seketika hehe

    ReplyDelete
  4. Assalam Mj,
    waaaaaaaaa..bertingkek2 uols he3

    ReplyDelete
  5. sedapnya myra, terus lapa pulak petang-petang ni

    ReplyDelete
  6. ZUra kalo wat sandwich.. suka letak hirisan timun banyak2. hehehehe

    ReplyDelete
  7. Bertingkek-tingkek..
    mmg nmpk sedap

    ReplyDelete
  8. bertingkek2 ni..sedap sgt oiii

    ReplyDelete
  9. nama kerlas tau.. hehe. boleh la try bawak pi ofis mesti licin.

    ReplyDelete
  10. Salam, nanti bunda nk buatlah...anak2 selalu bawa bekal pergi kerja.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)