Romantika Sungai Petani

Masa kami jenjalan di Sungai Petani baru-baru ni, MJ nampak kedai Romantika ni terus ajak asben singgah.. Masuk je kedalam mata tak berkelip tengok, rasa macam semua nak sambar.. cantik sangat..

Patutlah ramai yang dah terjebak dengan Romantika ni, sebab banyak dekorasi dan hiasan dalaman yang kita boleh pilih, dan ambil idea.. Tapi kitorang tak beli apa sangat pun, almaklumlah tengah berjimat..hehehee

Lampu tidur ni tak plan pun nak beli, tapi memandangkan asben dia keje shif dan dalam seminggu akan ada satu hari keje shif malam, dan MJ berseorangan tidur dengan lampu terpasang terang benderang makanya kami pun ambil lampu ni.. Jadi bila asben keje malam MJ pasang lampu ni je semalaman..
Ada pelbagai harga dari serendah RM49 - RM89 dengan pelbagai corak dan bentuk. Yang kami ambil ni berharga RM59

Tapak lilin ni dah lama sangat MJ nak beli tapi tak terbeli sebab lilin kecil wangi tu MJ ada belambak, beli masa surprise CELEBRATE BESDAY ASBEN tempohari. Dari tersimpan je dalam almari kan boleh gak pasang kat rumah feeling ala-ala lomantik... hehee
Bekas lilin ni ada offer dari RM29 tinggal RM9. Balik rumah terus pasang lilin ni dari petang sampai ke malam nak tidur, rasa rumah suwiiittt je..muahahaa

Selain 2 barang ni MJ beli Bantal Kusyen Gebu RM11, nak beli 2 tapi corak yang berkenan tinggal 1 je.

Lepas ni MJ nak terjah Romantika lagi, nak beli jam dinding plak, geram tengok aritu.. Kalau boleh semua benda nak bertukar kat dalam rumah... tukar dengan barangan Romantika plak..

18 comments:

  1. ONIE PUNNNNN,SUKA P ROMANTIKAAAAAA,BEST GILA!HEHE

    ReplyDelete
  2. Tempat kakak sini pun ada kedai nama Romantika dan banyak jual barangan english style. Memang menarik dan rambang mata.

    ReplyDelete
  3. cantek cantek cantek
    suka suka suka
    umah pun dah mcm vintage dah hehe

    ReplyDelete
  4. wahhhh wahhhh wahhhh mendeco lg gayanyer ni he3

    ReplyDelete
  5. Ololoh comeynya lampu yg corak English tu.

    ReplyDelete
  6. Kedai nih feberet mak Zura. Zura belom terjebak lagi. sbb x betol2 menengok barang2 kat situ. hahahaha

    ReplyDelete
  7. Assalam MJ,
    bekaih lilin tu comei la :)

    ReplyDelete
  8. cantik lah sangat ini rajin kalau ada rumah nie nanti yer myra

    ReplyDelete
  9. xpernah singgah lg.. semua nampak cantik2 MJ. hehee

    ReplyDelete
  10. memang cantik barang-barang hiasannya...memang romantik gitu.

    ReplyDelete
  11. Cantiknyaaa bekas lilin tu..mesti harum je rumah kan dah pasang lilin hihi

    ReplyDelete
  12. Mcm mna nk bli lmpu meja tu bleh pos kn x??area jb

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di blog ini, dan maaf andai ada pertanyaan yang tak dijawab, dan saya akan cuba sebaik boleh untuk membantu menjawab pertanyaan anda.. :-)